RSS

~~

Bismillahirahmanirahim

Lama sangat saya tak buka pintu rumah~.. kepada yang menegur di chatbox, maafkan saya.. tiada kunjungan balas. Kami satu keluarga diserang demam dan selsema.. Aigo~~~~

Bermula dengan abgfiz yang 'ter'jangkit dengan orang lain, bersambung dengan Iman dan last sekali.. saya! Namun, alhamdulillah saya paling kurang kena demam dan selsema.. Paling lama dan masih lagi demam tak kebah-kebah... Iman. Masuk hari ni dah 6 hari Iman demam, yang sebelum ni demam dan tak pernah muntah, kali ni asyik muntah aje. Muntah yang kadang-kadang satu malam hampir 3-4 kali! Nak bawa ke klinik, semua cuti, almaklumlah..... cuti new year.

Yang bagusnya.... demam Iman tu, ada ketika-ketika... (ayat apola nih) siang kadang suhu 100.9 je, malam pulak naik sehingga 102.9F. Yang paling tak tahan, demam-demam pun Iman masih lagi aktif cuma tak seaktif dulu..

p.s: haih~~~ susah hati bila satu keluarga tak sihat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

momusu

Entry hiburan semata-mata~~
saya mula meminati kumpulan Morning Musume dari Jepun ni bila mana adik saya duk tunjuk video klip lagu diorg.. masa tu tahun 2006 (masih di USM). Lepas tu keje nye duk gila kat lagu-lagu diorang jela.. Yang pasti, lagu lagu mereka sangat happy ...








Bila datang sini, saya kumpul dan download semua single lagu momusu hingga ke concert, even concert tu dah berzaman~ *tak de kejeeee*

Dah mengandung saya stop tengok benda-benda macam ni. Kata orang, pregnant kena jaga .. mata, mulut, semua...

Kebetulan pula, ahli momusu ada yang graduation, ada yang keluar atau yang terpaksa keluar (sebab kes disiplin). Jadinya, minat saya makin menurun dek orang-orang yang best telah tiada...

Daripada 20 ahli yang saya sangat suka.. kini tinggallah 5 ahli yang terkini dan hanya 4 daripadanya, generasi yang saya suka. Yang lain nya..suara tak sedap, pastu tak pandai menari. Kuikui...


Ahli pertama tika debut single 'Morning coffee' pada tahun 1997. dah lama daaaaa...






Hah.. yang ni generasi paling saya suka..sebab semua suara dan lagu sedap!






Yang ni last saya duk minat sebabnya.... yossie (4 dari kiri) dah graduation..





Inilah yang tinggal sekarang..

Dah nak masuk anak dua ni.... dah lama tak tahu cerita ceriti tentang mereka.. Lagu pun dah lama tak dengar~~

p.s: sudah sudahlaaaa...dah jadi mak orang dah pun..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bismillahirahmanirahim

Yey!~~ waktu yang dinanti telah tiba. Hehe~~ *jakun mode*. Sabtu lepas turunlah salji..walaupun flurries dan tak lebat, serta angin kuat.. tapi akhirnya salji dah turun~~! Tahun ni memang tak sehebat tahun lepas tapi sekurang-kurangnya turun jugak. Hari ni pun dah nak cair dah.. Tak kisahla..asalkan dia turun.






*************

Selamat Pengantin baru Lina... semoga kekal hingga ke syurga. Akad nikah dan kenduri berlangsung hujung minggu lepas. Bila duk jauh ni, memang sangat terasa dan sedih.. lebih-lebih lagi, pada waktu inilaaa kita nak jumpa sedara mara yang jauh dan jarang sekali jumpa.

" Bila dah akad, bermulalah perlayaran rumah tangga yang penuh ombak dan badai. Layarilah dengan penuh kesabaran dan ketabahan, diiringi taqwa dan iman.."

" 5 Tahun pertama adalah tempoh untuk mula-mula mengenali hati suami... sabar banyak-banyak.."

Itulah antara nasihat yang saya terima tika akad nikah 3 tahun lepas, jadi saya tujukan balik pada Lina.. Semoga hubungan diredhai Ilahi.. amiin




*******************

Ini resepi ayam tandoori. Lupa dah sapa yang minta haghi tuh.. resepi ni pon saya amik dari internet dan memang dah lupa sumber dari mana.


  • Ayam 1/2 ekor (dipotong dan dibasuh)

bahan a :

  • 1/2 biji jus lemon
  • garam
  • kunyit

- Perap ayam bersama jus lemon + garam + kunyit selama 15 min

bahan b :

  • 4 sudu besar plain yogurt
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk paprika/serbuk cili
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • garam sedikit (ikut suka)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang puteh*
  • 4' halia*
* blend atau tumbuk lumat (saya masuk dalam food processor je)

- Campur kesemua bahan dan gaul bersama sehingga sebati. Kemudian perapkan bersama ayam tadi selama 1/2 jam-1 jam atau semalaman lagi baik.

- Bakar dengan suhu 300F sehingga masak. Atau kadang-kadang saya goreng je..(versi pemalas..)





Ni pula nasi minyak versi saya, sangat ringkas dan senang! (versi pemalas jugeee)

  • Beras basmati (rendam 1/2 jam)
  • bawang puteh-mayang
  • bawang besar- mayang
  • halia- dimayang
  • rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
  • sedikit minyak sapi (kadang saya guna mentega jeee)
  • sedikit pewarna kuning
  • kismis
  • apricot kering- dipotong kecil-kecil

- Tumis rempah tumis dengan minyak sapi/mentega. Kemudian masukan bawang yang telah dimayang. Dah naik bau, masukan beras basmati bersama air (yang direndam). Masak sehingga nasi agak-agak masak, titikkan beberapa titik pewarna kuning di beberapa tempat. Bila nasi dah masak, gaulkan nasi dan taburkan kismis dan apricot kering.




Oke, selesai masak-masak kita ye.. jumpa lain kali. Selamatla mencuba untuk siapa yang minta resepi ni. Mek Ain, sila buat kt ghumoh deh.. suh ma teraaa



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itula yang saya betul-betul tak suka

Bismillahirahmanirahim










Tahun lepas punya winter : salji tebal sangat sangat sangat




Tahun ni, pada bulan 12 ni salji belum pun menonjolkan diri. Tertunggu-tunggu jugak..almaklumlah, setahun dah tak tengok salji. *eh... duk sini dekat 3 tahun pun masih jakun-jakun salji ke...* Jakun tak jakun, kat Malaysia memang mustahil nak turun ok? Jadi selagi ada di sini, selagi tulah... dok tunggu. Tapi dah salji nanti, terkenang-kenang pulak tang panas nya...

Walaupun salji belum muncul dan turun serta timbul.. suhu kat luar sejuk sangat! Pagi-pagi suhu (-) negatif belas-belas. Hari ni je suhu pelik panas... panas-panas pun suhu 13 C. panas la tu daripada suhu -13. Hahahaha =D

Kelmarin kami keluar dan suhu waktu itu -14. Sejuknyaaaa...sampai ke tulang. Disebabkan itu, selsema Iman yang dah nak sembuh dan hilang, makin melarat-larat. Demam dan selsema.. demam tu bolehla tahan lagi tapi bab selsema tu, kesian sangat. Mana taknya, tidur malam je tak tenang langsung, hidung sumbat. Duk sedut hingus dia tapi dia pula tak suka. Dah nampak penyedut biru tu, mula menangis dan geleng kepala..Tak nak!


Itula yang saya tak suka musim sejuk ni, cepat tak sihat.. Dah tu, kulit kering masyaAllah.. sampai berdarah-darah (saya la.., Iman dan abgfiz ok je kulit dia). Muka pun cepat je berkedut, hakhak... *nak kate dah tua, tak nak ngaku..kwang kwang*. Dah tu kalau nak keluar, satu hal pulak kena balut tebal-tebal.. kalau kita senangla, ni si kecik kan. Kena pakaikan mufler la, topi tula, bungkus ni la.. payah benor. Sudahla Iman ni bukannya suka pakai.. tapi itulaaa... musim sejuk, nak buat macam mana? *tadi ngada-ngada nak musim sejuk..haha*





Tiba tiba saya rindukan Iman waktu dia kicik kicik dulu~~~

p.s: itula manusia, tak pernah merasa nak bersyukur.. sama-samala kita muhasabah diri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Musim hujan ~ tengkujuh

Bismillahirahmanirahim


Bila sejuk-sejuk ni, mula saya dok teghingat je kat kampung. Kalau masa-masa ni, memang musim hujan je.. Hujan pagi, hujan petang, hujan malam. Baju yang dibasuh pun kadang-kadang tak kering, lantas membazirkan duit ke dobi. Kalau tak kering, alamatnya bau hapak la plak...
Hujan kt Lincoln ni tidakla selebat hujan kt KB nun.. cuma nya musim sejuk sini ala-ala sama je dengan musim tengkujuh kat KB, sejuk dia sama je. Haha ada pulak... sini lagi sejuk dooooo.


Bila masuk je bulan Nov, kawasan rumah mama saya (luar pagar) tu mula la dinaiki air.. nak pergi sekolah pun kena pakai selipar - keluar dari kawasan air baru pakai kasut. Nak wat cane, dah air hingga betis. Tapi dalam kawasan rumah kami air jarang-jarang berkumpul.. sebabnya, kawasan rumah tinggi sket dari luar pagar.

Seingat saya, tahun 2004 banjir paling besar, hampir memasuki dalam rumah. Tapi tak masuk pun... yang bestnya waktu tu saya dok USM, tak balik! Nak balik cane... dah banjir..satg balik, dari jauh kena angkut barang mengharungi air. Yang tak bestnya, tak dapat main air banjir. Huhuhu~~~

Adik-adik saya di depan rumah... banjir 2004.. rumah ni dibina tahun 1989.. Lama kan? Tengok, ada 2 anak tangga lagi air nak masuk dalam ghumah. Nasib baik tak masuk.. hehe~~ kalau tak habislaaaaa pakaian sume..

Bila musim hujan tu, kami anak beghanak ni asyik kelaparan je.. Memang betulla kata orang, bila dah sejuk memang perut cepat lapar. Selalu je adik laki saya jadi mangsa suh gi beli makanan-makanan untuk disumbat ke dalam perut kami-kami nih... Biasanya, makanan tu adalah...




Keropok lekor aka khepok gotey.. Waaaaa..lama ohh tak makan.. teringin sangat nak makan, tapi kata mama, pos satg kangggg kena tahan, tak pasal-pasal. Arghhh.. lama betul tak makan, balik nanti nak balun betul-betul. Tapi, saya lebih suka khepok tengganu, bukan apa... keropok dia banyak ikan.. kelantan punya banyak kanji.. kadang-kadang kami ke Terengganu, mesti singgah di Losong tu.. beli yang belum digoreng, makan panas-panas macam tu jek. Waaaa.. nak makan! Nanti ada masa, nak buat projek kropok lekor la...



Ini pun sama... goreng pisang (?) pisang goreng (?)..mana-mana la.. kat Kelantan biasa cicah dengan sos keropok lekor tu tapi bila saya ke Negeri Sembilan, diorang cicah dengan kicap! kelakar tapi agaknya memang diorg makan dengan kicap. (agaknya bila diorg datang Kelantan, diorg pun duk gelak kt kami sebab makan dengan sos).. Kat Lincoln ni ada je pisang nak digoreng cuma... pisangnya tidak sesedap dan semanis pisang Malaysia. Aigoo~~ nak makan!!

Yang ni putu piring.. kalau duk Penang mak selalu je beli bila balik Johor. Waaaa sedapnya bila makan tika panas-panas.. huhuhu






Ini putu halba.. erk..sama ke dengan putu piring? Entah bagi saya sama je rasa, cuma lagi best putu halba. Yang ni mama selalu je suh adik saya beli, hinggakan tokey yang buat putu ni untung berganda bila masuk musim hujan/tengkujuh..




Hah... yang ni jarang-jarang orang makan. Biasa orang kampung macam saya je yang suka. Suami saya sendiri tak pernah makan..(katanya laaa) Ini makanan pagi kami tika duk di kampung. Mek saya selalu buat ni utuk sarapan. Pulut pagi (pulut yang ditanak dengan air je) + ikan kering goreng / ikan bilis goreng + kelapa parut yang digaul dengan garam sikit. Sedap sangat! Satu lagi ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut.. pun selalu kami makan untuk sarapan. Bila teringat ni, saya baru je sedar yang kami ni membesar dengan ubi kayu, pulut, ikan kering je.. Walaupun makanan kampung, tapi sedap. Tapi bila dah besar ni, mama tak bagi makan pulut, katanya otak jadi lembap eh. Mungkin betulla kot.. entah.. kebenaran nya masih samar-samar..



Oh ya, satu yang saya perasan.. kami adik beradik ni suka sangat makan nasi berlaukkan ikan dan budu.. budu makan bersama ulam-ulam (kacang botor, ulam pegaga, pucuk ulam raja, pucuk putat etc etcccc).. Ump, jering dan petai saya tak makan. Entah.. tak suka~ Kadang-kadang tak ada ulam, sayur sawi pun dijadikan ulam (celur sekejap), atau tomato hijau tu, tak pun terung atau kangkung mentah. Kelakar tak? Bila saya cerita pada rumet saya, dia gelak.. kelakarla kot, tak pernah dibuat orang makan kangkung mentah. Tapi itula hakikat sebenar.. Bercerita pasal ni, aduhhh lama betul saya duk merantau (padahal hampir 3 tahun je ponn) . Itu maksudnya.. maksudnya saya rindu nak balik!!!! Heheeee tak pe, tunggu 2012 nanti eh..

p.s: tiba-tiba mengada nak balik~~!
p.s: gambar sume saya google jeee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman turn 16 month old~

Bismillahirahmanirahim



Pejam celik, pejam celik dah besar dah Iman~~ Aigoooo... bila nampak dia makin besar, terasa pula diri makin tueeee.. (sila tekankan perkataan tuEEEEEE). Walaupun hakikat sebenar, bukanla bangka pun tua nya tapi begitula rasa, cepatnya masa berlalu (happa aku meghepek-ghepek ni..???). Rasanya baru je lepas bersalinkan Iman, baru je lepas pantang..



Esok dah masuk tahun baru Hijrah, bulan depan dah masuk tahun baru masihi. Eeeehh, cepat benar masa berlalu. Duk fikir-fikir balik, apa yang aku dah buat tahun ni eh?? Ada improve amal ke? atau makin turun? atau.. atau... atau... Banyaknya atau! Azam tahun ni dah tercapai ke belum? ehhhh... azam tahun ni apa eh?? tahun depan lak, apa nak di azam kan??? Aigoooo~~~ *sigh*



Iman pun dah makin besar, balik nanti dah nak masuk sekolah. Semakin besar, makin banyak pula akal dia. Kadang-kadang kita tak terfikir pun dia akan buat sesuatu tu.. *agaknya saya macam ni la dulu kot* eheeee...



Skill panjat memanjat tu dah biasa dah sekarang. Yang tak tahannya, dia suka sangat panjat meja, meja makan dan meja study abgfiz. Meja study tu kalau dipanjatnya, habis segala pen dan buku dicampak nya. Kadang tu menjerit abgfiz, sebab dicontengnya monitor ni. Kata nurse, Iman seorang yang smart.. sebab di fikirannya banyak benda dia nak tahu. Alhamdulillah.. dan amiiiiiiiin.. cuma kadang-kadang saya memang tak larat, tak larat nak kejar mengejar dengan dia. Huhuuuuuu...







Dah nak masuk 16 bulan ni, banyak pula cakap dia. Tapi satu patah pun saya tak faham . Ekekekeke... kelakar.. kadang-kadang sebelum dia lelapkan mata, dia mesti dok berceramah, tangan tu sampai angkat-angkat. Tapi satu patah pun saya tak tahu. Nak kata bahsa korea, tak pula.. Ehee.. yang pastinya, Iman memang membuatkan saya terhibur dengan celoteh dan keletah dia!






Pandai pula dicari raket tenis abgfiz, sengaja abgfiz sorokkan di belakang kerusi hijau tu. Tapi dia jumpa jugak!












Kerusi pula, dah kena ikat dek plastik supermarket. Bukan apa, tak tahan bila Iman asyik tarik dan panjat meja. Sekarang ni bukan nak panjat meja, nak main barang-barang yang diletak atas rak dapur tu. Kalau tak perasan, bahaya jadinya. Iman ni bukan nya tahu pun bahaya ke tidak ke...



Bila dah kena ikat tu, mengamuk-ngamuk Iman bila kerusi tu berat dan susah nak tarik. Menangis melalak, kami buat tak tahu je. Bising pun bising lah... lama-lama diam la dia tu. Saja nak cari perhatian.


Cuma satu je saya perasan, bila saya di bilik tidur.. Iman automatik akan tutup pintu dan duk celah ketiak saya je. Yang bagusnya, saya bolehla rehat dan tidur walaupun kadang-kadang tak lena sangat. tak apalah, sekurang-kurangnya saya tahu dia berada di tempat yang selamat...


************************


ni cite lain, pagi tadi saya buat ciskek tu. tiba-tiba terjumpa coklat puteh yang saya buat tulis atas befday kek Iman masa raya haghi tu ada lagi.. jadi dengan suka hatinya, saya parutkan ke dalam adunan ciskek ni. huahaha...




setelah diparut~~






yey, setelah dibakar.. rasanya? rasa ciskek la kot.kuikui...




p.s: tiba tiba mood berblogging datang serta merta.. sebenarnya Iman tido awal malam ni.kuikui...


p.s: Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah, semoga kita sama-sama pertingkatkan amal ibadah. amiiin............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adrini’s First Annversary Contest

Bismillahirahmanirahim

Hihi~~ pertama kali saya join contest. Sebenarnya lebih kepada nak menyokong kak nini~ kaknini, suke tak?? Ekeke... menang ke tak tu, belakang kira... Dan disebabkan saya tak pernah beli product Adrinis tu, saya join kategori A jela..





jom join beramai-ramai. meh kita sesama meriahkan lagi contest ni.. di sini..




Tarikh tutup penyertaan : 30 Dis 2010





Hadiahnya ... tak sangka, sangat lumayan =))





Dan.. hadiahnya di sumbang oleh ~~















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekadar mengupdate blog

Bismillahirahmanirahim


Hurm.. saya terlebih rajin meng'baharu'kan entry dengan resepi, saje je.. konon blog diupdate (boleh tak???) .. Sebenarnya, hari ni saya dah sihat sedikit tetapi si Iman pulak ikut turn selsema + demam. Malam tadi, entah berapa jam je dapat saya lena betul-betul. Asyik menangis je si Iman, agaknya tak sedap hidung la tu.. dok sok sek sok sek. Tidur 5-10 minit, menangis lagi. Aigooo~~









Resepi gambar atas ni saya betul-betul campak. Bahan tak cukup maaaaaa~~~


Kek batik (resepi tak cukup bahan)


  • 3 tbsp serbuk koko

  • 2 cawan milo (saya tak buh, sebab memang tak pernah beli milo)

  • 1/2 cawan butter

  • 3/4 cawan susu pekat (saya kurangkan kepada 1/2)

  • 1/2 cawan susu segar ( ni saya memandai je buh)

  • biskut marie (saya guna biskut animal cracker- memang rasa macam biskut marie)



- Masuk ke semua bahan ke dalam periuk, dan panaskan sambil kacau sehingga pekat. Off api, kemudian masukan biskut yang telah dipatah-patahkan. Saya masukkan ke dalam peti ais (freezer)







Ni lee ghupenye animal cracker.




Non Bake Cheesecake :


  • 1 ketul cream cheese

  • 1/2 tin susu pekat

  • 1/2 cawan whipped cream

  • 2 tbsp lemon juice

  • 1 tbsp grated lemon



- Pukul cream cheese hingga fluffy, + susu pekat + lemon juice dan grated lemon. Dah sudah tu, kaup balik whipped cream ke dalam adunan.





Lepas je siap kek batik tu, saya masukkan dalam freezer. Kemudian, saya buat cheesecake tu. Dah siap, saya curah atas kek batik tu dan masukkan ke dalam freezer dalam 4-7 jam. Kemudian saya keluarkan dan thaw di peti bawah tu, sehingga boleh dimakan. Hehehe.. memandai je kan? Rasanya..?? okla kot.



Bakso ni menu makan malam tadi. Kebetulan kami-kami dok sejuk-sejuk dan tak berapa nak sihat, menu ni la jadi santapan.



Bebola daging :


  • 1 lb daging cincang

  • 2 biji bawang merah - tumbuk

  • 2 biji bawang puteh - tumbuk

  • 1 sudu kecik serbuk black pepper

  • 1 sudu kecik serbuk ketumbar

  • 2 sudu tepung ubi kayu (tepung kanji??)

  • sebiji telur

  • sedikit garam



Sup :


  • 2 biji bawang merah*

  • 3 biji bawang puteh*

  • 1" halia*

  • lada hitam*

  • 1 batang serai

  • * tumbuk



  • #garam sebagai perasa


- Tumis bahan tumbuk (saya blend je) sehingga naik bau. Kemudian masukan serai yang telah dititik. Masukkan air. Tunggu sup mendidih. Kemudian, daging cincang tadi digaul bersama kesemua bahan dan bentukkan bulat-bulat... kemudian masukan ke dalam sup. Biarkan bebola timbul (mean: bebola dah masak)



Bahan sampingan:




  • Mihun yang telah dicelur

  • taugeh - celur

  • kubis (saya ganti dengan sawi)

  • cili kicap


menu sampingan, mihun lupa nak ambil gambar



masih di dapur




Bakso saya..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan