RSS

Happy Birthday!!

Otaujoubi omedeto gozaimasu my hubby!!!! Selamat hari lahir yang ke ..... Sebetulnya hari lahir suamiku jatuh tepat pada hari angkut-angkut barang ke apartment baru. Jadi secara tak langsung memang kami tak menyambutnya selain makan tengahari yang dibelanja oleh suamiku (juga) pada hari tersebut. Lagi pula diriku dengan keadaan tak berapa nak sihat tak berkesempatan membuat sebarang kek dan kueh mueh...

Apartment yang baru ini amat berpuas hati. Selain kecik ia juga amat panas. Heater dibuka 24 jam. Jadi sangat lumayan tinggal disini. Semangat memasak juga bertambah cuma masakan biasa-biasa aja.

Semoga umur yang semakin meningkat ini makin meningkatlah ibadat kerana pada hakikatnya.. umur yang makin bertambah bermakna semakin dekatlah kita dengan alam kubur. Jadi suamiku, hiasi umur mu ini dengan ilmu yang bermanfaat dan ibadat pada Nya buat bekalan hari kemudian. Semoga menjadi ayah yang soleh untuk mendidik zuriat ke jalan yang diredai..amiin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yumm-moo..

Semalam minta abgfiz belikan kismis dan kurma di supersavers. Bagusnya di supersavers ni, makanan kekacang, kurna, kismis, apricot, buah-buahan kering, gula-gula, kerepek pisang dijual dengan timbangan. Murahla berbanding yang dalam paketkan... Dek nasihat kak nadiah dan suaminya, ain, mama.. kurma dan kismis amat diperlukan oleh orang yang mempunyai tekanan darah yang rendah dan hb yang rendah. Terus, abgfiz mengajak teman-temannya ke sana. Mana tau ade yang mahu memborong barang dapur. Malas pula nak mengikut, dengan salji tebal + sejuk (walaupun suhu tak dela sejuk sangat..) + malas berjalan.



Setelah solat maghrib, turun dapur. Belek-belek freeze ade strawberi.. Yeeehaaaa!!!! Suke sangat. Bagus suami aku ni.. macam tau-tau je kegemaran isteri dia.. Dah lama tak jumpa stok strawberi kat market. Agaknya winter ni tak berbuahla kot. Yang ini dari California tak silap. Sebetulnya masih ade stok strawberi dalam freeze. Sebab bila letak dalam peti biasa.. buah ni cepat buruk. Kat rumah ni abgfiz tak makan buah ni. Tak tahula kenapa. (Bagus juga..boleh melantak sorang-sorang..)Tapi yang dia belikan ni memang manis....merah dan juicy..Ya Alllah...sedap sgt!! Nak dibandingkan strawberi Cameron Highland memang tak tertanding. Kat sana masam dan kecik2.. (tak payahla nak banding..dah Malaysia tu negara khatulistiwa.. kehkehkeh)





Merah dan besarkan...sedap ini..huuuuu


Dok khayal sorang-sorang nak gi plucking strawberi. Cek-cek internet, bulan June baru boleh. Bulan Mei untuk state di South. Pelik kan.. padahal masa tu summer dan panas. Terus dok janji dengan abgfiz supaya bawa ke tempat plucking. Strawberi ini abgfiz beli dalam 1lb = 2.48 USD. Murah la tu..(tapi jgn convert ke RM). Kalau pluck sendiri 99sen per lb. Murahkan?? Bolehla buat stok banyak2 dalam freeze..







Oh... ini pula kari buatan suami tercinta saat aku meloya teruk-teruk dulu. Sian sangat dia kan.. dah ke kelas, dengan assignment, quiz dan exam, kena masak lagi. Tapi alhamdulillah penuh kesabaran dan ketabahan dia mengharungi ujian hidup disini. Semoga sem ni dapat 4.0. amiiin..


p/s: gambar strawberi ni saje je nak tunjuk pada adik-adikku jauh di Malaysia. Jeles tak??? =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Snowman..yeah!!!!


Ribut salji...huhu..tebalkan??



Semalam dek kerana ribut salji.. dari pagi hingga jam 3 pm (tak silap akula..).. Tengok-tengok salji dah tebal 4-6" dah.. Jadi tak tahula ape kena dengan jejaka melayu terakhir disini..nak buat dan main snowman la pulak...



Jejaka yang makin berupa kanak-kanak =)




Uhhh..berusaha mencantumkan salji-salji itu..




Nak tak nak kenala amik bahagian juga..tapi bahagian camerawoman jela. Itupun sekejap masuk rumah sekejap keluar..sejukkkkkk.. tangan pula macam dah jadi ais. Jejaka-jejaka itu dah biasa dengan suhu..setiap hari keluar ke kelas. Aku ni..suhu atas 10 degree baru nak keluar. Itupun jika Ifa datang bawa Amira ke taman belakang rumah. Susah juga nak buat snowman. Mungkin sebab salji halus-halus.. mudah berderai. Tak jadi sangat tapi adalah rupa snowman tu..hihihi...

Sejukkk ni..tahan ajelaa..






Jejaka melayu terakhir.. [ abgfiz sedap je landing..]


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ribut Salji


Seminggu cuaca disini dah mula panas.Mungkin 'spring' akan datang awal tahun ini.Tetapi sangkaan aku meleset.Tetiba ribut salji turun.Kelas pun sebelah petang batal.Selepas solat jumaat di City Campus UNL sempat aku bergambar dalam ribut salj..Habis salji masuk dalam mulut.Pemandangan pun kurang jelas kerana salji yg tebal.Semua nampak putih.Masa ini lah kena berhati-hati semasa memandu.Jalan yang licin dan salji yang tebal boleh menyebabkan kemalangan...Siapa nak makan "ais kacang" free..Meh la ke sini..hehe..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Namaku..

Nama yang diberi Nurul Izza Abdul Aziz.. nama yang dipanggil Izza. Teman-teman rapat memanggil Za. Keluarga dan sahabat terapat dan terdekat memanggil Ja. Datang sini plak.... nama Izza itu terhapus. Entah kenapa masih tidak diketahui sebabnya.. Segala surat menyurat tertulis Nurul Abdul Aziz..

Jadi nama yang dikenali sekarang adalah Nurul, rakan-rakan masjid dan dari Arab juga memanggil Nur. Katanya nama Izza bukan nama arab. yeke....rasa itu perkataan arab la tu.. ape ke pelik benor orang arab kat sini. Rasa membara juga nama yang bermaksud elok itu dikatakan bukan dari perkataan arab..huh..

Perkataan Nurul juga telah tertukar kepada Nurrel. Nama yang dikenali midwife dan segala nurse yang terlibat secara langsung atau tak langsung dengan perkembangan bayi. Sebetulnya aku tak suka nama aku yang indah serta cantik itu telah tertukar tapi apakan daya.. terima ajalah..

Itu masih nasib baik nama tak panjang..hanya 2 patah perkataan. Kalau tidak, macam-maca panggilan yang dipanggil.. terima sajalah labu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hadiah dari Kak Hani

Hadiah ni dari Kak Hani di Yokohama nun.. tak malu betul gi amik rumah die..tapi serius..cantik sungguh sakura (sakura ke kak hani??) itu..ni kak hani snap sendiri ni..memang bleh jadi photographer la.. Apa-apapun terima kasih kak hani.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan