RSS

Korban




Beberapa hari yang lepas, saya dan sahabat2 sy dari Pakistan telah pergi ke sebuah ladang ternakan untuk menyembelih seekor kambing. Saudara Yasin telah mendapat seorang cahaya mata lelaki.Mungkin dia juga hendak buat “aqiqah” sedikit. Ladang tersebut terletak lebih kurang “8 miles” dari kawasan kami tinggal. Di ladang tersebut terdapt beraneka jenis haiwan termasuk lah kambing, kambing biri-biri, dan ayam. Kami memilih ladang ini kerana Tuan punya ladang tidah memelihara “babi”. Jadi sudah semestinya tempat penyembelihan adalah bersih dan suci.


Brother Tahir telah memilih seekor kambing betina yang berumur dalam 8 bulan untuk dijadikan korban. Harganya seekor $95. Mereka berkongsi 3 orang. Aku dan sahabt aku Suhaizi hanya menemani mereka. Yelah, di Malaysia kami kurang biasa makan daging kambing,Biasanya, daging lembu je yang biasa kita makan di Malaysia. Di ladang ni, kemudahan penyembelihan telah disediakan. Jadi tidak perlu membawa pisau untu meyembelih dan melapah kulit kambing


Kawasan ladang ini sangat cantk.Ada kuda dan keldai. Kawasan ladang ini macam dalam cerita bersiri “SMALLVILLE…Di samping itu, terdapat 2 ekor anjing yang bertugas sebagai “Pengembala Kambing”. Anjing tersebut telah dilatih untuk menjaga kambing supaya tidak lari dari kandang dan memastikan kambing tersebt diarah ke tempat meragut rumput dan pulang kembali ke kandang. Pertama kali aku melihatnya.Tetapi sebelum ini pua aku ada mendengar pasal anjing pengembala kambing di Channel “Planet Animal” . Suatu pengalaman yang tak dapat ku lupakan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Kopiah Senget said...

salam Bro haha nnt Raya korban leh la sembelih lembu! hehe kene cari 10 org nk tangkap and tumbangkan lembu tuh hehe.

ABDUL HAFIZ said...

boleh..pakat ramai2 pegang ekor lembu..hehehe

Kopiah Senget said...

eh kalul tak silap la tu kambing lelaki! hahahah

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan