RSS

Kedatangan orang jauh

Bismillahirahmanirahim


Fuh, entry secepat kilat nih. Iman dan ayah tengah tidur, umi ambil peluang dan masa ni update blog. Sementara umi sedang berada dalam mood ber'blogging'. Kalau ditangguhkan, entah bila pulak mood nak datang.

Semalam kami didatangi oleh sahabat alam maya Kak Jaja dan sekeluarga dari Ames, Iowa.. Kakjaja ni kenal melalui internet la. Sama-sama berblogging tapi kami dah sampai rumah mereka summer lepas. Wah, sangat menyeronokan.

Mereka tiba tepat jam 1230 tgh di rumah kami. Kebetulan hari ni cuti Memorial Day, jadi mereka datang bermalam di Lincoln ni tapi bermalam di Motel 6. Rumah kami sebilik je, rasa bersalah pula bila ajak tidur. Takut mereka tak selesa.

Makanan yang saya jamu??? Oleh kerana Kak Jaja dan suami, AbgFazli ni memang 'hantu' nasi kerabu, jadi semalam saya masakan nasi kerabu. Kakjaja pula membawa 2 botol budu, pandai pulak orang Kajang dan Lenggong ni makan budu ye. Biasanya, orang luar tak suka budu, katanya macam berudu. Ada ke patut?? Budu ni sos ikan bilis. Ikan bilis yang diperap bersama garam, lalu disimpan lama, lama kelamaan ikan bilis hancur dengan sendiri. Yeke ni eh?? Saya dah lupa macam mana mek (nenek) buat dulu. Tapi rasanya gitula kot.


Nasi kerabu lincoln..



Iman jumpa kawan baru, Sarah, Aiman dan Syahmi (baru je 8 bulan). Yang paling best, Sarah dan Aiman ni suka sangatla dengan Iman. Katanya nak adik girl. Nanti nak mama mengandung girl pula. Macam-macam kerenah budak-budak ni, ada kelakar, ada yang suka dan ada juga yang duka. Tapi seronok melayan si Sarah dan Aiman ni.

Selepas je solat zohor di rumah, mereka mengajak kami naik van besar mereka, jalan-jalan Lincoln. Kami yang berada di Lincoln ni, tak tahu nak bawa ke mana- maklum sajalah kat sini tak ada apa yang menarik selain ladang-ladang jagung dan soybean. Kalau ada banyak pun di Omaha.



Bergambar depan stadium UNL



Van yang besar lagi selesa.



Kami dan Kakjaja serta anak-anak di depan Capital State




Balik dari ronda-ronda Lincoln, kami berBBQ. Kebetulan waktu yang sama ada 2 rumah sedang BBQ. Saya dah sedia merinated ayam dan sosej, manakala KakJaja bawakan sirloin steak (beef), corn dan sosej. Sirloin steak tu memang sedap.. ish kalau duk teringat sorang-sorang, mau meleleh air liur.Huhuhu



Sirloin steak, pic : google




Tukang bakar BBQ



Ayam bakar


Kami hanya makan meratah je ayam, daging dan corn tu. Best betul duk meratah. Sarah dan Aiman tak makan sangat, yang melantak para ibu dan bapa. Fuh, berpeluh-peluh makan. Best!!!





Sedang menjamu selera

Keesokan paginya, saya jamu mereka nasi lemak Lincoln. Lepas je sarapan, kami meronda kedai Asian market dan kedai restoran Arab di Lincoln. Kata Abgfazli, dia dan keluarga memang suka menjengah restoran halal kalau pi travel. Kebetulan hujung minggu depan mereka sekeluarga ke New York, untuk daftarkan warganegara Syahmi. Tahun depan Abgfazli dah habis PhD, tahun ni aja yang ada kalau mereka nak jalan-jalan US.






Nasi lemak Lincoln






Sarah dan Aiman-suka sangat main dengan Iman. Iman pula memang suka tetamu datang rumah. Yang ngantuk pun tak jadi tidur, yang sedang tidur boleh sedar pula..


Abgfiz dan Abgfazli.




Saya dan KakJaja- cantik je view belakang





Kami dan anak-anak.


InsyaAllah lain kali, datang lagi atau insyaALlah kami pula ke sana. Kalau balik Malaysia singgahla Penang dan Kelantan, kami pula bolehla menumpang rumah di Putrajaya dan kalau nak makan sate, singgah Kajang. Hahaha
p.s: cuti-cuti US belum diupdate..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awards dan Tag


Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah, Jumaat lepas genaplah 3 tahun kami melayari rumah tangga. Sempena dengan itu dan untuk sekian kalinya, saya ingin menganugerahkan 'Awesome Bloggers Award' kepada pembaca setia ahafiz-izza terutamanya :






Terima kasih kerana sentiasa melawat dan memberi komen tanpa jemu di rumah yang kadang tuannya tinggalkan begitu sahaja. Saya dan abgfiz sentiasa buka rumah ni tengok komen tapi tak sempat nak membalas komen-komen tersebut. Maafkan saya, apa-apapun saya amat menghargai komen-komen membina kalian (wah..ayat skema betull )


Bunga ros tu saya snapkan gambar tika bermalam di Quantity Inn di Grand Canyon. Geram je tengok bunga pink tu tapi apakan daya hanya gambar je boleh saya bagi. (Diri sendiri pun tak petik.huhu)

******************


Yang kat bawah ni award yang dah berzaman tapi hari ni baru saya sempat baa kereta sorong , pi angkut kat rumah sorang-sorang


Yang ini dari kenalan baru, Deena Farhana.. Mekasih Deena..



Yang ni dari Kak Ena. Terima kasih..


Yang pula dari umi Anas yang mata buulat (read: Anas yang mata bulat comey)



Yang ni dari kak Enazz- bakal menjadi ibu kepada 2 orang anak




Yang ni dari Kak Nadiah yang sedang bercuti. Cuti pun sempat lagi update blog.

************




Tag





Yang ni tag dari Chik Na, suka je Chik Na tag kat izza ye. Tak pe, izza suke.~~





1. Siapakah anda di rumah?



Saya adalah seorang isteri dan seorang umi merangkap surirumah yang sedang menemani suaminya belajar menghabiskan PhD di bidang Entomology di negara orang.





2. Siapakah diri anda disamping rakan?



Rakan juga





3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?



- teringin nak ke Mekah membawa mama dan mertua. semoga doa ini dimakbulkan, amin



- teringin menjadi pakar masak



- menjadi orang yang BETUL sabar



- berubah menjadi pendiam



- mau ke Jepun dan Korea





4. Siapakah nama pasangan anda?



Abdul Hafiz Ab Majid





5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?



- Suka bagi hadiah, bunga dan kad



- Dengar bila saya membebel



- Kemas dan rajin study



- Romantik



- Berterus terang dari hati ke hati





6. Bila tarikh couple?



Erkk.. bila ye?? Lupa pulakk





7. Kenangan pahit bersama rakan anda?



Biarlah rahsia. ekeke





8. Lagu tema cinta anda?



Yang ni tak ada sebabnya, saya lebih suka melayan nasyid dan lagu Korea serta Jepun, abgfiz pula suka layan lagu Melayu rock 80-an dan lagu matsaleh.





9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada psangan anda?



Be as you are dan kuatkan bersabar dan tabah menempuh ujian.





10. Tag kepada 10 rakan:



Siapa yang sudi, sila buat ye..







Yang ni tag 'kasut feveret'dari Alin, dah berzaman jugak...



1st place...







Kedua-dua kasut ni saya suka sebabnya beli sebelum datang sini. Yang sandal kat atas tu memang dah pakai di Malaysia- suka sangat pakai sandal warna puteh. Dan saya memang suka sandal berbanding kasut. Kasut sukan ni pula, kasut yang sentiasa saya pakai dari awal datang sini, bila time summer je saya tukar ke sandal.





2nd place..

Sandal yang abgfiz beli tika thanksgiving lepas. Saya kurang suka pakai yang ni sebab tumit dia tinggi sikit even 1 inci. Saya memang jenis orang yang pakai flat sandal je. Entry shopping kasut ni ada di sini





3rd place..


Yang ni saya jarang pakai, tapi sedap juga pakai sebabnya tapak kasut ni memang direka khas untuk hilangkan sakit bila memakai. Apa-apapun saya lebih suka pakai sandal dari kasut.


Wah..selesai sudah tag dan award..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman ni...

Bismillahirahmanirahim,



Sedikit entry pasal Iman, atuk Penang rindu kat Iman. Sejak kami berjalan-jalan US ni, Iman mula menunjukkan skill ke'buas'an nya (lasak??) Buas ikut loghat Kelate. Dah masuk bilik hotel, ada laci, dia masuk, ada ruang kecik mana-mana pun dimasuknya. LEpas tu tak pandai pula nak keluar. Bila letak dalam carseat, tak mahu pula duduk dalam tu, kadang terpaksa pegang tangan kaki dia supaya senang kunci carseat.



Dah tu kalau jumpa je orang, semua ditegurnya. Tata.. tata kat orang. Ish Iman ni.. Langsung tak takut orang. Sudahla orang sini suka main dengan budak, ada je orang mat saleh duk tegur dia, terus melompat-lompat, angkat tangan dan tata kat orang tu. Lagila orang suka..









Yang ni tika dia senyap-senyap je masuk laci bawah kabinet tepi katil. (kabinet ke??) Tak dengar suara dia, rupa-rupanya duk dalam ni..










Hah, yang ni pandai pula keluar..





Lepas tu senyum, muka tak bersalah langsung. (Gigi dah nampak dua batang kat bawah dan sebatang taring baru nak tumbuh di bawah.. pelik betul Iman, tumbuh taring dulu..)



Di Los Angeles..




Meh kita tengok apa yang Iman buat tika umi dan ayahnya sibuk kemas barang. Sebenarnya, hotel ni di Los Angeles, waktu ni baru je masuk hotel , kemas barang. Tiba-tiba dengar pulak bunyi Iman nangis, tengok-tengok dah ada dalam laci TV! masyaAllah..entah bila dia masuk tak tahu, tak boleh nak keluarla duk menangis minta tolong. Adakalanya menangis sebab terkepit tangan tu di laci, yela pandai bukak tapi bila tutup tak sedar tangan tersepit!







Pandai pula dia buka laci dan masuk dalam tu.







Usaha nak keluar tapi tak boleh. Hahaha..








Petang di Los Angles, kami singgah rumah pegawai MIDA ( Malaysian Industrial Delelopment Authority) En Hazli. Kat rumah En Hazli tu ada dibelanya kucing nama Pompom. Ingatkan Iman takut kat pompom ni tapi... bila bagi kucing kat Iman, dia ramas pula bulu pompom ni. angsung tak takut, siap kejar pompom lagi. YaAllah berani betul budak ni. Nasib baik pompom berbulu lebat. Dahla tarik bulu pompom, ditarik juga ekor pompom. Gambar tak sempat nak ambil sebab Iman asyik kejar pompom. Iman..Iman..


p.s: nak postkan video Iman duk tata tapi internet kt Grand Canyon ni lembap. Line tel pun tak ada. Maklumla..tempat ni jauh di atas gunung, tampat red Indian bertapa..


p.s: pagi ni bertolak ke Colorado. Besok balik Lincoln...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entry pendek dari Boise, Idaho

Bismillahirahmanirahim


Sekarang waktu Idaho 4.37 pagi, saya sedang menunggu waktu subuh (read: subuh jam 438 pagi). Beza waktu dengan Lincoln sejam, sini awal sejam dari Lincoln, maksudnya sekarang di Lincoln 537 pagi- dah subuh da. Beza dengan waktu Malaysia pulak, 12 jam.


Kami sebenarnya dalam perjalanan ke Oregon, abgfiz ada conference National Urban Entomology selama 3 hari. Dari Lincoln - Portland, Otegon mengambil masa 25 jam drive direct. Huh, lama betull... tak apa, nanti entry cuti-cuti US, saya tunjukkan. (cewah...) . Boise di Idaho adalah tempat ke 3 kami berhenti bermalam sebelum perjalanan menuju ke Portland.


Tempat -tempat yang sudah kami bermalam:


1- Cheyenne, Wyoming

2- Salt Lake Ciry, Utah

3- Boise, Idaho


Jam 7 pagi nanti kami bergerak ke Portland. Dari Lincoln ke Cheyenne, perjalanan memang membosankan, sebab geografi flat je. Lincoln, Nebraska memang mempunyai bentuk muka bumi yang flat, sebab tu di Nebraska banyak kejadian tornado aka puting beliung terjadi. Ish mengerikan. Bila dah masuk Wyoming, masya ALlah cantik sangat pemandangan - berbukit-bukit disulami dengan pemandangan yang memukau. Hebat kejadian yang Allah jadikan. Dari Wyoming- Utah pemandangannya lagi memukau. Kalau ada peluang datang ke US- sila ke tempat disebutkan ya. Kuikui..





Gambar ambil dari kereta, tak boleh berhenti tengah jalan.. Cantik kan??






Sempat berposing tika berhenti rehat tika melalui perjalanan Wyoming-Utah






Cantik betul gunung yang bersalji. Macam iklan chewing gum wreglis chewing gum ke??





Ginila pandangan terdekat. Subhanallah..cantik..



p.s: Okeh, nak solat subuh.. Jam 7 dah nak gerak ke Portland- 7 jam driving. Tada..


p.s: Bahasa tunggang langgang, ayat pusing memusing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tocang

Bismillahirahmanirahim

Ini ghupenye Mek Iman bila ditocangkan. Sebenarnya rambut dia dah panjang dah, nak tutup je mata sepet dia tu. Semalam berusaha saya tocangkan rambut dia. Nak tocangkan tu ambil masa 1/2 -1 jam. Bukan apa..suka lari-lari bila umi nak tocang. Plus, rambut Iman lurus dan nipis, tambah lagi kesusahan nak tocang. Nasib baik sempat buat. Tu pun senget-senget je. Ah.. tak apala..



Hish-hish... apa yang dia buat tu..




OO main bantal sambil tonton TV..


Gambar blur, tak nak duk diam



Suka gigit benda - gatal gusi



Muka sama tak? sama comey kan? *blushing*.. Hahahaha



p.s: kamis off to Oregon, jadi dalam masa 2 minggu tak ada entry. cewah, macamla ada orang menunggu entry saya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muhasabah Diri

Bismillahirahmanirahim

Ada sesiapa tengok Al kuliyyah 7 Mei lepas tak? Kalau tak sempat, meh kita sama-sama kupas apa isi dan tajuk dia. (hehe..sharing is caring).

Ahli panel : Ustaz Shahran Shafie - AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).

Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan..

Susuk

: (kamus dewan)- pasak atau baji
: (istilah) - memasukkan emas atau berlian,atau seumpamanya ke dalam muka untuk cantik
: (sharie) - memasukkan bahan-bahan bendasing ke dalam muka anak adam dengan syarat-sayarat tertentu dan tujuan tertentu.

Jenis susuk :

1- Biasa : -emas, berlian, timah
2- Luar biasa : emas (dan seangkatan dengannya) beserta penghuni iaitu khadam ke dalam tubuh bertujuan menarik muka, untuk jadi cantik.

Kebetulan, pada waktu yang sama ustaz Shahran membuang susuk seorang perempuan yang memakai susuk dengan menggunakan air zam zam. Bila tonton, saya teringat drama Susuk yang pernah saya ikuti ketika berada di Malaysia. Macam-macam pula perkara manusia buat hanya untuk menarik perhatian orang-orang sekeliling.

Ustaz Shahran juga menghuraikan kesan pemakai susuk, antaranya :

i - mengalami mimpi ngeri : kita harus peka kepada 3 mimpi dibawah :

a) mimpi jatuh dari tempat tinggi
b) mimpi dipatuk ular
c) mimpi bayi terutamanya bayi datang menyusu dengan kita.

Jika pernah mimpi salah satu antara mimpi tersebut berhati-hatilah, kerana mungkin kita telah dimasuki sihir terutamanya, mimpi bayi datang menyusu.. Bila saya tonton rancangan ni, terus saya duk teringat pernah ke mimpi ketiga-tiga mimpi di atas. Tapi, manala kita nak ingat mimpi-mimpi kita..

ii - Memiliki khadam secara tak langsung -

Kata perempuan yang dibuang susuk tadi, hidupnya tak tenteram sebab dia memang merasakan ada je yang mengikutinya, ada yang tidur bersamanya. Ish.. meremang bulu roma saya. Huhu...

iii - terpaksa melalui pantang tertentu.

Kata ustaz, orang yang pakai susuk tak boleh makan sate (sebab bila makan, terasa lidi tu mencucuk-cucuk mukanya), tak boleh makan buah-buah yang berbulu halus, bukan rambutan. Contohnya buah kiwi, terung (bulu halus ada di tangkai). Katanya jika makan, akan menjadi bisa.

iv - Susah untuk mendapatkan anak

Kata ustaz, anak yang terbentuk sentiasa gugur. Kata ustaz, ianya disebabkan jin yang sentiasa duk berjalan dalam darah.

v - Orang yang memakai susuk, payah nak masuk pesawat. Yang ni part lucu tapi benar. Yela, bila imigresen duk scan.. mesti bunyila benda alat scan tu sebab ada emas dalam badan kan. Bila cek-cek, tak ada apapun.

Kata ustaz, orang yang memakai susuk hatinya gelisah bila mana terdengar azan. Yang ni saya duk risau sebabnya, sini memang jarang dengar azan. Almaklumla mana ada masjid. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dijauhkan perbuatan syirik ni.






pic : google


p.s: Untuk mengetahui lebih lanjut, sila menonton di www.tv3.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah, Iman dah sembuh & Spring '10 BBQ

Bismillahirahmanirahim



Update : Iman ;



Alhamdulillah, setelah hari Rabu, bintik-bintik dah berkurang. Appointment Iman dengan Doc pun saya cancel kan sebab bintik dah kurang, demam pun dah tak ada. Syukur sangat-sangat. Tapi selera Iman dah tak macam dulu, biasa dia makan nasi + baby food in jar (3 kali sehari), sekarang nasi pun sekali je. Tapi, sekurang-kurangnya dia makan..





Cubaan untuk berdiri tanpa bantuan. dalam 10 saat Iman berdiri bila umi dah nak snap gambar Iman, dah duduk dah.






Muka baru bangun tido. Cantik je rambut dia.


Update 2 : Happy mother's Day..


Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di pelusuk dunia. Semangat, ketabahan, kecekalan, kesabaran mengandung, melahirkan, mendidik para generasi tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Kasih sayangmu abadi. Dedikasi untuk mama dan mak. Sempena hari ibu semalam.. abgfiz bagi hadiah..


.

.

.

.


Tada.....



Set cuisine. wah kemain seronok saya semalam. Terima kasih daun keladi abg.


Update 3 :


Semalam seperti yang dijanjikan, konon untuk me'release tension' yang sememangnya tension, mereka (refer to para bapa dan bujang teruna) mengadakan BBQ (tatabahasa tunggang terbalik) di Holmes Lake. Menu semalam : ayam BBQ, satay dan kuah kacang, mihun goreng, lasagna, kek batik, salad buah. Selesai aja makan-makan, mereka (refer to para 'merelease tension') bermain bola tampar. Elok sangatla, makan banyak lepas tu main. Gambar main bola tampar saya tak ambil pun, sebabnya duk layan Iman yang telah kelalian matanya..



Para bapa dan bujang sedang membarakan arang dapur.




Wah, hebat perbincangannya tu. Dapur tak nyala ke ??





Pemandangan Holmes Lake.






Tukang bakar ter'famous'







Keluarga bahagia








Wah, sampai terbakar tu..










Cik Iman dan Cik Safiyyah



Sekian sudah update cerita terkini lagi sensasi.


p.s: Semakin hari semakin berkurang pula skill cerita ceriti saya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan