RSS
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Iman dan nasyid

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah... anak sulung saya ni dari kecil memang suka nasyid. Tapi suka juga lagu princess. Yang kelakar, kalau dia tengah bernasyid.. segala tudung mau digayakan. Muekeke ^^ cumil~~, kan>>??


Iman sedang menyanyi lagu Haddad Alwi dan Anti. Dengarlah kalau nak tahu sedap ke tak. Dengan saya-saya suka lagu ni. Muizz pun duk ikut menari.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring Graduation

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah genap 3 tahun Syafiq di Lincoln. Sempat saya hadirkan diri di majlis konvokesyen Syafiq. Entah kenapa saya rasa wajib untuk abgfiz dan saya hadir. Bila waktu para graduasi masuk, sayu dan sedih : perasaan saya ketika itu. Waktu Syafiq naik menerima scroll, terharu dan .. perasaan saya tak dapat digambarkan waktu itu . Tanpa keluarga, majlis konvokesyen tak lengkap. Membayangkan diri sendiri bergraduasi tanpa keluarga. Haruslah sedih. Hari Jumaat sebelum tu, majlis graduasi untuk masters dan phD.

Hari : Sabtu
Tempat : Bob Devaney Sprot Center , UNL





 Banner : sengaja tulis dalam bahasa Melayu supaya hanya kami yang memahami. ;) ;) Idea : Abgfiz. Hasil tangan : Ain, Irfan dan Fatin

 Ketibaan para graduasi. Macam-macam ragam para graduasi. Bezanya dengan majlis kita, majlis kita lebih berprotokol dan lebih menghormati majlis.





Satu-satunya Melayu :








Ragam dan gaya Iman dan Muizz. 














p/s: tak sabar menunggu abgfiz nak graduasi.. ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semoga Allah mudahkan =)

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah hari ini hari kedua abgfiz menjalani comprehensive exam. 1 hari satu kertas, masih ada 2 paper lagi. Sempena peperiksaan ini, 2 minggu lepas kami adakan solat hajat bersama adik-adik..

Sebetulnya kami rancang nak buat miinggu sebelum itu, tapi ada sebab -sebab tak dapat dielakkan, kami buat 2 minggu lepas. Kebetulan sangat, hari sebelum tu.. ada pulak 4 orang adik baru datang Nebraska. Makin bertambahlah Melayu Malaysia di bumi cornhusker ni ;)

 antara yang hadir ..



Menu malam tu saya buat nasi tomato + ayam masak merah + acar timun + dalca daging + chocolate banana square cake + dadih kastad + dadih strawberi. Fatin bawakan kek (?) pandan kot , sardin roll - azrina + dadih pisang -sumardi + roti bakar -amanda.


Majlis bermula jam 730 petang.. selesai makan kebetulan maghrib, terus kami semua solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh abgfiz. Selesai solat maghrib, majlis diteruskan dengan solat hajat yang diketuai oleh Syafiq. Agenda diteruskan dengan bacaan surah yasin..dan sessi perkenalkan diri. Dah nak habis setahun baru nak kenalkan diri masing-masing. kui kui kui *ada gaya pembaca berita tak?.*

Selesai semuanya...... sambung balik makan-makan. =)) 


Orang duk solat, dia pun sibuk sujud di depan dan celah-celah orang.. Yang ni sibuk nak pakai telekung Elfha..


Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga doa kita semua pada malam tu dimakbulkan ALlah.. amiiin =))

Ya Allah permudahkanlah segala urusan dan peperiksaan abgfiz, dari awal sehingga akhir, Kau bantuilah dia, ilhamkanlah apa yang dia tak tahu dan Kau peringatkanlah apa yang dia lupa. Hanya kepadaMu kami berserah, amiin ya rabbal alamin...


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


 Elok je si Iman ni duduk.. sibuk nak saya pakai kan tudung yang dia duk jumpa dalam closet, pastu berlari ke depan. Diam-diam rupanya duduk bersimpuh..hahah sopan gitu kwang kwang kwang.. =))


 Muizz terbaru, berat dah almost 8 kg! Aigooo~~ lenguh tangan kalau duk dukung dia.  Baru boleh meniarap, tapi meniarap pun ikut mood dia. Kalau tak nak tu, janganla duk tunggu.., dia memang tak nak!. Hatta pusing badan pun! heheh.. manjooo ehhh~

Ouh, saya pakaikan mitten sebabnya.. muka Muizz saya sapu dengan ubat, ada eczema pulak dimuka dia. Dah tu, suka sangat garu-garu muka. Habis mukanya bercalar..



Beli double stroller ni untuk memudahkan saya tolak anak-anak ke taman. Duk dalam rumah elok je si Iman duk dalam tu bersebelahan baby doll dia. Cute betul! Sedar tak sedar~ dah dekat 3minggu saya duk dalam rumah, malas sangat nak keluar. Panasnya membahang!! Panas sangat!!! Nak keluar fikir 10 kali .. fikir Muizz lagi.Akhirnya~~~~ daku hanya menyendiri sahaja dirumah bersama anak-anak~ erk, menyendiri ke tuh. hhehe

till then~~~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 in 1

Bismillahirahmanirahim

Adik disini Nurul Hasanah baru je sampai kelantan. Hukhuk.. jeles pulak bila dia dah sampai tanahair. Tak pe, kami balik nanti untuk selamanya. Jadi, enjoy puas-puas di negara orang selagi ada peluang. Dah balik nanti entah bila pulak nak datang lagi so... be happy~~! ^.^

Iman :


 Gini la Iman bila mana dia nak pakai sesuatu. Sudahla tudung saya (tokwan dan atuk bagi) tu dia pakai. Bila dia bagi tudung atau sesuatu (yg berupa pakaian) dan bagi ucapan 'tekiu' (terima kasih versi dia) , makanya.. dia suruh saya atau sesiapa yang ada tu pakaikan pada dia. Yang tak tahan tu, sweater kat atas tu nak pakai, padahal sekarang ni panas. Panasla berbanding winter hari tu walaupun suhu 18 - 19 C.



Storytelling di Lincoln Public Library :


Semalam saya bawa Iman dan Muizz ke public library di downtown. Kebetulan semalam waktu story telling untuk kanak-kanak umur 3 - 5 tahun. Malas pulak saya nak ke library yang storytelling untuk toddler. Yang terdekat di downtown jela. Kami sampai jam 930 pg, juga sebab abgfiz kena kejar kerja di lab, kami terpaksa duk di tempat menunggu sementara library buka kol 10. Alhamdulillah waktu tu, Muizz tidur, jadi sembang dengan Iman jela waktu tu..









Masuk tu terus kami ke tempat kanak-kanak.. Saya duk ingatkan storytelling ada kat situ, jumpa pulak dengan kawan baru Iman. Guess what? umur dia baru 2 tahun 1/2 tapi badan dia macam budak umur 5 tahun ke atas. Memang besar~! Kebetulan pula ada juga sepasang (ibu dan anak) nak ke storytelling, katanya storytelling tu di ting 4. Kami bertiga serta anak-anak bergerak ke ting 4.. oh~~~ rupanya ada sampai tingkat 4. Hari tu saya duk tingkat bawah je.. tak sangka pula ada sampai 4 tingkat.




 Sampai tu, dah ada sekumpulan kanak-kanak dan dua orang perempuan duk tunggu. Fahamlah saya, storytelling ni untuk sekolah yang berdekatan. Patutla sewaktu sampai semalam, saya tengok ada berderet kanak-kanak berjalan kaki ke public library. 

Untuk semalam, ada 3 buah buku yang sempat saya dengar. Eh~~ memang sampai habis pun.. TETAPI.. Imannya, bukan nak dengar sangat. Duk tegur orang tu, duk jalan sana-sini.. macam-macam dia buat semalam. Sampai saya sendiri tak larat nak mengejar. Yang kelakarnya, dalam ramai-ramai tu Iman je nampak paling kecik. Tapi suara paling kuat.. 



 Muizz??? Lena dibuai mimpi indah....





Habis storytelling tu, kami kembali ke bawah.. Waktu ni ada seorang kanak-kanak (?) nak kata kanak-kanak tapi macam dah tua sangat, dalam lingkungan 25 ke atas tapi baca buku cerita kanak-kanak dalam keadaan diam dan sepatah sepatah dia duk baca.  Agaknya low IQ kut, entahnya.....

Nak dipendekkan cerita, Iman nya duk sepah-sepah mainan kat situ. Agaknya mengganggu dia, dia duk marah kat Iman, duk tenung Iman dan mulut terkumat kamit sambil kepala menggeleng-geleng. Waktu tu terus saya teringat kisah orang yang low IQ di criminal mind. Teringat juga kata-kata Megan, orang di Lincoln ada juga yang low IQ dan biasanya menjurus kepada psycopath. Risau betul saya kalau-kalau dia buat apa-apa pada Iman sebab waktu tu, saya dengan Muizz (muizz fussy dan lapar, duk nangis je...). Selalu je saya buruk sangka pada lelaki yang saya tak kenal, dari kecik lagi saya macam tu. Daripada saya duk baik sangka dan tegur-menegur baik saya buruk sangka walaupun tak elok buruk sangka pada orang yang tak dikenali.  Risau bertambah-tambah apabila dia duk tenung saya sebab Muizz menangis, terus saya call abgfiz datang ambik cepat-cepat. Abgfiz pula cakap dalam setangah jam lagi sebabnya dia tengah run dna di lab. Risau betul saya waktu tu.. Alhamdulillah lepas je Muizz tidur, saya ajak Iman duk luar dari kawasan tu.. Huh.. menakutkan je..

Saya pula memang teringin nak pinjam buku dan CD tapi sebab Muizz dan Iman ada disisi, payah pulak nak i cari buku. Huhuhu nampaknya lain kalila...


WIC :


Dari entry sini dan sini ..yang ni antara cereal yang selalu je tak habis. Tapi kali ni kami dapat cereal yang best, dulu dapat yang plain je.. sekarang dapat yang berperisa tapi yang natural. termasukla honey, almond ke strawberi ke.. Best jugak tapi kalau dah selalu makan, muak sangat.. Kat Malaysisa mahal kan? Inagt dulu waktu sekolah, selalu je nak mama belikan cereal tapi katanya, mahal sangat.. beli roti buat sandwish lagi berbaloi.. Huhu~ sekarang dah blh makan puas-puas.. tak larat pulak nak habiskan. Huhuhu

p.s: saya tak sempat lagi membalas komen. ada masa saya balas ye. nak kejar masa sebelum keduanya terjaga dari tidur. Ekekek


Sempat saya rakan video Iman.. di public library.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan, makan dan Iman~

Bismillahirahmanirahim



Jumaat lepas kami menghadiri jamuan makan-makan anjuran Department of Entomology. Tempatnya di The Waverly Social Hall dan kami tiba tepat-tepat jam 651 mlm. Sebenarnya dah lama saya tahu ada jamuan ni tapi kami sepakat tak nak pergi. Entah kenapa tak ada mood nak berjamuan.



Tapi jam 3 petang Jumaat tu.. eeeehhhhh abgfiz nak pergi pulak. Kami berdua pulak puasa hari tu, jadi kalut saya pikir nak bawa makanan apa. kalau tahu awal-awal bolehla saya prepare apa-apa yang patut. Last-last abgfiz suh buat apple pie. Sekarang ni saya betul-betul tak punya mood nak masak, tapi mood nak makan macam-macam banyak pula. Kebetulan Raihan datang rumah, saya heret dia sekali. Untung dia, datang sini boleh makan makanan dinner!





Pertama kalinya, saya suka dan teruja sangat dengan Food key ni. Biasanya kami diberi kertas kosong je untuk menyatakan nama makanan/jenis/level of spicy/ingredient makanan. Almaklumlah mat saleh ni ada banyak jenis alergi. Hari tu saya buat nasi lemak dan bagi saya takla pedas dan kami letak 3/10 untuk level spicey. Tapi bila mat saleh makan.... dikatanya 8/10. Hahaha.. nasibla sape yang makan hari tu..






Iman pula malam tu, ish ish.. aktif sangat.. Tak mampu saya nak kejar! Semua orang ditegur, semua orang disentuh. Sabar jela.. Golek-golek badan di lantai, dan boleh pulak dia masuk celah-celah kaki sesiapa yang sedang berdiri dan bersembang! Sudahnya saya biarkan je..






Ini antara dessert yang dibawa oleh para tamu.




Ini bahagian makanan berat : *beratla sangat.. hanya salad, chip, benda-benda merapu.. kalau saya, memang sah-sahla tak kenyang*




Saya makan mihun kak nadiah bawa dan salad yang pahit. Lapar betul malam tu!
Jangan tak tahu, saya dan Raihan antara yang beratur paling awal.. eh, apa pulak antara.. memang orang pertama ambil makanan~! Ehe..



Ni makanan round kedua saya. Ada pulak bergedil yang best..



Lepas makan-makan, ada acara cabutan bertuah, ada juga persembahan nyanyian dari para pensyarah, dan award. Saya tak ambil pula gambar.. Jam 9 lebih-lebih saya ajak abgfiz balik. Sebenarnya saya dah ngantuk sangat dah masa tu. Iman pun dah nak lena sangat dah. nak lena-lena pun duk berlari-lari lagi.





Iman yang mengantuk




************************************



Sekarang ni saya betul-betul mengidam nak makan roti canai. Gobek-gobek resepi, jumpala resepi yang senang. Tapi bila tang nak buat tu, susu pekat pulak tak ada. Last-last saya buat roti jala. Roti jala ni saya masih pakai tin yang saya tebuk tu. Adoiii.. rasanya dah sampai masa untuk saya minta mama saya poskan dari Malaysia. *padahal sama je, tapi entah kenapa saya dah malas nak guna tin tu..*



Adala rupa roti jala walaupun sebenar sangat tak cantik..



**********************



Ini pula permintaan Lina, saya dah jarang ambil gambar Iman. Hanya pada waktu dia buat sesuatu yang menarik baru saya terhegeh-hegeh nak ambil.



Inila kerja Iman kalau dibuka bekas mainan dia.. suka sangat kosongkan bekas tu dan masuk dalam bekas tu. Siap pakai tudung lagi tu.. Tudung tu tokwan dan atuk yang bagi. Asyik duk pakai saya punya je.. last-last saya pakaikan tudung dia sendiri.





Habis sepah rumah dengan mainan dia..



Bila saya marah dia, dia boleh pulak buat muka terkejut macam tu. Konon dia tak sengajala sepahkan rumah. Sabar jela...



Video kat bawah ni pun permintaan Lina.Untuk tatapan atuk dan tokwan.









*thank you versi Iman*



p.s: saya sedang merancang untuk buka online bisnes. tapi tunggu saya pakai dulu produk tu dan nak minta keluarga try, baru saya betul-betul buka..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan