RSS

Salam Aidilfitri 1430H



Kad ini khas dedikasi untuk teman-teman blog, pembaca dan seangkatan dengannya terutama


Keluarga di Penang, Kelantan, Johor dan Selangor - makan tu ingat kami yang jauh ni ye..peluk cium untuk ayahanda bonda, embah dan atok.


Teman blog :


Ani : ani kredit for you.. moga bahagia di lebaran.. ;p

kak Jaja Iowa : akak..tq for caring, everything. Moga bb keluar lepas raya ye. Gud luck dalam labor. Jemput dtg beraya ke sini ye.. ada biskut raya perantau!

Pak Nep sekeluarga di Auckland : Mehla raya sini ye.. pestime raya jauh.. mak su: poskan biskut raya mak su sini. ;p

Suhaizi, Kak Nadiah : jemput ke rumah ye.. makanan biasa je tapi nak jemput jugak.

Nor Nashville: nor..kak za jemput meh sini.. salam lebaran

Farah Ukraine : fara selamat hr ry.. jgn lupa send gmbr raye kamu.

dan seluruh pembaca blog

Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf jika terkasar kata bicara time menulis blog. Sudi-sudikanlah amik kad raya ye..

** sticky post. entry baru sila ke bawah ye ;p **

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Syawal 1430H


Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah..dapat juga beraya seperti raya di Malaysia. Telefon mama kat Kelantan katanya raya jatuh pada hari Ahad. Lincoln pulak..tak sure jatuh pada hari apa. Doa-doa supaya jatuh pada Ahad sebabnya - weekend then abgfiz tak pi kelas. Jadi boleh beraya bersama. Tak seperti tahun lepas, udahla beraya lewat, pagi tu abgfiz ada exam lagi (kalau tak silaplaa).



Kesemua Melayu di Lincoln + Sek Yee




Persiapan raya pada tahun ni - agak BERSIAP. Mana taknya, biskut dah buat 2-3 jenis (itupon sebab cornflakes punya banyak dalam closet, tak termakan) dan almond london-request dari abgfiz. kebetulan semua barang-barang buat kueh dan biskut kat sini memang murah (tak convert ke RM ye). Almond boleh dapat 1lb dalam 5 usd. Tapi bisa kami beli tak sampi 1lb. Jadi murahla. Gula dan tepung of course murah. Satu paket yang 2.2 kg tu dalam 1USD lebih je. Murahla tu.




Ini biskut cornflakes campak ye.. Buat banyak adunan then divide bebrapa adunan dan masuk je semua yang ada-kismis ke, cornflakes ke..almond ke. Janji nampak biskut raya.. Okla tu kan.??



Hah.. saja nak tunjuk.. Ni almond london lincoln ye. Yang sebelah kanan tu versi kak nadiah- cantik gituh..yang sebelah kiri tu versi orang yang agak malas dan tak berapa pandai buat biskut..




Gambar kami bertiga..Iman asyik lena je..sleeping beauty sungguh!


Pagi Syawal tu buat open house - menu lontong + rendang + nasi impit + mihun goreng. Aduhh terasa kepenatan. Sehari sebelum tu, dah berada di dapur sehingga malam menjelma. Itupon duk doa mengharap Ahad esoknya raya. Nasi impit pulak, antara jadi dengan tak je. Maafla para tamu ye.. lembik sikit. Mungkin beras ke macam mana tak pasti (ecece..salahkan beras pulak..;p) Lepas solat raya, semua Malay yang ada disini termasuk Sek Yee datang makan di rumah kami.



Tengah hari tu pula Bon dan keluarga menjemput makan Nasi dagang Terengganu di rumahnya. (gambar rumah Bon tak sempat nak amik.. rumah kak nadiah pon) Sedapppp sangat. Entah kenapa ya saya dengan lidah Kelantan ni suka nasi dagang Terengganu berbanding Kelantan. Yang Kelantan mungkin berlemak sedikit kot. Pada petang itu pula, kak Nadiah menjemput menjamu soto dirumahnya.. Yang bestnye..ada ketupat daun palas terbang khas dari skill Zaki -yang tak tahan tu..daun palas diganti dengan daun pisang! Punya kreatif Zaki nih..




Ketupat daun palas..best ooo..kredit to zaki..ecece..lain kali wat lagi ye..



Malam tu, sejurus pulang dari rumah Kak Nadiah- lepas uruskan Iman tengok-tengok dapur dah licin- kemas oleh abgfiz..Ya Allah suka sangat..hilang penat memasak. Terima kasihhhhh banyak banyak banyak..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kad Raya!

Ecece..dapat kad raya.. okla kan dari tak dapat langsung. Tahun ni harapnya raya jatuh pada weekend. Dan insyaAllah kami alert. Takut jadi macam tahun lepas..kami buka puasa sebab raya hari tu jam 10!. Sedihkan?? KEbetulan masa tu abgfiz ada kelas. Hehehe. Petang besoknya baru beraya- itu pon makan bersama Suhaizi.. ala2 beraya la tuh! Tahun ini nak beraya... tak nak jadi macam tahun lepas. Sedih sentiasa ada sebab jauh dengan famly kan tapi sekurang-kurangnya suami sentiasa di sisi.. Eeeh terbalik patut isteri sentiasa disini yela sebab bukan isteri yang belajor suami yang belajor..ekekek



Dari Kak Hana, Kanazawa

Ni dari sepupu (anak Pak Nep belah Johor) dah besar..Ari tu kecit2 lagi..



Ini pula kad dari Pak Nep (belah abgfiz Johor) nun jauh terbang dari Albany, Auckland, NZ



Ini pon sama dari maksu (isteri Paknep)..





Yang ni spesel dari Kak Hani di Yokohama..Sama-sama beraya diperantauan ye kak..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Biskut raya ku


Cuba tengok..ada perubahan apa-apa ke daripada biskut yang biasa kita tengok??? Yesss...dengan yang putih telur tu tak putih, dan berkecai sedikit-sedikit... Ini adalah hasil bantuan anak kesayanganku, Cik Iman..http://www.emocutez.com

Awal pagi jam 8 saya ada appoinmnet di Hematology and Oncology, jam 9 lebih gitu baru balik. Ingat nak buat kueh, tapi mata berat sangat. Malam tadi dapat tidur 2-3 jam sahaja! Melayan puteri di kamar. http://www.emocutez.comJam 12 tgh baru dapat lelap mata setelah menyusu, melayan puteri ni. Jam 1230 bangun sebab lapar.. panaskan lauk dan since Iman tidur, buatlah biskut mama caries ni.

Sekejap-sekejap dia sedar, saya berhenti canaikan doh. Sekejap dia menangis, saya hentikan buh meringue atas biskut tuh, sekejap menangis balik, saya hentikan lorek-lorek coklat atas tuh.. sekejap menangis, saya asyik melayan dia..alih-alih lihat biskut ku bewarna coklat..kah kah kah.. Adehh... tak menjadi biskut ummi. Iman banyak sangat tolong ummi buat biskut. Tapi rasanya sedap lee jugak..http://www.emocutez.com

Sebenarnya Iman ni mengantuk, tapi entah apa yang membuatkan dia bebai.. Sekarang ni, nak kemas baju atau nak sambung tidur atau nak buat satu lagi biskut?? Mata dah berat, badan dah letih, tapi otak still nak buat kueh. Tu pon nasib baik, bila abgfiz balik dia yang basuh serta jemur kain..http://www.emocutez.com

Inilah dugaan menjaga anak ye puan-puan.. tapi bila tengok muka dia..sayu je rasa..pilu je..http://www.emocutez.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebulan



Bismillahirrahmanirahim.
Lagu sebelah ni request from abgfiz ye. Lagu raya kat sini memang HANTU. Jd sila-silalah mendengar ye.. Sebak je dengar lagu raya time jauh dengan keluarga esp lagu mamat tuh.. sayu je rasa.. sabarlah hati.. sat lagi kita balikla raya..nanti balik Malaysia mesti rindu nak raya kat US kan??



Iman yang dah sebulan. tembam sangat. Time Iman tidur dan ala-ala khayal nak tidur ummi amik gambar dia. Mukanya entahla ikut sapa. Macam Jepun.



Alhamdulillah..hari ni Iman tepat berumur sebulan mengikut kalendar Hijr. MAsa lahir hari tu 20 Syaaban, jadi hari ni masuk 20 Ramadhan..Jadi sebulanlah umur anakku itu. Besok, 11Sept genap umur dia ikut kalendar Masihi. Rasa seronok mengikut perkembangan anak-anak ni. Cuma tak terasa tumbesaran dia. Iman sekarang makin gemoooks.. sebab semua baju-baju newborn dah macam sendat je bila Iman pakai. Dah besar rupanya anak ummi ni. Cepat je masa berlalu.



Semalam pulak, mungkin kerana tak sedap hidung.. Iman asyik menangis. Menyusu dah, diaper dah tukar, perut pon dah sapu minyak tapi nangis jugak. Terpaksa YM abgfiz sebab tak tahu macam mana nak buat. Lepas menyusu mesti muntah..mUngkin sebab dalam tekak berlendir..jadi cepatla rasa muntah tu kan. Kesian dia.. ummi ayah dia dah sembuh selsema dia tak pulak..

Bila abgfiz balik..eeeehhhh senyap pula dia. Haiyaaa..ni saje ke macam mana.. Abgfiz suka letakkan Iman atas dada dia. Diam terus..siap lena lagi Iman ni! Mentang-mentang ummi kurus kering..tak sedapla kot dok atas badan ummi. Tapi semalam bolehla sambung kerja sekejap.. Petang tu, abgfiz balik senyap je Iman duk dngan dia. Alhamdulillah, ummi leh masak untuk berbuka..cuma request dari abgfiz nak suh buatkan kueh belum lagi tercapai. Hari ini InsyaALlah tengok Iman macam mana. Menu semalam nasi minyak cincai (sebab main campak je) dan kuzi ayam.





Tengoklah aksi dua beranak ni.. sedap je Iman tidur atas dada ayah dia. Abgfiz pulak sedap je lena..



-> hopefully Iman berada dalam mood yang baik hari ni..so Ummi leh masak kueh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Online shopping

Saya selalu ke blog abusaif dan ummusaif..banyak yang dapat dipelajari disana. Bila kesana, terlihat papan iklan ditepi-tepi blognya. Terus saya klik-klik disitu.. Teruja juga..dengan online shopping ni. Kalau di US ni kebanyakan memang online..sebab belia secara online lagi murah dari beli di mall atau kedai. Kadang tu memang free shipping. Fav abgfiz adalah..buku-buku dan barang-barang komputer. Kadang tu penat membebl kat dia pasal barang komputer tapi apakan daya memang dia HANTU barang-barang komputer. Nanti balik Malaysia, penuhla barang-barang komputer dan buku-buku dia.. Saya pula tak pernah melayari online shopping sini. Tak tahu nak beli apa..semua barang-barang saya berada di Malaysia.hihi.

Hari tu, teruja dengan jubah di butik hanani. Saje je tengok-tengok..dan abgfiz tanya nak beli jubah ke. Bila dah dia tanya macam tu, apalagi fikir jugala.. Kemudian dia bagitau nak kasi hadiah. Hadiah apa entah..hehe suka you!!! Dapatla 2 helai jubah untuk hari raya ni.. Suke sangat.. Dah lama berkenan dengan jubah ni tapi entah kenapa tak pulak beli-beli..

Bila dah tengok-tengok blog online shopping ni kan..terasa lucu pulak.. yela kadang benda sama herga beza sangat. Masing-masing nak ambil keuntungan. Dan jugak macam-macam fesyen ada esp tudung.. Betapa ketinggalan duk US nih..macam-macam jenis tudung shawl la, arianila, ekinla, tudung sitila..macam pelik la pulak.. Langsung tak mangikut peredaran fesyen. Nasib baik abgfiz juga tak berapa suka isteri dia duk bergaya. Kalau tak, jenuhla..

--> terigin nak buka blog niaga bila balik Malaysia nanti.. tengoklah macam mana..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan pantang

Saja nak share makanan saya dalam pantang ni.. semasa kat hospital.. apa yang dihidang itulah menjadi santapan saya. Kecuali telur, dan salad. Risau sejuk kan..telur pula risau menanah nanti luka-luka jahitan.

Bila balik rumah, abgfiz buatkan bubur nasi (dalam tu dia letak segala jenis sayur..) dan sup ayam. Memang saya sengaja menyuruh dia masak..sebab sup-sup ni.. hantu buat saya. Dan sememangnya, sebelum ke hospital saya dah siapkan perencah yang diblend (halia + lada hitam) ke dalam botol dan letak dalam peti ais. Abgfiz juga buatkan sup sayur. Tumis halia + bawang putih sikit dengan minyak canola dan masuk air serta sayur.. Senangkan..http://www.emocutez.com

Alhamdulillah saya jenis suka sup.. dan bubur nasi. Halia dan lada hitam juga kegemaran saya. Entah kenapa dari dulu, jika saya buatkan sup ayam.. memang berlambak halia dan lada hitam saya masukkan. Halia juga saya suka ratah-ratah begitu. Jadi makanan pantang bagi saya memang kena dengan tekak saya!!

Dah dekat 4 minggu ni makann tu jugakla menjadi santapan.. ditambah dengan pucuk pegaga (untuk banyakkan susu ibu). Ohh sedap.. jangan tak tahu.. berat saya hampir kembali ke berat asal.. 45 kg.hihi. Tak la suka sangat..masa mengandung lagi suka kot..berat banyak.. 60 kg. hihihttp://www.emocutez.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cukur rambut..keh keh

Semalam bila time tidur di bilik, Iman asyik menangis. Bila dukung baru berhenti.. Sedih je tengok anak menangis. Tapi saya pon tak mampu melawan rasa kantuk yang amat bila mana sebelum tidur makan vit C dan 2 biji Tylenol. Jadi tak terlarat nak mendukung Iman. Bila keluar ke ruang tamu, ingat abgfiz tengah study.. Tapi dia pon lena jugak. Ingat nak suruh dia la dukung Iman. DIa pon penat kan..
http://www.emocutez.com

Kami sambung tidur di bilik..Iman nangis lagi..bila angkat berpeluh kepala dia! Terfikir.agaknya Iman panas kot.. Nak pasnag kipas kang..takot melarat pulak selsema dia.. Bila keluar ke ruang tamu, baru Iman berhenti menangis. Meaning??? Iman memang tak selesa sebab panas..Oohh ummi tak faham apa yang Iman nak! Jadi dengan itu, saya angkut bantal, bulb, vicks, selimut..bentangkan comforter di ruang tamu dan letak Iman kat situ. Hah, berhenti pulak menangis..siap lena lagi..
http://www.emocutez.com


Pagi esoknya, sejuk pulakkk..Jadi selepas manyusukan Iman.. saya angkut bantal semua, masuk bilik letak Iman atas katil dan sambung tidur. Mungkin kesan ubat, saya tak jaga langsung. Bila jaga dah pukul 10 pg..Tengok abgfiz tengah mengadap buku, katanya Iman dan disalin diaper dan baru je dibuang hingus. Cuma dalam perkiraan saya Iman belum menyusu untuk 3 jam berikut. Sian anak ummi..




Bila tengok Iman tidur.. sayu pulak tak sampai hati nak kejutkan susu.. Jadi kami berdua buat keputusan..nak potong rambut Iman..HIhihi.. rambut dia nih..rambut semasa dalam perut lagi. Tak terpotong.. Jadi kami berdua berusaha memotong rambut Iman.. nampaklah sedikit muka Nurul Iman nih...http://www.emocutez.com






Tengoklah muka Iman ni..sdang marah sebab orang kacau dia..

Iman selepas kena gunting.. tukang gunting yang memang HANDAL.. jadi CANTIK je kepala Iman.. atk apalah Iman kan.. hantam sajalah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selsema

Bismillahirrahmanirahim..

Hari ini, hari paling memenatkan. Masakan tidak, abgfiz, saya serta Iman semuanya berada di linkungan tidak enak badan (ecece..macam endon plak ye..)http://www.emocutez.com Malam tadi jam 2 pagi Iman bangun untuk menyusu, tapi lepas tu Iman tak nak tidur. Huhuhu.. pujuk-pujuk tidur sekejap..lepas tu bangun lagi. adeiii..bila lama-lama tengok jam pukul 5 - dah sahur. Maksudnya dah 3 jam dia duk 'ok ek..ok ek..'. Bila dah subub tadi baru perasan hidungnya tersumbat. Alala..siannye anak ummi. Iman dah terkena selsema!http://www.emocutez.com

Cuaca sekarang sejuk, tambahan pula abgfiz masa lahir Iman sampai sekarang tak cukup tidur, sampai mata dah lebam, kepala naik pening dan sakit. Mungkin sebab itula..imunisasi menurun. Abgfiz biasanya kuat.saya pula susah nak sakit tapi bila dah kena selsema ni..susah nak berhenti. http://www.emocutez.com Kesian pula kat Iman. Bayikan..nak cakap tak reti, menangis ajala..

Moga-moga Iman hanya selsema.. abgfiz dah ke drugstore untuk pick up ubat Iman dan vit C untuk kami. Moga-moga..cuaca sejuk ni tidak membuat kami sakit..http://www.emocutez.comAmiin...




Kesian anakku..http://www.emocutez.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terkini

Iman senyum entah pada siapa....


Bismillahirrahmanirahimm

Lama betul tak update blog.. sebenarnya angin malas bertambah-tambah tambahan pula dengan kesihatan tak mengizinkan. Tak terasa ramadhan dah ke angka pertengahan kan?? Cepat betol masa berlalu.. Alhamdulillah Iman pon dah dekat sebulan.. yeay..anak ummi dah nak besar..hehe. http://www.emocutez.com

Ramadhan berlalu begitu sahaja. Tanpa ibadat yang sepatutnya. jika di Malaysia penuh masjid-masjid. Setiap hari ada je tadarus di tv. Sini, apa yang ada? Hanya puasa semata-mata.. ohh rindunya nak puasa di Malaysia. Tak puasa pon rindu sangat nak merasa ramadhan di Malaysia. Tapi apakan daya..


Alhamdulillah berat Iman dah 8.8 lb. Pipi pun dah tembam.. cuma dugaan betul menjadi ibu bapa ni. Minggu pertama alhamdulillah Iman tak banyak kerenah. Hanya tidur dan menangis menyusu sahaja. Tapi dah masuk minggu ke2 dan ke3 ni..dan kebetulan abgfiz dah start kelas..memang mencabar sungguh. Abgfiz sibuk kelas, saya masih dalam pantang dan tak kuat, dengan Iman berjaga setiap malam.. Adehh.. dugaan sungguh. Setiap kali telefon keluarga mesti menangis terasa kesedihan dan terasa diri memerlukan keluarga disisi. Apa-apapun mesti kuatkan hati. Jangan fikirkan masalah tapi cuba selesaikan masalah. Minggu kedua saya dah mula memasak- sibukkan diri di dapur. Alhamdulillah, walaupun masih sakit tapi Allah kuatkan diri memasak untuk suami dan diri sendiri. Alhamdulillah juga, saya hanya memasak dan menjaga Iman. Lain kerja.. laundry, lipat baju, jemur kain, change diaper Iman, semua abgfiz yang buat. Kadang kesian + sedih mengenangkan suami yang buat semua. Namun, alhamdulillah masuk minggu ke3 ni, rasa diri sedikit kuat untuk meneruskan kerja sebagai surirumah dan memasak untuk suami http://www.emocutez.com


Cuaca sekarang ni, tak menentu.. kengkadang sejuk kengkadang panas. Cuaca tak menentu menyebabkan abgfiz diserang selsema, terasa diri juga turut terjangkit. Risau jika Iman turut sama jangkit, susahla nanti. Bayikan..kalau sakit tahu menangis aja. Moga-moga Iman kuat dan tak berjangkit. Berat abgfiz pon dah kurang.. berat diri juga kurang. Bayangkan semasa mengandung, berat naik sehingga 30lb ~ hampir 15 kg. Sekarang berat turun mendadak hampir 30lb.. Aduh..dah cengkung gamaknya.. Sekarang tengah berusaha nak naikkan balik..

Terasa kekosongan bila mana ramadhan ini tak terisi dengan bacaan Quran. Setiap kali ramadhan saya berusaha untuk menghabiskan satu buku Quran itu tapi apakan daya, semua tak terbuat. Namun alhamdulillah sebelum berbuka puasa, abgfiz bacakan quran untuk saya dan Iman. Dan setiap malam abgfiz memasang Quran Explorer-sangat menyentuh perasaan mendengar bacaan di website itu.

Semoga aidilfitri yang bakal menjelang nanti, dapatlah kami meraikan dengan jayanya. Tak seperti tahun lepas, kami beraya jam 10 pg kerana tidak mengetahui hari itu adalah hari raya! Sedihkan.. apakan daya. Itulah suka duka berada dinegara orang. http://www.emocutez.com


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan