RSS

Kari Kambing, Apple pie, dan Blueberry Cheesecake

Bismillahirahmanirahim


Entry kali ni khas buat yang nak merasa kari kambing, Husna yang duk minta resepi apple pie dan blueberry cheesecake.


Kari Kambing (pakistan kot : kredit to Suhaizi)



Bahan-bahan (sukatan ni saya main campak-campak je. Suhaizi tak mention pun sukatan nya =))


untuk rebusan:

  • Daging kambing/biri-biri (saya guna 4 lb)
  • sebiji lemon

  • 4 ulas bawang puteh- dicincang (saya ketuk je)
  • 3 inci halia- dicincang (ni pun saya main ketuk je)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • Air secukupnya

Cara :



  1. Daging dibersihkan menggunakan lemon. Tujuannya untuk hilangkan bau hanyir daging.
  2. Rebus air dan daging sehingga menggelegak. Kemudian masukanserbuk ketumbar, bawang puteh dan halia.

  3. Dengan api yang kuat, rebus daging selama 1 jam. Saya masak hari tu ambil masa 1-2 jam. Tujuan : supaya daging betul-betul lembut dan empuk.

Oh ya.. air rebusan jangan dibuang...



Kari :




Bahan-bahan:



  • Daging dan air rebusan tadi
  • 1/2 labu bawang besar onion - chopped
  • 2 biji tomato ( 1 biji saya chopped dan sebiji lagi belah 4)
  • 2 tbs kari madras
  • 1 tsb serbuk ketumbar
  • 1 tbs serbuk kari biasa
  • daun cilantro - chopped
  • kentang
  • garam

Cara:



  1. Tumis bawang yang telah dipotong dadu sehingga naik bau, kemudian masukan tomato yang dipotong dadu juga. Masak sehingga tomato nampak masak (lembik??)

  2. Kemudian, masukan ketiga-tiga rempah, kacau sehingga rempah sebati (cewahh).

  3. Dah sebati, masukan daging tadi tanpa air dan bahan-bahan lain. Biarkan rempah-rempah masuk dalam daging. Kalau daging nampak kering sangat, buhla air rebusan tadi sikit.

  4. Masukan kentang.. masa ni saya masuk je air rebusan (sahaja, bahan lain seperti halia dan bawang puteh tak payah) ikut suka (kalau yang suka berkuah, buh banyak, kalau tak..sikit pun ok : cukup-cukup untuk buat kentang empuk)


  5. Lastly, masukan garam, tomato belah 4 dan daun cilantro.

Rempah yang saya guna.. Sebelum ni guna rempah kari biasa je. Sebab dah habis stok, abgfiz beli je rempah kat kedai arab tu..




Apple pie


Crust



  • 8 oz tepung gandum

  • 5 oz butter

  • 1 oz gula

  • susu sejuk/air sejuk

- Ramas tepung gandum dan butter dengan jari sehingga menjadi bread crumb.


- Masukan gula dan susu sejuk/air sejuk- uli sehingga doh tak lekat pada bowl.


- Sejukan di dalam peti ais. Bahagikan dua doh : satu bahagian atas dan satu bahagian bawah.



* Kalau ada food processor, masuk tepung + butter - pukul sehingga menjadi bread crumb, kendian tambah gula. Blend sambil masukan air sejuk sehingga menjadi doh.


Inti:



  • 4 rape apple - slice, peel and core 1/2 inci

  • 2 tbsp brown sugar - ikut suka, kalau nak manis tambahkan gula

  • 1 oz butter

  • 1 tsp ground mix spice/cinnamon

  • l tbs lime/lemon juice

  • bread crumb *opt. Saya tak letak..tak suka

- Apple + brown sugar + butter masak atas api perlahan sehingga apple lembut.


- Dah lembut, masukan spice dan lemon/lime juice.


- Kalau air banyak, keluarkan apple dan likatkan kuah. Dah likat, masukan apple balik dan tambah bread crumb.


- Last, inti masukan ke dalam crust dan tutup crust dengan doh atas menggunakan sapuan susu. Bakar dalam 350-370 F ~ 40 minit.


Homemade breadcrumb


Roti dibakar sehingga betul-betul garing (jangan sampai hangit), kemudian blend roti yang telah dibakar.









Blueberry cheesecake


cheesecake (dense style)


crust:



  • 2 cups graham crakers

  • 1 stick butter (1/2 cup)- melted

- Add melted butter to graham crackers and press into baking dish.




  • 5 pkg cream cheese (40 oz) - room temp

  • 2 cups sugar

  • 5 large eggs - room temp

  • 1/2 tsp vanila extract

- Preheat oven 325 F ~160 C


- Beat all cream cheese until smooth and creamy, add sugar- continue beat .


- Add eggs and vanila.


- Bake.


Tips: resepi ni akan menjadikan kek padat dan lemak. Jika nak kek ringan dan lembut (fluffy and smooth), asingkan putih telur dan buat meringue. Sebelum dibakar, kaup balikkan meringue ke dalam adunan


Blueberry sauce/ pie filling


  • 2 cups blueberries ( frozen or fresh)

  • 1 cup sugar

  • 3 tbs corn starch/ 6 tbs flour

  • 1/2 grated nutmeg

  • 1/2 tsp grated lemon peel

  • 1 cup water

  • 2 tbsp lemon juice


- Mix all the ingredient (until they coat gradually) (except blueberries and lemon juice ) in saucepan. Bring to boil, add blueberry - cook 3-4 minute until clear and thickened. Stir constantly but carefully to prevent berries from crushing. Remove from heat, add lemon juice. After cheesecake done, apply on top to cheesecake.



Husna, selamat mencuba~~~~ nanti kakiza balik, buatkan untuk kakiza.hakhakhak.. Oh ye.. kek coklat si Haziq tu lagi sedap dari kakiza. Nak resepi jugak ke? =)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasi Beriani..

Bismillahirahmanirahim


Kali ni nak bercerita pasal nasi beriani. Kadang-kadang... setiap hari Jumaat, Raihan atau anak-anak dara suka sangat datang lepak rumah saya lepas kelas. Bila dah ada tetamu, ada jela benda saya masak. Kadang nasi tomato, kadang nasi ayam, kadang nasi biasa je.. kata abgfiz kena bg tetamu makan walaupun sedikit..

Bila tiba waktu malam, selalu je saya ke rumah anak dara kebetulan hantar Raihan balik.. dah tu bila sampai, selalu saya tanya..


" Dah makan ke belum semua?" atau "masak apa hari ni?" atau dengar je ada yang merungut.. "Kakiza... laparla, tak masak apa pun lagi.." atau ditanya Raihan " makan apa?.." Bila dah dengar macam tu, kesian la pula... yela kami dah kenyang, diorang kadang-kadang baru balik library masuk rumah tak sempat nak masak.. kebulurla jawabnya...

Hari Khamis lepas, abgfiz duk ym saya katanya nak makan nasi beriani lauk kambing. Dah lama tak makan kari kambing, dulu ada Suhaizi rajin buat kari kambing. Nak cerita.. memang kari kambing dia sedap! Tak berbau dan lembut je.. Lepas tu, abgfiz kata... "ajakla budak-budak bujang makan kat rumah. Abg ajak zaki satu family dan Sumardi (from Brunei).."

Jadi semalam, selesai je kelas..anak-anak dara datang rumah naik bus. Si Fatin datang kol 130 petang, Raihan pula jam 230 ptg, si Ain dan Irfan tiba jam 4 petang. Sempatla jugak budak-budak ni tolong saya kemas rumah, basuh pinggan.. dan yang penting, main dengan si Iman.
Jamuan bermula lepas maghrib, jam 7 mlm (read: maghrib jam 626 mlm). Menu malam tu, nasi beriani + kari kambing + acar + kari dalca + ayam bakar + cendol + puding jagung + spageti. Cendol tu si Raihan buat, saya masak santan dan air gula melaka je. Tiba kak Nadiah, dibawanya kueh lopez. Kembung perut makan makanan banyak.










Terselit gambar cendol, lupa nak snap awal-awal




Iman yang sangat sibuk, dengan ayah orang pulak tu

p.s: entry akan datang saya share resepi kari kambing tu..


p.s: irfan, fatin , ain, raihan, terima kasih sebab tolong kakiza. lain kali tolong lagi. ;p


p.s: kak nini, tahniah ..selamat berpantang dengan jayanya. sempat lagi berchating tadi. Tak pe, cerita nanti sambung di blog

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cendol ku~~~

Bismillahirahmanirahim

Yey, menjadi cendol saya.~~ lalala~~~ Sebenarnya di anak dara, mek Raihan ni duk tanya saya macam mana nak buat cendol. Dia nak jual di International bazar nnt, bawah NUMSA la tuh. Saya pula, terus telefon mama saya.. hehe~~~ kate tak reti.. kenala tanya pada yang pandai. Sebenarnya, mek (nenek) saya dulu tukang jual kueh (masa muda-muda dulu), kueh ke, kerabu ke, segala-galanya la.. Memang sedap mek saya masak, sedap dan sangat bersih hasil tangan nya. Kalau dia tengah buat kueh ke, masak ke.. dia tak kasi kami cucu-cucu masuk dapur. Katanya buat kacau dan serabut mata kepala dia je.. Tapi honestly, mek memang pandai masak!

Si Mek Raihan ni buat guna tepung gandum.. bila saya tanya mama saya katanya sambil gelak 'org xbuat cendol guna tepung gandum, guna tepung beras..' wakaka.. tergelak-gelak saya.. duk gelak kt sapa entah..(sebab diri sendiri pun tak tahu..hahaha). Jadi, hari ni dengan kerajinan sedikit tu.. saya cuba buat cendol versi saya la.. Acuan cendol, saya amik penapis sayur yang mana lubang dia kecik berbanding acuan condol mek.

1 cawan tepung beras + 3 cawan air = masak atas dapur sambil kacau sehingga tepung masak. Kebetulan pula, si 'pembantu' saya tu sedang bermain.. saya tak dela kisah sangat pada dia. Bila tengok dia main, masyaAllah..... dia amik pisang atas meja makan (pisang duk tepi meja, sambil masak sambil saya suap pisang tu..) di buat cokodok atas carpet. Dilenyek-lenyek menggunakan kaki dan tangan dia. YA Rabbi.... geram + nak marah sangat masa tu. Saya terpaksa hentikan cendol saya tu.. dan kutip pisang serta lap carpet dan mandikan Iman. Sabar banyak-banyakla bila anak meningkat besar dan nak 'explore' je, mak nya pula sedang sarat mengandung...memang kena sentiasa selawat. Kalau tak, ada je tangan naik kt budak yang tak tahu apa-apa tuh!. Bila pakaikan baju Iman tadi.. sayu pula hati saya sebab dok marah-marah kat dia. Budak 15 bulan mana tahu apa-apa.. Main je dia tahu, bahaya ke.. salah ke.. mana nak tahu.




Cendol dan air cendol saya..


Yang pula Iman.. ghajin bebenor dia. Kalau ke dapur ada je barang dapur diambilnya, terutama bekas puteh tu. Bekas tu memang kegemaran dia, dah ambil.. boleh pulak dia letak atas kepala terus mausk bilik mengadap cermin! Lucu betul... konon tudungla tu.


Senyap-senyap saya snap gambar dia bercermin dengan bekas puteh tu..




Bila dapat bekas, diambil pula sudip. Pandai pula masak.... Itula Nurul Iman. Racun saya, penawar saya..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana dia..

Bismillahirahmanirahim



Kadang-kadang, kerana dialah hati ni membara nak meletup,


kerana dia jugalah hati ni sayu


kerana dia juga hati ini cinta dan kasih


kerana dia juga hati ini belas


kerana dia juga hati ini ketawa


kerana dia juga hati ini gembira..


semuanya kerana dia..


Diala racun, diala penawar..





Tak tahu mana dia belajar menari macam ni. Layan ajala..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbezaan dahulu dan sekarang~

Bismillahirahmanirahim




Lama sungguh saya tak update pasal pregnancy. Ehh lama ke?? Rasanya tak pernah update pun. Ekekeke






Gambar ni diambil bulan Jun lepas. Kat rumah memang dah sedia ada pregnancy test, nak dijadikan cerita :::::::: pada pagi yang damai itu, saja saya mengada-ngada nak test TETAPI... result yang keluar adalah dua bar!! MasyaAllah terkejut sangat-sangat, sebab saya memang tak bersedia untuk mengandung kali kedua di sini. Apa-apapun, abgfiz memang bersyukur walaupun kami tak merancang. Rasa tak percaya, abgfiz beli lagi pregnancy test yang digital : total semua pregnancy test yang saya guna adalah 5 batang! Punya tak percaya...


Perasaan saya pada ketika itu???? Bercampur baur : sedih pun tak gembira pun tak, keliru pun ada, kesian pada Iman pun satu hal, banyakkkkkk sangat saya fikir! Pagi-pagi lepas subuh jam 5 pagi saya call adik saya Ain, bila saya duk cerita.. boleh pulak dia gelakkan saya! Sabor jela...


Sebenarnya saya sedih, bukan apa... niat saya untuk susukan Iman selama dua tahun gagal! Kebetulan pula pada waktu yang sama, Iman tak nak langsung menyusu. Saya terpaksa pump guna pump biasa, itupun dia tak nak minum. Menangis-nangis saya bangun tengah-tengah malam pum susu. Lantas, saya emailkan pada nurse : Megan. Kata Megan, dia cukup yakin sebenarnya Iman nak tumbuh gigi. Lega betul saya baca email Megan dan saya duk tilik-tilik gigi Iman. Memang betul nak tumbuh gigi sebab ada dua batang di bahagian atas. Syukur alhamdulillah...


Bila kandungan memasuki bulan kedua, saya masih lagi merahsiakan kandungan daripada keluarga dan rakan-rakan kecuali Ain dan Sakinah (adik bongsu saya..) Tu sebab si Ainla duk bagitau. Lepas tu baru saya bagitau mama saya.. Mama biasala... tenang dan mengeluh sedikit : risau saya disini, risau Iman lagi, abgfiz kelas lagi.. Tapi akhir kata mama, " Ja, bila Allah dah tetapkan sesuatu, Dia tahu kita akan mampu menghadapinya. Cuma kuatkan sabar dan tabah bila menghadapi kesulitan. Kalau kita duk nak anak pun, tapi bila Allah tak nak bagi.. memang sampai bila-bila pon tak dapat. Begitu juga sebaliknya... Bersyukurlah." Kata-kata yang cukup membuatkan saya menangis sedu-sedu! Selepas yakin, saya terus call mak abgfiz, ternyata dia terkejut, risau semua ada. Mana ada mak tak risau anak, kan?


Masuk bulan kedua juga, saya dah start mabuk, pening, muntah. Muntahnya kurang berbanding saat mengandungkan Iman tapi pening dan sakit kepala sentiasa! Menyebabkan saya tak boleh berdiri, semua masak, mandikan Iman, jaga Iman ... semua diuruskan oleh abgfiz. Saya betul-betul tak mampu! Solat pun duduk. Itupun nak jatuh je. Cuma yang ketara, saya masih berselera untuk makan. Perut saya hanya boleh menerima ikan bakar dan sup sawi sahaja. Waktu Iman dulu, saya langsung tak boleh makan.. minum air pun akan keluar balik walaupun air masak semata-mata.


Mengidam??? Kali ni langsung tak teringin nak makan apa-apa. Waktu Iman dulu, sampai saya ngigau nak makan mee goreng mamak dan ikan cencaru bakar. Cuma dah masuk bulan ke5 ni saya teringin nak makan rempeyek. Mengada tak? Nasib baik rumah budak-budak perempuan tu ada rempeyek. Makan sekeping dua pun jadilah.. Ehehe..


Selera pula, kali ni lebih suka makan ikan dan sawi serta ayam. Waktu Iman dulu, saya betul-betul suka makan daging. Daging sepanjang masa. Kali ni, makan apapun tak kisah tapi ikan dan ayam jela. Udang tu sikit-sikit bolehla. Dua tiga hari ni duk suka makan ikan bilis goreng + telur - digoreng bersama setelah ikan bilis garing. Sangat sedap!! Jujurnya, saya memang tak suka telur, selain daripada baunya yang tak enak saya akan mengira jumlah kolestrol dalam sebiji telur. Sebiji telur ada 250 mg kolestrol, dan kita sepatutnya makan hanya 300 mg kolestrol sehari. Kalau saya makan pun, saya akan tinggalkan telur kuning. Ekekek, macam budak kecik! Jangan tak tahu, tak semestinya orang kurus tak banyak kolestrol dan tak semestinya orang gemuk mempunyai banyak kolestrol. Kawan saya sendiri, cekeding je orang nya tapi bila buat medical check up, kolestrol melebihi had - sebabnya : dia suka sangat makan minyak sambal tumis tu. Kalau ada sambal tumis, memang dia amik minyak semata-mata. Tapi semalam, abgfiz duk terangkan kolestrol untuk subjek Biochem : (hari ni dia exam Biochem), katanya kolestrol ada baik ada tak baik. Tanpa kolestrol, badan tak boleh fungsi dengan sepenuhnya.. ~~~ Merapu sampai kolestrol pula....


Susu masih saya minum cuma tak seghairah waktu mengandungkan Iman dulu. DUlu saya buat susu tu macam minum air masak je. Sekarang, hanya 2 kali sehari minum susu, tapi insyaAllah akan dipertingkatkan lagi.


Apa-apapun, saya mengharap bayi sihat dan selamat nanti. Tak sabar menunggu hari kelahiran. Oh ya.. ada yang bertanya.. Iman ok ke?? Hum.. awal 3 bulan pertama, Iman sangat berdikari ; main sorang-sorang, bangun tidur tak nangis, tidur pun bersendiri, terkadang lena dengan sendiri. Akhir-akhir ni, dia sangat suka berdukung. Ummi betul-betul tak mampu nak dukung dia, tapi yang bagusnya bila dengar je ayah balik.. terus pi terkam ayah. Satu yang saya agak susah, Iman asyik nak berada disisi saya je.. walaupun saya ke bilik air : pasti dengar bunyi dia menangis sambil ketuk-ketuk pintu bilik air. Kalau ke dapur pun sama, cuma dia akan main sendiri bergolek-golekan di lantai dapur yang tak berapa nak bersih tu. Sabar jela...


Weee~~~~ autumn sudah memunculkan diri.. Sejuknya nyaman, daunnya sangat cantik. Suke.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biarla Rahsia

Sekarang ni ayat ini paling famous didengari "Biarlah rahsia" disana sini..Zasss..layan lagu dibawah..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Talam Dua Muka

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu.

Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita.

Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

Sumber:http://pekasam.blogspot.com/2007/07/talam-dua-muka.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syawal~~

Bismillahirahmanirahim



Hari ni, hari terakhir Syawal.. besok dah masuk Zulkaedah. Tup tup, masa memang berlalu dengan cepat, bila ingat-ingat kami ada lagi 2 tahun berada di US ni. Lepas tu..yehaaaa boleh balik!!!! Dah nak balik nanti mesti fikir, bila pula nak datang US lagi - tunggu jela masanya nanti baru fikir.



Serba sedikit saya nak kongsi macam mana kami beraya hari tu. Kalau diikutkan, memangla agak sedih beraya tanpa keluarga tapi nak tak nak kena terima jugakla. Kalau diikutkan hati yang sedih, memang kita tak meraikan Syawal dengan gembirala, kan? Kita sendiri sebenarnya patut meng'create' suasana Syawal walaupun dengan sesama kita je. ( betul ke ayat ni eh??macam keling je..)



Open house kami, kami rancang nak raikan sekali dengan befday Iman lepas. Sian dia, befday yang pertama ummi dan ayah buat tak tahu je. Kami rancang buat hari Sabtu memandangkan hari Jumaat, kebanyakannya masih ada kelas.



Nak dijadikan cerita, saya buat rendang dan kuah kacang hari Khamis. Entah kenapa rendang ayam tu, tak sempat kering lagi ayamnya dah hancur. Menangis melalak saya duk telefon abgfiz dan KakJaja. Yela, tel mama kat rumah semua dah tidur. Kata abgfiz, memang rendang ayam biasanya hancur sebab ayam bandar memang lembut banding ayam kampung. Kuah kacang pula, termasam! Terlebih air asam. Sabar jela.. Mungkin campur dengan penat dan mabuk, saya agak emo menyiapkan juadah open house kami. Lucu sungguh!!



Tengahhari tu, abgfiz balik dari ofis - konon nak tengok saya buat rendang. Last-last dia cakap 'abg tak ada mood betul nak buat kerja, dalam kepala fikir nak raya je. Mehla abg buat biskut almond london..' Ohhh.. pucuk dicita ulam mendatang, macam tak percaya je abgfiz cakap macam tu, maklumla dia susah nak tinggal kerja ofis tu.





Jejaka idaman sedang memasak!!









Almond london, buatan abgfiz.. besar gabak betul. Katanya, sekali suap dah kenyang!.











Nak cerita pula pasal nasi impit.. kebetulan tokei kedai Thai tu sedang berada dalam pantang, jadi segala stok yang habis memang lambat nak restock. Nasi impit segera tu memang dah tak ada! Ehh, sempat abgfiz beli sebungkus. Last-last, abgfiz kata buat sendiri. Tapi guna beras biasa, bukan beras Jasmin yang selalu kami makan tu. Alhamdulilllah menjadi..







Jumaat tu saya sambung buat ketupat pulut (ala cap Nona je), sediakan bahan untuk kuah lodeh, masak sebanyak-banyaknya nasi impit. Oh lupa, kami buat satay, satay tu saya dah marinated awal-awal 2-3 hari sebelum saya sibuk dengan rendang. Pada awalnya, saya nak masuk oven je, tapi si Syafiq beria-ia nak datang bakarkan.. terima kasih banyak-banyak...







Kami anak beranak di raya pertama.. Baju saya tu beli tahun lepas lagi, baru tahun pakai. Baju Iman atuk penang bagi hadiah sempena befday dia. Melalak dia tak nak pakai, mana taknya asyik nak memanjat je, payahla panjat pakai kain. Sudahnya memang buang kain, pakai baju je..



Jumaat malam pula, abgfiz terlebih rajin nak buat lemang. Saya cakap, saya memang dah tak mampu dan tak larat nak sentuh lemang ke apa ke.. tapi dia rajin tak apala.. Lemang ni kami ikut resepi KakTini yang jauh di Florida. Resepinya :


1 - masak beras pulut + santan +pinch of salt + daun pandan

2- masuk pulut dalam daun pandan dan gulung

3 - pulut yang dah tergulung dalam daun pandan tu masuk pula ke dalam aluminium foil dan gulung

4- bakar dalam oven selama 1-2 jam


Alhamdulillah, kreatif kakTini ni.. memang rasa macam lemang. Saya orang Kelantan jarang makan lemang, kami duk makan ketupat daun palas yang manis tu je. Ketupat nasi pun kami jarang.. jadi saya tak rasa sangatla teringin nak makan.








Lemang yang sedia dibakar


Pagi Sabtu tu, Syafiq datang nak bakar satay. Jumlah satay dalam 200 pucuk kot. Tak pasti la pula, tapi kami guna 8 ekor ayam untuk satay dan rendang. Penatnya, memangla tapi bila tengok tetamu makan dengan berselera, penat tu dengan automatiknya terbayar.

















Kek pula, saya buat kek blueberri. Malas nak fikir kek apa.. kek yang plaing senang kek blueberi. tulisan tu pula saya guna coklat puteh yang guna untuk almond london. Eekek.. pemalas punya ummi!



Hari Ahad pula, giliran Bon dan Roz buat open house - menunya nasi dagang terengganu. Memang sedap!!!! Berbanding nasi dagang kelantan, saya lebih suka yang terengganu punya.


Petang tu, Kak Nadiah/Zaki pula buat mee kari. Lama tak makan rasa terliur pula..


Bawah : sedikit sebanyak gambar tika raya hari tu.. Bila dah habis weekend, habisla jamu-menjamu kami - semua fokus pada exam dan belajar je. Sedih juga, kat Malaysia.. selagi Syawal tak habis selagi tula.... ada je jamuan kat mana-mana. Oh rindunya..


Di rumah Kak Nadiah. Gambar tak banyak ambil..




Terlepas pula gambar ni ke sini : Time Iman potong kek yang sebetulnya dia duk berebut pisau tu nak main!



Nasi dagang di rumah Bon/Roz





Antara tetamu..




Malaysian.. without Roz dan Bon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penat~

Bismillahirahmanirahim


Curi masa sekejap update blog sementara Iman sedang enak dibuai mimpi. Sat je dia tidur tu, jadi saya cepat-cepat update. Sabtu lepas kami ramai-ramai berpicnic di Holmes Lake, sebenarnya lebih kepada meraikan Muzammil yang akan eh..telah berangkat pulang ke Malaysia semalam.


Honestly, saya betul-betul malas nak picnic ni.. bukan malas apa, malas masak, malas segala-galanya. Minggu lepas saya membantu student undergrad buat nasi lemak untuk 100++ orang!. Sangat memenatkan, tambah pula kandungan dah besar, memang penat! Jamuan ini untuk meraikan hari raya + chap goh mei (ye ke ni eh??)- anjuran persatuan NUMSA (Nebraska University Malaysia Student Assosiation, yeke ni? hantam sajala..). Budak-budak cina tu request nasi lemak. Student undergard yang mana AJK NUMSA ni minta saya guidekan untuk bikin nasi ni. Ehh.. saya yang tawarkan diri sebenarnya, dok kesian kat budak-budak ni. Yela, ada kelas, assignment lagi, kuiz dan exam lagi.


Di waktu majlis..









Jamuan buat pada Jumaat malam, hari Rabu kami bertungkus lumus potong ayam, Khamis buat sambal, potong timun, rebus telur, Jumaat pula pulun masak nasi lemak dan goreng ayam. Memang angka 100++ tu nampak sikit tapi kalau dah 3 orang duk masak seguni beras, 120 ketul ayam, tak ke penat? Sakit tulang pinggul dan pinggang saya. Nasib baik ada juga orang nak tengokkan Iman. Tu pon kadang-kadang si Iman buat hal juga. Hari Jumaat tu, boleh pula dia celup nasi lemak yang baru letak dalam rice cooker! Gerammm betul.. Itu nasib baik nasi baru letak, ada juga disentuh periuk yang panas. Melalak la lepas tu.. Sabar jela..

Malam tu, kami sengaja ke majlis tu selepas solat maghrib, sampai kat sana.. makanan semua licin!!! Ayam halal pon diterkam juga, saya sempat makan nasi kosong + ayam goreng + telur. Tapikan, bila kita yang memasak selera pun terbantut nak makan apa yang kita masak, kan? Jadi, tak kisahla makan ke tak.. yang penting kerja dah siap. Hehehe..


Berbalik ke Holmes Lake tadi, bila saya duk mengadu sakit badan kt abgfiz, abgfiz suruh marinated ayam je. Tak payah masak, senang kerja. Sebelum ni, saya akan goreng bihun atau buat dessert. Alhamdulillah, walaupun masakan saya tak ada selain ayam bakar, makanan sangat banyak. Semua rajin masak dan bawa makanan, walaupun bujang teruna! Kagum betul.. Kak Nadiah paling rajin, banyak betul dia bawa makanan, cheesecake lagi, apa lagi, semua ada. Hebat!!




Antara aktiviti yang berlangsung selain BBQ dan makan-makan, acara bola tampar turut masuk dalam tentatif program (macam karangan sekolah je..). Bola tampar tu geng lelaki je main, tak kuasa kami perempuan duk melompat-lompat. Tambah pula cuaca sangat sejuk. Ehhh, cuaca panas tapi angin dia..menusuk tulang sumsum tau. Sejuk sangat.

Iman pula, kerja dia berlari dan berjalan je. Tak larat betul saya nak ikut dia. Bila perut dah memboyot, kemalasan pun melanda la juga. Nasib baik ramai adik-adik undergrad sudi mengawasi Iman walaupun kadang-kadang mereka pun tak larat!

Alhamdulillah, kami selesai semua makan, main dan pulang pada jam 645 ptg.. tu pun duk kalut-kalut sebab nak kejar solat asar!

Kesimpulannya, minggu lepas adalah minggu yang sangat memenatkan saya!





Iman sedang berjalan dan kena bungkus. Dah biru bibir dan tangan ketar-ketar pun masih nak berlari lagi. Sabar jela..


Saya antara orang paling lama mengadap makanan. Ehe.. makan untuk dua orang maaa + suap Iman lagi (alasan semata-mata.ekeke)...



Main bola tampar





Sessi kemas mengemas pula. Masa ni Iman dengan ummi baru dia, Kak Nadiah. Ehehe...



Kami beramai-ramai..



p.s: nak solat zohor pula.. nanti ada masa saya balas komen dan update lagi okeh??
p.s: gambar 4 dari bawah: kredit untuk Amel.Terima kasih banyak-banyak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

update

Bismillahirahmanirahim

Dah bersawang dah rumah saya ni. Huk... Rumah blogger lain pon tak sempat nak jenguk. Sihat ke semua? Sekarang jam 1026 malam, tadi konon nak meneman abgfiz buat keerja. Last-last saya yang lena.. Mata pun dah kuyu sangat dah ni..

Ramai pula nak tahu cerita Iman sekarang. Bukan saya tak punya masa untuk berblog, juga bukan sibuk sangat pun.. tapi kerusi meja komputer ni harus jauh dari meja. Kenapa? Sebabnya, Iman akan sibuk kan diri untuk naik dan berlepak-lepakan di atas meja komputer ni (apa punya ayat da.. belit-belit..). Silap haribulan, jatuh..

Malam hari pula, lepas je solat isyak automatik mata saya dah kuyu sangat. Mata dah kuyu bermakna bantal akan disorong tak lama lepas tu. Kadang tu, saya nak tidurkan Iman je pon.. Iman tak tidur, saya yang lena dulu. Haishhhh..
InsyaAllah ada masa dan rezeki, saya update kan satu-satu kisah anak perempuan saya, ada masa saya updatekan cerita ceriti kami disini. Sekarang dah mula musim luruh, sejuk nya awal pula tahun ni. Kat rumah pakai stokin je, malas pula nk buka heater - buka heater akan bertambah kering kulit kami anak beranak..
Till then... selamat malam..


p.s: sedar tak sedar, kandungan dah masuk 5 bulan dah. cepat betul masa berlalu kan???? huhuuuuuuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan