RSS

Semalaman kami di Ames

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas kami ke Ames lagi, untuk kali ke2. (yang pertama kami pi waktu cuti-cuti US 2009). Kali ni memang sengaja kami ke sana, kebetulan saya nak ambil tudung awning yang ditempah khas dari adik KakJaja. Hebat, kan? Pandai betul adik dia menjahit...

Kami sampai jam 12 ++ tgh, terus serbu dapur. KakJaja masak mee kari, nasi puteh + sambal belacan (dia taruk ikan bilis...pedass tapi sedap!!) + gulai daging salai + sup sayur + ayam goreng rempah. Saya kebetulan bawa kuzi ayam + roti jala dan Cheesecake batik (bak kata abgfazli..). Cheesecake batik tu saya betul-betul main campak.. nak buat kek batik, pastu duk nak makan nonbake cheesecake. Jadila cheesecake batik. ..(sila jangan tiru saya, saya memang suka men'suka hati' dalam masak..jadi ke tak, belakang kira..)

Dah siap makan, sembang.. tiba-tiba KakJaja ajak kami ke befday party anak kawan dia (Sofia dan Adam - gabungan dua befday, lain mak dan ayah ehee).. Lorrr... makan lagi?? Yang ni memang saya tak sengaja pi party orang. Tiba di community centre (tempat befday tu) tu.. punyala saya terkejut, ramai betul orang Melayu! Jakun habis... maklumlah, di Lincoln ni kami berapa kerat je..

Kebetulan juga, yang datang tu dari University of Iowa, Iowa City dan Drake University, Des Moines. Mereka sebelum tu buat korban 8 ekor kambing kot tak silap... (memandai je..) Tapi rasanya 8 ekor.. aaahhhh memang tak pasti. Seronok juga jumpa ramai-ramai ni..



Sangat meriah, ok~~




Tengoklah betapa ramainya orang Melayu.. jakun benor kami nih~~




Agaknya si Iman ni jarang jumpa kanak-kanak Melayu, habis dicuitnya orang disitu. Jalan pun tak hengat dunia! Penat nak ngejar...


Gambar atas kiri (befday girl dan parents dia.. Kak Nor dan ayahnya, lupa lak nama..) Belah kanan pula, Kakshidah dan Abg Zahari serta Baihaqi dari Iowa City.


Cuba tengok gelagat Iman, waktu ni orang suh dia duduk sebab nak main musical box... tapi si Iman nya, sorang-sorang duk kat tengah.. Pulak tu boleh pula tetiba dia duduk atas riba kanak-kanak berkulit hitam! Lepas tu suka hati dia je duk tilik-tilik, main-main rambut dan kaki anak mat saleh belah kiri tuh. Iman, jakun ke.. tak pernah jumpa orang macam tu ke mek?? Aigooo~~~ Ooo Iman peramah orang nye ~ ahaksss ^-^

Hidangan petang tu.. sangat best!! Ada kari kambing (kakshidah dan abg zahari masak, memang sedap!!) + pulut kuning + nasi impit + bubur kacang hijau + mihun goreng + mee kari. Tak sempat saya nak amik gambar makanan, sebab makanan dah kena serbu dek anak-anak bujang!. KakJaja pula, tak sempat merasa kari kambing tu.. Oh~~ sungguh enak..

Kami berangkat pulang jam 5 malam.. malam tu kami bersantai je kat rumah KakJaja..



Iman dan Syahmi serta Aiman.. seronok betul jumpa budak-budak ni. yang kelakarnya, Iman buat rumah diorang macam rumah dia sendiri.. suka hati nak explore.. Mentang-mentang rumah kita kecik, pi explore rumah besar ye Iman?

*syahmi, buku tu terbalik awe oii...~~*





Hah, ni lee ghupe cheesecake batik saye~~ ngeh ngeh~~




Esok harinya, kami para bapak dan mak ni duk layan Wii.. seronok juga, peluh pun keluar (ni kes Aiman dan abgfiz main boxing, peluh peluh abgfiz..)




Kami betolak pulang sejurus selepas asar ~ almost jam 3 petang, sampai kami di Lincoln jam 7 malam. Yang pastinya, semalaman kami di sini memang menyeronokkan! Haiah.. bila pulak nak pi lagi eh? Tuan rumah dah nak balik Malaysia bulan 7 tahun depan... insyaAllah jumpa nanti di Malaysia..



Iman~~ bila laaaa dia nak buang pacifier dia tuh. Lama betul dia peram, pacifier tuh sejak dia lahir lagi.. Aigooo~~~~

p.s: alhamdulillah, pertemuan tak disangka.. sernok kenal ramai Melayu Malaysia di bumi US

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ThanksGiving and BlackFriday Wishlist

Bismillahirahmanirahim

Hari ni masuk hari ke3 sale sempena black friday. Aigooo~~~Hari yang akan membuatkan duit habis. Hahaha..Fortunately, kami tak tergolong dalam golongan itu.. Ekekeke . Nak tahu apa thanksgiving dan blackfriday? Sila cari Prof G *oogle* ye.. Malas pulak saya nak cari..

Punya gila tak gila black friday ni, sehinggakan orang sanggup buat khemah depan store dek kerana dibuka jam 3-4 pagi. Betul-betul sanggup... saya? tak menyanggup. Tapi kebanyakannya, barang eletronik la yang orang duk rebut-rebut. Sebab biasanya harga runtuh untuk beberapa unit je. Contoh laptop... murah sangat TAPI hanya 5-10 unit je pun. Agaknya sebab tula orang sanggup beratur berjam-jam, tak tidur malam dan sanggup berkhemah depan store. Baju pun ada jugak yang sale. Kalau saya, baju banyak nak beli untuk anak-anak je. Mungkin baju kat sini bukan taste saya..

Hasil black friday...





Dapatla iPod touch milik abgfiz yang 4Generation. Hurm.. tanya saya pasal barang eletronik ni saya sendiri tak mahir. Yang saya tahu, dia sangat berguna bila mana kita dok jauh, (mana-mana...) boleh cek email dan access internet dengan cepat dan cekap tanpa perlunya laptop. (makesure juga mesti ada wireless la...) Bagi anak-anak muda, benda ni sangat berguna bagi mereka.. Asyik dengar lagu je, main game. Kalau jadi milik saya? mungkin saya cek email dan facebook je. Hahaha...

kat Walmart pula... tengah sale.. ini antara wishlist saya, tapi wish jela.. Nak beli tak dak duit. Apa-apapun tunggu nak balik nanti la kalau saya nak beli.. Kena pujuk memujuk menteri kewangan saya dulu tu.... Mana tau, dia nak kasi saya hadiah ke.. *abg, take note ok..* ekeke




Harga sebenar set Correlle (12 pieces without mug) tu saya tak tahu berapa.. Tapi sempena black friday ni, dapat $12. Murahla tu kan?? Tapi saya masih tak beli-beli....




Yang ni memang menjadi idaman saya sejak dulu lagi. Sempena blackfriday ni, harga turun ke $149! Murah tak?? Biasa $199.. Aigooo~~~ Jamu mata jela...


Yang satu lagi, set Paula Deen.. ish geram sangat tengok. Nonstick ok? dan Tahan lama... Harga blackfriday jatuh $87.44 jeeee.. Biasa 100++ k0t, tak pasti pula.. Ish kalaula... kalaula ada duit sendiri ni, pasti saya rembat. Oh kebetulan mama saya dok kirim.. Ma, tunggu balik pahni deh? Ghumoh ni kecik, tak dok tepat nok letok nga sipey..

p.s :
Tekak saya sakit terok, hidung saya dah mula turun airnya.. Maka, saya sudah tidak sihat seperti biasa.. Aigooo~~~~ jangan jangkit dengan Iman sudah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman tak Bf dah..

Bismillahirahmanirahim








Hehe.. kelakar kan tengok gambar dia kat atas ni? Sebenarnya gambar tu saya ambil tika saya sedang masak. Tiba-tiba dia terbariing guling-guling bawah meja study abgfiz. Dan dengan tiba-tiba juga.. dia tertidur! Kalau malam, payah betul nak tidur. Kalau siang, gitulah dia... kadang tu tengah berdiri pun boleh tertidur!!

Memandangkan Alin dan Yatie Chomeyl bertanyakan pasal Iman minum susu (bukan susu ibu lagi..) saya buat entry khas pasal ni. Pada awalnya, saya tak nak bagi dia minum fresh milk lagi. Tapi bila kami ke WIC, nutrition tengok saya sedang mabuk-mabuk dan tak larat je, dia lebih concern kesihatan saya berbanding breastfeed Iman. Lagipun, kat sini bila baby dah berumur lebih setahun, secara automatik baby diberi fresh milk (100% lemak dan vitamin D).

Pada awal, Iman memang langsung taknak susu segar ni.. try bagi.. hidu pun dah tak nak. Tapi lama-kelamaaan saya cuba bagi dia makan cereal + susu segar.. Alhamdulillah, dia makan semangkuk cereal tu. Cereal tu saya bagi cornflakes je awal-awal, lepas tu bagi honey oat (manis sikit). Alhamdulillah ... habis juga semangkuk.




Susu kami berdua.. yang merah Iman punya, yang biru saya punya.



Reduced fat 2%




Susu Iman, whole milk.. 100% susu



Agak-agak seminggu dia makan cereal tu, Iman dah suka pada susu segar tu. Bila bagi minum dengan cawan, alhamdulillah habis secawan. Lepas tu.. dah tak cukup secawan dah.. kadang-kadang tu sebotol 1 gallon tu 2 hari je habis. Asyik minum susu je... sehinggakan nasi pun tak nak makan!



Dan.. sejak duk minum susu tu, langsung tak nak susu badan. Saya perasan, sejak mengandung bulan ke 5 Iman dah main-main nak minum susu ibu. Agaknya rasa dah lain la tu.. Susu nya ada lagi, tapi Iman pula tak nak.




Honey oat



Kalau kat Malaysia, saya tak tahu susu apa yang terbaik untuk diberikan pada bayi/kanak-kanak . Kat sini, kami ada susu segar je. Susu jenama Dutch Lady, atau susu tepung sekali pun langsung tak ada, kecuali susu formula untuk bayi bawah setahun.






Sippy cup Iman..




p.s: Saya terpaksa berhenti disini, abgfiz nak guna buat kerja sekolah dia dan Iman nak tidur..




sambungan... (rasa nak menyambung je topik ni ;p)




Daripada Info di sini....




What do I need to know about feeding my 1-2 year old? At a year old, formula-fed babies can switch to whole cow's milk. It is important to use "whole" milk, because children under two years old need fat for brain development. One-year-old breastfed babies will benefit from continuing to nurse, for as long as both mother and baby are happy with the arrangement. Your baby should be joining you at the table for meals, and be learning about mealtime as family time. Family meals have many benefits for kids as they grow.




dan banyak info boleh dapat di sini...




Milk is an important part of a toddler's diet because it provides calcium and
vitamin D, which help build strong bones. Kids under age 2 should drink whole
milk for the dietary fats needed for normal growth and brain development. When your child is 2, you can probably make the switch to low-fat or nonfat milk, but talk with your doctor before doing so
.








artikel ni pun bagus juga




apa-apapun, saya masih memegang kepada falsafah 'menyapih anak sehingga 2 tahun'. Disebabkan saya sedang mengandung anak kedua sekarang, saya TERPAKSA tidak memegang kepada falsafah itu.Ekekeke...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila dah semakin besar

Bismillahirahmanirahim



Lama betul tak update pasal Iman. Bising adik-adik saya... haih, bukan tak nak update.. Tok dey tau dok? Ni pong Iman duk atas ghibo. Adoiii.. nasib baik puding ghoti deyla mmasok dale oven.

Sekarang ni Iman tidak langsung menyusu badan.. entahla dengan sendiri dia tak nak. Kalau disuakan pun, duk main-main dan gelak-gelak je. Agaknya dia tau rasa dah lain, tak serasa susu dulu. Tapi, tak menyusu badan pun.. asyik duk minum susu fresh milk (whole milk with vitamin D) ..sejak dok suka minum tu, nak susu je keje. Makan nasi, roti ssume tak nak. Satu hari tu, nasi sebijik pun langsung tak masuk dalam perut dia. Asyik duk minta susu je... Risau betul saya, tapi kata nurse .. biasala baby yang start minum susu fresh milk, tambah lagi dia makin aktif. Nak makan pun fikir banyak agaknya...



Suka sangat melukis (?) dan menulis (?).. lebih kepada conteng je pun. Lepas tu dok masuk mulut crayon tu..



Dan semenjak duk minum susu fresh milk tu, badan dia pun macam belon daaaa... Baju yang 18 bulan pun dok muat-muat je dengan dia.. Makin tinggi pun ada, sebabnya saya perasan ketinggian dia bila mana Iman dah tak muat masuk sinki. Kahkahkah... dulu saya duk basuh poo peee dia dalam sinki je.. sekarang dalam bath tub.





Yang ni tak boleh laghi..suka sangat pakai tudung. Hatta kopiah ayah atau topi pun nak pakai jugak! Yang bagusnya, kalau dipakaikan tudung, susah dia nak buang.. Yang tak berapa bagusnya..habis disepah-sepahkan tudung-tudung saya dan dia!


Akal pun makin banyak.. suka sangat manje dengan ayah dia. Kalau dengan saya.. umppp jangan harap nk manja-manja gitu.. Asyik nak merengek, sudahnya saya biar je dia merengek. Tapi lepas tu dia dengan sendiri datang nak peluk-peluk saya.





Nampak je tudung dia, terus pakai..senget pun sengetla...





Tapi saya nampak Iman memang suka membaca.. buka je buku depan dia even buku ayah.. dia pun sibuk-sibuk nak duduk atas ayah dia, konon nak baca buku jugak. Kalau diberi buku dia, syok betul membaca..mulut terkumat kamit tapi satu patah pun saya tak paham! Ekekek~~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entry 'Cheese tak halal'

Bismillahirahmanirahim








Jarang-jarang saya membalas komen di kotak komen, bukan apa....tak nyempat! Hehe.. Ok Kakyong, wawa saya copy and paste bahan rujukan kenapa saya mention cheese tak halal..




WHAT'S IN YOUR CHEESE?
By Sally Clinton


We've recently received a lot of requests from members who are interested in finding out which cheeses are vegetarian. Others have asked for information about dairy products in general. As a result, we've compiled the following information about cheese companies that do carry vegetarian cheese, and a brief explanation of some of the reasons many vegetarians choose not to consume cheese or other dairy products.

WHY WOULDN'T CHEESE BE VEGETARIAN?!?


A crucial ingredient in the production of most commercial cheeses is an enzyme that comes from the lining of the stomach of calves,called rennet. Sometimes an enzyme from pigs is also used. Obviously, this is of concern to vegetarians, since these are products obtained from slaughtered animals. According to the American Heritage Dictionary, `rennet' is actually the lining of the fourth stomach of calves and other young ruminants, but this term is also used to refer to the enzyme that is extracted from the stomach lining for use in making cheese. `Rennin' is another word for this enzyme, although it is less commonly used. These enzymes are important because they are the ingredients that cause milk to coagulate and eventually become cheese. Following is a very informative letter we received from the Consumer Service Department of Kraft General Foods, Inc., which clearly describes the role animal enzymes play in the production of cheese. We are grateful to Ellen Schwarzbach of Kraft for taking the time to give us such a thorough explanation.


"Thank you very much for asking if Kraft cheese products contain any animal derivatives. Our comments here apply only to products produced in the United States. Many cheese products produced in the United States do contain a coagulating enzyme derived from either beef or swine. The process of changing fluid milk into cheese consists of coagulating the milk by one of two commonly used methods, each resulting in cheese having distinct characteristics.


The most common method of coagulating milk is by the use of an enzyme preparation, rennet, which traditionally was made from the stomachs of veal calves. Since the consumption of calves for veal has not kept pace with the demand for rennet in the preparation of cheese, a distinct shortage of this enzyme has developed. Consequently, a few years ago it became a common practice to mix the rennet extract from calves' stomachs with a pepsin enzyme derived primarily from the stomachs of swine. These enzymes convert the fluid milk into a semi-solid mass as one of the steps in the manufacture of cheese. This mixture of calf rennet and pepsin extract is quite commonly and widely used within the United States.


A more recent development in this area has been the use of enzymes derived from the growth of pure cultures of certain molds. These are termed microbial rennets. They are commonly used for the production of certain types of cheese and contain no animal products. Kraft Domestic Swiss Cheese (any Kraft Swiss not labeled "Imported" from a foreign country) is made with microbial rennet. Apart from Kraft Domestic Swiss Cheese,it is almost impossible for us to assure you that any hard cheese product which you might purchase from Kraft or any other American source is absolutely free of animal-derived enzymes.


The other method of coagulating milk is the result of the growth of pure cultures of bacteria in the milk and the development of lactic acid. These cheeses have distinctly different characteristics from those produced using the coagulating enzymes. Our cream cheese products under the PHILADELPHIA BRAND name (brick, whipped and soft varieties) and Kraft Neufchatel Cheese fall into this category. Kraft does not use coagulating enzymes in cheese of this type, but we cannot be sure what other manufacturers may use. Our process cheese and process cheese products are made by grinding and blending. With the aid of heat, cheese is made by either one of the two methods of coagulating mentioned above. Therefore, it is impossible for us to assure you that a given American-made process cheese product is free of animal-derived enzymes including pepsin and/or rennet."


As this letter states, enzymes are now available which are not animal derived called `microbial enzymes.' Information obtained from Walnut
Acres Company states that microbial enzymes are `a cultured strain of bacteria that digests protein.' It is neither animal nor vegetable but in a class by itself. Microbial enzymes are the same as those often referred to as `vegetable enzymes' or`vegetable rennet.' These terms were originally used to clarify that the enzymes were not of animal origin. Technically there is no such thing as `vegetable rennet' since rennet, by definition,comes from animals, and so `vegetable rennet' is a contradication in terms. We sent 111 letters to cheese companies around the country asking whether or not their cheese products contain animal enzymes or any other products of slaughter. Both commercial and alternative cheese companies were questioned. We received 28 responses, and additional information was obtained from a few other companies through phone calls. In general, the majority of answers that we received were from the smaller alternative and gourmet cheese companies. We contacted every national cheese company for whom we had an address; however, undoubtedly some were missed. Please let us know if you are aware of any other sources of vegetarian cheese that are not listed here. Our apologies to those companies who do have vegetarian cheese that we missed.

READ THE LABEL


Due to the widespread use of rennet and other animal enzymes in the production of cheese, we can only assume that for the companies that did not respond, these substances are probably used. This is especially likely to be true for the large commercial cheese companies. Most cheese products should list the ingredients on the label. Some companies will specifically list `rennet' or `rennin' while others might just say `enzymes.' Other terms to look out for include `chymosin' and `rennase.' For those that list `enzymes,'these are most likely animal enzymes. Even some cottage cheese and sour cream products contain
rennet. If a company is using microbial enzymes, it will probably state
specifically `vegetable enzymes' or `vegetable rennet.' Here is a summary of the responses we received, beginning with those cheeses that are vegetarian. These products are listed in alphabetical order by their brand name first, if applicable, then by company.


more info please click here and here


Apa yang boleh saya katakan...


Cheese mengandungi enzim 'rennet' yang biasanya terdapat pada mamalia. Walaupun daripada lembu/anak lembu..ianya masih tak halal sebab tidak disembelih dengan sewajarnya (zabiha). Biasanya kat US masih menggunakan babi, selebihnya.... wallahua'lam.


Cheese di US (dan negara omputeh biasanya) memang tak halal.. KECUALI cheese tu diberitahu untuk vegan/vege. Kat sini memang ada yang vege jenama COBOT tapi... mahal sikitla. Dulu kami tak beli cheese, kami dapat free dari WIC. Sekarang bila dah tahu cheese tu tak boleh dimakan, saya minta pihak WIC gantikan cheese dengan susu. Kat Malaysia insyaAllah boleh makan kalau ada tanda Halal JAKIM tu.. selain tu saya tak pasti. Bila duk US ni baru nak mencari kandungan halal haram. Kat Malaysia senang... ada tanda Halal JAKIM insyaAllah halal la tu.


Kat Malaysia ada yang halal - cheese yang halal tanpa diragui. InsyaAllah oleh Melayu Islam.. rujuk di sini 'Keju halal.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terlebih ghajin~

Bismillahirahmanirahim

Tadi baca blog Fizah, ada pulak nama daku disebutkan~~ saranghae yo~ . Dah sebut tu, kena pulak tag.. layan jela..

1) Adakah anda rasa anda hot?
Hot? sejukla sekarang ni..suhu kat luar -3 C. Kalau cakap keluar asap ~~ jakun~

2) Upload wallpaper yang anda guna sekarang?
Erk... di pc ni ke? Gambar kereta..

3) Cerita pasal wallpaper tersebut.
Erk.. pc kepunyaan suamiku.. nak cite pasal gambar kereta ke?

4) Bila kali terakhir anda makan piza?
Rasanya dah berzaman tak makan... sebabnya baru tahu cheese tu tak halal.

5) Lagu paling latest anda dengar.
Dah lama tak dengar lagu.. eeh.. lastest dengar nasyid saujana tajuk.. Sendiri. dimainkan di kereta suamiku

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
Sat gi nak masak, sementara Iman tido..

7) Dipanggil nama apa selain nama sendiri anda?
Ja, kakja, mekja.

8) Tag lagi 8 orang

  1. Ain
  2. Lina
  3. Anhar di Canada
  4. Ifran si babysit Iman
  5. Cukupla takat tu.. sebab dah tau ramai tak suka buat tag

9) Siapakah orang no.1 kepada anda?
Adik a.k.a best fren a.k.a tukang dengar saya bebel a.k.a tukang dengar luahan hati saya

10) Katakan sesuatu kepada orang no.5?
..............................

11) No.3 ada hubungan dengan siapa?
Anhar.. adik kepada Huda, my bestfren di Sabah

12) Bagaimana pula dengan no.4?
Errr...............bak kata Fizah, banyak sangat orangnya, tak pasti yang mana ;D

13) Pesanan kepada orang no.6.
...............

14) Kata-kata cinta untuk orang no.2.
Selamat membuat urusan perkahwinan..

15) Adakan no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
................

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda

  • Suka pengaruh saya kepada Kpop (korea pop)
  • nak sangat pi korea
  • suke ber 'emoo' lalalala~~~
  • kek batik dia buat sedap.... meh buat lagi, bagi kakiza makan
  • peminat no 1 Super Junior

17?

.......

19) Adakah anda tahu yang si Razman tu sengal?
Razman mana ye??

20) Gay or lesbian?
Isteri dan umi..

p.s: tetiba terlebih ghajin update blog.lalalalalalalal~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Food

Bismillahirahmanirahim



Lama dah saya tak masukan resepi/gambar makanan.. Kali ni saje nk masuk gambar makanan(konon update blog.hahah).








Haaa... yang ni menu raya semalam. Bila cek kamera, ada pula gambar. Tak tahu sapa yang ambil. However (aloh, speaking plop..) gambar blur.. Menu : Lontong, kuah kacang (segera je.. tak ada kacang pula nak masak ^..^) rendang ayam dan homemade nasi impit..



Homemade nasi impit tu saya amik resepi mama (duk ingat-ingat lupa je..) sebabnya stok nasi impit segera dah tak ada! Ziplock plak dah habis. Nak tak nak, masak traditional way je..



Nasi Impit



3 cawan beras biasa, kat rumah pakai beras Jasmine tapi lembik. Jadi, kami guna long grain rice. (beli kat walmart/supersaver je..)



8-9 cawan air

sedikit garam



Masak nasi seperti biasa dalam periuk eletrik. Dah masak, masukan semua nasi ke dalam tupperware dan tekan-tekan dengan cling film. Ha... memang panas tapi tekan sekejap-sekejapla..satgi meletup plak tangan. Lepas tu, tutup dengan cling film. Kalau tak mampat lagi, mampatkan dengan letakan bekas tuperware satu lagi atau benda berat.. Tunggu sejuk, boleh potong. Yeay... menjadi!!






Ni menu sahur sekarang. Kuikui.. Kena puasa la, ganti yang tak posa haghi tuh! Kalau habis hari ni, maka ada lagi 12 hari. Huhu.. jenuh nak ganti tapi nasib baik sekarang maghrib awal, kol 5 lebih dah buka posa. Okla tu.. :D Makan nasi nak muntah pula, agaknya tak boleh makan banyak-banyak, jadi saya telan roti je..


Nutella tu teringat kt Ani, kawan satu matrik dulu. Dia memang suka nutella tu, dan saya.. bila weekend (time-time) lapa, mesti lepak bilik dia.. makan roti dan nutella tu. Kat Malaysia mahal kan? Kat sini $2 je. Dan semestinya halal... boleh di makan =)



Haaaa.. yang ni menu semalam. Punya fikir panjang nak masak apa, tengok dalam peti ais ada lebih nasi impit tu.. saya terus buat soto. Resepi sup amik dari Kak Nadiah. Saya copy and paste je dari kak Nadiah. Bergedil main campak...


Soto



bahan2:


ayam
4 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada putih

bahan tumis:

bwg besar*
bwg putih*
halia*
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih

serai#
lengkuas#


*kisar
#ketuk


cara2:


1. tumis bahan kisar sampai naik bau

2. masukkan ketiga2 serbuk

3. masukkan ayam & air

4. perasakan dgn garam


Bergedil pulak :


Kentang 3 biji - kupas, potong, goreng dan tumbuk. Dek kerana saya tak ada lesung, saya tumbuk guna botol sos cili je. Nak 1000 daya, tak nak.. tak yah buat.


daun bawang
daun sup
bawang goreng
lada hitam serbuk
garam sikit

telur

- Kentang yang ditumbuk campur dengan semua bahan kecuali telur. Sebatikan dan bentukkan leper dan bulat2. Celup telur dan goreng. Kalau nak sedap boleh masuk daging cincang.




Sup soto.. atas api lagi.




Suhun yang digoreng. Masuk kali ni dah 4 kali goreng dan semuanya tak menjadi macam yang sepatutnya. Adakah salah tangan comelku ini? Atau salah suhun ni? Atau salah minyak menggoreng? Ha.... salah api la kot. Kakakaka....


..

..

....


Sekian rancangan masak-masak hari ni.. Kuikui


p.s: Lama juga tak update cerita Iman. Nanti ada masa ye... sekarang baru subuh, den nak solat.. tadaaaaaaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eid Adha kami..

Bismillahirahmanirahim

Salam aidiladha dari kami buat semua. Semoga korban tahun ni memberikan 1001 makna pada setiap insan. Kami kat Lincoln beraya pada hari ni, Selasa bersamaan Zulhijjah 10, 1431 ~ Nov 16 2010.

Biasanya kat Lincoln orang buat korban kambing/biri-biri... kemudian diagihkan daging buat sesiapa yang turun ke masjid (.. ni pengalaman lepasla..) Tahun ni tak pasti pulak. Tahun ni solat raya dibuat di City Campus, alhamdulillah.. agak senang sebab abgfiz tak perlu membawa google map dan berkejar-kejar ke mana-mana park..

Jam 4 pagi tadi saya bangun untuk salin pampers Iman.. dah bangun terus tak boleh tidur. Daripada saya duk berguling-guling tu... baik saya terus masak. Kebetulan, saya belum pun masak apa-apa malam tadi (untuk hidangan raya..). Malam tadi punya awal saya tidur, jam 9 malam! Ish..ish....

Jam 4 pagi saya masak nasi impit (dalam periuk : lepas tu masuk dalam bekas, tekan-tekan = alhamdulillah menjadi nasi impit tu..) , saya siang 2 ekor ayam untuk rendang dan kopek bawang serta potong sayur untuk masak kuah lodeh. Ayam tu saya buat sekor ++, tapi risau juga kalau tak cukup. Kami takla buat open house tapi abgfiz bagitau budak-budak bujang dara tu 'kalau nak makan makanan raya, mehla datang rumah..'

Jam 12 Raihan dan Hasanah sampai.tak lama lepas tu Alif dan Syafiq.. kesian sangat kat diorg (refer to anak dara), dahla menumpang rumah Irfan disebabkan rumah diorang bocor dan banjir, tak makan pula. Jadi pagi tadi semua kebulur la.. Sesampai je rumah kami tadi, terus dibedal makanan.. Kelakar pun ada tapi simpati pun ada. Jam 3 : Ain dan Hafizah sampai, jam 430 si Irfan dan Fatin sampai... Jadi sekor ++ ayam dan seperiuk lodeh serta 3 bekas nasi impit habis! Alhamdulillah... tak perlu saya simpankan makanan dalm peti ais yang dah sempit tuh!

Jam 6 malam kami pi makan pula bihun tomyam kakNadiah/Zaki.. alhamdulillah kenyang betul.. balik tu ngantuk je. Begitulah kami setiap tahun di Lincoln.. walaupun tidakla semeriah beraya di Malaysia tapi kami betul-betul menghargai erti beraya di perantauan..

p.s: gambar satu keping pun tak sempat snap...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menjawab Soalan Kak Fa10

Bismillahirahmanirahim





Kak Fa10, bukan perempuan mengandung dan kanak-kanak je kena bayar... semua kena bayar hatta bil 911 pun ada yang kena bayar! Biasanya kat sini orang bayar pakai insuran, medical sini memang sangat mahal!


Pernah sekali saya sakit perut teruk.. memang sampai muntah-muntah, pengsan-pengsan dan kebetulan abgfiz ke masjid solat Jumaat. Balik tu dia dah tengok saya terdampar di tepi toilet, dengan paniknya.. dia terpaksa telefon satu-satunya kawan kami dari Saudi Arab dan dia bawa ke emergency.. Sudahla kena marah dengan en suami kawan arab saya tu.. konon keluar tanpa izin nya.Huhuhu..sabar jela..


Kat sana, darah saya diambil, dan oleh kerana saya sakit bahagian rahim... masa tu juga saya kena ultrasound, scan dan pap smear. Bagusla tu semua di cek, kan?


Tapi bila sampai bil..... masya Allah....hampir $3000 USD.. dan insuran kami dari Malaysia tu tak cover sepenuhnya, hanya cover separuh. Mana taknya, bil jejak masuk emergency lain, bil doktor yang merawat saya lain, bil physician yang duk buat ultrasound lain, bil scan lain, bil ultrasound lain.. Semuanya berlainan bil! Dan semuanya mahal-mahal....


Kadang-kadang saya terfikir, mana nak cekup duit kalau orang yang betul-betul tiada insuran dan betul-betul tiada wang.. Mati begitu sajakah? atau.. dibiarkan sakit begitu sahaja? Pernah juga Karen (midwife) saya cakap... 'for me, its not worthy if you spend 10 000 USD just for pregnancy..'


Sebab tula, Obama sibuk mengempenkan Health care.. mungkin perubatan free? Entah saya tak pasti..jarang saya ambil tahu hal-hal begini, (tu pun abgfiz duk cerita..) Tapi yang sedihnya, doktor-doktor akan mengalami kerugian.. yela, dah insuran tak bayar kat dia. Kot nye la.. entahla.. saya pun tak pasti.


Jadi, bersyukurlah... Malaysia tu free segala-galanya, kadang tu merungut pulak nak kena bayar RM1 je kat hospital... ubat-ubat free, sini ubat mahal.. mahal sangat!


Tapi yang bagusnya.. rawatan sini 1st class.. bersalin di sini lain sangat dengan pengalaman kawan-kawan yang bersalin kat Malaysia. Mungkin rezeki saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila isteri dah tak lawa ~~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya selalu juga 'share' video ceramah ustaz Kazim, artikel-artikel berkaitan, bukan sebab saya nak sharing (sharing pun ye jugak sebenarnya) tapi lebih kepada saya save di wall facebook saya. Sebabnya...... masa saya suntuk nak dengar ceramah-ceramah tu, jadi bila saya dah save di wall.. saya boleh buka bila-bila masa free untuk dengar ceramah dan baca artikel tu..

Kat bawah ni saya nak share artikel yang betul-betul menarik minat saya...


Bila isteri dah tak cantik.....
by
Mohd Azli Afandi on
Wednesday, November 3, 2010 at 10:51am



Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal
isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan
lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan
ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang
anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal
perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya
sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya
bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh
bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di
sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah
dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda
memperbaikinya....InsyaAllah......."



Bagi saya :

Kesian si isteri yang mengandungkan anak si suami dengan payah dan lelah, juga bertarung nyawa bersalinkan anak si suami, makan minum si suami dijaga, pakai dijaga, alih-alih suami buat macam ni pula pada si isteri. En suami, nak isteri yang macam mana lagi? Bagi saya, perkahwinan tu pelengkap.. kalau tiada di suami, maka adanya pada si isteri, begitu juga sebaliknya.

Si isteri pula, walaupun dah bergelar isteri tapi seboleh-bolehnya berhiasla sedikit walaupun hanya dirumah, cukup sekadar menjadi 'penyejuk mata' si suami. Saya pun bukanlah jenis yang bergaya, lipstik langsung tak pakai, celak blusher semua tu tak ada. Baju pun pakai yang mana ada je...

Tapi kadang-kadang abgfiz menegur juga konsep perempuan 'bergaya diluar, di dalam rumah tidak'. Apa-apapun betul apa yang ditegur... kat luar bukan main lagi gaya, pakai perfume mengalahkan tukang jual perfume (baunya sekilometer dah dapat hidu).. tapi balik rumah, pakai kain batik, bau kunyit dan ikan.. bla bla bla... Sekurang-kurangnya kita jadila perempuan yang menjadi penyejuk mata dan hati suami.. Si suami pula, nak isteri pakai lawa-lawa apasalahnya beli baju baru ke, belila perfume baru ke.. supaya sejuk mata en suami tengok isteri. Kalau tak puas hati, berterus terangkan lebih baik..

Apa-apapun terpulang pada diri masing-masing.. Saya bersyukur sangat ber'keluarga'kan dengan keluarga abgfiz, banyak mengajar saya erti menjadi isteri dan menantu - penyejuk mata dan hati suami.. Saya juga masih belajar menjadi isteri seperti tu, kehidupan masih panjang... perkahwinan masih panjang. Moga dikekalkan kami ke syurga. amiin.........
p.s: nasihat buat diri sendiri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalut Ribut

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Semalam, pertama kalinya abgfiz kena bagi seminar yang mana tajuknya langsung tak ada kaitan dengan research dia selama ni - bedbug, pendek kata pepijat katil. Selama ni, dia duk 'expert' pasal anai-anai je. Yang kelakarnya, dia duk risau dari 2-3 minggu lepas lagi, padahal bukan dia tak biasa bercakap depan orang ramai. Slide untuk seminar semalam dia buat 70 slide, dan ambil masa 50 minit (memang sepatutnya 50 min pun..), yang tak tahan nya dia duk berlatih sehingga tekak jadi sakit dan naik kering.



Dipendekkan cerita, semalam juga kami ada appoinment untuk WIC, dan appoinment OB Gyn. Appoinment untuk WIC dalam jam 8 pagi dan jam 9 pagi untuk OB's. Jam 745 pagi tu, kami dah siap-siap dan abgfiz ke kereta, panaskan enjin.. Tiba-tiba, kereta pula terkunci! Tula, duk fikir pasal seminar sangat, abgfiz dah kuncikan kereta, dan kunci duk dalam kereta. Dalam kalut-kalut tu, saya pun panik juga.. abgfiz minta saya tengokkan nomber telefon Locksmith di Yellow pages. Alhamdulillah, cepat dan cekap orang tu datang (almost 10 min).. tak sampai 5 minit..kereta dah boleh buka. Yang tak tahan nya, servis tu mengambil upah $19.90! Adoii, macam ni saya nak jadi tukang buka kete jugala.. sekali dapat $20. Gara-gara cuai, terbang $20!



Kami tiba di Health Deprt tepat jam 805 pagi, terus daftarkan diri dan tunggu nama dipanggil.. Sekejap je, pekerja bahagian WIC tu datang dan bagitau...



'Do you want to change the formula or family planning? Because you still have another check for Dec..'



YaAllah tak perasan betul yang sepatutnya kena call untuk appoinment seterusnya selepas Dec 1 nanti. Waktu saya call untuk buat appoinment tu, WIC folder duk dengan abgfiz. Rugi je kalut-kalut sehingga terkunci pintu kereta walhal tak perlu ke Health Deprt pun...











Kelakar kan??





Me at 24 week pregnancy :



Jumpa OB semalam, berat bertambah 10 lb. Terkejut betul... Bulan lepas berat saya baru 107 lb ~ 48.6, bulan ni dah bertambah ke 116.7 lb~53 kg! Fuh, berat nya... seingat saya, makan kali ni tak berselera sangat pun. Macam mengandungkan Iman hari tu, saya asyik lapar je... ke mana-mana wajib bawa roti/kueh atau makanan. Mengandung kali ni, biasa je..mengidam pun tidak.



Bil 3 kali prenatal visit dah sampai, jumlahnya.... almost $800!!! Mahalnya.. sekali OB visit = $104. Pap smear pula, $400++. Jangan tak tahu, urine test pun kena bayar!. ya Rabbi, kalau kat Malaysia ni entah free je kot. Tu sebab kami tak declare ada insuran, kalau declare.. memang lagi banyakla. Tapi, kami dah declare pun ada insuran. Hari Khamis ni baru nak buat ultrasound. Kalau tanpa insuran sekali ultrasound $300 , kalau ada insuran.. tak tahula berapa. Agaknya jumlah bil mengandung dan bersalin kat sini tak lebih $30 000! Kalau bersalin biasa, biasanya $10 000, itu tak termasuk bil nurse yang jaga kita, bil nurse yang jaga bayi kita, bil doktor yang sambut bayi kita. Kalau bersalin secara C-sec, mahal lagila kot.. Ish kaya betul doktor kat sini!... Agaknya sebab tula Obama duk perjuangkan Health Care, bayangkan kalau kat Malaysia perubatan mahal.. banyak mana orang yang sakit tapi tak dibuat rawatan?? pi mai pi mai, Malaysia jugak terbaik...


International Bazar :


Malam tadi mek Raihan kalut betul duk telefon saya, tanya pasal sambal nasi lemak. Kelakar betul... rasanya hari tu dah buat bersama-sama, mungkin takut tak jadila tu. Sekejap telefon tanya apa yang kena blend, sat tel tanya nak tumis macam mana, sat tel bagitau tak naik minyak, last sekali telefon.. terbuh asam jawa banyak. Kelakar betul.. last dia call saya dah lena dah pun..


Sebenarnya, saya bukannnya reti pun masak nasi lemak. Kat Kb saya memang jarang makan, bukan feberet. Kan dah cite, sarapan kami nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak jarang... tapi sebabkan abgfiz ni feberet dia nasi lemak, saya praktiskan juga masak sambal tu. Awal-awal langsung tak jadi, tapi kata abgfiz...'sedap...' Dah lama-lama, secara automatik jadi mahir. Raihan, masak selalu insyaAllah pandaila nanti. Silap-silap boleh buka kedai balik nanti! Kaya raya tau...


Hari ni, saya ke Union, tengok apa yang dijual.. nasib baik dah makan siap-siap kat rumah. Nasi lemak, sambalnya pedas dan termasam. Tapi habis juga orang belinya.. selain dari tu, ada dijual cendol, air soya + cincau, karipap besar gabak dan kueh lapis. Wah teringin plak nak makan, nanti nak try buatla.. tu pun kalau saya rajin. Ehehe..





Cendol + sagu + kacang +jagung. Kalau ada ais lagi bestla..jadi ais kacang..



Syafiq dan Irfan siap pakai baju Melayu lagi, hebat!!




Karipap besar gabak tu harga $3, cendol + sagu tu harga $2 dan nasi lemak.. err tak tahula berapa.. Ni makanan Raihan, saya beli karipap dan air soya je. Karipap memang simpan untuk abgfiz, kebetulan ada kelas di Beader Centre sampai jam 145 pm.






Ni Iman tika saya sedang solat di nursery centre di restroom, Duk melompat-lompat je keje..



Balik tadi, dia amik bekas tu buat topi.. Comey pula...



Moral :


- Sila tenangkan diri menghadapi apa jua keadaan

- Praktis selalu masak, insyaAllah jadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kekangan masa~

Bismillahirahmanirahim


Lepas je solat zohor tadi, saya ambil keputusan mengadap pc, kebetulan Iman tidur.. biasanya bila Iman tido, saya pun tido sekali dengan dia. Tadi saya buka blog kak Hanie.. ya Rabbi.. baru je masuk 2 hb Nov, dah 4 entry dah.. ghajin betui kak hanie berblogging.


Entah kenapa nafsu berblogging saya semakin hari semakin berkurang. Nak tengok blog sendiri pun malas, apatah lagi nak berblog walking. Tak hairanlah, tak ramai yang duk buka blog saya ni. Nge~~~~


Bangun pagi saya terus masuk dapur, buat sarapan.. Yeeee.. saya jenis yang suka makan heavy, ataupun saya jenis yang memang perut kena breakfast, tak kisahlah nasi goreng ke, mihun goreng ke, pancake ke, paling malas saya makan roti je. Kadang-kadang, baru je masuk dapur, Iman dah jaga.. Iman pun sama macam ummi dia, bangun pagi terus nak makan! Lapar sangatla tuh.. Tapi, saya bagi je cereal pada Iman. Kalau dia lapar lagi, bagi jela nasi goreng. Tu pun kalau saya masak nasi gorengla.


Kalau balik KB, kami memang jarang makan roti.. kami makan pagi dengan nasi kerabu, nasi berlauk (lauk ikan tongkol gulai kuning), atau nasi dagang atau macam-macam makanan heavy! Nasib baik saya dapat suami yang makan nya pun, heavy macam kami. ~~


Lepas breakfast, terus saya masak.. sebab apa.??? sebabnya masa ni la channel Disney tu hidangkan cartun yang best buat Iman, tak pun channel Nick. Sambil main, sambil nyanyi, sambil makan.. Apa-apapun asalkan tak kacau saya memasak. Kadang-kadang sepah saya bagi sudip-sudip, bekas-bekas dengan harapan dia tak kacau saya masak!


Makan tengahari kami biasanya jam 12, lepas tu baru saya kemas rumah, mandikan Iman dan biasanya selepas mandi dia terus lena.. Lena sambil sikat rambut, lena sambil pakaikan baju.. Yang hairannya, bila tido malam susah pula. Jenuh kena offkan semua lampu, tv kena offkan suis sebab dah pandai picit-picit tv. Itu pun kadang saya terlena dulu, baru dia datang sebelah main-main dan lena..


Dah lepas zohor, saya kadang ngaji atau kadang ngantuk.. nak tido.. Bangun-bangun dah dekat asar, (read: asar jam 359 pm). Lepas solat asar, saya bawa Iman keluar jalan... 530 balik terus saya siapkan makan malam..


Seusai makan malam, dah dekat isyak.. kami tunggu isyak. Biasanya lepas isyak mata saya dah kuyu... jarang saya tido lebih dari pukul 11. Paling lewat pukul 10 tu saya dah lena.. Hah.. bila masala saya nak mengadap pc dan berblog? Facebook je saya sentiasa buka walaupun sekejap. Ekekek....


Kalau perlu, saya mengadap pc sbb duk cari resepi atau artikel-atikel berkaitan. Itu pun Iman ada atas riba. Wah~~! saya betul-betul sibuk. Cewaaaah.. mengalahkan orang bekerja. Ekekeke...





Saya yang kengkonon sibuk~~ hahahahaha..



p.s: entry yang entah apa-apa~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan