Bismillahirahmanirahim..
Nak makan keju, tapi ragu2 tentang halal? Kat Malaysia alhamdulillah, ada yang sanggup berhenti dari peguam, semata-mata buka kedai buat keju. Keju tersebut dibuat dari palm oil-sangat menyihatkan dan tanpa kolestrol. Boleh melawat di sini. Kat Malaysia, logo halal memang banyak je ditiru, kat US insyaAllah, sebab orang sini mention semua kandungan. (salah betulkan saya). Takat ni memang gitula apa yang saya tahu. Rujuk disini
Untuk mendapatkan keju halal, sila ke sini dan info nye disini. Mahal sedikit tak apa, asalkan halal. Makanan tu darah daging nanti.
p/s: kalau ada kat Malaysia ni, saya dah jadi pengedar.
Halal Cheese~
Macam-macam perangai..
Situasi pertama :
Teman :Islam ni mudah, kalau kita berada di luar negara yang rata-rata bukan Islam, baca Bismillah insyaAllah semuanya halal.
Year End Sale..
Barang yang dibeli (nak jugak tunjuk..)
Ketika Cinta Bertasbih
Bismilahirahmanirahim..
Filem ini baru je tengok semalam, (abgfiz download..) yaAllah, seronok sangat. Filem yang rasanya tak pernah saya lihat sehebat ini. Sebelum ini, saya pernah meminjam novel ni daripada ifa, baca dalam versi Indonesia. Hahaha.. kadang tu terbelit-belit nak membaca. Refer here
Semalam, saya menonton yang bahagian 1, filem yang menggarap kehidupan anak jati Indonesia yang belajar sambil bekerja menjual tempe dan bakso di Cairo hanya untuk menyara ibu dan adik-adik di Indonesia. Sangat menyentuh perasaan.
Filem ini pada saya mempunyai kelainan, sebabnya pelakon-pelakon filem ini bukan pelakon sebarangan- dipilih menerusi audisi ketika Cinta Bertasbih oleh Sutradara dan penulis novel ini. (sebenarnya, tak pandai nak terjemah ke Melayu. For more here
Pelakon-pelakon juga bukanla pelakon yang biasa, ada yang memang belajar agama, belajar pondok, jadi tak hairanlah, lidah berbahasa Arab di mesir memang lancar. Yang memakai tudung pon, sememangnya di luar memakai tudung. Watak anna althafunnisa dipegang oleh perempuan bertudung merah (kcb1) - seorang mahasiswa di Indonesia.
p/s: sedang menunggu KCB2..menyentuh perasaan.. tontonlah..tak rugi ;))
source: here video dan gambar
Free Bread~
Ais di dahan~
Bismillahirahmanirahim
Semua nak makan~
Bismillahirahmanirahim
Fire!!
Bismillahirahmanirahim
Semalam, saya marinated daging lembu.. konon nak makan sate. Buka puasa semalam, bakar daging tu 3-4 keping. Kata abgfiz, dia nak sarapan dengan sate. Dan kuah kacang (instant yang mak kirim- saya tak pandai buat..;)) Semalam, bakar sikit, ada berasap sikitla kat oven. Yela macam bakar kat dapur arang kan.
Dipendekkan cerita, pagi ini saya bersahur. Awal tu, bakarkan daging sate kemudian goreng sayur (lauk ayam dah masak semalam). Daging sate tuh, banyakla jugak. (tak bilang pula..) Dah tu, tingkap yang kecik comey tuh tak dibuka, pintu besar gabak pun tak dibuka. Bila buka oven, keluar asap - asap bakar je.. Lepas tu, tiba-tiba.. bunyi smoke detector.. YaAllah..panik sungguh. Dahla kuat bunyi dia. Terus ambil penyapu duk picit butang dia. Tak ajdi jugak. Abgfiz suruh buka pintu luas2, buka tingkap dan buka pintu bilik air (on kan ventilation air). Huh..dalam 3-4 min baru nak mati. Terkejut sungguh! Risau nih kalau 911 datang. ecece..kononla tuh. Agaknya jiran sebelah mesti cakap.. apela diorang buat nih..sampai smoke detector pon bunyi2..nak tidur pon tak senang! maaf ye jiran-jiran..tak sengaja..
moral of the story :
i - jangan bermain dengan api
ii - lain kali bakar daging tutup with aluminium foil ( tu pon jadi ke??)
iii - winter ni tak payahla nak makan sate. summer buat la kat luar
Banyak entry pulak~
Kambing oo Kambing ~~
* masing-masing tak makan kambing
* kambing susah nak masak, kalau tak kena memang berbau
* macam tak sedap je
Dengan perut yang lapar diselangi rindu pada daging itu, saya masakan daging lembu dengan menggunakan resepi si Suhaizi tuh. Hasil nya... tada...
Tidaklah sehebat dan sesedap resepi asal, cuma bolehla saya makan. Ala..kalau lapar masuk apa pun dalam perut semua sedap.
Hari ini, selepas abgfiz pulang dari solat Jumaat, dibawanya daging kambing dari masjid. Katanya daging aqiqah. Terus, saya masakan dengan resepi tadi. Hasilnya, tak juga sesedap masakan diorang. Ape kena dengan masakan saya, ke saya yang tak pandai masak?? Layan ajala..
Setengah Hari Berjalan
Ekeke..tu pon nak buat entry ke? Alkisahnya, hari ni temujanji dengan paed Iman, 4 month check up. Temujanji jam 7 lagi, ekeke.. kamila yang paling awal patient pagi ni. Memang selalu macam ni pon, senang.. tak kalut ribut, tak perlu beratur, tak perlu duk mengumpat tengok orang pelik-pelik..ekeke. Jam 5 pagi, saya bangun, mandi - punyala lama, sebabnya.. dah 3 hari tak mandi.. Sejukla nak mandi setiap hari, tambah kalau mandi setiap hari, kulit memang sangat kering dan teruk mengelupas. Kepada yang berada di Malaysia, jangan tiru aksi yang tak berapa nak bagus ni ye..
Subuh jam 620 macam tu, jadi kejut Iman jam 6 pagi, mandikan dia. Yang tak tahan nya, Iman ni, celik mata je nak meniarap. Dah tu gelak-gelak. Entah apa yang seronoknya..
Ke klinik jam 645, nasib baik dah dibuka. Berat Iman dah hampir 8 kg! Huh, patutla sakit tulang tangan umi duk dukung Iman nih. Yang lawaknya, bila kena cucuk, (Iman 4 bulan kena cucuk 2 jarum, 1 minuman) kali pertama cucuk, diam lagi kali kedua meraung tak mudah-mudah. Tapi kejap jela, dah tu dia tidur..
Serius, anjing sebijik macam ni..huuuu takuttt.
Salam Maal Hijrah 1431
Iman..yatta!
Bismillahirahmanirahim...
Yeay, pada umur 3 bulan setengah Iman dah bisa meniarap! (ecece..indon pulak..). Sebelum ni asyik duk pusing-pusing badan. Kalau dapat meniarap pon sekejap sangat. Dah tu tak berapa nak pandai nak manage tangan. Yang tak tahan tu, bila nak pusing balik, menjerit melolong-lolong. Tak reti la tu.Ekkekek..
Kebetulan, Megan datang rumah, ralit umi duk sembang dengan Megan, Iman tiba-tiba meniarap dengan sendiri dan boleh manage tangan. Umi gumbira..
Be a solehah and good girl ye sayang!
Winter~~ snow~~ snowman~~ snowgirl
Malam tu, kami ber'facebook' bersama SekYee, Suhaizi untuk sama-sama membikin snowman. Kebetulan, tepi rumah kami dan belakang rumah, kawasan yang sangat luas dan salji tebal (kerana kawasan berbukit sedikit). Pagi itu, kami sarapan nasi lemak (request from abgfiz). Bila telefon engineer2 snowman, semua diulit mimpi indah. Aduhai,.. Dalam jam 10 30 Sekyee sampai dulu diikuti Zaki/kak Nadiah. Tunggu punyala lama si bujang teruna , dah dekat pukul 1130 baru nak sampai, apa taknya asyik berhenti untuk bergambar. Sabar jela..
"Cak".. Iman bersaman 'snowman' gemooks..habis timun umi diambil buat hidung snowman huhu... Uncle Zie buli Iman..wakaka
Resepi Untuk Yatie Chomeyl and Puan Punyer
Sebenarnya memang resepi dari nenek yang selalu buat TETAPI cucunya ini tidak sepandai neneknya, jadi bersama kekurangan segala macam di sini, cucu nenek ini mengabadikan resepi ini dengan bersuka hati a.k.a suka hati campak. Eheh..
Solok lada, (resepi orang tua)
lada hijau
Ikan selayang / kembong
lada hitam
kelapa parut, bawang merah kecil (shallot)
garam/gula
- lada hijau dibuang biji
- Ikan mentah dibuang tulang.
- Kelapa parut (nyoir) + bawang merah - ditumbuk.
- + ikan - gaul
- + lada hitam + garam dan gula
- masukan ke dalam lada hijau yang dibuang biji dan dibasuh
- kukus bersama sedikit santan
My version,
Saya guna ikan sardin(sebab awal-awal memang tak jumpa ikan kenmbong tau selayang, tapi kat Jepun saya percaya ada banyak ikan segar kan) . Ikan sardin saya basuh untuk buang sos nya, lepas tu saya bakar sehingga garing. Kemudian, bawang merah + lada hitam saya blend. Kemudian masukan ikan sardin dan blend (+ sedikit santan) (jangan sampai hancur- saya set padamode blend "crush"). Kemudian, saya masukan ke dalam lada hijau disertai sedikit santan kemudian bakar. Siap.
Untuk Cheesecake,
saya suka ambil resepi di sini
Crust:
1 cup Graham crackers
2 tsp butter
Combine graham crackers with melted butter. Then press into baking tray.
Filling,
4 package cream cheese, room temp (1 pac = 8 oz) philadelphia (sini guna brand best choice je. kadang guna philadelphia bila murah.)
2 cup sugar
4 eggs
vanilla essence
a cup of fresh blueberry
Preheat oven 350 F ~ 160 C (kot, tak convert pula..) .Beat cream cheese until fluffy, smooth and creamy. Add sugar then beat again. Then, add egg (one by one). Then add vanilla essence. With spatulla, add blueberry and stir. Put in baking tray and bake.
p/s: Suka baca entry di blog kak hani dan di blog ustaz zaharudin
AidilAdha
Iman dan Bon
Selepas solat raya
Selamat bertunang Lina. Moga ikatan bersemi akan kekal ke jinjang pelamin. Hingga ke syurga nanti. Amiin.
Tuan rumah dan Bon/Roz
Cheesecake abgfiz
Nasi kerabu : Nasi impit, kuah kacang, solok lada, daging bakar, nasi kunyit, ayam percik, kuah nasi kerabu (tumis) Kerabu (atas sekali) , ayam percik dan ulam nasi kerabu. Last but not least , keropok kan dan udang.
Pandai ni~
Antara perubahan Iman di bulan ke3 dan nak masuk ke4
Habis kain umi yang dah lipat. Iman tarik nak buat teman tidur. Ehe..
Tengokla nak tidur, ditarik kain yang menjadi alas tu. Semua masuk mulut. Iman..Iman..
Hobi
Bismillahirahmanirahim
Meh kita tengok dan layan Iman ni.~~`
Inilah antara hobi Iman.menjerit nak bersembang. Nyaring suara dia. Menjerit sampai terbatuk uhuk, huk....
Ini pulak aksi nak meniarap. Hisap jari sebijik macam sape ye??
Yang ini, antara yang terbarulah, suka sangat main dengan kain masuk mulut dan angkat kaki. layan je
Bersyukurlah~
Berbalik pada nurse tadi, namanya Candy kot. Lupa la..sebab susah bebenor nak ingat namanya. Seperti biasa, berat Iman ditimbang, sembang-sembang dan kebetulan hari ini hari terakhir dia ke rumah kami, jadi banyakla saya bersembang dengan dia.
Candy seronok datang rumah kami, sebabnya? Kami tak mempunyai masalah. Kebanyakan client nurse dari health department ni, semuanya bermasalah. Bila saya tanya masalah apa, Candy bercerita..
" You know what, there is a lot of client which drug addict, alcoholic, tobacco addict, stress mom, physical abuse etc etc. Its not just teenagers but it happend to mom with kids and baby. My friend work in Saint Elizabeth Medical Center in labor and delivery room. Every day, she saw many of mom in drug addict (meta, cocaine) have to separate from her babies because of addiction to drug. She always saw babies in addicted from cocaine bexause of her mom use cocaine when she's pregnant."
Tak Tertahan
Kalau baca tajuk mesti dalam kepala fikir yang bukan-bukan-
'mesti tak tahan kencing" atau mesti 'tak tahan bau apa-apa tu' atau 'tak tertahan menanggung rindula tu' > Haha.. pandai-pandai je buat spekulasi sendiri.
Kan dah padan muka! Ehehe
Alahai Iman..~
# disebabkan oleh bodywash. BERKEMUNGKINAN - awal-awal umi guna johnson bodywash (free soap) lepas tu guna Equate. Umi rasa sebab tukar bodywash la kot. Tapi 2 hari je guna, lepas tu umi tukar balik ke Johnson. Masih tiada perubahan dan makin teruk.
# disebabkan oleh sabun basuh kain (detergent)- Yang ini, umi rasa bukan penyebab sebabnya, sabun basuh ayah belikan yang sama je dari dulu hingga kini.
# kalau Iman minum susu lembu, kemungkinan allergic pada susu lembu. Tapi Iman full BF, tak mungkin allergic.
# ataupon disebabkan pemakanan umi. (rasanya umi tak ubah diet umi. sama je makanan dari dulu hingga kini)
# ataupon tempat tidur dan selimut. Umi dah basuh semua, tapi tidak mengubah biji-biji itu.
Semuanya tak pasti. Namun,
@ Iman tidak demam - suhu 98.2 F je.
@ Iman bergerak aktif macam biasa, menangis macam biasa, makan macam biasa, menjerit bergurau macam biasa. Jadi umi rasa mungkin biji-biji tak menjejaskan Iman.
@ Iman tak garu, tak nangis bila umi sentuh dan usap.
Cuma, bila umi sentuh tempat tu, Iman macam marah. Agaknya Iman pedih la kot. Awalnya umi risau, tapi ayah cakap Iman tak fussy, tak demam, insyaAllah tak ada apa-apa. Tapi bila nurse datang rumah concern pasal ni, dan umi pulak tel 1st nurse umi di Iowa tu, KAK JAJA, kata mereka Iman harus bertemu mata dengan pediatric Iman. Kat sini pula, kalau nak ke klinik, atau ke mana-mana sekali pon, mesti buat temujanji. Bila bincang dengan ayah, umi memang nekad nak bawa ke klinik. Pagi semalam umi tel people's health centre.. masyaAllah punyala lama nak angkat (tak terangkat pon) lepas tu lak entah berapa puluh kali umi tel. Umi taula sibuk, tapi cuba la angkat walau sekejap. Geram sungguh. Dah petang dalam pukul 4 macam tu, umi minta ayah yang tel dari opis ayah. Tak larat umi, mengadap pc. (sebab tel guna skype-jimat kre cellphone..;p) Dahla mata umi tak kuat- agaknya sekarang power spec dah naik. Hahaha. Malas sungguh umi nak update mata nih. ;)
Bila ayah tel, mahu pulak diangkat. Alhamdulillah, buat temujanji jumpa Kim Joy, nak jumpa Maryam Mahmoodian- pediatric Iman, dia banyak pesakit pula. Tak apala, asalkan Iman jumpa doktor. Dah Dr Kim tengok, dia pon tak tahu nak cakap, terus dia minta pendapat Dr Hall. Kesimpulannya, kedua-dua Dr tak tahu apa sakit Iman dan penyebab. Lawak la pulak. Justeru itu, Dr bagi prescription pada Iman - ubat sapu di leher (powder) dan di badan (liquid). Sebelum itu, sapu Aquaphor (cream for diaper rash- we got free from newborn class last summer and its recommend from pediatrition) Alhamduillah, untuk diaper rash Iman yang lepas sangat menjadi.
Aquaphor dan sebelah tu ubat dari doc. Kami amik di Walgreen (farmasi). Sini kat klinik tak ada pulak ubat. Semua pakai prescription. Susah betul.
Dah balik rumah, umi pulak rasa sakit badan. Macam nak demam tau. Tapi bezanya, suhu normal. Pelik kan? Agaknya disebabkan suhu kat luar yang turun naik la ni. Ish, minta dijauhkan. Seksa bila sakit, tak ada siapa nak jaga Iman.
Hisap jari kemudian hisap kain >_<
Bismillahirahmanirahimmm
Inilah hobi Iman yang terbaru. Sengaja umi letakkan kain untuk alas- supaya Iman muntah di atas kain tu. Barang-barang mainan yang dibeli disini memang niat untuk bawa balik ke Malaysia- untuk adik-adik Iman nanti. ;) Jadi, perlu bersih untuk tahan lebih lama. Entah kenapa Iman sekarang apa yang ada dekat dengan mulut dia, semua nak masuk ke dalam mulut.
--@ semua pink - umi sangat suka pink. Kalau boleh semua nak pink. Tapi ayah tak suka pink. ;(
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan