RSS

Happy Halloween!!


Kebanyakan rumah di kawasan ini (american house) terdapat pumpkin yang ditebuk lubang..Haha..kelucuan terserlah. Dan rata-rata kanak-kanak memakai costume yang beraneka bentuk dan gaya.. Bukan sahaja kanak-kanak, pekerja pejabat juga tidak ketinggalan.. Jiran sebelah rumahku ini juga, meletakkan 2 biji pumpkin di hadapan rumahnya. Malam ini pasti ramai kanak-kanak mengetuk pintu rumah dan meminta gula-gula..

::::: Happy Halloween!!!:::::

p/s: oleh kerana bilik yang kuhuni jauh dibelakang dan rumah kami gelapkan kerana tidak memasang lampu selain lampu study di bilik yang kuhuni.. jadi..rumahku ibarat tiada penghuni..haha..selamatlah pada kanak-kanak ya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar lama


Gambar lama..majlis berbuka puasa di rumah Roz bersama pegawai MSD Chicago, Pn Rohana dan En Azmi. Yang pasti, ni je Melayu Islam Malaysia yang ada di Lincoln ni./..=((

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apple Cheese Cake


Hasil daripada lebihan cream cheese dan epal pemberian Ifa yang dipetik dari ladang epal jauh nun di Nebraska City. Rata-rata hypermarket penuh dengan epal. Agaknya sedang musim epal kot..
# kek kurang menjadi..tak naik..pelik..=(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketika Cinta Bertasbih



Ketika Cinta Bertasbih I dan II ini, karya Habiburrahman el Shirazy ini, telah selesai dibaca oleh mataku dan mindaku ini yang ku pinjam dari sahabat Indonesiaku disini, Dhahifa.. Berkisahkan seorang pemuda Indonesia yang menyelesaikan program ijazah sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Cairo sambil bekerja membuat dan menjual tempe dan bakso. Bekerja khas untuk menyara ibu dan adik-adiknya di Indonesia nun disana setelah kematian ayahanda yang disayangi saat dia di tahun satu. Bercirikan keislaman, ketabahan dan keyakinan terhadap Allah, novel ini kukira lebih baik dari novel Ayat-ayat Cinta. Berbanding dengan Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih lebih kepada kehidupan sebagai mahasiswa dan pengorbanan seorang anak terhadap ibu dan novel Ayat-ayat Cinta lebih menjurus kepada cinta.. (dah tajuk pon ayat-ayat cinta..) Ketabahan dan pengorbanan ini sedikit sebanyak membuat hatiku ini terasa kerdilnya aku berbanding pemuda ini. 9 tahun menghabiskan ijazah sarjana muda, sedangkan rakan-rakan seangkatan denganya telah lama selesai program ijazah sarjana. Namun, dia akur dengan takdir Ilahi menghendakinya berkorban seikhlas hati menyara adik-adik yang masih kecil dan ibu yang sering sakit. Namun keikhlasannya terbayar setelah adik-adiknya berjaya. Benarlah kata orang, jika hati ikhlas kerana Allah, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik walaupun menghadapi rintangan yang berliku..wallahua'lam..


# semakin dibaca karya Habiburrahman, semakin ku minati karya beliau..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeah! Fall break holiday..

Hihihi..selesai sudah trip holiday kami ke Eugene T. Mahoney State Park, dalam 2 hari 1 malam, letaknya di Lincoln jugak tapi jalannya ke Omaha..mulanya ingin berdua sahaja. Bila fikir-fikir lebih seronok jika beramai..the more the merrier.. So suamiku mengaajak En Suhaizi dan Amel. Tapi Amel ke New York dek kerana saudara nya datang ke New York. Tapi..nasib baik ajak Suhaizi, kalu tidak, maunya sesat..dahla aku tidak memahami jalan di Lincoln ini..hahaha..teruk betol aku ini.. Kami bertolak dalam jam 930 am, Ahad. Perjalanan mengambil masa 1 jam ditambah kesesatan dan pemberhentian di jalanan..




Di Mahoney Park tersangatlah luas kawasannya, seakan ladang jauh nun mata memandang dan berbukit-bukit. Sesampainya kami di sana, terus telihat oleh kami kuda-kuda di suatu tempat itu. Terus Suhaizi dengan beraninya mahu menaiki dan menunggang kuda tersebut. Lantas, kami ke Administration Office untuk membeli tiket dan di sana, terdapat banyak jadual aktiviti di Mahoney Park ini seperti, menunggang kuda, menaiki boat, dan macam -macam lagi. Hajat dihati kiranya mau menunggang kuda tapi suamiku melarang risau jatuh kerana aku tiada pengalaman menaiki kuda apatah lagi menunggang. Banyak aktiviti yang menarik namun its closed for the season. Mungkin cuaca kurang elok.


Suhaizi bersama kudanya



Sebenarnya kami ke sini dengan dua tujuan. Pertama, bercuti dan kedua, mengumpul serangga untuk kelas suamiku di sini. Ump..sambil menyelam minum air kan. Jadi, setelah Suhaizi ke kandang kuda, kami berdua terus mencari serangga bersama net masing-masing.




Setelah penat lelah mengharungi lalang dan angin yang sejuk, kami bertiga berehat sambil menikmati makanan tengahari yang kami bawa khas dari rumah..Hihihi..Aku memasak nasi goreng, dan tiba-tiba diberitahu, Suhaizi juga membawa macaroni yang dia buat khas.. Hahaha..bagus sekali ya, banyaklah makanan yang dinikmati itu..

Tempat kami menjamu makanan tengahari

Selepas menikmati makanan tengahari itu, kami ke Walter Scott Jr Observation Tower. Ianya sebuah menara, tidaklah tinggi sangat dan terdapat tangga hingga ke atas. Cuaca hari itu tersangatlah elok dek kerana matahari memancar dengan jaya serta angin sejuk bertiup itu. Ish..anginnya sejuk sekali. Menyebabkan aku terpakasa memakai sarung tangan. Sejuk teramat pada hemahku. Namun rata-rata pengunjung ke sini memakai t-shirt sahaja. Begitu juga dengn Suhaizi. Agaknya, sudah biasa dengan sejuk begini. Jadi terus kami menaiki menara ini, aku ini dengan perasaan gayat ini, terus ketakutan ditambah dengan angin yang bertiup kencang. Huuuih..menakutkan aja. Namun, rata-rata kanak-kanak yang naik turun kelihatan sangat seronok dan tiada perasaaan takut..Hehehe..malu betul aku pada kanak-kanak itu.. Di puncak menara ini, kami melihat pemandangan yang cantik sekali, tasik dan sungai nun jaun di sana.. Aduh, cantik sekali ciptaan Allah ini..


Kami bertiga dari atas menara


Kami berdua di atas menara


Setelah itu, kami ke Owen Marina, iaitu sebuah bangunan yang mana bangunan itu menjual makanan, terdapat restroom dan yang menariknya, bangunan ini terletak di tepi tasik. Jika summer season, bangunan ini dibuka untuk aktiviti paddle boat and fishing. Telah terpandang oleh mataku ini, beberapa kumpulan swan di dalam tasik itu..huhu sungguh mempesona swan-swan di situ. Sempat aku bergambar bersama pokok-pokok yang kelihatan berubah warnanya ini. Subahanallah, sangat cantik. Indah ciptaan Allah ini..




Lihatlah gaya suamiku dan Suhaizi ini..




Jam 4 petang kami mengambil kunci kabin kami yang bernama Running Deer dan terus masuk serta menunaikan solat zohor yang kian lewat itu. Kabin tersebut terdapat 2 bilik tidur, 1 bilik air, ruang dapur, Tv serta perabot-perabot lain. Kami membawa alatan BBQ, ayam yang telah diperap, mihun dan alat-alat masak yang lain, serta pinggan mangkuk. Sesampainya kami di sana, alangkah terkejutnya kami ini, kabin ini seperti sebuah rumah. Lengkap dengan pinggan mangkuk, periuk, peti ais, microwave, dapur, coffee maker dan toaster. Segalanya lengkap. Wah bagus sekali, cuma pinggan mangkuk nya diragui. Manalah tau sebelum ini ada dimakannya Pork, jadi kami guna aja pinggan mangkuk kami itu.


Kami di kabin kami -Running Deer 35

Pemandangan di sudut dapur kabin. Lengkap semuanya


Suamiku terus mencapai segala barang tangkapan serangganya itu, lalu memasangnya di tepi kabin itu. Suhaizi kulihat sedang menyiapkan bara api BBQ kami.. Sementara mereka berdua sibuk membakar ayam itu, aku terus ke dapur..menggoreng mihun untuk makan malam kami.

Inilah sajian makan malam kami di kabin ini.


Keesokkan harinya, sebelum kami check out dari kabin ini, Suhaizi dan suamiku ternyata ke tempat perangkap serangga. Suhaizi kulihat tersangatlah asyik memetik butang kameranya menghala ke hutan-hutan itu. Terus dilihat olehnya, seekor deer sedang berkeliaran di kawasan kabin ini. Agaknya itulah sebab kabin ini dinamakan Running Deer..terus, kami mengambil photo-photo untuk dijadikan kenangan dan terus ckeck out dari kabin tersebut.





Kereta kami menghala ke Omaha, satu daerah di Nebraska dan bersempadan Iowa State. Di sana kami ke Asian Market, ternyata Asian Market ini lebih besar dari Thailand and Vietnamise Store di Lincoln ini. Dan barangan makanan di sini juga kebanyakan barang dari Indonesia. Juga terdapat 3-4 jenis barang dari Malaysia. Sedang kami mencari Old Market yang nyata terkenal di Omaha ini, telah kami jumpai Omaha Rosenblatt Stadium. Gayanya seperti staduim baseball. Terus kami mengabadikan foto-foto kami di situ.





Setelah itu kami ke Old Market yang terkenal di Omaha ini. Di Old Market, kami berjalan-jalan merentasi deretan kedai-kedai di sini. Old Market pada pendapatku, seolah bazar membeli belah di Kota Bharu. Bangunannya seolah bangunan yang sangat lama tapi ini lah yang menjadi daya tarikan disini. Kami masuk dari satu kedai ke satu kedai. Terjumpa oleh kami kedai yang menjadi perhatian kami. Kami masuk dan nyata kedai ini adalah kedai yang menjual pakaian yang dibuat dari bulu binatang. MasyaAllah..harga barang di sini tersangatlah mahal. Paling murah kulihat kasut baby yang berharga $59..juga sempat ku belek harga sehelai kot ala-ala koboi itu dengan harga $3000 ++..Mahal benar.. Tapi ternyata pakaian disini dari kulit binatang seperti beruang, fox, lamb, rabbit. Segalanya lembut dan nyaman sekali jika memakai. Tidak hairanlah harganya pon agak mahal. Sempat aku snap gambar di kedai ini.



Kami berdua di hadapan salah satu bangunan Old Market.


Setelah penat berjalan dan berposingan di Old Market, kami meneruskan perjalanan kami pulang ke Lincoln. Dan kami berhenti makan tengahari di Buerger King, apalagi yang harus di makan selain Fish Burger. Jika di Malaysia, Double Beef Black pepper burger menjadi kegemaranku. Tapi disini, segalanya haram. Jadi kami menjamah Fish burger sahaja.. Terus kami menamatkan fall break ini sehingga sampainya kami di rumah kami..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banana Strawberi Muffin Recipe

Ramailah pulak minta resipi muffin ni.. Glamour jugak ye mufin daku yang kurang menjadi itu..heheh..

1st.. strawberry ( dipotong dadu) + 2 tbsp sugar - set aside

Dry Ing ;
2 cup all purpose flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp cinnamon powder
a little salt

Wet ing ;
1 banana- mashed with fork
2 egg
1 cup sugar
3/4 cup cooking oil
1 lemon zest

# Dry ing - combine all together.

# Wet ing - mashed banana + egg - mix together with fork. Then, + (strawberry with sugar) + sugar + cooking oil + lemon zest - stir together

# Add dry ing to wet ing - combine. Put into muffin cup.

# Bake at 350 F or 180 C about 10-15 minute..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banana Strawberry Muffin


Projek semalam.. strawberi dan pisang banyak.. Inilah hasilnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah

Semalam Ifa mengajak ku ke Hyvee, untuk membeli. Kata Ifa, sekarang ada diakaun. Iya, semalam 1 dozen telur "large egg" only 97 sen. Murah aku kira.. Sementelah barang dapurku kehabisan, terus aku mengikut Ifa ke sana. Hyvee berbanding Walmart, barangnya lebih fresh dan banyak. Sayurannya banyak dan fresh tapi di Supersavers lagi fresh. Jadi, semalam aku ternampak buah yang tidak pernah aku lihat.. Gayanya seperti epal, tapi ada hijau..bentuknya ya seperti mango.. Jelas sekali itu adalah mango. Beza benar jika dibandingkan di Malaysia.

Dan semalam juga, aku telah membeli tepung pancake (ready made), tak pula aku cuba tapi kata Ifa cuba aja, kerana dia cuba agak enak. Jadi terus aku ambil tanpa melihat kandungannya. Amira ku lihat mengantuk, jadi terus kami ke kaunter membuat pembayaran.

Pulang, terus aku ke dapur untuk mencuba pancake ini. Nasib baik aku melihat dulu isi kandungannya, ternyata terdapat animal shortening - tallow and lard ( tallow=mutton or beef fat, lard = pig fat). Terus aku contact Ifa supaya jangan makan kerana haram. Jadi kami ke Hyvee lagi hari ini untuk memulangkan. Sedang aku ke bahagian pisang, terlihat oleh mataku ini harga pisang 39 sen per lb. Wah..murah sekali.. Jadi terus aku ambil 5lb dan membuat pembayaran.. Tapi pisang disini..ohoo..besar sekali..Kalau di Malaysia pisang nangka ye.. Ohuuu..aku tidak pasti kerana aku tahu makan aja, kenal pastinya tidak..wakaka..
p/s: strawberi juga beli semalam. Tapi dek kerana musim sudah habis (agaknyalah), buahnya sedikit masam berbanding summer hari tu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Abadi

Telah terbaca oleh mataku ini "cinta hakiki" oleh Suhaizi di blognya..Terus mindaku ini memutar pada kisah arwah ustazah waktu form 3. Ustazah ini berasal dari Terengganu. Aduh kepekatan loghat Tganu nye memang ketara. Seorang yang setia pada sekolah, guru disiplin yang amat disayangi dan berperibadi tinggi. .. Ahh rindu sekali pada Ustazah Sabariah ini.

Di kelas ustazah dikenali dengan kutukan maut kerana apa yang keluar dari mulutnya sememangnya terkena batang hidung kami. Ustazah sememangnya suka bercerita, bergurau senda dek kerana kami semua pelajar perempuan.. Jadi segala topik yang diajar amat terbuka. Ustazah sentiasa bercerita tentang kisah suaminya, kukira suaminya ini beruntung beristerikan ustazah kerana ustazah tersangat mengagumi suaminya lantas menjadi setia sesetia Zulaikha terhadap Yusuf..

Dipendekkan cerita, sewaktu aku melawat ustazah tika 2003 bersama teman baikku, ustazah kulihat amat tidak bermaya mengandungkan anak yang ke-7, bicaranya tidak seramah seperti biasa, gelak tawanya seolah-olah yang terakhir, matanya kulihat ada kesayuan disitu. Dan tidak tersangka oleh ku, tanggal 17 Ramadhan 1424H ustazah menghembuskan nafas terakhir tatkala melahirkan anak bongsu nya itu. Sedih hatiku tidak terkira kerana didikan dan ajaran ustazah sehingga sekarang tidak pernah kulupa, gelak tawanya..semua menjadi igauan. Ustazah yang kukira amat sekali rapat denganku. Dan tidak pernah kulupa, sehelai sejadah hijau pemberian ustazah ketika umrah di Mekah masih lagi menjadi tempat sujudku hingga kini.. Ahh rindu sekali pada ustazah..Paling aku tidak pernah lupa, ustazah pernah cakap..cintanya pada suami terlalu mendalam, sehingga ketika suaminya membaca ayat-ayat Quran surah al-Waaqiah, terus hatinya diragut cemburu apabila suaminya membaca tentang bidadari di syurga. Aduh..amat mendalam sekali cinta pada suaminya itu..

Namun setelah pemergian ustazah, suaminya pula jatuh sakit. Dengan jaga anak kecil lagi, ku kira suaminya itu agak tabah. Sedang suaminya sudah sembuh, dan mahu beristeri lagi untuk menjaga ketujuh anaknya, dia telah kembali ke rahmatullah. Jadi kukira ustazah bertuah kerana suaminya setia dan ditakdirkan hanya untuk dia..

Moga-moga roh ustazah sabariah ditempatkan ditempat oarang-orang yang soleh..amin..

p/s: moga-moga cintaku terhadap suamiku berkekalan hingga ke syurga..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Release Tension

Exam, quiz, asssingment, research, homework-- semuanya memeningkan kepala dan menjadikan kepala tension. Tak sempat manage masa. Dah lama aku tinggalkan benda alah ni. Masa buat master dulu, buat lab dan field research je. Jadi bila datang buat phd ni, mana tak tension..dah siap assingment, exam pulak menanti, dah exam, quiz pulak menanti.. Rasa nak meraung kuat-kuat supaya semua tension ni, keluar. Semuanya kena maintain B, B ke bawah dah kira fail (80% ke bawah). Kena repeat paper. Ya Allah dugaan betul buat phd ni..Insect collection yang belum habis dikumpul lagi. Dah mula sejuk ni, serangga susah nak main-main di taman. Arghh...semuanya bagai nak pecah kepala.


Rasa nak give up dah. Nak aja balik Malaysia buat PhD di Malaysia. Tapi apabila memikirkan pesanan mak ayah, Prof Abu, guru-guru di Malaysia supaya jangan give up. Aku kuatkan semangat. Teringat Prof Abu ..
"I dulu masa di University of California, Davis.. study, study, study..kalau study macam student USM, tak cukup kena study kuat lagi. So, jangan give up.."
Aku tak pernah lupa kata-kata semangat dari Prof Abu. Kalau teringat mak yang sentiasa doa pada anak-anak, rasa sayu pulak. Tak sanggup hampakan harapan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk aku.







Semalam, sedang aku rehat di taman di East Union, tenangkan fikiran sekejap.. Terus telefon isteri ajak ke Sunken Garden, untuk tenangkan fikiran dan kumpul serangga jika ada. Bila sampainya disini, seronok lihat bunga-bunga berkembang mekar. Seolah-olah berada di taman bunga dalm filem hindustan. Malangnya, serangga yang berada di bunga menghisap madu di situ telah banyak dalam koleksiku.



Namun. fikiran sedikit tenang melihat bunga-bunga dan ikan dalam kolam ini. Terfikir oleh aku, alangkah seronok jadi ikan berenang aja. Tapi Allah kan berfirman, 'sebaik-baik kejadian adalah manusia..' astaghfirullah... Hafiz, semangat, semangat. Silat Cekak mengajar agar tidak mudah putus asa. Kadang2 terfikir, mungkin aku ni kurang berdoa padaNya. Mungkinkah juga kurang bersyukur padaNya. Usaha keras sampai tak cukup tidur belum cukup lagi. Kena sentiasa diiringi dengan doa dan bertawakal. Aku kena banyakan 'muhasabah" diriku ini. Mungkinkah aku kurang bemunajat pada Nya..Mak ayah sentiasa pesan. Sibuk macam mana sekali pun, jgn lupa pada yg Esa, solat wajib xcukup. Banyakkan solat hajat, solat tahajud dan solat taubat. InsyaAllah, Allah akan meberkati usaha keras kita. Banyak betul kekurangan pada diriku ini.

" Ya Allah, sesungguhnya tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkan, & Engkau menjadikan sesuatu itu sedih, jika Engkau menghendaki sesuatu itu mudah, Ya Allah, permudahkan, & jangan Engkau rumitkan..Ya Allah, sempurnakn dengan kebaikan"..Amin...



p/s; Moga-moga serangga aku kumpul cukup 100 Family..amin..mak. ayah, doakan hafiz tenang dan dipermudahkan urusan seharian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejuk..


Mengimbau kembali saat tiba dibumi US ini di Los Angelos. Masa tu jam 7 petang tak silap. Keluar je dari flight terus teruja..sejukk je muka..seolah-olah muka diliputi awan. Seronok sangat.. Abgfiz waktu tu sedang mencari-cari pintu masuk untuk ke Minnepolis St Paul. Waktu itu otak ini berputar..memikirkan ajaibnya ciptaan Allah..bayangkan......

Jam 3 petang hari Ahad bertolak dr KLIA - Taipei. Sampai di Taipei dalam jam 8 malam. Jam 9 malam flight bergerak ke LA. Ke LA memakan masa 14 jam. Jadi kalau dikira 9 mlm (+14 jam) sepatutnya sampai di LA jam 11 pagi Isnin. Tapi kami tiba di sana jam 7 petang Ahad.. hebatnya kuasa Allah..bagaimana boleh terjadi perbezaan masa dari Malaysia - US.. Jika dilihat dan difikirkan oleh akal yang tidak seberapa ini, mestilah ada kaitan dengan perubahan latitud dan longitud (yeke..??atau yang sewaktu dengannya- Geografi). Tapi jika dilihat melalui mata hati, hebatnya Allah..bagaimana boleh terjadi beza masa dan cuaca sedangkan kita hidup di muka bumi yang sama..

Berbalik pada pengalaman tadi..sesampainya kami di Lincoln ini, advisor Abgfiz jemput ke hotel untuk menginap setelah penat berjalan..Abgfiz, dek kerana penat berulang alik Kl-Penang dan kekurangan kualiti tidur, sampainya kami di hotel terus lelapkan mata..Sedangkan mataku ini ohoo susah benor nak lelap. Mungkin kerana perbezaan masa dan jetlag..jantung pula asyik berdebar aja..Mungkin kerana kalenjar adrenal memuntahkan hormon..jadi, satu malam mataku asyik merenung di luar tingkap. Sehingga jam 4 pagi, mula mentari menampakkan muka. Wah..subuh jam 430 pg..aduh..
Pagi setelah bersarapan dibilik, kami terus ke ofis family housing UNL -mendaftar dan ambil kunci rumah. Aduh..sejuknya Ya Allah..masa di LA punya seronok, dah kena selsema tak suka pulak..Kami memakai 3 lapis baju..Tapi orang sini dah mula berpakaian ump..ibarat nak pakai tak nak je..suhu pada waktu itu dalam 18-20 degree C. Uish,...sejuk..

Sebulan tinggal disini, musim panas tiba..MasyaAllah..panasnya..panas dan kering..yang seronok, baju semua kering sekejap aja..Yang tidak berapa seronok..panas sangat..Angin pun panas..

Dah mula masuk musim luruh ini, suhu dari panas 28 degree tiba-tiba turun mengejut 10 degree..Mak aiii...sejukkkkk...Angin juga sejuk...Kalau pagi-pagi keluar jemur kain..Subhanallah tangan ni boleh beku dan rasa sakit sangat dek sejuk..Tapi mentari memancar dengan jayanya..Musim yang sangat bagus..sejuk tapi ada mentari jadi kainku kering..(seronok..)..Patutlah waktu mata duk layan drama "Autumn in My Heart" tu..tertanya-tanya pasal apela depa semua pakai baju tebal-tebal tapi matahari memancar je..rupanya musim luruh ni, sejuk tapi matahari ada..

Pokok-pokok pun dah mula botak..kesian je tengok daunnya yang kekuningan seolah tak cukup zat dan galian..Abgfiz dah mula risau..risau serangga dah mula kurang..risau serangga yang dikumpul belum cukup 100 family lagi..moga-moga dapat dikumpul sebelum musim sejuk makin sejuk..

p/s: terasa kerdil berdepan dengan ciptaan Allah, cuaca yang berubah ikut musim.Subhanallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Andhra pepper chicken..

500 gm ayam

Bahan perap :
1/2 tsp serbuk kunyit
1" halia-diblend
4 ulas bawang putih-diblend
100 gm cili hijau-diblend
garam
50 ml jus lemon

cooking oil
1 1/2 tsp cumin seed (jintan putih..yeke??)
4 daun kari
1 labu bawang besar-chopped
1 1/2 tsp corrainder powder (serbuk ketumbar)
2 tsp crushed pepper
segenggam daun ketumbar (cilantro)

Cara:

Daun ketumbar dan bawang besar dicincang. Kesemua bahan perap diblend and diperap bersama ayam. Dalam periuk besar, tumis cumin seed sehingga garing dan masukan bawang besar yang telag dicincang. Tumis sehingga bawang kekuningan. kemudian masukan daun ketumbar, daun kari dan crushed pepper. Kacau dan masukan ayam perap. Masak dalam api perlahan sehingga ayam masak dan kacau sentiasa. Sebelum dihidang, taburkan daun ketumbar.
p/s: Bahasa campur-campur..resepi asal dalam bahasa Inggeris..

Sumber- Fauzia's Pakistani's recipe.

Tahap keenakan : enak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nectarine Cake

Bahan A :
1 biji buah nectarine - dikupas dan dipotong dadu

3 sudu gula

Bahan B :
2 biji putih telur -dipukul hingga kembang (meringue)

Bahan C :
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Bahan D:
3 sudu mentega
2 biji telur kuning
1 cawan jus oren

Cara:
Bahan A dipanaskan sehingga gula cair dan nectarine lembut. Bahan B dipukul kembang sehingga berbentuk krim. Bahan C digaul sebati. Mentega dipukul sehingga kembang + kuning telur - pukul sebati. Kemudian masukkan jus oren dan air gula nectarine. Kemudian pukul sehingga sebati. Masukkan bahan C kacau sebati. Dengan menggunakan spatula, gaulkan meringue(putih telur) bersama adunan kek tadi. Akhir sekali masukkan buah nectarine tadi. Bakar dalam oven 180 degree C sehingga masak..
p/s: projek untuk habiskan nectarine dalam peti ais..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagi parcel from Malaysia!!


Huahuahua.. seronoknye hari ini.. Sebab apa tau..sebab kami telah menerima parcel dari Penang..hihihi..Terima kasih banyak-banyak mak..seronok dikala kesedihan..Mak titipkan juga kad raya..dari mak ayah dan adik nor tersayang..Dik nor, comeyla kad raya dik nor bagi..hihihi..sukeee sangat..=))
Semalam kad raya baru sampai dari Zie. Zie... my best buddy..zie..sebulan jugak kad zie dalam flight..hahaha..seronok zie..zie thank you so much!!! 2minggu lepas kad raya dari Brunei-kak amilin sampai...Ami san..arigatou naaa..hontoni honto... jadi total kad raya tahun ni 4 keping..Dari Kelantan tak pulak sampai lagi..huhuhuhu..=(

p/s: terima kasih kerana ingatan yang tidak ternilai itu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pagi Syawal..

Selasa, Sept 30,

0430 am ;
Bangun pagi, masak untuk sahur abg fiz.

0600 am :
Telefon ma dan adik-adik di Kelantan. Tiba-tiba sebak..sebab dengar takbir raya.. Nangis..Sedeh. Sembang dengan ain, along, ma, ika mek cewi pun ada.. Ma buat roti jala, jeles sangat.

0800 am :
Mengadap pc. Kemas apa yang patut. Abgfiz bincang dengan kawan-kawannya untuk ke masjid besok. Bincang dengan abgfiz nak masak apa pagi raya.

1045 am :
Ifa kawan dari Indonesia telefon bagi ucapan minal aidil wal faizin.. Pelik..Kata ifa, dia baru selesai solat raya..Ya Allah rupanya hari ini hari raya. Terkejut + sedih. Hari tu di masjid dah cakap raya hari Rabu. Rupanya baru malam tadi di umumkan raya hari Selasa. Di website baru update pagi raya. Sedih tidak terkira kerana sambut 1 Syawal pertama kali dengan t-shirt dan skirt. Sedih kerana hari kemenangan di sambut seolah hari biasa. Sedih..sedih.. Abgfiz ke kelas dengan rasa kecewa dan hampa. Terus turun ke dapur, masak ayam percik dan buat salad. Nasi lebihan masjid ada lagi. Panaskan nasi. Naik bilik, contact Nor tanya Nashville dah raya ke belum. Contact Farah di Ukraine yang sedang beraya..Sedih....sedih sangat..sedih....sedihla sangat..

1400 pm :
Abg fiz pulang dari kelas, beraya dengan abgfiz. Minta ampun dan maaf. Maklumlah banyak dosa pada dia.. Makan bersama. Somaya jiran yang dari Saudi Arabia datang ke rumah. Datang untuk beraya. Sedih sangat..

1700 pm :
Ke kedai Thailand dan Vietnam untuk membeli barang dapur untuk menyambut raya hari Rabu. Balik dari kedai terus masak rendang ayam, nasi impit dan kuah lodeh.

1900 pm :
Chating dengan keluarga di Pontian, Johor. Semua pakai baju raya. Alahai sayunye.. Mak pesan jangan sedih nanti mak pon turut sedih..Hakikat sebenar memang sedih sangat..

2200 pm:
Makan bersama abgfiz rendang dan nasi impit. Naik atas, telefon pa..Owh pa berada di rumah Tok Cik Qub. Aduhai seronok dengar ramai-ramai di belakang..

2300 pm :
Tidur..

Sedih sungguh di pagi raya tahun ini.. Raya dalam sejarah, pagi raya pakai baju tshirt dan skirt saja. Sekurang-kurangnya pakai baju kurung.. Aduhai sedih sangat.. Harap tahun depan selalu alert..Moga tahun depan raya dengan lebih sempurna.. amin...=((

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan