RSS

Kambing oo Kambing ~~

Bismillahirahmanirahim





Kambing.. makan tak daging kambing? Ketika duk di Malaysia, saya memang langsung tak sentuh daging kambing/ biri-biri. Tak berani, sebabnya.. tak berapa nak ummph dan macam bau je.


Bila datang sini, abgfiz kenal baik dengan geng dari Pakistan. Masa tu kami duk rumah lama, depan je dengan rumah diorang. Suatu hari, abgfiz diajak ke tempat penternakan kambing, membeli dan menyembelih di situ. Refer here. Sebetulnya, mereka (sat mereka sat diorang) nak kongsi beli kambing dan bahagi tapi abgfiz dan suhaizi tak nak, sebabnya :


* masing-masing tak makan kambing

* kambing susah nak masak, kalau tak kena memang berbau

* macam tak sedap je


Yang pastinya, mereka beli dan sembelih. Sebenarnya, daging kambing lebih banyak khasiat berbanding daging lembu, kurang lemak dan lebih sihat. Sebab itu, makanan utama orang Timur Tengah ialah daging kambing. Kata Dr Tahir ( ex-post graduate last semester) , daging kambing yang bagus adalah daging kambing betina yang muda. Daging yang ini juga lembut jika dibandingkan dengan yang lain.

Tapi, disebabkan abgfiz jadi peneman mereka, kami diberi sedikit daging mentah dan daging yang telah di masak. Sesungguhnya.. TERSANGATLAH sedap masakan pakistan. Mereka tak menggunakan santan untuk kari dan kurma mereka. Kata Dr Tahir lagi, daging yang mentah harus dilumur lemon/lime + halia + bawang puteh sedikit untuk buang bau daging.


Kalau Ramadhan lepas, setiap hujung minggu kami akan ke masjid menikmati juadah berbuka (masakan pakistan, arab) dan solat tarawih. Dari situ, saya mula jatuh cinta dengan masakan pakistan dan arab (terutama pakistan). Memang sedap!!! Tapi ramadhan tahun ini, saya berada di dalam pantang , jadi berbuka di rumah ajala.. (tak puasa pon ;p)


Winter lepas, Suhaizi dan Amel pula, pindah ke rumah yang didiami pakistanese. Disana mereka belajar memasak masakan Pakistan (agaknyalah kot, tak pasti pula diorang diajar ke tak ehe). Jamuan raya lepas, daging kambing Suhaizi sangatlah sedap, lembut dan fuhh.. sedaplah! Jadi di atas ehsan suhaizi, dia berikan saya resipi daging kambing tuh.


Dengan perut yang lapar diselangi rindu pada daging itu, saya masakan daging lembu dengan menggunakan resepi si Suhaizi tuh. Hasil nya... tada...







Tidaklah sehebat dan sesedap resepi asal, cuma bolehla saya makan. Ala..kalau lapar masuk apa pun dalam perut semua sedap.



Hari ini, selepas abgfiz pulang dari solat Jumaat, dibawanya daging kambing dari masjid. Katanya daging aqiqah. Terus, saya masakan dengan resepi tadi. Hasilnya, tak juga sesedap masakan diorang. Ape kena dengan masakan saya, ke saya yang tak pandai masak?? Layan ajala..








Daging yang telah dimasak





Daging kambing yang telah dilumur dengan halia dan bawang puteh (lemon/lime tak de pulak..)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

serius!org pakistan kalo masak daging kambing mmg sedap!akak dulu mmg xpandang der daging kambing.tp bila mkn kt sini..briyani kambing..perghh! sedap gile!

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan