RSS

3rd Birthday Party

Bismillahirahmanirahim

(entry permintaan adik saya)

Bukanlaaa party sangat pun, saja saya nak raikan befday anak dara saya. Awalnya langsung tak nak jemput orang, nak sambut dengan keluarga je. Tapi saya fikir, tahun ni dan kali ni kali terakhir Iman sambut dengan kakak-kakak kat sini. Jadi saya jemput semua anak dara dan keluarga Irfan je memandangkan Iman agak rapat dengan Irfan.










Kek ni saya buat German Chocolate Cake. Tengah tu buttercream chocolate frosting dan atas tu french frosting. Kelakar. Saya Tak pandai nak menghias lawo-lawo. Setakat untuk ada warna warni dan Iman suka sudaaaaa ;p. Iya, warna banyak purple dan pink sebab tu warna kegemaran dia. Kalau bagi hadiah/baju/buku, Iman pilih warna purple dan pink dulu..


Kebetulan hari lahir Iman jatuh pada hari konvokesyen Irfan dan Fatin. Alang-alang jemput, saya buatkan kek karamel pelangi. Saya buat kek ni pun sebab saya tahu fatin teringin nak makan. Sebelum ni pernah dia datang rumah saya dan tolong saya buat kek ni. Tapi keputusan tak memberansangkan. Kek tak jadi dan tak cantik.huhu. Lilin tu dari lilin kek Iman. PErmintaan Fatin, dia nak lilin atas kek graduation dia juga...




Kami menghadiahkan Iman basikal. Dah lama Iman nak basikal sebenarnya .. tapi saya asyik 'hold' dulu. Tapi saya janji kalau Iman penuhkan 'stickers potty training', ayah akan belikan basikal. Alhamdulillah, dalam 2 minggu je Iman dah boleh penuhkan stickers. 





Menu malam tu, juga menu buka puasa kami, saya masakan laksa johor dan abgfiz masakan nasi beriani dan gulai kambing. Haaa jangan tak tahu gulai abgfiz tersangatlah sedap! Potato salad tu saya buat last minute. Dengan pertolongan Hidayah (dari Iowa City) dan Fatin.


Antara tetamu kami. 

p.s: Tak ghajin nak cerita banyak .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Syawal 1433H

Bismillahirahmanirahim

Khas buat mak ayah yang senantiasa setia membaca dan membuka blog ni, juga buat adik-adik saya yang merindui Iman dan Muizz..

 Anak-anak di pagi raya. Ummi ayah bangun pukul 6, anak-anak turut bangun puk 6.





Gambar diambil sebelum ayah ke Belmont Center untuk solat sunat Aidilfitri. Dari awal pagi hingga ke tengahari, Iman langsung tak nak buka tudung. Maaf ye Cik Arr, baju tak dapat tengok sepenuhnya, sebab Iman tok sey buang tudung. 

Baju abgfiz dan Muizz, Izzul adik saya yang pilih  dan baju Iman Tokma,Ain dan Sakinah yang beli. Baju saya? Dah sedia ada di rumah, saya tak ada baju baru tahun ni :( Tapi tak apa, itu permintaan saya pun ^^. Baju melayu tu beli dengan orang kemboja yang dah bermastautin dan memang membuat baju melayu. Jahitannya kemas, harganya berpatutan. Kami menjadi pelanggan nya hampir 15 tahun, sejak adik lelaki saya berumur 10 tahun lagi. Lepas ni beli baju abgfiz di sini jela. Sebab saiznya sesuai dengan abgfiz.


Gambar ni saya snap tika dua-dua duk main. Sedang saya mengemas baju di closet, Iman terjumpa tudungnya terus suruh saya pakaikan kepadanya dan kepada Muizz. Yang kelakarnya Muizz pun suka tapi sekejap je. Lepas tu dia buang. Iman.. adik awak lelaki laaa....

p.s : Tahun ni kami tak buat open house. Tak de mood raya, mood nak balik je.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Potty Training Iman #3

Bismillahirahmanirahim


Kisah potty training #1
Kisah potty training #2

Alhamdulillah segala puji bagi Allah...

Ada sebab saya latih Iman pada bulan puasa. Satu sebab saya tak perlu sibuk di dapur, hanya fokus pada Iman. Kedua, ianya bulan kesabaran walaupun berapa kali air mata saya keluar. Ketiga, hujung bulan puasa saya nak masukkan Iman ke sekolah. Untuk hantar Iman ke sekolah, Iman perlu diaper - free.

Alhamdulillah sejak kejayaan saya di Potty Training #2, Iman tak lagi memakai DD pada waktu siang tapi memakai pada waktu malam. TETAPI, sejak dia dah pandai pee/poo di tandas, walaupun pakai DD pada waktu malam, DD Iman kering. Dan Iman akan kejutkan saya pada tengah malam jika dia nak ke tandas. Disebabkan itu, saya tak pakaikan Iman DD. ALhamdulillah sampai sekarang masih belum ada accident.

Kerana baru je Iman dilatih, masih ada accident yang tak dapat dielakkan terutama jika :

1- Iman terlalu ralit apabila bermain sampai terlupa nak bagitau dia ke tandas.
2- Pergi/melawat tempat baru/ rumah orang.

Tapi kalau ke tempat membeli belah, Iman akan bagitau ayah/saya jika dia nak ke tandas. Alhamdulillah, dia masih ingat.

Minggu ini Iman mula ke sekolah. Saya memilih 2 hari seminggu dan 2 jam sehari. Hanya untuk Iman bertemu dengan rakan dan melalui proses tanpa ummi/ayah. ^^. Entah macam mana nanti, moga dia tak menangis.


Kerana kejayaan Iman, kami ke mall dan kami biarkan Iman sendiri memilih seluar dalam untuk big kids. Ada dua pilihan yang Iman suka, DOra atau Princess tapi Iman memilih Dora.

Saya buat reward stickers hinga minggu ketiga sahaja. Saya dah malas nak korek-korek stickers dan Iman pun asyik lupa nak minta stickers. Sebelum ni, setiap kali dia poo/pee, Iman mesti meminta dipuji..

'mom, good job?' dan lepas tu.. 'mom, stickers! I did it' itulah yang sentiasa Iman cakap apabila dia selesai.

Dah masuk minggu ketiga - juga minggu ketiga puasa, Iman dah lupa dan mungkin dia dah biasa.

Alhamdulillah, selesai anak pertama. Giliran anak kedua pula,,... entah bila... ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Garlic Cheese Bread

Bismillahirahmanirahim

Salam aidulfitri..

Atas permintaan ramai, saya postkan resepi Garlic Cheese Bread. Saya teringin sangat nak makan, saya buat waktu buka puasa hari tu. Resepi saya ambil di sini , tapi saya ubah sikit-sikit.


Basic Pizza dough

This also basic pizza dough

1 cup warm water (tak panas sangat, ala-ala baby bath water.. elok-elok suam)
2 1/4 tspn active dry yeast
1tbspn sugar
2 tspn salt
2 tbspn olive oil
3 cups bread flour ( + - 1/2 cup)

1. Stir yeast & sugar with warm water. Sit about 5-10 min until bubbles form. Pour salt and oil and half of flour. Stir with fork.

2. Once flour is incorporated, start adding flour in a bit by bit until you get pizza dough that doesn't stick to you.

3. Kneed and kneed and kneed until dough is easy to work with. (Bowl should be clean).
4. Grease the bowl with oil and the dough doesn't dry out, cover with plastic wrap and let rise 1-2 hours.



Sebenarnya dough di atas saya buat pizza. Separuh saya buat pizza, separuh saya buat garlic cheese bread. Cheese pulak abgfiz jumpa cheese yang halal. Lupa saya nak ambil gambar cheese tu tapi jenama dia Cobot kalau tak silap. Cheese tu tak gunakan rennet haiwan, sebaliknya gunakan bakteria.

Garlic Cheese Bread (versi saya)

1/2 dough recipe pizza
2 tbspn softened salted butter
2 gloved garlic - minced
1 tbspn chopped italian parsley
1/4 cup Cheddar cheese
1/2 cup sharped cheddar cheese

** Semasa saya gaul tepung tadi, saya masukkan serbuk bawang puteh, serbuk oregano dan serbuk italian seasonings (thyme, basil)



Preheat oven 450 F. Mix butter with garlic and chopped parsley. Spread pizza dough into parchment paper. Spread mixture of butter, cheddar cheese and sharped cheddar cheese. Bake about 10-12 min.


p.s : pagi ni kami sarapan dengan ini je. Saya sangat malas nak masak berat-berat. Eloknya, anak-anak berselera makan. Cheers ^^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan ini dan Syawal besok

Bismillahirahmanirahim


Entah kenapa saya merasakan agak sedih apabila memikirkan Ramadhan akan pergi beberapa jam lagi. Perasaaan gembira saya untuk menyambut Syawal kali ini sungguh tak terasa walau seinci. Masih mengharapkan Ramadhan kembali menyambung. Banyak benda saya dapat di bulan Ramadhan, banyak yang saya dan suami muhasabah kekurangan masing-masing. Murung. Sedih. Itu jualah perasaan suami  Walau apapun, mustahil jika Ramadhan mengganti Syawal. Namun, saya berdoa dipanjangkan usia kami agar sempat dengan Ramadhan akan datang.

Kesempatan ini, kami sekeluarga mohon ampun dan maaf jika selama ini, penulisan kami pernah membuatkan sesetengah pihak terasa hati, berkecil hati, ampunkan kami jika bahsa kami kasar, kami silap dalam berkata-kata, kami pernah mengguris hati dan perasaan, mohon ampun dan maaf. Kami insan biasa mempunyai banyak kelemahan.

InsyaAllah ini kali terakhir kami menyambut Ramadhan dan Syawal di Lincoln, insyaAllah kami berharap akan bertemu lagi di Malaysia nanti.Allahumaameeen. 


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Ikhlas

Hafiz, Izza, Iman dan Muizz
Lincoln, Ne
August 2012
Ramadhan 29, 1433


p.s: melihat iklan Hari Raya tajaan BERNAS, teresak-esak saya menangis, terus merasa syukur dengan apa yang Allah kurniakan. Setiap kali saya teringat mereka mandi di surau dan memegang batu nisan, setiap kali itulah air mata saya bercucuran.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Lahir Puteriku..

Bismillahirahmanirahim



Dengan bertambahnya umur kakak, ummi dan ayah doa supaya kakak menjadi kakak solehah, diterangkan hati supaya senang menerima nasihat dan pelajaran, dibukakan minda dan hati  untuk senang belajar Quran, dilembutkan hati untuk menjadi kakak dan anak yang solehah. Ummi doa supaya kakak diperelokkan akhlak dan berbudi pekerti. Semoga kakak menjadi insan cemerlang dunia akhirat dan menjadi anak solehah, insan solehah dan hamba Allah yang solehah. Allahummaaeeeenn... SELAMAT HARI LAHIR NURUL IMAN YANG KE3.

Hati dan jantung ummi ..

p.s: MasyaAllah dah tinggal berapa hati lagi Ramadhan akan pergi, sedih dan sayu rasa. Tak beredia lagi ditinggal Ramadhan. YaAllah, panjangkan usia kami supaya kami sempat bertemu Ramadhan akan datang :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah potty training Iman #2

Bismillahirahmanirahim

Sebelum saya membebel, saya nak kongsi apa yang saya buat untuk menarik minat Iman.

Saya merujuk kepada : kak Yatie Chomeyl
                                    babycenter
                                    kak Raudhah
                                    mycairochildren

Megan bantu saya melalui :
  http://kidshealth.org/parent/emotions/behavior/toilet_teaching.html#        http://www.mayoclinic.com/health/potty-training/CC00060
  http://www.webmd.com/parenting/tc/toilet-training-what-is-normal

Dan banyak lagi website-website yang membantu cuma saya dah lupa dah tak simpan. Satu yang saya sangat suka ialah di anaksoleh . Tapi entah kenapa website tak boleh di buka. Dari situ saya banyakkan solat hajat dan banyakan doa.

Antara right equipment yang saya guna adalah :

 Yang ni Iman pilih sendiri. Abgfiz beli online sebab murah. Dalam $12 usd tak termasuk shipping. Dan abgfiz minta Iman pilih sendiri. Haruslah princess pilihannya, segalanya princess.. Dan Iman teruja apabila barang dah sampai. Teruja hingga tertidur bersama seat ni.


 Yang ini pulls up disposable diaper (DD). Saya minta abgfiz belikan. Tak sangka pulak gambar princess. Tapi saya tak pakai sangat sebabnya........ tak beza pun dengan DD biasa. Jadi Iman tend to pee/poo dalam tu. Jadi pilihan pulls up memang tak menjadi dan tak berkesan. Iman sendiri tak nak pakai, katanya sayang.. boleh pulak dia pakai kat baby bear.. *sigh*


Yang ini antara training pant. Saya beli yang waterproof tapi hmm... buat carpet lagi basah ada,lah.. Mahal pulak tu. 2 helai dalam $5. Lepas tu baru saya minta abgfiz belikan di Amazon.com training pant yang kain. Murah : 3 helai $6.99.

Saya bagi Iman tengok banyak video di youtube pasal potty training. Yang ni paling berkesan.

http://www.youtube.com/watch?v=QlpItqzxcGA

Amazing job! Cepat anak dia boleh potty. Kagum saya dengan cara matsaleh ajar anak diorg. Banyak gunakan kelembutan., ketegasan tanpa memukul dan menjerit. Reversed Psychology . Tapi Iman bukan nya potty, sebalinya dia buat untuk baby dia. Sabar jela.. *sigh*

Minggu kedua :

Hari pertama : Saya masih pakaikan Iman  DD. Abgfiz tanya kenapa saya tak train Iman. Tengahari saya kembali train dia tapi langsung tak jalan. Banyak kena basuh sebab kencing ada lahhh.. *sigh*

Saya FAILED lagi

Hari kedua :

Yang ni saya tekad, setiap 1/2 jam atau 20 min saya ajak Iman ke tandas dengan lemah lembut.

'Iman, lets go to toilet?' Dan dia cakap "ok mom". Atau kalau dia bosan dengan pertanyaan saya, saya akan cakap "Iman lets go toilet? Please, please..' Dan dia akan balas.. "ok mom, I'll go"

Tapi saya kena duk dalam tandas tu lama, 10-15 min menunggu cik princess. Main jela dengan dia, pee ka boo, main surprise. Semua saya layan... Tiba-tiba Iman diam dan dia tenung saya dengan muka kesian dan ..... dia KENCING! Fuh, very good job. Banyak kali saya puji dia, saya peluk dia, high five dengan dia. Dan dia minta stickers. Oh lupa, saya mengikut saranan kak Yatie Chomeyl, saya bagi dia reward stickers. Dan... sehingga ke petang alhamdulillah Iman tak ada accident kencing di carpet/pant.

Fuh! Penat tapi berbaloi..

Muizz pula tak menangis, macam faham apabila saya ajak Iman ke tandas. Samada dia tunggu di pintu tandas atau ke depan main sendiri. Alhamdulillah Allah mudahkan usaha saya kali ni.

Tapi sebelum tu, berkali-kali saya bacakan doa "Rabbi yassir 'wala tua'ssir" dan kembuskan ke kepala Iman dengan harapan Allah menolong Iman untuk memahami kalau nak membuang, harus ke tandas, memahami setiap suruhan saya.

Alhamdulilah.... berjaya. Sehingga nak tidur saya pakaikan DD, dia cakap "Mom, I want icing.. (icing -kencing) " Sanggup dia tahan dan tak tidur sebab nak kencing di tandas. Bangun pagi, terus minta saya bawakan ke tandas. Alhamdulilllah.. syukur sangat. Dia memahami.

Dari 2 keping stickers yang saya lekat sebagai contoh, jadi banyak..


kepada

Ini baru hari kedua Iman berjaya. Tapi itu semua hadas kecil, hadas besar masih accident dalam pant lagi. Tapi saya tunjuk kat dia : buang 'poop' in toilet and bye-bye poo poo. Takat ni satu je accident. Hm...

Apa yang boleh saya kata :

Untuk train anak, haruslah BANYAKKAN SABAR, mulanya saya high expectation tapi kak yatie cakap 'jangan except result segera', lain budak lain cabarannya. Kak jaja cerita pengalaman anak dia, Si Sarah dalam 5-7 hari juga dia train tapi Aiman 3 hari je. Katanya lagi, ada setengah budak cepat dan ada setengahnya lambat.

Untuk mencapai tahap ni entah banyak kali saya tanya kepada mak, tanya kepada mama, tanya semua yang ada anak kecil, entah banyak mana saya duk menangis. Inilah masalah saya, benda kecil pun air mata asyik keluar. Tak faham dengan diri saya ni. Adik bongsu saya cakap .. saya ni lebih banyak menangis dari dia. Nak buat macam mana dah ratu air mata, hati tisu.

To be continued...

p.s : ini baru satu dua minggu, banyak lagi cabaran saya kena hadapi. Moga Allah mudahkan




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dipecat kerana berpuasa

Bismillahirahmanirahim

Saya terbaca artikel ini tika membuka laptop abgfiz.


Empat Muslim Perancis dipecat dari pekerjaannya sebagai pengajar kem muslim panas lantaran melaksanakan ibadah puasa. Tindakan itu akan mencetuskan reaksi keras komuniti muslim.

Mohand Yanat, peguam empat orang itu, mengaku hairan dengan pertimbangan Dewan kota soal pemecatan itu. Ia menilai tidak pantas menilai kapasiti seorang dalam melaksanakan pekerjaannya berdasarkan ajaran agama.

"Bagaimana boleh," kata dia seperti dikutip telegraph.co.uk, Rabu (1/8).

Empat pengajar Muslim telah dipecat dari perkhemahan musim panas anak-anak di Geenevilliers, Paris. Dewan bandar berpandangan berpuasa mempengaruhi kemampuan para pengajar dalam melaksanakan tugas mereka.

"Mereka tidak menghormati kewajipan mereka yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak," kata jurucakap Gennervillers.

Dewan bandar berdalih, seorang anak terluka tahun lalu kerana kelalaian seorang intrukstur muslimah yang tidak konsentrasi. "Mereka yang berpuasa tidak mempunyai konsentrasi penuh yang diperlukan untuk memastikan kegiatan kem itu sesuai dengan prosedur keselamatan yang telah ditetapkan," kata jurucakap itu.

Seorang pengajar yang dipecat, Samir mengatakan Dewan kota dan pengelola telah mengabaikan kebebasan beragama seorang. Yang lebih penting lagi, tidak ada bukti yang kuat orang yang berpuasa kehilangan kemampuannya. "Putusan ini tidak adil," kata dia.

Dewan Agama Islam Perancis (CFCM) dalam kenyataan rasminya mengatakan puasa adalah kewajipan sebagai muslim, dan hak-hak sebagai umat beragama. Sebabnya, tidak ada satu pihak yang boleh melarang umat Islam melaksanakankan hak dasarnya sebagai umat beragama.

"Kebebasan beragama adalah hak dasar," kata jurucakap CFCM, Abdallah Zekri.

P.s : Alhamdulillah kita bukan ditempat keempat saudara kita. Seakan dunia sekarang seperti dunia di zaman para anbiya'. Nauzubillah... Bersyukur sangat dengan apa yang Allah kurniakan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan