RSS

Rentetan sejarah adik Iman II

Bismillahirahmanirahim

sambungan part I

9 Mac :

Appointment dengan midwife, jumpa dengan Julie. Bincang-bincang dengan Julie, saya terpaksa induce. Induce lagi~~~ Kalau normal, biasanya boleh tunggu sampai minggu ke 43. Tapi disebabkan darah abnormal saya ni, terpaksa induce dan tak boleh lebih 41 minggu. Julie akan call hari ni (9mac~ wed) sama ada saya labor hari ni atau Jumaat.

Balik, terus saya buat karipap. Teringin sangat nak makan! Lauk tengahari tu pun saya masak ikan keli berlada. Fuh! sedap nyeeeee~~~ Tunggu punya tunggu Julie tak call pun, marah betul abgfiz sebab seharian dia menunggu. Katanya tak sabar dah nak sambut hero dia. Tapi saya pula duk doa hari Jumaat.. memang dari awal pregnant saya duk doa dan harap saya bersalin hari Jumaat.

Jam 1030 malam:

Dah lena baru bunyi telefon, dan yes!! saya dijangka bersalin hari Jumaat dan disuruh ke hospital jam 730 pagi. Malam tu pula, langsung tak boleh tidur sebabnya sakit kerap sangat. Tapi saya tahankan diri.. maklumlah kata nak bersalin hari Jumaat.


10 Mac:

Saya siapkan mana yang perlu, buat rencah yang perlu, kemas apa yang patut. Eeeh peliknya, langsung tak rasa sakit!

11 Mac :

730 pg : kami bertolak ke hospital tanpa sarapan. Iman je makan cereal.

900 pg :
Contraction kerap sangat tapi disebabkan sakit tu macam kat rumah je, saya biar je. IV drip masuk ke tangan saya, bersama antibiotik B strep (ya, saya + B strep) dan pitosin. dilation waktu ni baru 3 cm.

11 pg :
Nurse datang - pelik sebab contraction kerap tapi saya tak rasa sakit sangat. Jadi, dia tambahkan dos pitosin. Waktu ni, Iman punya tak duk diam.. Aigoo~~~ ke sana ke sini.. Tu tak pe lagi.. Tak tahan tu dia tarik laci, main tekan2 button nurse tu. (entah berapa kali nurse duk jawab.. agaknya bosan dah sebab asyik panggil nurse je) Abgfiz bagi sebiji pisang dan crackers je. Lapar juga tapi tak selera pula nk makan.

1 pm :
kebetulan Iman tidur.... sakit pun bertambah-tambah. Nasib baik Iman tidur, abgfiz tolong urutkan bahagian pinggang. Tapi beza dengan Iman, sakit ni takla sesakit Iman dulu.

2 pm:
Ish kali ni saya betul-betul tak tahan sakit tu, saya minta pain killer. Sempatla saya tidur sekejap walaupun sakit tu masih terasa. Haaaaaa... waktu ni adik-adik datang. Syukur sangat!!!! Syafiq bawa Raihan, Hasanah, Ain, Fatin. Kebetulan juga, Iman jaga.. Terus abgfiz minta Raihan bawa si Iman jalan-jalan sekitar hospital. Nasib baik sebabnya.. Iman dengan Raihan dan Hasanah sangat ada chemistry. Jadi, dia ikut je budak-budak ni bawa. Ain pulak... peneman saya. Tangan dia plak jadi mangsa.. Maafla adik-adik.. terpaksa susahkan korang =(

3 pm :
Nurse in charge : Brenda. Nurse yang paling lembut dan sangat polite menjaga saya. sangat!!!!

Julie pecahkan air ketuban, waktu ni dilate masih 3 cm. Ish tak faham saya kenapa saya punya dilation lambat sangat walaupun contraction selang 60 second je! Tapi tu kuasa Allah, kan... ada hikmah disebalik tu.. Saya duk doa je supaya sempatla saya bersalin sebelum masuk maghrib. Maghrib waktu tu 630 ptg. Doa sangat2...

Air ketuban kali ni tak sebanyak Iman dulu. Waktu bersalinkan Iman, air ketuban 3-4 kali keluar dengan kuantiti banyak! Kali ni sekali je keluar dengan banyak, lepas tu keluar dalam kuantiti sikit-sikit. Waktu sakit bersalin, saya pula muntah-muntah. Nasib baik keluar pisang je, sebab makan pisang je pagi tu. Waktu Iman dulu pun saya muntah-muntah tika sakit bersalin. Agaknya itu petanda saya nak bersalin, kot la...

Saya waktu ni sangat-sangat perlukan abgfiz.. sangat!!!!!!!!!!!!!!! Betapa pentingnya suami disisi ketika bersalin! Tapi kadang saya hairan, ada je suami tak temankan isteri waktu bersalin. Tak terasa apa2kah si suami tu? Sian si isteri mengandung dan perit bersalin. Abgfizla paling kesian, sat tengok Iman, sat kena duk sebelah saya. Abg, terima kasih segalanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak ternilai harga terima kasih tu. Moga Allah sentiasa memberkati abg, Iza sentiasa berdoa untuk abg ;)

5 pm :
Dilation saya dah ke angka 5-6 cm. Baru~~??? Saya sungguh-sungguh doa agar Allah cepatkan dan mudahkan saya. Tak sanggup dah merasa sakit dan tengok abgfiz, kesian sangat. Fikir Iman lagi.

530 pm:
Saya minta pain killer lagi... kali ni nurse yang in charge masih Brenda. Sanggup dia menunggu saya dengan sabar untuk cek dilation sebabnya waktu ni contraction selang beberapa saat je. Dan dilation saya waktu ni dah 7-8 cm.

6 pm :
Saya dah rasa nak push.. tapi abgfiz minta saya jangan push lagi. 5 min lepas tu saya di suruh push dan dalam masa 5 minit.. lahirlah Abdul Muizz, waktu Muizz keluar saya tengok jam tepat-tepat jam 0610 pm dan alhamdulillah hampir maghrib dan masih lagi hari Jumaat. Kali ni memang sekejap sangat saya push. Bagusnya, Julie (midwide yang oncall malam tu) ajar posisi dan push dengan betul. Waktu bersalinkan Iman, Nancy dulu tengok je saya push. Langsung tak ajar, langsung dibiarkan saya bersalin mengiring. Mungkin cara mengiring boleh kurangkan sakit, agaknyaaa la...

Waktu ni, Iman bersama kakak Raihan dan yang lain, berada di luar bilik bersalin. Julie dan nurse Brenda ke bilik sebelah sebab ada pesakit yang sedang menunggu untuk bersalin. Muizz belum pun dimandikan.

Lepas bersalin baru saya sedar, perut saya kosong dan lapar sangat! Nurse incharge setelah saya bersalin, nurse yang dah berumur tapi sangat lemah lembut. Dia selimutkan saya dengan warm blanket (memang warm pun.. best!!), dia bagi saya makan (menu : oren, roti, peach pie, jus buah, crackers dan sup sayur panas.. best!! tapi saya makan sup sayur je, yang lain adik-adik habiskan. Saya tak ada selera), dia bersihkan saya dari darah-darah, dia tolak saya ke wad dan dia peluk erat saya sebelum tinggalkan saya. Macam nenek saya! Sungguh..




 Bilik labor dan delivery. Kali ni saya dapat bilik yang besar.. jenguk tingkap, rupanya depan tasik...


Ain bersama nurse dari nursery : baru mandikan Muizz.

p.s: plasenta Muizz dihapuskan. tak dibenarkan bawa pulang, sempatla saya minta nak tenung kantung yang bungkus Muizz di dalam rahim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Khas buat yang meminta~

Bismillahirahmanirahim

Lama nya blog saya bersawang. Malas sangat nak mengadap pc =))
Mak, ayah ni ada beberapa gambar Muizz. Yang terbaru ada dalam kamera lagi. Tak sempat nak transfer  lagi *_^


  fresh from womb..  tak mandikan pun lagi..


 3 jam selepas..


 Sebelum pulang ke rumah ~~ 2 hari


 comey kaki =))

 jari yang cantik ..


 5 hari ~


 kakak Iman yang penat~~


  Muizz 8 hari tika di hospital due to jaundice . Kakak sayang adik *_*



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah

Bismillahirahmanirahim

Syukur kpd Yang Esa atas segala nikmat kurniaNya. alhamdulillah saya selamat melahirkan baby boy Abdul Muizz tepat jam 6.10 pm Jumaat lepas, 11/3/2011.
rentetan dan kisah akan saya ceritakan sebaik sahja badan pulih dan mood tiba-tiba dtg nk berblogging. sekarang ni saya sangat lemah dan tak daya. hihi semua benda abgfiz yg buat, saya hanya menyusukan baby shj. nak mengadap pc lgsg xleh, nak jalan lgsg rs lemah. makanan pun abgfiz bw ke bilik. rs mcm princess pun ada. kekeke
terima kasih atas segala doa untuk saya.

p.s : nora, sy dh slmt bersalin. gmbr ada byk di facebook.
p.s : untuk komen2.. insyaAllah pya ms sy balas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rentetan sejarah adik Iman

Bismillahirahmanirahim

Hari ni hari ke2 overdue adik Iman.Aigoo~ bila mau keluar sayang~~
Hari ni juga kali kedua saya ke hospital.Tapi kesudahannya balik rumah juga~
Sejarah bermula..

5 Mac, jam 5 ptg ;

perut dah mula sakit. tapi saya diamkan je. bila abgfiz balik, melampau-lampau sakitnya sampaikan saya dah tak boleh jalan! bila abgfiz ajak ke spital saya duk tangguh2.

Jam 9 mlm ;

sakit tak henti2.. adoi terpaksa sy dgr cakap abgfiz dan kami ke spital mlm tu. sebelum tu mmg saya call Jearlyn bagitau sakit dan dia minta ke spital dan kebetulan dia oncall mlm tu. sebetulnya saya memang nak Jearlyn yang deliver baby, sbb kebanyakan saya jumpa dia pregnant kali ni. waktu Iman dulu Karen yang selalu saya jumpa tapi Nancy yang deliver Iman.

sampai di spital, sakit dah kurang. monitor contraction dan baby: contraction dah kurang. disuruh balik! saya pun xnak duk situ, mmg nak balik rumah.

8 Mac, jam 12 tgh;

saya tiba- tiba sakit perut. agaknya angin..

jam 1 ptg;

abgfiz balik rumah dan perut saya melampau sakit dan memulas. 2 kali saya ke toilet cirit dan nak muntah. sakit tu disulami dgn contraction. menangis2 tahan sakit dan tak blh jln. abgfiz panik dan terus bawa saya ke spital. smpi spital, Iman tido dan saya tak leh jalan. terpaksa abgfiz usung saya guna kerusi roda smbil tolak Iman. sedih tgk dia, sbb mana tgn nk tolak sy mana tgn nk tolak stroler iman. last2 sy pegang iman dan abgfiz tolak kami smbil pegang stroler. entah kenapa saya duk menangis2 je, kesian Iman dan abgfiz, sshkn abgfiz pun ada.

masuk wad, nurse cakap sakit perut mgkn sbb diarhea tadi. contraction plak ada selang 15 min lepas tu xde. ada balik dalam 10 min.. tak regular lgsg! lastly kami kena balik juga..

sebelum tu nurse tanya nak induce ke tak. saya buat keputusan nak bincang dgn midwife dulu. kalau nk induce pun tgu seminggu lg la kot.

kata mama kalau kat malaysia.. dilate 2 cm dh msk wad dan diberi pitosin, yeke? kata mak plak paling lewat overdue 5 hr je. kat sini ada yg 43 mingu br diinduce. sy tak pasti sbb apa. macam mana ye pengalaman bersalin di malaysia? blh share dgn saya x?

p.s ; saya guna ipod. kalau salah eja maaf sgt! sgt seksa guna ipod utk menaip. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kandungan CD Iman

Rentetan Yey~! Dah sampai dahhh


Bismillahirahmanirahim

Ramai pulak bertanya pasal CD-CD iman ni. CD ni kata mama, dia beli di kedai, kedai tu depan Kedai Jaafar Rawas. Kat KB senang nk cari CD macam ni. Berlambak-lambak esp kalau hari Jumaat time Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah tu. Waktu tu ramai sangat orang jual-jual ; jubah dan pakaian muslim, CD dan kaset, kadang tu ada je makcik-makcik datang jual hasil tanaman mereka sambil dengar Tok Guru bagi ceramah. Sekarang tak tahula macam mana tapi waktu dulu selalu je gitu. Jalan pun sangat jammmmmed!



Ini antara Cd yang Iman suka dan ralit bila dia tonton. Terutama, Cd Cintai Allah Cintai Islam. Saya amik satu dua sedutan yang Iman suka dari you tube.








Yang ni lain pulak. CD Hadad Alwi dan Sulis tu, buat Iman mengantuk. Selalu je bila pasang, dia tertidur!. Hahahah.


p.s: Isnin ni genaplah 40 minggu baby dalam perut tapi masih tak nak keluar-keluar lagi. Bukan tak sakit, sakit je memanjang sehinggga tak boleh jalan tapi tak nak ke spital. Contracttion tak regular tapi sentiasa! Adoii.. lastly, saya fikir, agaknya masa yang Allah tetapkan  belum tiba. Jadi tunggu jela masa yang Allah tetapkan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yey~! Dah sampai dahhhh~~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah barang yang ditunggu sampai juga. Lama saya tunggu barang-barang ni, adik saya tu sibuk sangat, konon tak ada masa nak bungkus. Sabar jela.. Barang ni di pos hari Sabtu lepas, sampai semalam ~ dalam 10 hari juga. Mama poskan dua kotak, sebab katanya tak ada kotak besar..

Yang sedihnya, kotak kedua saya buka.. ada notis dari kastam US. Katanya ada benda yang tak boleh dibawa masuk ke US dan dirampas. Bila saya telefon mama, kata mama dia ada selitkan serunding daging. Memang serundingla yang tak ada! Sedih.. sebabnya yang tu saya paling suka. Tapi tak apala, anggap jela tak ada rezeki.




 Bila saya nak buka kotak, adala yang tukang sibuk. Saya pakaikan tudung tu sebabnya, waktu ni saya baru je solat. Si Iman ni suka sangat pakai kain telekung saya. Lepas je solat, duk tarik suruh saya bukakan telekung. Last-last saya pakaikan tudung dia, walaupun baju bukan main seksi tapi hantam sajala...


Haaa.. baju-baju tu sebenarnya buat balut ubat je pun. Banyak pula ubat-ubat lepas bersalin. Ada akar kayu khas untuk dibuat mandi selepas bersalin tak pula kastam ambil. Serunding kena amik pun tak kisahla.. kata mama serunding tu sikit je. Bukan rezeki sayala tuh. Tapi yang pasti ada keropok!! Dah lama nak makan keropok segera tuh. Keropok segera sira (pedas) tuh abgfiz yang mengidam. Dapatla makan walaupun ada yang hancur. Gitulaaa adat duk jauh, ada je barang Malaysia sampai, seronok tak ingat dunia! Haaaa.. mama saya kirimkan juga CD nasyid dan doa untuk Iman. Yela.. asyik duk tengok cite kartun je. Walaupun kartun kat sini mendidik (hal keduniaan) tapi hal akhirat tak ada. Hari tu mama duk bebel sebabnya duk ajar anak tengok tv. Masa kecik-kecik dulu, kami memang mama ajar dengar quran, nasyid, buku pun mama banyak beli yang sirah-sirah nabi. Alhamdulillah, bila pasang CD ni, Iman suka dan ralit je duk depan pc tengok CD-CD nih.

Apa-apapun terima kasih bbbbbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak-banyak tak terhingga untuk mama, ain dan sakinah. Hehe~~ habis kena bebel kat adik-adik saya pun, saya buat tak tahu je. ALmaklumlah... diorangla tukang beli barang dan poskan barang. Hiks.. buat baik pada kakak banyak pahala ye.. Jadi sila buat lagi. Nge~~

************

Minggu lepas saya teringin nak makan kek coklat pisang. Sebenarnya saya tak sempat nak makan yang kak Nadiah bawa hari tu, duk gobek-gobek resepi.. jumpala resepi ni tapi saya alter resepi ni. Sepatutnya tak jadi 2 adunan, saya buatkan supaya jadi dua adunan ; 1- adunan kek coklat dan 1 lagi adunan kek pisang. Yeah~! Menjadi.. dahla lupa nak letak telur, waktu nak masuk dalam baking dish baru teringat dan tang tu juga saya buh telur. Hahaha~~ jadi jugak, sedap je masuk perut. *Jangan tiru aksi tak senonoh ni ye, puan puan~~*


 Inilah rupa setelah keluar dari oven.


Haaaa.. best kan nampak? Rasapun memang best even abgfiz dan Iman pun suka. Tak rugi try!


p.s: tadi jumpa midwife, katanya saya mungkin bersalin pada bila-bila masa sahaja.. Fuh Fuh harap sebelum weekend. Nak sangat pergi ke Malaysian Night tapi tiket ada satu je. Huhu~~ kalau bersalin, takla rasa sedih sangat sebab tak pergi. Nak sangat pi sebab adik-adik semua buat persembahan. huhuhuhuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan