RSS

Iman dan solid food

Bismillahirahmanirahim

Semalam saya ke Walmart, selepas bertemu dengan nutrisi di WIC. Iman dah mula makan solid food.. yeaaah!!! Minggu lepas, selepas jumpa paed Iman, saya mulakan nasi blend untuk Iman. Awal-awal Iman tak nak, nasi tanpa rasa, tak sedapla kot. Sebenarnya saya nak tunggu jumpa WIC dulu, tapi disebabkan visited nurse akan datang untuk lihat Iman mula makan Selasa lepas, jadi saya mulakan juga.



Hari kedua, saya cuba dengan rice cereal (yang beli kt kedai), saya campurkan dengan EBM, nampak Iman suka, mungkin sebab ada rasa susu. Hari ketiga, saya perasan biji-biji mula tumbuh disekeliling mulut Iman. Pula, Iman asyik jelir lidah- sucking her lips. Agaknya gatal ke macam mana tak pasti..



Sudahnya, saya email visited nurse, saya hentikan cereal tu dan saya masak kembali nasi + carrot + ikan bilis, kemudian saya blend. Alhamdulillah Iman makan, agaknya apa yang diberi, dia sumbat je dalam mulut. Alhamdulillah biji-biji makin kurang walaupun masih ada.




pic: goggle jugaa


Perkembangan Iman sangat memberangsangkan, kata nutrisi. Mengikut carta, berat dan tinggi Iman melebihi paras normal. Iman membesar dengan jaya nya.. .



Dari WIC, Iman dapat banyak sangat makanan bayi, fruit and vege, meat in jars. Tapi satu pun kami tak ambil lagi, nak kena baca betul-betul. Sebulan Iman dapat 80 botol fruit and vege (seperti dalam gambar di atas) dan 15 botol meat. Huh, gemukla Iman.. Tapi sebotol 4 oz je.. padanla dengan Iman sekarang. Ini pon, mungkin ambil untuk bawa jalan-jalan, kalau di rumah.. buat sendiri lagi selamat kot. Tambah.. umi Iman duk rumah je, keje tidak, sekolah pun tak. Kalau tak buat tu saje la tu.. malas. Ekekek...




Ni gambar sudu yang dibeli semalam. Sebenarnya adik saya nak tengok bagaimana rupa sudu Iman nih.. Sudu ni lucu, sensitif pada suhu panas. Gambar disebelah kiri menunjukkan sudu yang belum lagi di kenakan tindakan panas (ecece..hypotesis ke apa ni?) manakala sudu sebelah kanan setelah dikenakan tindakan panas. Lucu deh ain? Mace-macela baghe baby ni deh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman lagi..

Bismillahirahmanirahim


Entry pendek berkisahkan Iman, Iman lagi.. Pagi ini, umi tengah masak (read: masak untuk tengahari ), kalau masak lewat, risau Iman bebai, susah pulak nak masak. Jadi umi masak lepas subuh, untuk elakkan dari masak lewat tengahari nanti.


Dalam pukul 7 am macam tu, mek kecik bangun.. Dah bangun, elok-elok je dia main sorang-sorang, bila ayah mengadap pc, mulala duk menangis. Saje je tu, tak sakit apapun, tak lapar pun. Kemudian ayah buka you tube, pasangkan nasyid. Guess what?? Iman diam serta merta.. agaknya seronok ke macam mana tak pasti tapi Iman diam je. Jadi dengan itu, umi buka balik lagu nasyid kat sebelah, senang kalau Iman nangis, buka blog keluar lagu Iman.





Ni gambar pagi tadi, Iman tarik play in gym Iman nak main. Umi dah simpan play in gym Iman tu, tapi ditariknya nak sentuh kuda tuh..






Ni pula selepas umi solat, Iman asyik duk main heater. Hish.. mainan punya banyak atas katil, nak jugak main benda lain. Suka explore mainan sendiri.


p.s: Rambut Iman dah panjang, nak potong takut pulak..http://www.emocutez.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shopping~~

Bismillahirahmanirahim



Dua tiga hari lepas saya duk sembang dengan ain, adik saya. Kami bercerita pasal nenek saya.. kemudian masuk pulak bab-bab tudung. Katanya, dia, mek (nenek) dan sutie ke butik tudung ariani. Ikuti sembang-sembang mereka :http://www.emocutez.com

Mek : YaAllah mahalnye tudung ni, rm500.
Sutie : Mek, memangla mahal sebab ni butik dia.
Ain : Ala mek, mahal-mahal pun ada je yang beli.
Mek : Emph, mek pakai tudung bawal jah.
Ain: Tudung bawal mek pun mahal-mahal.. Sehelai harga hampir Rm100



Itulah penangan tudung kat Malaysia sekarang. Sebelum saya ke sini, tudung ariani tuh saya ada la beli (tapi masa tu dikenali dengan tudung ibu arini), tapi saya beli pun sebab nak pakai ke kebun je pon (tak berkebun pun, pakai untuk keluar laman rumah je pon ). Bila datang sini, sekian lama saya duk depan pc, tangan menari menaip tudung di google. Rupa-rupanya dah banyak tudung yang up to date kat Malaysia sekarang. Nampak sangat saya ketinggalan zaman.



Harga pun boleh tahan mahal jugakla.. Tudung bawal sulam tangan tu bagi saya mahal la tapi mahal-mahal pun laku juga. Terfikir juga saya, berbaloi ke beli tudung sehelai harga hampir rm100?http://www.emocutez.com Dalam otak saya, kalau rm100 tu, saya boleh beli sepasang baju kurung atau jubah moden. Ekekek.. Maklum sajalah, saya bukan jenis yang berfesyen up to date. Baju yang 5 tahun lepas pun masih saya pakai, maklum sajala.. badan saya kecik lagi comey.


Apa-apapun selagi tak bertentang dengan syarak bagi saya, pakai ajala.. tambah lagi macam-macam fesyen zaman sekarang. Jika diamati tudung sulam tangan memang jahitannya halus lagi cantik. Berbaloila dengan harga. Tapi bagi suami saya, tak perlu la pakai mahal, tak bawa ke kubur pun. Mungkin untuk kepuasan hati, kadang pandangan mata lelaki sama je, tapi pandangan mata wanita.. memang subjektif.




pic: google

Cantik betul sulaman tudung ni, halus gitu..




Saya teringat cikgu Geografi saya semasa ting 3, dia asyik membebel pada wanita zaman sekarang. Katanya, perempuan ni suka je botakkan suami. Lipstik sebatang tu harga mencecah rm1000, tak campur lagi dengan make up segala jenis. Nasihatnya paada kaum wanita, janganla bazirkan duit suami, untuk lelaki pula, dinasihatkan cari perempuan yang biasa-biasa je. Tapi kalaulah tidak bergaya, nanti dibebelnya pula. Hish.. macam-macam manusia zaman sekarang.



p.s : make up hadiah hantaran 2007 dulu pun, masih elok terletak di rakhttp://www.emocutez.com


p.s : entry kat bawah, nanti akan ceritakan selepas balik dari cuti-cuti

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tukar plan..

Bismillahirahmanirahim

Buat entry dalam jam 146 pagi selepas menyusu mek comei. Hish.. dah lama buat plan nak gi jenjalan ni, tiba-tiba terpaksa tukar plan. Yang geramnya, pihak berwajib pun tak berapa nak pasti.. #$%^&*.. grrrrrr... lepas tu pula, bila buka website, tak ada apa pulak. Ni yang rasa nak bebel je..

Hah?? Nak gi mana? Sabar na.. nanti dah pegi, saya bikin cerita.. Okeh.. nak menyambung tidur.. ZzZzZZZZZZZZZzzzzzzz....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abgfiz's Surprise Birthday Party

Bismillahirahmanirahim

Hari ini befday suami tercinta abgfiz...


All of my faults you overlooked

Or not seen

Thoughtful of my feeling

YOu have always been


When I'm down in the dumps

You always bring me back

With your magical touch

You know how to make me laugh


Thank you to standing behind me

In all that I do

I hope you're as happy with me

As I am with you


My deep love for you

Will remain and not grow old

Deep in my heart

Forever it will hold



Happy Birthday My Beloved










Semalam, saya pulun buat kek.. dah lama merancang nak buat kek hari lahir untuk abgfiz. Gobek-gobek resepi, jumpa red velvet cake. Kek ni terkenal di bahagian selatan - Lousiana etc etc. Bahan-bahan semua dah ada cuma tak ada buttermilk, duk fikir dalam kepala nak ganti dengan apa ya.. Gobek Mr Google, alhamdulillah jumpa resepi untuk buat buttermilk. Alhamdulillah jadi jugak kek ummi walaupun buruk bebenor hiasannya.



Kek siap pada tengahari, jam 2 abg balik makan.. Alhamdulillah dia tak pula buka peti ais. Dah tu nak buat kad pula..nak buat yg ada gambar love kami berdua -Iman dan ummi. telefonla Kak Jaja macam mana nak buat love-love tu. Ekeke.. terima kasih akak..nanti tanya tips macam mana nak surprise hadiah ye..



Jam 5 abg balik awal..adeihhh.. Ingat nak buat party malam, tapi apokan dayo..surprise bila abg buka peti ais ..Huhuhu.. Kira jadi jugakla surpise kan abg? Ekeke. Jadi instead of befday malam, kami buat awal petang sangat. Alhamdulillah jadi jugakla.. Hadiah?? Errrkkk.. hadiah nanti balaik Malaysia ya..




Selamat hari lahir abg, semoga kehidupan abg sentiasa di rahmati Allah seiring dengan pertambahan iman dan taqwa didada. Semoga abg sentiasa dipermudahkan di dalam semua urusan. Semoga dengan bertambahnya umur ini, makin didekatkan diri denganNya, kerana semakin bertambah umur, semakin dekat juga kita ke arah kubur. Doa Iza sentiasa mengiringi abg, dimana jua abg berada..





'Terima kasih segalanya.. '

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman turn 6 month

Bismillahirahmanirahim..

Jam 7 pagi tadi kami ke People's Health Center dalam keadaan salji mencurah-curah. Alhamdulillah tidakla tebal, cuma menyukarkan sedikit perjalanan disebabkan jalan belum sepenuhnya dicuci.








Untuk bulan ke 6, berat Iman mencecah hampir 17 lb. Sebenarnya berat Iman turun dari bulan ke 4, mungkin dah makin lasak, makin aktif. Kali ini, Iman dapat 3 shot, 1 oral - untuk imunisasi. Untuk kali ini, Iman diberi imunisasi Hep B, 3 Serangkai ( Diptheria,Tetanus, H.influenza Type B, Inactivated polio), Pevnar (PCV) dan oral - Rotate C. Hahahah.. satu habuk pun tak tahu yang 3 serangkai tuh.. Panjang Iman dah 27 inci dan ukur lilit kepala dalam 17 inci kot. Hish..lupa lah pulak ummi.. Namun.. alhamdulillah Iman sihat sepenuhnya.


Sebenarnya tak pernah nak tahu pun imunisasi apa Iman dapat, tapi dek kerana nak jumpa WIC dan diminta bawa buku imunisasi terus minta dengan nurse tadi. Tadi Iman menangis melalak juga, tapi sekejap je pun. Elok-elok je nurse duk main-main dengan dia.. sekali kena cucuk daaa.. Apa lagi melalak tak sudahla


Iman dah makin lasak sekarang ni, adeiii.. jenuh ummi. Kadang tu, dia nak kita duk sebelah dia. Kadang nak masak tu, melalak macam sakit sangat-sangat, padahal sebab umi jauh dari dia je pon. Haishhh...


Hobi terbaru Iman... KOREK-KOREK carpet. Entah apa la yang menarik si carpet ni, suka sangat tangan Iman ni merayap main-main dengan si carpet. Walaupun mainan dia banyak di depan mata, dia akan cari jugak carpet ni.






Hish.. selipar dapur umi pun nak jugak ke mekkk..



'Iman.. buat apa tu??' Mulala tunjuk muka tak bersalah dia..





Yang ni gambar paling lucu.. waktu ni, umi sedang di dapur kot, terdengar tiba-tiba si Iman ni menangis. Mula-mula umi buat tak tahu jela.. sekali menangis yang kuat. Bila tengok, tergelak sendiri umi.. play in gym Iman tu jatuh atas dia. Agaknya Iman nak tarik ke macam mana umi pun tak tahu, alih-alih tengok kepala dah tersepit celah ply gym dia tu. Hikhikhik..


Sejak dah pandai merangkak ni, bangun tidur je terus meniarap dan merangkak. Lepas tu golek-golek badan sendiri. Kalau umi lipat kain, mulala duk bertepek dekat kaki umi, kadang tu duk korek-korek kaki umi. Nak diberi perhatian la tu, tak pun nak dilayan supaya maian sama-sama dia.


Lepas tu, dah pandai pula gigit barang. Ayah dah perasan gigi Iman dah mula tumbuh bawah (ala, nampak putih je pon). Agaknya gatal gusi kot, tapi kalau kita bagi dia gigit teething ring, Iman tak nak.. Dia nak gigit benda yang lagi keras dari tu. Selalunya Iman duk gigit mainan dia la. Kata Kak Jaja, Iman anak pendekar.. sebab tu Iman kuat. Ekekek






p.s: Gambar banyak blur sebabnya Iman tak nak duk diam.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Breastfeeding Mommies

Bismillahirahmanirahim..



'hemmmmmhhhh.." mengeluh lagi.. Mengeluh bila baca pasal breastfeeding di rumah Kak Shira dan Kak Raudhah. Saya cuma nak kongsi kan di sini tentang breastfeeding.



Sebenarnya saya tak nafikan tentang kekurangan ilmu BF di Malaysia, sama ada kalangan orang tua atau pon orang muda, malah doktor-doktor pon sama. Tambah lagi, susu Formula memang sangat banyak dan murah di Malaysia. Berbanding di sini, susu Formula sangat mahal dan berjenama : Pediasura, enfamil etc etc.. Sebagai contoh, satu tin kecik (sebesar tin nestum bayi) Enfamil ~ $20. (kalau $20 X 3.5 = RM 70) Mahal tak? Tapi bukan sebab itu saya breastfeed Iman, memang dari awal-awal mengandung saya memang niat untuk susukan anak dengan susu sendiri selama 2 tahun.



Selepas aja saya melahirkan Iman, nurse terus bagi Iman pada saya untuk menyusu. Awal-awal memang susu sedikit, (sebenarnya bukan susu).. Susu yang terawal di nama kan kolostrum, ia mengandungi banyak protein dan karbohidrat, kurang lemak, dan antibodi sebagai imunisasi kepada bayi. Ianya sangat mudah dihadam, dan kuantitinya sangat sedikit ( kurang dari sesudu teh air) namun, ianya kaya dengan nutrition untuk bayi (newborn baby). Pada awal kelahiran, saiz perut bayi sangat kecil, sebesar syiling 10. Sebab tu, Allah jadikan kolostrum sedikit- cukup untuk memenuhi perut sebesar 10 sen sahaja. Pada hari ketiga selepas kelahiran, susu mulai keluar. For more infomation click here. Tambah lagi, jika bayi hisap susu ibu sejurus setelah bersalin, hormon oksitosin akan dirembeskan untuk membantu pengecutan rahim.


Susu ibu memang cepat dan mudah dihadam..sebab itu..bayi yang minum susu ibu kurang sembelit, berbanding dengan susu formula, susu Fm mengandungi banyak lemak dan susah dihadam, sebab itu bayi Fm kenyang lama berbanding bayi susu ibu (susu terperap lama dalam perut..). Disebabkan hal ini juga, bayi susu ibu lebih kecil berbanding bayi susu formula.


Apa yang lebih penting adalah kesihatan bayi. Saya selalu membaca tentang keluhan ibu-ibu tentang kata-kata sinis yang dilemparkan kepada ibu tentang fizikal anak yang minum susu ibu.


"keciknye anak ko..bagi susu apa. Bagila susu tin tu, biar besar sikit. Kesian budak tu.."


"la..ko tak campur dengan susu tin ke? patutla nak ko kecik je"


" air masak pun tak campur ke?? apa ko ni.."


Psstt..ayat last tu ayat yang ditujukan kepada saya.. Sebenarnya susu ibu dah cukup sangat buat bayi. Air pun tak perlu sebabnya, awal-awal hisapan bayi..susu keluar berupa susu ceroi. Sebenarnya itu adalah air - untuk hilangkan dahaga bayi, setelah itu barulah keluar lemak susu - untuk kenyangkan bayi.


Saya memahami tentang kesedihan ibu Bf. Walaupun saya tak mengalami, tapi saya sedikit sebanyak saya memahami. Apa-apapun sabarlah, memang susu ibu khasiatnya tiada bandingan. Di sini, kami breastfeding mom, memang sentiasa mendapat sokongan buka sahaja dari doktor dan nurse, malah ahli nutrisi, staf hospital, semuanya menggalakkan penyusuan susu ibu.


Untuk yang nak bertukar ke susu formula dan putus asa dengan susu ibu ni, fikirkanlah.. susu mempengaruhi anak dan sikap mereka setelah besar nanti. Sebab tu dalam quran Allah menekan kan..



وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَرۡضِعِيهِ‌ۖ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ
فَأَلۡقِيهِ فِى ٱلۡيَمِّ وَلَا تَخَافِى وَلَا تَحۡزَنِىٓ‌ۖ إِنَّا رَآدُّوهُ
إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٧



Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Al Qasas : 7)


Ayat diatas menunjukkan ALlah memang telah merancang jadualNya untuk menemukan nabi Musa a.s dengan ibunyas ndiri untuk menikmati susu ibunya sendiri. Selama ibu menyusukan anaknya, maka beliau berada dalam kemuliaan yang penuh pesona .... Dipetik dari Buku Amalan ibu mengandung , Siti Nor Bahyah.


Antara kesan susu ibu terhadap anak:


1- Watak anak lebih lembut

2- Emosi bayi lebih stabil

3- Anak lebih mengasihi ibunya serta adik-adiknya.

4- Anak berasa terjamin, yakin dan lebih berani

5- anak tidak mudah ditimpa tekanan jiwa.

6- Minda anak lebih cemerlang

7- Fizikal anak lebih kebal dari penyakit.


Sumber : buku amalan ibu mengandung


Untuk masalah penyusuan susu ibu, jika ada masa lebih berjumpalah dengan Dr Faridah, di sini. InsyaAllah membantu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tag dari Chik Na




Sebenarnya malas sungguh nak buat tag. Huhuhu.. tapi demi Chik Na, daku gagahkan jua.. hikhikhik



1. First time jumpa with ur hubby bila n kat mana?
First time jumpa kat bilik mak di USM. Malu sungguh masa tu . Makmertua kebetulan guru bahasa pada masa tu.


2. Love at first sight?
Entah, tak kot..(eerrk, cinta monyet-monyet dikira ke?)




3. Who is he when the first time u meet him?
Senior tahun akhir



4. How long it takes for him to ask u out of a date?
Adeh..lupa sangatla..sungguh



5. First place dating?
Bukit Bendera bersama Ain (adik) dan Fizah (adik ipar) Makan tengahari di rumah mak ekeke






di Bukit Bendera




6. How he proposed?
Ni proposed untuk kawin ke? Kami buat keputusan sama-sama. Sebelum tu, keluarga abgfiz dah datang rumah. (Kalau dah datang rumah, kira nak jadila kan..)



7. Special Date with your hubby?
28052007 - akad nikah






8. Changes that he asked u to do?
Be as I am.


9. What is about him that u love him so much?

Banyak..

1- Pendiam
2- Caring sangat
3- Outspoken
4- Telus
5- Berjiwa Melayu



10. What is about him that u wish he would like change?
Kurangkan minum minuman manis dan makanan berlemak



11. U will lose ur mind n crack ur head when he?
Tak bagitau balik lewat



12. U will smile thru ur eyes for the whole day when he?
Senyum dan happy satu hari (lepas ni mesti duk senyum memanjang..ekek )



13. Complete below sentences 'My love towards my hubby is as big as..?
My love towards my hubby is as big as 'TAK TERKIRA BESARNYA..'




Nak tang pada siapa ya?



1- Kak Anis di Sri Lanka (mek, sila jawab tag ni nak baca..)


2- Ummu Ammar


3-Kak Nini


4- kak Raudhah


5- kak Arnie


6- kakJaja (ni kalau akak ada masa )


7- Kak Hanie


8- siapa-siapa yang nak menjawab (sebenarnya tak terfikir siapa..huhu)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mexican la pulakk (Khas buat Lina dan Ejan)



Bismillahirahmanirahim...




Yeah..akhirnya jadi jugak projek juta-juta. Haha.. this project was inspired by Kak Jaja nun di Iowa tuh. Sebenarnya projek ni untuk habiskan cheese yang berlambak dan dah nak berkulat dalm peti ais tuh. Kadang 2-3 paket duk berkulat tak usik pun, buang je. Cheese dan bean ni dapat percuma dari WIC (woman, infant and children). Saya bukanlah peminat no 1 masakan dan makanan mat saleh ni. Sebab tu , banyak benda nak terusik je dalam peti ais tuh.


Ok, enchiladas ni mexican food. Pernah juga saya tonton rancangan masakan di foodnetwork pasal enchiladas tapi tak terasa pula nak buat. Bila tanya kak jaja tuh, katanya dia selalu habiskan cheese dengan buat enchiladas. Duk korek-korek resipi, enchiladas ni harus ada sos dia tersendiri (betui ka ayat nih..). Jadi, dengan semangat kobar-kobar, saya ke Supersavers mencari sos nih.. Tanpa lengahkan masa, jom kita buat sama-sama =))..



Bahan-bahannya:








Inti:


Daging cincang - ni kes tak ada daging cincang, saya masukan ke dalam food processor dan on kan. Jadila juga daging tercincang.

bawang besar (onion)-potong dadu,

sos tomato,

tomato -dipotong dadu,

crash black pepper,

garam


- Tumis daging cincang sehingga berwarna kelabu gituh (hilang warna merah), kemudian masukan bawang yang dipotong dadu, masak sehingga bawang menjadi translucent. Dah tu, masuk sos tomato (anggaran je) +tomato + crash black pepper + garam. Masak sehingga daging empuk.


Baked bean (hentam je nama nih) :


Bean dalm tin,

sedikit daging cincang,

onion

tomato soup,

sos tomato,

crash black pepper,

garam

gula

- Masak seperti daging tadi + bean .


Sayur;

tomato,
carrot yg dipotong panjang


Enchiladas :


Step 1 - Ambil tortillas flour tuh, masukan daging cincang kat tengah-tengah bersama baked bean dan sayur serta mozarella cheese yang diparut.


Step 2 - Wrap tortillas seperti gambar di bawah


pic: google



Step 3 - Susun tortillas yang telah di bungkus tadi ke dalam baking dish. Sebelum tu, spray baking dish dengan vegetable oil.


Step 4 - Taburkan sos enchiladas ke atas tortillas yang disusun tadi.


Step 5 - Taburkan mozarella cheese. Dan bakar sehingga cheese melted.





Tadaaaaaaa... enchiladas.. sedap..ala-ala lasagna tapi sangat lembut.



Saya guna cheese jenis mozarella.. kenapa??? Sebabnya mozarella ni jenis cheese yang sticky (ala cheese yang bersambung-sambung tuu). ia banyak diaplikasikan di dalam pizza, lasagna. Kalau guna cheedar, atau montery jack atau colby, boleh juga cuma.. ia tak se sticky mozarella..(haih ayat bercampur-campur, rosak bahasa melayu)


p.s: lina dan ejan..susah nak cari kt Malaysia benda tortilla flour dan sos enchiladas..kalau jumpa silala buat ye..


Lina, nanti dah buat makaroni bakar tu sila post ke blog ye. Nak jamu mata =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan