RSS

Alahai Iman..~



Bismillahirahmanirahimmm



Entah kenapa sejak kelmarin, badan terasa amat lemah. Sakit segala sendi dan urat (eceh..macam orang tua pulak ;p) Seram sejuk gitu. Nak kata demam, bila cek suhu badan tak sampai 100 F. Hanya 98-99 F je, tidak mencapai suhu demam pun. Malam tadi, dek kerana tak sihat, umi tidur awal sangat, entah dalam jam berapa- selepas telan tylenol dan menonton CSI : MIAMI.


Dah tidur tu, jam 2 pagi, Iman kejut umi minta susu. Selepas menyusu, biasa Iman tidur. Umi pula solat isya'. Lepas solat, dengar bunyi seakan Iman hisap jari. Bila tengok, YaAllah tak tidur rupanya dia. Tengah main-main sorang-sorang. Kadang dia gelak dan pandang atas. Ish seram umi. Meremang bulu roma umi. Bila dia tengok umi dok intai dia, gelak-gelak pula. Tapi Alhamdulillah bagus betol dia, Langsung tak nangis, tak kacau ayah tidur. Jam 4 baru Iman tidur, tu pon sambil hisap jari dan main. Lawakla Iman ni. Umi ni pun tak ada keje, rakam video Iman.














Di badan Iman pula, naik biji-biji kecil. Pada awalnya umi ingatkan ruam. Sebenarnya dah dekat sebulan biji-biji tu bertapa di badan Iman. Bermula dileher Iman, turun kebadan, kemudian ke kepala lutut, naik pula ke bahagian belakang badan dan terkini berada di lengan Iman. Namun, ianya bukan diaper rash. Apabila Megan (nurse from health depart) perasan perubahan biji-biji, ada beberapa kemungkinan penyebab nya,




Gambar blur. Iman tak duk diam. Jenuh umi nak amik. Kat leher je sempat. Badan tak sempat ;)





# disebabkan oleh bodywash. BERKEMUNGKINAN - awal-awal umi guna johnson bodywash (free soap) lepas tu guna Equate. Umi rasa sebab tukar bodywash la kot. Tapi 2 hari je guna, lepas tu umi tukar balik ke Johnson. Masih tiada perubahan dan makin teruk.




# disebabkan oleh sabun basuh kain (detergent)- Yang ini, umi rasa bukan penyebab sebabnya, sabun basuh ayah belikan yang sama je dari dulu hingga kini.




# kalau Iman minum susu lembu, kemungkinan allergic pada susu lembu. Tapi Iman full BF, tak mungkin allergic.




# ataupon disebabkan pemakanan umi. (rasanya umi tak ubah diet umi. sama je makanan dari dulu hingga kini)




# ataupon tempat tidur dan selimut. Umi dah basuh semua, tapi tidak mengubah biji-biji itu.



Semuanya tak pasti. Namun,



@ Iman tidak demam - suhu 98.2 F je.



@ Iman bergerak aktif macam biasa, menangis macam biasa, makan macam biasa, menjerit bergurau macam biasa. Jadi umi rasa mungkin biji-biji tak menjejaskan Iman.


@ Iman tak garu, tak nangis bila umi sentuh dan usap.



Cuma, bila umi sentuh tempat tu, Iman macam marah. Agaknya Iman pedih la kot. Awalnya umi risau, tapi ayah cakap Iman tak fussy, tak demam, insyaAllah tak ada apa-apa. Tapi bila nurse datang rumah concern pasal ni, dan umi pulak tel 1st nurse umi di Iowa tu, KAK JAJA, kata mereka Iman harus bertemu mata dengan pediatric Iman. Kat sini pula, kalau nak ke klinik, atau ke mana-mana sekali pon, mesti buat temujanji. Bila bincang dengan ayah, umi memang nekad nak bawa ke klinik. Pagi semalam umi tel people's health centre.. masyaAllah punyala lama nak angkat (tak terangkat pon) lepas tu lak entah berapa puluh kali umi tel. Umi taula sibuk, tapi cuba la angkat walau sekejap. Geram sungguh. Dah petang dalam pukul 4 macam tu, umi minta ayah yang tel dari opis ayah. Tak larat umi, mengadap pc. (sebab tel guna skype-jimat kre cellphone..;p) Dahla mata umi tak kuat- agaknya sekarang power spec dah naik. Hahaha. Malas sungguh umi nak update mata nih. ;)


Bila ayah tel, mahu pulak diangkat. Alhamdulillah, buat temujanji jumpa Kim Joy, nak jumpa Maryam Mahmoodian- pediatric Iman, dia banyak pesakit pula. Tak apala, asalkan Iman jumpa doktor. Dah Dr Kim tengok, dia pon tak tahu nak cakap, terus dia minta pendapat Dr Hall. Kesimpulannya, kedua-dua Dr tak tahu apa sakit Iman dan penyebab. Lawak la pulak. Justeru itu, Dr bagi prescription pada Iman - ubat sapu di leher (powder) dan di badan (liquid). Sebelum itu, sapu Aquaphor (cream for diaper rash- we got free from newborn class last summer and its recommend from pediatrition) Alhamduillah, untuk diaper rash Iman yang lepas sangat menjadi.






Aquaphor dan sebelah tu ubat dari doc. Kami amik di Walgreen (farmasi). Sini kat klinik tak ada pulak ubat. Semua pakai prescription. Susah betul.



Dah balik rumah, umi pulak rasa sakit badan. Macam nak demam tau. Tapi bezanya, suhu normal. Pelik kan? Agaknya disebabkan suhu kat luar yang turun naik la ni. Ish, minta dijauhkan. Seksa bila sakit, tak ada siapa nak jaga Iman.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Nida n' Hanafi said...

Anak Mak Su pun pernah kena gitu.. rasanya sebab peluh dan kawasan yang lembap.. Mak Su letak bedak berubat n lama2 dia kering sendiri..

Semoga cucu Tok Su cepat sembuh :)

muqayankabut said...

Sebab boh bedak kot,

Nurul Izza said...

maksu: skg musim xde peluh.sejuk.mgkn sbb lembap.si doc ckp sbb kering.nurse ckp sbb lembap.mn satu nk caya xtau. sini xde bedak berubat Aiken tu.

kalau ada rash, nurse dan doc cakap..xleh buh bedak nnt makin worse.

miq: mmg xboh bedak.yg dlm gmbr tu powder yg doc bg.ubt yg doc bg.

bedak yg dibeli satu set hr tu masih berada dlm kuantiti yg banyak ;)

tak berani nak boh

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

syok sggh iman hisap jari die..;)

Atif said...

za..mgkin sb peluh..ye la..tempat2 tersorok..lembab..lagi satu maybe sb mandian..mcm balqis..bwh leher die merah2..k.lat buh minyak johnson..tehe sket..biasonyo klu jadi butir2 gitu sb mandian..mak k.lat la oyt..balqis alhamdulillah takdop keno..sb k.lat tok paka sabun mandian sejak lahir lagi..mandi gitu jah..mgkin besar2 sket baru nok guna mandian..za try buh la lagi bedok berkanji..mcm aiken tu..

Atif said...

za try stop dulu guna mandian maso mandikan iman..tgk..ado perubahan ko dop

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan