RSS
Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Oh! What a beautiful .. beautiful of Love!

Bismillahirahmanirahim

Saya : Embah, jumla ikut iza balik Penang.

Embah : Arwah embah lanang pesan.. Mus, nanti dia tak da, Mus duk sini , rumah ni dengan anak. Mintala sorang anak teman Mus. Ni rumah Mus beli, kena duk sini

Saya : O.. embah lanang cakap gitu?

Embah : Embah teringat ingat kat embah lanang. Kadang, embah ternampak embah lanang panggil embah. Mus.. Muss. Kadang embah nampak embah lanang kayuh beskal ke masjid. Kadang embah nampak embah lanah pakai kopiah puteh duk depan embah. Embah terbayang bayang dia. Embah tinggal dengan embah lanang sewaktu embah umur 12 tahun. Kahwin masa tu, sampaila embah umur 76 tahun. Embah lanang suka puasa 6, puasa Isnin Khamis. Embah juga begitu. Embah lanang suka nasi lemak mak ko buat, suka teh tarik, suka masak kencur. Mak kau kalau dia balik, embanh lanang akan minta. Piah, buatkan nasi lemak ya. Bapak nak makan. Embah terkenang kan embah lanang.

Saya : Oo.. embah rindukan embah lanang. InshaAllah moga dia dalam kalangan orang beriman,

Perbaualan kami ketika saya balik Tanjung Karang minggu lepas. Menitis air mata saya dengar kasih sayang embah. What a beautiful of love! Semoga saya dan suami begitu juga. Mengharungi liku liku kehidupan bekerluarga dengan penuh sabar dan redha. Ameen!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tenang

Bismillahirahmanirahim

Kok~~kok..

Bunyi ayam berkokok, melihat jam di bawah bantal tertera jam 430 pagi. Terus bangun mandi, walaupun sejuk menggigil. Ambil wuduk, terus ke ruang solat. Di sana, embah sedang menunaikan solat sunat. Bersama embah, kami tunaikan solat sunat. Kedengaran bunyi air di bilik mandi di luar rumah, di hadapan rumah. Di dapur, terdengar percikan air menandakan ada orang sedang mandi di kawasan dapur. Menoleh ke belakang, terlihat sebaris sepupu sepapat sedang lena dibuai mimpi.

Terdengar buka tutup pintu tandas di belakang rumah, bunyi percikan air mandi di bilik air di hadapan rumah,  bunyi dengkuran tidur sanak saudara, bunyi bisikan-bisikan suara mengalunkan ayat-ayat suci alQuran. Subhanallah... inilah dinamakan ketenangan. Inilah yang saya nantikan sekian lama bertapa di bumi US. Sebelum subuh, semua pakcik-pakcik dan anak muda ke masjid, ibu-ibu yang sememangnya bangun awal menanti untuk solat subuh berjemaah. SUngguh!! Saya tenang dan bahagia dengan suasana begini. Tiada perasaan begini tatkala menjadi penduduk US, tiada kegembiraaan sebegini tika kami di US. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya supaya dipanjangkan umur menikmati saat-saat begini bersama keluarga. Subhanallah..Maha Suci Allah.

Ya, saya rindukan suasana begini tika berada di rumah embah di Tanjung Karang. Entah kenapa, perasaaan itu sungguh damai lagi menenangkan hati ini. Biarpun tandas masih di luar rumah, bilik mandi juga masih terpisah jauh dari tandas dan juga di luar rumah , (khas utk kaum Adam, manakala kaum Hawa tandasnya di dalam rumah), biarpun panas membahang beratapkan zink, berjuta nyamuk menghiasi kulit, namun sejuta kebahagiaan menghuni hati ini.

p.s: Setiap hari tika di US berdoa agar kami dan ahli keluarga di malaysia dipanjangkan umur supaya boleh bertemu di pagi raya nanti. Moga Allah makbulkan doa saya. ameen ameen ameen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan