RSS
Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Summary

Assalamualaikum

Terasa lama nya tidak menjenguk blog yang suatu ketika dhulu ianya satu wadah bingkisan untuk saya hamparkan rindu buat keluarga tatkala berada di US. Sedikit sebanyak ia enjadi catatan harian dan bulanan serta kewajipan saya untuk menyinggah di blog ini. Ia umpama diari keluarga. Terdapat cerita Iman, Muizz dan kehidupan di US, Oh, saya benar-benar rindukan saat itu!



Alhamdulillah, selesai pengajian saya diperingkat sarjana. Ia, bukan mudah, juga bukanlah susah. Follow the Allah's flow.. itu kata-kata sahabat saya, Najwa. Sepanjang pengajian saya di ISDEV selama setahun setengah, banyak sangat ilmu baru yang saya dapat. Ilmu pengajian, ilmu hormat, ilmu mengenal manusia, ilmu menghayati manusia, ilmu menghormati guru, ilmu menghormati masa, ilmu berjuang, ilmu mengembara dan macam-macam lagi. Syukur, jutaan syukur kerana Allah temukan saya dengan melorong kan saya dengan sahabat baik, Nora untuk mengenal ISDEV. Sebagai seorang ibu, istri dan juga sebagai ibu mengandung. Bukan mudah, Bangun pagi siapkan segala sarapan, keperluan anak suami, balik petang siapkan makan malam dan keperluan anak tidur. Memenatkan, tetapi berbaloi! Betullah, saya masih ingat kata-kata murabbi saya, Dr Fadzila Azni Ahmad - "Kita tiada masa untuk berehat, berehat hanyalah setelah jasad dikebumikan. Sekarang, masa untuk berjuang.." Setiap manusia, mempunyai tanggungjawab masing-masing, perjuangan masing-masing yang penting matlamat kita untuk mendapat redha Allah. Alhamdulillah..Betapa saya seronok menimba ilmu!


Alhamdulillah... segala puji bagi Allah SWT, bertambah lagi ahli keluarga kami. Daripada 4 kepada 5. Introducing....

Nurul Nuha Abdul Hafiz, Dis 2014
Pearl Maternity Hospital


Dari awal hingga kini, ikut ja ummi kemana. Semoga menjadi anak solehah, diangkat Allah di akhirat nanti. Ameen


Penyejuk mata, penawar duka ummi, penghibur ayah, pencetus kebahagiaan dan keriangan kakak dan abg Muiz.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan kami

Bismillahirahmanirahim

Demam, batuk, selsema. 3 serangkai penyakit yang kami hadapi 2 minggu lepas hingga kini.

Bermula dengan anak-anak selsema, jangkit dengan abgfiz selsema juga. Tapi waktu ini biasa-biasa lagi. cuma sakit tekak dan selsema. Dah sihat semua, ummi pulak yang kena.

Sabtu :

Ummi kena hujung minggu lepas, waktu tu tekak dah rasa sakit. Dan waktu tu saya berpuasa, puasa tanpa sahur. Pagi tu saya dah janji dengan Azrina, kami nak ke Walmart sama-sama. Abgfiz cuma hantarkan dan dia terus ke ofis. Di sana, saya dah rasa pelik, tak sihat, badan rasa semacam je. Habis beli belah, kami singgah McDonald, hanya beli fries untuk anak-anak buat alas perut. Waktu tu saya betul-betul rasa nak pitam. Lepas je abgfiz datang, terus dia suruh saya buka puasa, takut nya melarat...

Balik rumah, tanpa masak, saya bagi je anak-anak makan keropok. Kesian pula tapi saya betul-betul perlukan tidur. Pening, rumah jadi pusing-pusing. Nasib baik anak-anak ikut je. Abgfiz waktu tu, memang terpaksa ke ofis, kerja pembetulan thesis dia perlu dilakukan segera. Jam 330 baru saya boleh bangun, solat dan bagi anak makan mihun (mihun sarapan pagi). lepas tu saya baring balik.

Jam 6 abgfiz pulang, bawa makanan beli di kedai arab. Saya tak mampu berdiri lama-lama memasak. Nak pitam! Waktu tu baru saya solat asar, lepa smakan, baru saya mandikan anak-anak. Malam tu pula, suhu badan saya tinggi. Demam. Tapi alhamdulillah, esoknya dah kebas. Suhu masih tinggi dalam 101.9 F tapi badan rasa dah boleh bangun. Hari Ahad tu, kerja saya tidur je. Lepas solat, saya baring. Abgfiz tolong buatkan nasi lemak. LEpas sarapan, mandikan anak--anak, saya baring lagi. Kebetulan Muizz mengantuk, dengan dia pun tertidur. Iman je duk main seorang diri di bilik. Abgfiz ke ofis.

Isnin

Entah kenapa Muizz asyik merengek, ada je benda dia tak kena. Saya dah rasa bdan dia panas sedikit tapi waktu tu rasa macam biasa je mungkin sbb suhu rumah pun panas. Masa tu terfikir macam tu sebab Muizz aktif, normal bagi saya. Kakak pun sama. Petang tu mereka sempat lagi bermain dok-pesakit dengan ayah.

Malam nya, Iman asyik terjaga. Hairan saya, tapi bila saya cek suhu Iman.. masyaAllah dah 103F! terus saya bagi ubat batuk dan selsema serta ibuprofen (ubat demam). Yang baiknya Iman, sangat senang makan ubat. Juga kalau terjaga malam atau saya kejutkan dia, dia jarang menangis.

Muizz pula merengek, serba tak kena. Dah tidur tapi masih terjaga, tidur belah situ tak kena, tidur belah sini tak kena. Bila cek suhu, dah 102.9F! Pun tinggi. Dari pukul 11 tu, saya tak tidur hingga pagi. Mana taknya, sorang menangis sini, sorang menangis sana. Iyala kiat orang dewasa pun tak senang bila demam, inikan pula kanak-kanak kecil. Sedih pula saya waktu tu. Yang jadi melarat sebab Iman suka bungkus badan dia. Doktor nasihat kalau demam buka baju, bagi suhu keluar. Atau rendam dalam bath tub. Tapi tak kan nak rendam pada jam 12 tgh malam. Saya hanya lapkan dengan air suam badan Iman.

Muizz pula asyik menangis. Sedih betul saya tengok anak-anak bila sakit. Sudahnya Muizz tertidur di pangkuan saya, sambil duduk. Sempatla saya tidur 1-2 jam. Jm 5  pagi dah jaga sebab anak-anak jaga. Tapi lepas solat subuh saya terpaksa erada di atas katil, anak-anak tak bagi saya ke mana-mana. KEbetulan hari tu abgfiz ada mesyuarat penting. Nak tak nak dia terpaksa ke ofis.

Pagi tu, sarapan tidak, masak pun tidak. Cek suhu balik, makin tinggi. Saya rendamkan anak-anak setengah jam di bath tub. Tapi lucunya, sorang pun tak main. Biasa nya kalau rendam bath tub, habis lantai bilik air basah. Dua-dua diam je kali ni ..

Saya bagi message pada Azrina, dan beberapa adik lain sebab Iman asyik sebut nama diorg je. Tengahari tu, Azrina datang melawat. Alhamdulillah kehadiran Azrina membuatkan Iman sedikit sebanyak sembuh. Abgfiz pula, lepas mesyuarat terus bawa bag balik rumah. Saya masak mihun sup je untuk makanan tengahri.

Jumaat :

Abgfiz pula rasa sakit tekak, selsema dan batuk. Petang Jumaat dia rasa demam, tapi ada hati lagi nak main badminton, dengan harapan boleh kebah demamnya. Malam tu, melarat demam nya. Pun saya sedih sebab abgfiz sangat jarang sakit. Sebab dia akan lawan sehabis mungkin sakitnya. Nasi tak nak makan, saya buatkan sup cendawan je dan air teh pudina.

Sabtu :

Makin teruk abgfiz. Kerja bertangguh banyak kena siapkan. Saya nasihatkan supaya rehat, rehat dengan erti kata sebenar. Dah demam macam tu masih nak buat kerja lagi. Katanya membazir masa. Tapi kalau buat kerja tapi otak tak mampu nak fikir, rugi juga. Rugi masa dan rugi kesihatan.


Dugaan betul kami ni.. Saya doa supaya lepas ni anak-anak dah sihat sepenuhnya. Dan tiada lagi yang sakit

p.s: Kaffarah bagi kami. Ada hikmahnya demam dan sakit ni. Doakan kami sejahtera dan sihat sentiasa ya. Doakan abgfiz tabah dan kuat menghadapi ujian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman ke sekolah

Bismillahirahanirahim

Pejam celik pejam celik, dah makin besar dah anak dara saya. Sungguh, tak sedar masa berlalu. Sejurus Iman masuk 3 tahun, saya hantarkan dia ke sekolah (preschool) : The Children's Place Child Care.  Tujuannya untuk Iman bergaul dengan rakan sebaya dia, bergaul dengan guru dan suasana sekolah.

Kat Lincoln dan US ni ada program headstart programme. Saya tahu pun bilamana saya belajar di satu chapter sewaktu saya mengambil diploma Early Childhood Education tika mengandungkan Iman. Sebelum saya buat keputusan hantar Iman ke sekolah ni, saya buat banyak homework, saya buat panggilan ke beberapa sekolah. Buat perbandingan masa, bayaran dan tempat. Dan Children's Place adalah antara yang terdekat dari rumah kami.

Disebabkan headstart ini percuma, dan ramai yang memohon (berdasarkan syarat-syarat tertentu), Iman berada di  waiting list. Jadi saya ambil keputusan hantar Iman ke sekolah berbayar. Tak apa lah bayar sedikit, duit boleh dicari. 2 kali seminggu dan 2 jam sehari. Kalau setiap hari, agaknya dalam sebulan hampir 1000USD kami terpaksa bayar.




Hari pertama ke sekolah, Iman teruja sebab banyak mainan dan kawan. Tapi dia lupa saya dan ayah nya terpaksa tinggalkan dia. Kami tinggalkan dia waktu dia seronok dan leka bermain.

Jam 11, abgfiz bawa balik Iman dan cerita pada saya. Iman menangis tatkala dia sedar mak ayah dia tak ada di situ. Dua jam dia menangis, nak keluar dari sekolah, panggil nama mak ayah dia. Sampai di rumah pun masih menangis. Mana tak nya dari kecil hingga kini, Iman berada bawah ketiak saya 24/7 setiap masa.

Hari kedua : masih menangis tetapi lebih baik dari hari sebelumnya. Untuk kanak-kanak 3 tahun , ada 2 cikgu yang in-charge : Mrs Susan dan Ms Joy (gambar di bawah Iman dan Ms Joy di buaian). Kata abgfiz, Iman asyik peluk Ms Joy sewaktunabgfiz datang ambil Iman. Dari situ saya faham bahawa :

1- Iman menangis sebab takut, : ditinggalkan di tempat asing. Iman rasa tak selamat.
2- Iman ingat mak ayah dia akan tinggalkan dia selamanya.

TETAPI,

Iman sedang membina kepercayaan kepada salah satu cikgu di situ untuk dia rasa selamat. Dan cikgu Itu adalah MS Joy. Bila mana Iman rasa tak selamat dan dia melihat Ms Joy, terus dia rasa selamat.

(psikologi kanak-kanak)





Tapi masuk minggu kedua, Iman masih menangis tatkala melihat sekolah. Cuma sejam selepas tu, saya buat panggilan kepada Ms Joy dan bertanya keadaan Iman dan alhamdulillahhhh... saya diberitahu Iman dah mula bermain, berkawan dan melukis mewarna dengan yang lain. Alhamdulillah... walaupun tak sepenuhnya Iman ok, tetapi itu lebih baik dari yang sebelumnya.


 Gambar : Sekitar sekolah. Sebenarnya ini adalah Day Care sepenuh masa jadi ada waktu makan, belajar, nap time. Tapi ada juga untuk part time pre school. Ia terbahagi kepada : 18 month - 3 years old, 3 years old dan 4-5 years old.

p.s: bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Super baby

Bismillahirahmanirahim


Ummi : Ke bilik air ambil wuduk. Masuk bilik terkejut baby bear pakai pampers, Muizz pun pakai pampers kat luar.

Ayah : Look ummi, Muizz is super baby.
Iman : Mom, see baby bear?

Seketika selepas itu, pampers di Muizz ayah buang. Waktu ummi sedang doa, datang Muizz bawa pampers letak atas tangan ummi dan terus baring. Ummi letak balik di dalam kotak. Muizz ambil balik dan bagi pampers serta baring.

Ummi : Nak pakai lagi ke?
Muizz : Na, na...

Macam-macam.... gelagat mencuit hati. *gembira. bahagia*

p/s: Semoga Allah panjangkan usia kami untuk menyambut Ramadhan lebih kurang 2 minggu lagi. Allahu ya amin.

Ummi ImanMuizz
Lincoln, Ne

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam big boss

Bismillahirahmanirahim

 Beginilah anak bujang saya tika ayah baru balik dari ofis. Kemain lagi manja. 


 Yang ni tengahari tadi. Senyap je, bila saya jenguk... Sambil menonton tv, sambil baring di atas paha kakak. Macam big boss. Kakak pula, biarkan aje..


 Kakak dengan teddy bear yang sudah disikat rambut dan diletak riben. 



Perabot ini kepunyaan Ain dan Fatin. Tumpang sementara di rumah saya. Dah duk di rumah saya, jadi bahan mainan budak-budak ni la. Kakak buat katil baby. Muizz ~~ panjat dan kacau kakak, dan baby.

p.s: merindui .. sewaktu belajar di USM. Teringin mengulangi kembali kenangan belajar di sana..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selagi tak tidur inilah dia..

Bismillahirahmanirahim

Hari ni saya rasa penat sangat, mana taknya tak duk diam. Ada je kerja saya kena buat. Rehat sekejap, dengar orang menangis, tengok-tengok sangkut badan di kerusi, sat pula nangis sangkut kaki di celah kerusi, sat lagi, tersepit tangan. Sat lagi, nangis sebab susah nak keluar. Tergelak saya melihat anak bujang saya. Agaknya macam nila mama menjaga kami 7 orang. Sudahla sorang-sorang macam-macam perangai.

Buka je lampu dapur, dibukanya pulak mesin pembersih pinggan mangkuk (dishwasher), dah nak tutup 'dishwasher', dibukanya pulak pintu oven, nak tutup pintu oven, tak pasal-pasal kena bersihkan lantai, sebba Muizz buka laci bawah sinki yang ada bakul sampah. Alahai cik Muizz... itulah dia, selagi dia tak pejam mata selagi itulah dia, ke sana ke sini. *tapi saya tak kurus-kurus* :p

 Waktu saya lipat kain, dicapainya stokin ayah, disarungnya stokin tu walaupun terbalik!

tak sah tak kacau kakak kalau kakak sedang baring. Ada je kerja dia nak buat. Bila marah, dibuat muka kesian. Terus tak jadi nak marah!


 'Hero hati' dan permata hati saya. ^_*


 Gambar atas : Sedang membaca bersama kakak.
Gambar bawah : Kakak duka tas kerusi tu, dia pun datang duk sebelah. Iman cakap.. 'we're best fren forever'..



Ini kat rumah Roz, tak duduk lama saya di kerusi. Sat naik tangga, sat naik meja, sat tengok cermin. Gambar belah kanan bawah : jumpa penyapu duk menyapu seluruh rumah. Tak kira orang ramai ke tak! Mulut tak keluar suara tapi tangan kaki, buat kerja.

p.s : Tengok Muizz terus rasa nak gigit, geram!



Saya sedang menonton drama ni  : Time Slip : Dr Jin. Berkisahkan seorang doktor pakar neuro tiba-tiba terjatuh dan berada di zaman Jeseon. Tiba-tiba syaa teringin nak jatuh ke zaman kesultanan melayu melaka. Paling teringin, ke zaman Rasulullah dan para khalifah. MElihat sendiri bagaimana manusia pada zaman lalu......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mereka penyeri

Bismillahirahmanirahim

Iman kadang suka putarkan lagu nasyid di Iphone. (dia pandai main tu je) Tapi bila dia putarkan lagu ni, mesti dia datang dekat saya dan nyanyi lagu ni. *touching*





Alhamdulillah, Iman dah pandai mengira 1-20 tapi dalam english. Bahsa melayu dia tak tahu *LOL* Dan boleh mengira dari belakang 10-1. Tapi dari 1-10 ikut turutan, dah mula 11... 'eleven, thirteen, sixteen, twenty.." melangkah-langkah.. Alif, ba, ta dah hafal tapi bila tiba masa nak baca iqra, .." alif di atas ban, ba di atas ban, ta dia tas ban."  'Ban' tu tak boleh nak hilang lagi, entah mana dapat 'ban' tu..


alhamdulillah...

dan..

HAPPY FATHER'S DAY

this song dedicated just for you..




for the rest of my life, I'll be with you..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gelagat anak dara

Bismillahirahmanirahim

Menjaga mendidik anak perempuan lagi susah dari anak lelaki, kata orang. Mungkin ya, sebab saya tak melalui fasa menjaga anak tika di usia remaja. Tapi anak dara saya ni, macam-macam kerenah yang kadang saya tertawa keseorangan bila teringat.

 Obses nak jadi princess dan nak jumpa princess.

Mungkin suka melihat/menonton buku dan kartun Princess, (Snow White, Cinderella, Beauty and the Beast etc etc) *fenin*




Perbualan ayah dan Iman di Orange City di depan Dutch Mill,

Ayah : Iman come here to take photo.
Iman : (buat tak tahu dan ke sana ke sini)
Ayah : I man, come here.. See, here is princess. This is castle. (castle ape pulak ..)
Iman : Where? Oh This is? Princess... where are you? Are you there?

Tak pasal-pasal duk cari princess dalam tu. Padahal tu bukan castle pun. Sampai sekarang kalau jumpa gambar kat atas, dia cakap.. "mom, princes.. princess where are yOU??"

Moral : jangan dok menipu kat anak-anak. Mereka percaya!




Suka pada bunga :

Selalu saya bawa Iman dan Muizz ke taman. Kalau dalam perjalanan tu ada bunga, walaupun bunga rumput. Dia akan ambil dan letak di kepala. *fenin kali kedua*

Dandelion pun ambik kira jugak. Letak di telinga. Memang anak perempuan. Baju dipakai setiap hari, dia pilih sendiri. Selalunya dia nak pakai baju kurung atau baju princess (gaun).


Penyayang

Sikap ni, memang terserlah. Setiap kali jumpa baby, dia akan cium. Tak kirala baby siapa. Anak mat saleh, anak orang mexico, semua diciumnya. Cuma cara dia 'melampau' sedikit.


Pandai bermain dengan Muizz. Tapi pandai jugak buat Muizz menangis. *sabou jela*. Semalam, saya tengah tukar pampers Muizz, tiba-tiba Iman nak baby wipes tu. Saya bagi sehelai pada dia dan terus, dia gi lari mencari baby. Jumpa pulak dengan baby bear, duk sapu bontot bear tu dan pakaikan pampers dengan gunakan blanket kecik. Duk peluk bear tu sampai dalam tidur.

Anak perempuan saya banyak ragam, ragam yang membahagiakan saya. Ragam yang membuatkan saya sentiasa rindu. Ragam yang 'keperempuanan' dan 'keibuan'. Ekekekek..

p.s: saya dok buat watermark dengan gunakan Photoshop CS5 Extended. Nak guna photoshop CS6 Beta tak pandai lagi.

p.s: saya tak rajin nak edit gambar tp picasa web saya dah terlebih gambar. kena buang banyak gambar. sob sob TT__TT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bismillahirahmanirahim

Colorful Creature Day

Colorful Creature Day will feature LIVE animals and art activities in the museum. Various groups will be on hand to give children the opportunity learn about and interact with different creatures, including an alpaca, llama, birds, snakes, butterflies, amphibians, insects, and more! At 3:30 p.m., Wildlife Encounters will showcase exotic animals in Elephant Hall, including a kinkajou, alligator, coatimundi, African serval, and more. Artists will provide animal-related art activities for children and demonstrate their creative talents. 
Mueller Planetarium will present the fulldome show, “Enchanted Reef,” a 30-minute adventure exploring the ocean world. Show times are 2 and 3 p.m. 
Presenting organizations include Wildlife Encounters, Lincoln Children’s Zoo, Pioneers Park Nature Center, Raptor Recovery, Capital Humane Society, Nebraska Herpetological Society, Spring Creek Prairie Audubon, Nebraska Parrot Rescue, Star City Llama and Alpaca 4-H Club, Great Plains Chapter of the Guild of Natural Scientific Illustrators, UNL Department of Art and Art History, among others.

Kami ke sana bawa anak-anak. Sampai tu kami terus ke planeterium, fulldome show, 'Enchanted Reef". Seronok rupanya jadi kanak-kanak ni. Show habis dalam 345 pm. Kami tak masuk dalam Wild life Encounter, anak-anak nampak bosan. Kami bawa Iman ke tempat aktiviti je.


Wildlife Encounter > Jauh aa nak tengok kinkoujou, semua tu. 


Iman main buat je.. 



Sessi menconteng. 



Seronok tengok 'weekend' di Lincoln. Kalau ke mall, bukan budak bujang dan anak dara yang saya nampak. Kebanyakkan nya keluarga. Hari minggu adalah hari untuk keluarga. Kerja ofis semua tinggal di ofis. Seronok! Masa terluang sangat bermanfaat bersama anak-anak. Dari sekecil-kecil bayi, hingga remaja , bersama ibu bapa. Di Lincoln, masyarakatnya bukanlah seperti yang biasa kita lihat di TV, bebas. Mungkin ada jugalah bebas tetapi bebasnya terhad. Masyarakat Lincoln lebih 'alim' dan kebanyakkan praktis dalam Katolik atau Protestant. Dan biasanya masyarakat sini, lebih 'kampung, kahwin awal, sentiasa ke church pada hari Ahad, dan mempunyai anak ramai. Megan (bekas jururawat saya) sendiri mempunyai 6 orang adik-beradik yang beza umur mereka hanya 1-2 tahun.


Lawatan akhir sempat saya bergambar dengan Llama. Ada banyak binatang dipamerkan, paling saya suka arnab TapI Iman ni, semuanya takut, semua binatang dia takut. Muizz pulak, semua binatang nak pegang. Eeee.. geram saya pada arnab tu, nak je beli tapi tak boleh la pulak bela arnab di apartment ni. (tak sempat nak bergambar, ralit duk main je).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayah dan anak-anak

Bismillahirahmanirahim

Sebetulnya, abgfiz memang sangat jarang berada di rumah. Keluar pagi, baliknya malam (malam tu pukul 7/8 atau kadang-kadang pukul 9 kalau dia gi main badminton). Jadi sepanjang tu, hanya saya dan anak-anak jela duk rumah. Atau kadang-kadang saya bosan, saya bawa budak-budak keluar jalan. Saya pun sekali harung gi jogging. Maklumlah duk ternak lemak je, lemak pun banyak la berkumpul.

Tapi saya pun lebih suka abgfiz tak buat kerja kat rumah. Kalau dia duk rumah, anak-anak sibuk masuk bilik duk kacau ayah. Kerja bertimbun, yang memerlukan fokus.. susah kalau anak-anak kacau. Kalau tak kena angin, kena marah .. menangis saje. Free kena marah. Tula, sapa suruh kacau ayah lagi.

Alhamdulillah, permohonan extand abgfiz di luluskan oleh USM. Adui, jenuh nak minta extand ni, macam-macam kena buat. Itu lah dugaan. Kalau ikutkan sebenar, kami memang dah kena balik dah sebenarnya. Tapi disebabkan kelas yang banyak dan research tak siap lagi, kami terpaksa minta extand 6 bulan. Apa-apapun, semuanya alhamdulillah... Allah mudahkan semua walaupun penuh onak dan duri juga kena.




Inilah antara aktiviti Muizz yang buatkan saya pening kepala. Haish.. panjat memanjat. Bila jatuh menangis datang kat saya.

 Ini pulak Muizz sedang tido, yang sebetulnya dia tertidur. Kakak pula, buat-buat tidur satu selimut dengan Muizz. Sweet ^.^



Yang ni kelakar! Sebenarnya Iman duk minta saya pakai bekas puteh besar tu. Kononnya cowgirl. Tapi waktu tu saya tengah masak, duk paksa juga. Kebetulan ayah baru balik petang, ummi suruh je Iman pakaikan kt ayah. Dengan Muizz pun duk pakai sekali.


Jadila.... army, cowboy (?)




Kakak dan adik, sama-sama duk depan Tv. Tak tengok Tv pun, duk sembang dan main. Baju kurung tu baju raya tahun lepas atuk dan tokwan bagi. Sekarang ni saya dah tak boleh nak pilih baju untuk dia, dia pilih sendiri. Baju kurung tu seminggu 2 kali duk pakai nya. Lepas basuh, pakai lagi. Suka betul pakai baju kurung, Alhamdulillah...





Ummi jemurkan conforter yang tak kering, tapi ada pulak penghuni suka duk dalam ni. Katanya.. ' I like to sleep here.. Uuuihhh (muizz versi Iman), come back, come back!"


Bila Muizz duk tidur dalam ni, Kakak pun duk ikut sekali. 


 Ini dalam kereta, macam nilah gayanya duk US ni. semua wajib duk dalam carseat (anak-anak). Wajib buckle up. Kalau tak, kena saman. Banyak pulak tu kalau terkena. Tapi, saya rasa patut juga kerajaan Malaysia buat macam ni. Yela memang semua takdir Allah tapi kita boleh buat 'caution'. Jadi kalau orang US ni ada anak kecik lebih dari 3 orang, memang sah tak boleh pakai kereta, kena pakai van. Yang bagusnya, anak-anak saya akan diam je kalau duk dalam ni. Kalau berjalan jauh, saya pasangkan DVD khas dalam kereta tu. Biasanya semuanya akan tertidurla.. Saya ... dah bincang dengan abgfiz, memang akan pakai bila balik Malaysia nanti. Lagipun anak-anak memang dah biasa duk dalam carseat tu, jadi memang kena pakai. Walaupun Iman kecik, tapi bila tali pinggang tu tercabut, dia akan bising suruh saya buckle up kan.


 Kelakar! Sebelum keluar rumah, dia nak pakai tudung. Dah keluar saya terkejut dia pakaikan pada baby bear dia tu. Iman oh Iman...


 Main dengan adik. *_* Sweeet ~





Boss tengah tonton TV

Cak!


p.s: rindukan Muizz waktu dia tembam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Insiden ~^^

Bismillahirahmanirahim


Eekekkekeke ^^, nampak tu? Iman yang jadi mangsa gigitan Muizz. Al kisahnya...

Sedang budak berdua duk main hide and seek, dengan tiba-tiba di belakang kerusi, Iman menjerit kesakitan.

'aww... awi, awii......' menjerit tu bunyinya seakan sakit.

Bila saya tengok, dah kena gigit. Tergelak keseorangan saya.. terus saya usapkan Iman dan letak minyak gamat. Bila saya marah Muizz pulak, Muizz hanya sengih menampakkan giginya 4 batang. Haduyai...

Muizz bermula dari kecil seawal  tumbuhnya gigi sebatang dua lagi, suka duk gigit blanket busuknya. Ke mana-mana akan dibawanya blanket tu. Kadang nak mandi, saya terpaksa pisahkan, melalak la selepas tu. Tika sedang gembira, biasanya sedang bermain, Muizz akan gigit mana-mana dia rasa nak gigit. Saya pernah terkena, abgfiz pun pernah. Tapi ke saya, Muizz gigit di lengan, gigitan nya disulami dengan tarik. (gigit sambil tarik..sakit amat). Nak marah?? Macam orang bodoh pulak marahkan anak kecil macam Muizz. Apa dia tahu? Tapi gigitannya tu, kesannya.. lebam berpanjangan. Mungkin jenis kulit saya ni, kalau terkena apa-apa , akan meninggalkan kesan lama.

Yang baiknya, Iman tak pernah melawan bila Muizz sakiti dia. Begitu juga dengan Muizz, tak pernah melawan bila Iman sakiti dia. Paling tidak, duk berebut mainan, hanya menjerit je. Tapi Iman cepat minta maaf..

Begitulah anak-anak.. umur dekat-dekat, satu hari tak bergaduh, tak sah!


p.s: kadang-kadang manusia ni pelik. Niat kita menolong, tapi disangka busy body. Hairan.

p.s: ada manusia, hablumminallah (baik dengan Allah )tapi dalam masa yang sama TAK habluminannas (Tak baik hubungannya dengan manusia). Jangan lupa, bila kita mau melangkah ke syurga, akhirnya kita menjurus ke neraka. Kenapa? Kerana ditarik oleh manusia yang pernah kita sakiti. Nauzubillah... (pesanan buat diri saya dan adik-adik di rumah. Biarlah apa orang buat, yang penting hati kita jangan ada rasa dendam.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini

Bismillahirahmanirahim

May 28 : Memorial Day = Anniversary

Tiada apa yang istimewa yang saya buat sempena ulangtahun perkahwinan kami. Tapi hari ni saya bawa anak-anak keluar, ke Trego Park main air. Yang kelakarnya, bila sampai je... ingatkan Iman dan Muizz 'excited' nak main, rupanya sebaliknya. Main air tak nak, nak main buai tak nak. Duk tengok orang je keje. Lama-lama barulah Iman nak main buai. Muizz pulak, tak berganjak dari tempat pun. Tapi hari ni memang ramai orang pun, maklumlah cuti umum.


Macam-macam gaya boleh dilihat


 Nak tidur ke, nak bertenggek ke, nak buat apa , tiada yang kisah. 



Berjemur ke makcik ^^

Dah dekat satu jam, barulah Muizz berjalan sana sini. Iman pun ikut serta.Muizz main gelongsor, Iman pun sama. Satu masalah Muizz, naik ikut slide. Turun ikut tangga. Terbalikla sayang~~~~

Tika main air, Muizz gi jauh sikit, saya kejar Muizz. Sekali Iman pulak duk mencari saya, jauh pulak tu dia g cari. Terpaksa saya minta seorang wanita bersama anak kecil tengokkan Muizz sementara saya dapatkan Iman yang dah melalak kehilangan ibu. Dapat je Iman, Muizz pulak duk cari-cari saya, sambil melalak kuat. Hadoiii dugaaan betul anak-anak ni. Nasib baikla wanita tadi ada, risau jugak saya ni. Maklumlah sorang, tangan dua, kaki dua, tak terkejar juga sebenarnya. Iman ok sikitla, sebab dia takkan jauh dari saya. Mata dia memang sentiasa dengan saya. Tapi Muizz, kalau dah mula jalan, ikut hala dia je nak gi mana. Dah tak nampak ummi, baru menangis memanggil saya. Sambil anak main air, sempat saya berkenalan dengan wanita tadi.

Hari ni, saya minta abgfiz datang ambil. Biasanya saya pulang bersama anak-anak tanpa dia. Sampai je rumah, baru saya nak hidangkan makan malam, dah tersedia di atas meja semua. Terharu!



 Nasi beriani berlauk kambing



Combo : ayam, kambing, daging lembu, masala vada dan nasi beriani.


Alhamdulillah, kenyang! Iman sangat suka makanan ni, Terima kasih abg!

p.s: alhamdulillah//......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan