RSS

Rotiboy

Bismillahirahmanirahim

Semalam tekak saya duk teringin nak makan, tangan gatal nak ber'baking'. Dengan kerajinan dan keterpaksaan sebab perut meminta, saya berjaya menghasilkan rotiboy.

resepi saya ambil di sini . Tapi filling dan topping saya kurangkan separuh. Alhamdulillah, roti saya buat kali ni lembut dan makan esok pagi pun masih lembut. *walaupun sebenarnya say terlupa nak buh telur dalama dunan roti* muekekek


Sebelum oven membakarkan diri mereka....



 Setelah selesai sessi pembakaran.. Ok, ini memang salah saya. Saya sengaja letakkan roti sebelah menyebelah dengan keadaan ruang udara yang amat kecil, hasilnya roti saya bercantuman. Tapi tak apa, masih boleh di makan. ^^



Close up sikit... *>* *haih tgk gmbr ni lapar pulak*

Yang bawah ni roasted tomato. Seriusly saya cakap, saya amat sangat sukaaaaaaaa akan tomato bawah ni. Saya boleh meratah segitu sahaja dalam 10 biji!


Waaaaa... enak! enak!

Resepi nya saya ambil dari Emilio, kenalan NUMSA. Sebetulnya Emilio bawa ke rumah saya pada befday Muizz hari tu, sekali saya jatuh cinta. Abgfiz yang tak suka tomato pun cakap sedap tomato ni. 

Resepi nya :

Tomato (saya guna roma tomato)
Beberapa ulas bawang puteh (diketuk)
serbuk lada hitam 
garam
olive oil

Tomato dibelah dua dan dibuang biji. Susun dalam baking tray, taburkan bawang puteh yang diketuk. Taburkan garam dan serbuk lada hitam, racikkan olive oil seluruh permukaan tomato. Bakar dalam 30-45 min pada suhu 375 F. 

Kepada yang tak suka tomato, boleh cuba resepi ni. Memang tak mengecewakan. Ekekekekk ^.^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

White Chocolate Muffin

Bismillahirahmanirahim

Pukul 5 pagi, saya tersedar.. lepas solat subuh, saya ke dapur. Duk termenung... nak masak apa untuk breakfast. Masak berat-berat (mee goreng etc) tak ada siapa nak makan .. abgfiz gi kerja pukul 645 pagi. Akhirnya saya buat muffin je.. Muffin ni saya guna basic recipe di allrecipe.com. Tapi muffin coklat puteh ni memang sedap, abgfiz cakap sedap, Iman pun duk request banyak kali nak makan. Sekali.. dah habis, duk menangis minta muffin ni. Akhirnya, saya buat untuk kali kedua pada hari yang sama! Anak..anak..

Basic recipe

Dry ingredient

2 cup all purpose flour (disebabkan tiada APF, saya gunakan self rising flour dan gula je)
1 tsp baking soda
pinch of salt
1/2 cup sugar

- combine together

Wet ingredient

1 egg
3/4 cup milk
3 tbs vegetable oil (I use melted butter)

- Whisk all together. Add wet ingredient to dry ingredient. This batter is plain, and to get white chocolate muffin, put white chocolate chip and stir until corporate. (saya main guna apa yang ada je, saya gunakan white chocolate almond dan potong-potong). Spoon batter into muffin pan and bake at 400 F between 15-20 min, until muffin is done.

 saya guna ice cream scoop ..





Ni muffin saya buat pada pagi. Atas tu saya buh chocolate rice.


Ini pulak untuk minum petang. Suka hati saya je buh pewarna konon nak buat pelangi, sekali buruk. Hantam sajala labuuu








p/s: lama adik-adik tak tengok gambar Iman dan Muizz..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tornado Warning

Bismillahirahmanirahim

April 14, 2012

Hujan di luar terlalu lebat, tingkap rumah terbuka. Tika saya sedang menutup tingkap, terdengar Iman menangis sebab diganggu oleh nenek kebayan. Dalam masa yang sama, terdengar siren amaran tanpa henti, terkadang kuat terkadang perlahan....

Tersedar saya dari mimpi, saya melihat jam, pukul 1130 malam. Ouh.. saya mimpi rupanya. Tapi bunyi siren tu tak berhenti.. saya bangun keluar sebab abgfiz tiada di sisi. Tengok-tengok, abgfiz tengah menonton movie kat depan, dan bagitau saya amaran tornado (puting beliung), ramai pulak penghuni rumah atas turun basement. Memandangkan rumah kami pun di basement, bising je kat depan pintu rumah saya.

Dah lama saya tak dengar siren amaran tornado ni. Seingat saya, akhir saya dengar pada tahun 2008, bulan Jun. Yang tu sangat lama, hampir 3 jam dan waktu tu sangat mengerikan. Mana taknya, angin saaangat kuat, pohon banyak tumbang, eletrik pun boleh terputus. Siren kuat sangat, ramai yang turun basement tapi saya dan abgfiz je duk dalam bilik, maklumlah tak tahu pulak patutnya turun basement. Alhamdulillah selepas tu, keadaan reda. Tapi di Kearney, Nebraska mengalami banyak kerosakan disebabkan puting beliung ni. Sebesar besar pokok pun boleh tumbang.

amaran tornado tahun 2008

ni video yang ambil dari you tube , tornado di Kansas Apr 14 hari tu. Setahu saya disebabkan tornado ini lah, kami dapat siren.. Seingat saya weather channel cakap malam tu, tornado tu dari kansas menuju ke nebraska.






p.s : ngeri bila memikirkan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Number one for me

Bismillahirahmanirahim







Video ni abgfiz bagi message untuk saya di twitter. Tertanya-tanya, apa la message video abgfiz bagi. Bila saya tanya, dia suruh saya tengok dulu. Saya bukan selalu buka twitter sebenarnya. Ada benda saya nak tahu baru saya buka sebab saya banyak follow berita sensasi. Ekekeke

Bila dah tengok dan hayati lirik lagu ni, saya betul-betul tersentuh. Mungkin sebab saya selalu membebel..
mana tak nya, 10 kali saya kemas rumah, 20 kali rumah disepahkan oleh Muizz. Sekarang ni, Iman tidakla sesepah dulu, mungkin dah faham. Kadang tu Iman yang tolong kemas (ikut mood ) dia la.. Tapi dengan Muizz, fenin kepala dia sepahkan mainan dia. Kadang tu penat saya membebel.. kadang saya rasa membazir je tenaga mulut saya, membebel pada kanak-kanak yang hanya tahu menangis bila lapar dan tak selesa, sengih-sengih bila dia rasa nak sengih, ketawa bila dia gembira. Ekekek.. how silly am i..

Being a mom is precious moment

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panas di musim bunga

Bisillahirahmanirahim

Suhu pada hari ni : 29 C / 88 F. Panas betul... Seingat saya tahun lepas waktu yang sama, masih pakai sweater. Bulan 3/4 dah panas, bulan 5,6, 7 tak tahulah macam mana...

 Cuaca hari ini mengikut channel weather : 


 Bunga dah berbunga~





Orang Malaysia duk cakap , Malaysia pun panas. TAPI panas di Malaysia tak sepanas di sini, sini sudahla cuaca panas, anginnya pun panas. Kalau duk dalam bilik dengan kipas sekali pun tetap panas. MEmang kena pasang air cond jugak. Haishhhhh...

p/s: cik Yatie chomeyl ,resepi sweet bun tu duk sini.. tapi iza alter banyak. nanti rajin buat entry resepi tu ye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan