RSS
Showing posts with label suamiku. Show all posts
Showing posts with label suamiku. Show all posts

Oh! What a beautiful .. beautiful of Love!

Bismillahirahmanirahim

Saya : Embah, jumla ikut iza balik Penang.

Embah : Arwah embah lanang pesan.. Mus, nanti dia tak da, Mus duk sini , rumah ni dengan anak. Mintala sorang anak teman Mus. Ni rumah Mus beli, kena duk sini

Saya : O.. embah lanang cakap gitu?

Embah : Embah teringat ingat kat embah lanang. Kadang, embah ternampak embah lanang panggil embah. Mus.. Muss. Kadang embah nampak embah lanang kayuh beskal ke masjid. Kadang embah nampak embah lanah pakai kopiah puteh duk depan embah. Embah terbayang bayang dia. Embah tinggal dengan embah lanang sewaktu embah umur 12 tahun. Kahwin masa tu, sampaila embah umur 76 tahun. Embah lanang suka puasa 6, puasa Isnin Khamis. Embah juga begitu. Embah lanang suka nasi lemak mak ko buat, suka teh tarik, suka masak kencur. Mak kau kalau dia balik, embanh lanang akan minta. Piah, buatkan nasi lemak ya. Bapak nak makan. Embah terkenang kan embah lanang.

Saya : Oo.. embah rindukan embah lanang. InshaAllah moga dia dalam kalangan orang beriman,

Perbaualan kami ketika saya balik Tanjung Karang minggu lepas. Menitis air mata saya dengar kasih sayang embah. What a beautiful of love! Semoga saya dan suami begitu juga. Mengharungi liku liku kehidupan bekerluarga dengan penuh sabar dan redha. Ameen!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan kami

Bismillahirahmanirahim

Demam, batuk, selsema. 3 serangkai penyakit yang kami hadapi 2 minggu lepas hingga kini.

Bermula dengan anak-anak selsema, jangkit dengan abgfiz selsema juga. Tapi waktu ini biasa-biasa lagi. cuma sakit tekak dan selsema. Dah sihat semua, ummi pulak yang kena.

Sabtu :

Ummi kena hujung minggu lepas, waktu tu tekak dah rasa sakit. Dan waktu tu saya berpuasa, puasa tanpa sahur. Pagi tu saya dah janji dengan Azrina, kami nak ke Walmart sama-sama. Abgfiz cuma hantarkan dan dia terus ke ofis. Di sana, saya dah rasa pelik, tak sihat, badan rasa semacam je. Habis beli belah, kami singgah McDonald, hanya beli fries untuk anak-anak buat alas perut. Waktu tu saya betul-betul rasa nak pitam. Lepas je abgfiz datang, terus dia suruh saya buka puasa, takut nya melarat...

Balik rumah, tanpa masak, saya bagi je anak-anak makan keropok. Kesian pula tapi saya betul-betul perlukan tidur. Pening, rumah jadi pusing-pusing. Nasib baik anak-anak ikut je. Abgfiz waktu tu, memang terpaksa ke ofis, kerja pembetulan thesis dia perlu dilakukan segera. Jam 330 baru saya boleh bangun, solat dan bagi anak makan mihun (mihun sarapan pagi). lepas tu saya baring balik.

Jam 6 abgfiz pulang, bawa makanan beli di kedai arab. Saya tak mampu berdiri lama-lama memasak. Nak pitam! Waktu tu baru saya solat asar, lepa smakan, baru saya mandikan anak-anak. Malam tu pula, suhu badan saya tinggi. Demam. Tapi alhamdulillah, esoknya dah kebas. Suhu masih tinggi dalam 101.9 F tapi badan rasa dah boleh bangun. Hari Ahad tu, kerja saya tidur je. Lepas solat, saya baring. Abgfiz tolong buatkan nasi lemak. LEpas sarapan, mandikan anak--anak, saya baring lagi. Kebetulan Muizz mengantuk, dengan dia pun tertidur. Iman je duk main seorang diri di bilik. Abgfiz ke ofis.

Isnin

Entah kenapa Muizz asyik merengek, ada je benda dia tak kena. Saya dah rasa bdan dia panas sedikit tapi waktu tu rasa macam biasa je mungkin sbb suhu rumah pun panas. Masa tu terfikir macam tu sebab Muizz aktif, normal bagi saya. Kakak pun sama. Petang tu mereka sempat lagi bermain dok-pesakit dengan ayah.

Malam nya, Iman asyik terjaga. Hairan saya, tapi bila saya cek suhu Iman.. masyaAllah dah 103F! terus saya bagi ubat batuk dan selsema serta ibuprofen (ubat demam). Yang baiknya Iman, sangat senang makan ubat. Juga kalau terjaga malam atau saya kejutkan dia, dia jarang menangis.

Muizz pula merengek, serba tak kena. Dah tidur tapi masih terjaga, tidur belah situ tak kena, tidur belah sini tak kena. Bila cek suhu, dah 102.9F! Pun tinggi. Dari pukul 11 tu, saya tak tidur hingga pagi. Mana taknya, sorang menangis sini, sorang menangis sana. Iyala kiat orang dewasa pun tak senang bila demam, inikan pula kanak-kanak kecil. Sedih pula saya waktu tu. Yang jadi melarat sebab Iman suka bungkus badan dia. Doktor nasihat kalau demam buka baju, bagi suhu keluar. Atau rendam dalam bath tub. Tapi tak kan nak rendam pada jam 12 tgh malam. Saya hanya lapkan dengan air suam badan Iman.

Muizz pula asyik menangis. Sedih betul saya tengok anak-anak bila sakit. Sudahnya Muizz tertidur di pangkuan saya, sambil duduk. Sempatla saya tidur 1-2 jam. Jm 5  pagi dah jaga sebab anak-anak jaga. Tapi lepas solat subuh saya terpaksa erada di atas katil, anak-anak tak bagi saya ke mana-mana. KEbetulan hari tu abgfiz ada mesyuarat penting. Nak tak nak dia terpaksa ke ofis.

Pagi tu, sarapan tidak, masak pun tidak. Cek suhu balik, makin tinggi. Saya rendamkan anak-anak setengah jam di bath tub. Tapi lucunya, sorang pun tak main. Biasa nya kalau rendam bath tub, habis lantai bilik air basah. Dua-dua diam je kali ni ..

Saya bagi message pada Azrina, dan beberapa adik lain sebab Iman asyik sebut nama diorg je. Tengahari tu, Azrina datang melawat. Alhamdulillah kehadiran Azrina membuatkan Iman sedikit sebanyak sembuh. Abgfiz pula, lepas mesyuarat terus bawa bag balik rumah. Saya masak mihun sup je untuk makanan tengahri.

Jumaat :

Abgfiz pula rasa sakit tekak, selsema dan batuk. Petang Jumaat dia rasa demam, tapi ada hati lagi nak main badminton, dengan harapan boleh kebah demamnya. Malam tu, melarat demam nya. Pun saya sedih sebab abgfiz sangat jarang sakit. Sebab dia akan lawan sehabis mungkin sakitnya. Nasi tak nak makan, saya buatkan sup cendawan je dan air teh pudina.

Sabtu :

Makin teruk abgfiz. Kerja bertangguh banyak kena siapkan. Saya nasihatkan supaya rehat, rehat dengan erti kata sebenar. Dah demam macam tu masih nak buat kerja lagi. Katanya membazir masa. Tapi kalau buat kerja tapi otak tak mampu nak fikir, rugi juga. Rugi masa dan rugi kesihatan.


Dugaan betul kami ni.. Saya doa supaya lepas ni anak-anak dah sihat sepenuhnya. Dan tiada lagi yang sakit

p.s: Kaffarah bagi kami. Ada hikmahnya demam dan sakit ni. Doakan kami sejahtera dan sihat sentiasa ya. Doakan abgfiz tabah dan kuat menghadapi ujian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Syawal 1433H

Bismillahirahmanirahim

Khas buat mak ayah yang senantiasa setia membaca dan membuka blog ni, juga buat adik-adik saya yang merindui Iman dan Muizz..

 Anak-anak di pagi raya. Ummi ayah bangun pukul 6, anak-anak turut bangun puk 6.





Gambar diambil sebelum ayah ke Belmont Center untuk solat sunat Aidilfitri. Dari awal pagi hingga ke tengahari, Iman langsung tak nak buka tudung. Maaf ye Cik Arr, baju tak dapat tengok sepenuhnya, sebab Iman tok sey buang tudung. 

Baju abgfiz dan Muizz, Izzul adik saya yang pilih  dan baju Iman Tokma,Ain dan Sakinah yang beli. Baju saya? Dah sedia ada di rumah, saya tak ada baju baru tahun ni :( Tapi tak apa, itu permintaan saya pun ^^. Baju melayu tu beli dengan orang kemboja yang dah bermastautin dan memang membuat baju melayu. Jahitannya kemas, harganya berpatutan. Kami menjadi pelanggan nya hampir 15 tahun, sejak adik lelaki saya berumur 10 tahun lagi. Lepas ni beli baju abgfiz di sini jela. Sebab saiznya sesuai dengan abgfiz.


Gambar ni saya snap tika dua-dua duk main. Sedang saya mengemas baju di closet, Iman terjumpa tudungnya terus suruh saya pakaikan kepadanya dan kepada Muizz. Yang kelakarnya Muizz pun suka tapi sekejap je. Lepas tu dia buang. Iman.. adik awak lelaki laaa....

p.s : Tahun ni kami tak buat open house. Tak de mood raya, mood nak balik je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seharian Kami

Bismillahirahmanirahim

Memandangkan dah lama sangat abgfiz berkurung di lab dan ofis menyiapkan research dan thesis/manuskrip, Sabtu lepas abgfiz mengajak kami keluar. Cadangannya nak ke Omaha Zoo, tapi saya malas nak gi jalan jauh-jauh. Kami ke Mahoney Park je. Ini kali kedua kami ke sana. Kami pertama tika tahun pertama kami disini, pergi bersama Suhaizi.

Oktober 2008, Fall break.

Waktu tu, kami sempat bermalam dan berBBQ di kabin. Kali ni, semuanya penuh. Kalau nak booked, tunggu lepas raya baru kosong. Tapi disebabkan saya dah ke sana, jadi saya langsung tak ada rasa nak bermalam. Ekekek...

Kami sebenarnya nak kayuh bot di tasik je pun. Tapi tak sangka cuaca waktu tu sangat panas walaupun baru pukul 10 pagi. Panas dan langsung tak ada angin. Panas di Nebraska ni tak macam panas di Malaysia. Malaysia walaupun panas tapi lembap dan ada angin. Anginnya sejuk. Nebraska ni, angin dia pun panas. Memang kena pasang air-cond 24 jam. Kesian anak-anak panas. Iman sendiri kalau waktu nap time, bangun tu mesti bantal tu basah lencun. Pukul 8 pgi panasnya seakan pukul 12 tgh!



Kayuh tak sampai 5 minit, anak-anak dah menangis. Panas sangat! Tak tahan saya. Akhirnya kami buat keputusan sampai takat tu je. Terus masuk kereta hidupkan air-cond.

Dah sekejap sangat, kami pusing pula ke Wildlife Safari, dekat je dari Mahoney Park ni. 5 minit driving. Yang menariknya, wildlife ni tak boleh keluar dari kereta. Itu yang seronok. Bolehla berada dalam keadaan nyaman. ^^ Tiketnya $6.50 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 3tahun. Iman pun percuma, saya duk ingatkan Iman kena bayar tapi dia cakap walaupun hari lahir Iman bulan depan je tapi masih bawah 3 tahun.

Peta yang harus kami ikuti...

Antara binatang yang terdapat di sini :



American Elk : spesis terbesar kumpulan rusa. Ini pertama kali saya dengar ELk, biasanya Moose. Tapi saya bali rumah stadi sikit, dua binatang ni spesis yang sama tapi family berbeza. Elk ni bukan kecil ye, besar. Saiz dia macam lembu/kerbau. Kami memang dilarang keluar dari kereta. Jadi nak gi dekat tu langsung tak boleh la kan. Kalau boleh pun tak berani saya,..




 Nampak tak white tale deer tu? Yang ni saya pun duk tenung-tenung baru nampak. 





Ini wetland : Pelican. Teringat saya movie Find nemo. burung ni la yang bawa ayah Nemo ke klinik gigi tu. Ekekekke..


Haaa.. ini Bison. Bessssaaaaar sgt. Kata mat saleh sini, daging dia sedap dan lebih banyak vitamin dan sangat bagus untuk kesihatan berbanding dengan lembu. Sejauh mana kebenarannya, saya tak pasti. Tapi teringin jugak nak merasa daging nya.

Kami tak berhenti dan melihat bear dan wolf. Saya malas. Abgfiz pun malaas. Anak-sanak kesian berpanas. Balik, kami singgah untuk makan tengahari dan beli barang dapur. Dalam jam 2 ptg sampai rumah. Saya ni memang jenis tak suka jalan lama-lama. Kalau outing saya akan keluar lepas zohor dan balik sebelum asar. Saya cepat nak pitam.

p.s: menghitung bulan untuk pulang ke tanahair. hoyeh~~ hoyeh~~ hitung bulan ye bukan hari. uhuk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

It's me

Bismillahirahmanirahim



Iya, sayalah itu  ^.^
Abgfiz yang tunjuk gambar ni pada saya dan cakap.. "iza, kan??" lepas tu dia sengih sendiri. Ekekek...
Tau je isteri dia macam mana :p Depan orang lain bolehla saya buat biasa tapi depan suami saya, susah. Cepat je dia tangkap emosi saya. Nak sorok pun tak boleh. >.<



p.s: seminggu dua ni saya banyak berfikir, emosi tak stabil. Air mata asyik jatuh je  :(( Nak meluah tak mampu. Diam, memendam pulak . Tapi Itulah terbaik.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Lobak Merah

Bismillahirahmanirahim

Sempena father's day hAri tu saya buatkan kek. Sebenarnya lebih kepada nak makan. Abgfiz kalau malam-malam korek dapur cari makanan. Kesian kalau asyik makan megi. Tapi dah lama stok megi tak beli, jadi saya buatkan sesuatu untuk dia makan waktu membaca/menyiapkan tesis. Cuma, seperti biasa saya akn kurngkan telur dan gula. Kek manis sangat saya tak suka. Terasa macam makan gula je. Jarang saya ke majlis- majlis gathering,, saya ambil kek manis.



Resepi ambil dari allrecipe. Dah lupa yang mana.. Saya tulis di buku masakan saya, jadi saya tulis jela kat sini.

4 eggs
1 1/4 vegetable oil
2 cups white sugar
2 tbsp vanilla extract
2 cups all purpose flour
2 tbsp baking soda
2 tbsp baking powder 1/2 salt
2 tsp cinnamon powder
3 cups grated carrot
1 cup chopped pecan

1- Preheat oven 350/175.
2- Beat together eggs + oil + white sugar + vanila.
3 -mix flour baking soda baking powder salt cinnamon
4- stir in carrot and fold in pecan. Bake 40-50 or until cooked.

Frosting

1/2 cup butter
8oz cram cheese
4 cup sugar
1 tsp vanilla extract

Combine butter, cream cheese, powdered sugar, vanilla. Beat until smooth frost the cooled cake.


Hiasan kek : Saya guna lebihan frosting. Garis-garis pink tu saya main hentam je. Dan ada sedikit lebih yang pink, saya campur sedikit dengan pewarna biru, jadila warna ungu. Konon macam seni tapi jadi horror pulak *scary* keh keh keh ^^

Nota kek saya : (altered) Saya gunakan separuh dari bahan-bahan ni. Vegetable oil saya gantikan dengan butter. Pukul butter sampai fluffy dan baru masukkan gula. Kacang yang saya gunakan kacang pecan, walnut dan almond (chopped). Dan sebab kerajinan saya, saya masukkan chopped dark chocolate. Kata abgfiz, sedap.

p/s: setiap kali saya rasa sedih dengan hal sekeliling, saya akn baca ini. Alhamdulillah tenang 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mereka penyeri

Bismillahirahmanirahim

Iman kadang suka putarkan lagu nasyid di Iphone. (dia pandai main tu je) Tapi bila dia putarkan lagu ni, mesti dia datang dekat saya dan nyanyi lagu ni. *touching*





Alhamdulillah, Iman dah pandai mengira 1-20 tapi dalam english. Bahsa melayu dia tak tahu *LOL* Dan boleh mengira dari belakang 10-1. Tapi dari 1-10 ikut turutan, dah mula 11... 'eleven, thirteen, sixteen, twenty.." melangkah-langkah.. Alif, ba, ta dah hafal tapi bila tiba masa nak baca iqra, .." alif di atas ban, ba di atas ban, ta dia tas ban."  'Ban' tu tak boleh nak hilang lagi, entah mana dapat 'ban' tu..


alhamdulillah...

dan..

HAPPY FATHER'S DAY

this song dedicated just for you..




for the rest of my life, I'll be with you..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayah dan anak-anak

Bismillahirahmanirahim

Sebetulnya, abgfiz memang sangat jarang berada di rumah. Keluar pagi, baliknya malam (malam tu pukul 7/8 atau kadang-kadang pukul 9 kalau dia gi main badminton). Jadi sepanjang tu, hanya saya dan anak-anak jela duk rumah. Atau kadang-kadang saya bosan, saya bawa budak-budak keluar jalan. Saya pun sekali harung gi jogging. Maklumlah duk ternak lemak je, lemak pun banyak la berkumpul.

Tapi saya pun lebih suka abgfiz tak buat kerja kat rumah. Kalau dia duk rumah, anak-anak sibuk masuk bilik duk kacau ayah. Kerja bertimbun, yang memerlukan fokus.. susah kalau anak-anak kacau. Kalau tak kena angin, kena marah .. menangis saje. Free kena marah. Tula, sapa suruh kacau ayah lagi.

Alhamdulillah, permohonan extand abgfiz di luluskan oleh USM. Adui, jenuh nak minta extand ni, macam-macam kena buat. Itu lah dugaan. Kalau ikutkan sebenar, kami memang dah kena balik dah sebenarnya. Tapi disebabkan kelas yang banyak dan research tak siap lagi, kami terpaksa minta extand 6 bulan. Apa-apapun, semuanya alhamdulillah... Allah mudahkan semua walaupun penuh onak dan duri juga kena.




Inilah antara aktiviti Muizz yang buatkan saya pening kepala. Haish.. panjat memanjat. Bila jatuh menangis datang kat saya.

 Ini pulak Muizz sedang tido, yang sebetulnya dia tertidur. Kakak pula, buat-buat tidur satu selimut dengan Muizz. Sweet ^.^



Yang ni kelakar! Sebenarnya Iman duk minta saya pakai bekas puteh besar tu. Kononnya cowgirl. Tapi waktu tu saya tengah masak, duk paksa juga. Kebetulan ayah baru balik petang, ummi suruh je Iman pakaikan kt ayah. Dengan Muizz pun duk pakai sekali.


Jadila.... army, cowboy (?)




Kakak dan adik, sama-sama duk depan Tv. Tak tengok Tv pun, duk sembang dan main. Baju kurung tu baju raya tahun lepas atuk dan tokwan bagi. Sekarang ni saya dah tak boleh nak pilih baju untuk dia, dia pilih sendiri. Baju kurung tu seminggu 2 kali duk pakai nya. Lepas basuh, pakai lagi. Suka betul pakai baju kurung, Alhamdulillah...





Ummi jemurkan conforter yang tak kering, tapi ada pulak penghuni suka duk dalam ni. Katanya.. ' I like to sleep here.. Uuuihhh (muizz versi Iman), come back, come back!"


Bila Muizz duk tidur dalam ni, Kakak pun duk ikut sekali. 


 Ini dalam kereta, macam nilah gayanya duk US ni. semua wajib duk dalam carseat (anak-anak). Wajib buckle up. Kalau tak, kena saman. Banyak pulak tu kalau terkena. Tapi, saya rasa patut juga kerajaan Malaysia buat macam ni. Yela memang semua takdir Allah tapi kita boleh buat 'caution'. Jadi kalau orang US ni ada anak kecik lebih dari 3 orang, memang sah tak boleh pakai kereta, kena pakai van. Yang bagusnya, anak-anak saya akan diam je kalau duk dalam ni. Kalau berjalan jauh, saya pasangkan DVD khas dalam kereta tu. Biasanya semuanya akan tertidurla.. Saya ... dah bincang dengan abgfiz, memang akan pakai bila balik Malaysia nanti. Lagipun anak-anak memang dah biasa duk dalam carseat tu, jadi memang kena pakai. Walaupun Iman kecik, tapi bila tali pinggang tu tercabut, dia akan bising suruh saya buckle up kan.


 Kelakar! Sebelum keluar rumah, dia nak pakai tudung. Dah keluar saya terkejut dia pakaikan pada baby bear dia tu. Iman oh Iman...


 Main dengan adik. *_* Sweeet ~





Boss tengah tonton TV

Cak!


p.s: rindukan Muizz waktu dia tembam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Soalan gebebuk dari suami

Bismillahirahmanirahim

Alkisahnya...

Saya dapat message dari kawan yang lama tak jumpa dan tiba-tiba dia bertanyakan kabar serta bila nak balik. Soalan nya itu meragukan saya, almaklumlah... duk US, dah nak balik, ramaila nak mengirim barang-barang dari US.

To tell the truth, we do not intend to buy anything from here. ^_^ Tadi tiba-tiba suami saya tanya..

"Sibuk semua nak kirim Coach, Correlle, benda semua tu boleh masuk kubur ke? Kenapa, kalau makan dengan pinggan Correlle tu makanan jadi sedap ke? "

Baju-baju berjenama, tak peluh ke kalau pakai, tak busuk ke? Sama je.. jenama je lebih. Habiskan duit, pakai sama je. (ni saya tambah)

Ekekekke... ketawa kecik saya dengar seorang lelaki yang jarang membebel, tiba-tiba terkeluar dari mulutnya.

Kalau niat datang US ni sebab nak shopping dan melancong, sila betulkan niat. Nanti terkandas di tengah jalan. ^^..

p/s: gedebuk patah hidung saya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah genap 5 tahun ^^

Bismillahirahmanirahim


Alhamdulillah, sudah masuk ke angka 5 tahun. BErsyurkur kepada Allah kerana dipertemukan, diberi peluang berkasih sayang dan cinta. Semoga sentiasa di bawah rahmah mawaddahNYa, diselangi tabah dan sabar mengahrungi ombak dan badai. Ameen 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bingkisan hati ummi


Bismillahirahmanirahim


Ummi tak sedar dah masuk Rejab. MasyaAllah.. cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam ummi dok sakit-sakit mengandungkan Muizz dan ulang alik ke hospital. *sigh* Dah nak masuk Jun ni, bermakna ada lagi 6 bulan untuk ummi menikmati kehidupan,cuaca,bunga-bunga, tumbuhan di Lincoln. Rasanya ummi pasti akan merindui Lincoln. Bagi ummi, Lincoln ni walaupun sangat kampung, tapi ummi tenang berada di sini. Orangnya baik-baik, jalannya susah nak hadapi 'trafic jam', barangan murah, musim bunga yang cantik, musim luruh yang mempesona, musim sejuk yang sejuk, musim panas yang panasnya tak sama dengan Malaysia.. entah kenapa ummi sayu dan sedih. Ummi suka keluar waktu pagi berjalan dengan Kakak dan Muizz, sambil ambil angin melihat dan menikmati bunga-bunga yang tumbuh mekar.

Sekarang ayah berada di Georgia, Atlanta menghadiri 'conference urban entomology'. Baru beberapa jam ayah tinggalkan kita, ummi dah rindu macam 10 hari tak jumpa ayah. Mungkin selalu duk bawah ketiak ayah, sesekali ditinggalkan, terasa lama tak berjumpa. Hati ummi tak tenang, dari tgh tadi.. apabila ummi diberitahu ayah tak berapa sihat. Ayah pening kepala, muntah-muntah. RIsau hati ini. Mungkin ayah berada lama sangat dalam kapal terbang tadi.Semoga Allah pulihkan ayah dan mudahkan ayah untuk 'presentation' esok pagi. ameenn.

Lama kita sekeluarga tak keluar jalan-jalan, entah kenapa ummi tak bermood nak berjalan. Ummi lebih suka ayah habiskan kerja ayah, supaya sampai masanya nanti ummi boleh hadiri majlis graduasi ayah dan lepas tu baru ummi rasa tenang nak berjalan. 

Waktu sekarang jam 1007 malam, mata ummi dah tak mamapu menahan kantok lagi. Kakak dan Muizz dari awal jam 815 lagi dah lena. Maklum saja, kakak dan Muizz hanya 'take nap' waktu pagi sahaja. Ummi dari pagi ayah keluar ke airport, tak tidur-tidur. 



** ummi sangat bersyukur dipertemukan dengan ayah, seorang yang sangat memahami, sentiasa mendengar luahan dan bebelan ummi, sentiasa bersabar meayan kerenah ummi dan anak-anak. Tak pernah mengeluh. Hingga kini, ummi sentiasa syukur dipertemukan, disayangi dan menyayangi ayah. semoga Allah berkati kasih sayang kami . ameeen **

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berbunga di musim bunga ^^

Bismillahirahmanirahim~
































Gambar atas ni saya ambil sekitar UNL - Lincoln



























Gambar sekitar Orange City. Tahun ni tulip bloom awal sangat, tambah pula cuaca tak menentu. Waktu musim sejuk suhu boleh mencecah 30 C! hish... jarang benor nak dapat suhu tu kalau musim sejuk tahun-tahun lepas..


Kami berempat~! *yaaa... saya dh mengembang!, terutama pipi!*


Selamat Hari Ibu! Lagu yang senantiasa saya putarkan, dedikasi dari suami tersayang~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan