RSS

Hari ini begini, esok entah begini atau begitu

Bismillahirahmanirahim

Entah kenapa saya suka menyepi kebelakangan ini.. teringat kisah kenalan saya...

Dari kecil, dia sangatlah bijak, cerdik, pendek kata menjadi kebanggaan orang tua. MAsuk sekolah asrama, sekolah agama berasrama, banyak menyanndang jawatan tinggi dan pernah memegang tampuk pimpinan ketua asrama puteri dan akhlak. Seorang yang sangat berwibawa, saya memang 'admire' pada dia. Masuk universiti pun sama, kerana kebijaksaaan nya, dia memperoleh ijazah kelas pertama, dan hanya 2 orang Melayu sahaja termasuk dia, kerana 'pointer' yang tinggi. Masuk alam pekerjaan mengajar di sebuah kolej swasta.

Namun, entah apa silapnya, kahwin tanpa restu orang tua, mengandung seorang diri dalam keadaan tidak sihat, ditinggalkan suami, bersalin seorang diri.... Anaknya pula ; mungkin ada komplikasi ketika mengandung, lahir dalam keadaan tidak sihat, tak normal. Kini, dek kerana kesihatan anaknya, dirinya terpaksa berhenti kerja, mengharapkan kerja di internet, menjaga anak tanpa suami disisi, anaknya tanpa ayah disisi. Suaminya entah kemana, dengan nafkah tidak diberi, dengan hatinya yang tidak sanggup menjaga anaknya dek anaknya tidak normal. .....

Hingga kini, saya masih mencari di mana silapnya. Tapi benarlah apabila sesuatu telah berlaku, jangan sesekali membuat tanda soal ; mengapa?, kenapa? dan kenapa? saya hanya boleh mendoakan dari jauh, dia diberi kekuatan. Jangan difikirkan aapa akan berlaku, kerana perancangan Allah adalah yang terbaik. Look forward, yang lepas jangan dikenang.


p/s: bersyukur kerana dilimpahi nikmat yang tak ternilai ; suami yg sempurna, anak-anak yang sempurna. kepadamu, hanya doa yang tak putus aku pohon supaya diberi kekuatan dan ketabahan. Sentiasa berbaik sangka pada Allah. insyaAllah.... ada jalan di hadapan..

p/s: siapa kita untuk menghukum manusia? siapa kita untuk mencaci/mengutuk manusia? tidak sedarkah kita, bahawa kita tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita dan keluarga kita suatu masa nanti? berhati2 apabila mengutuk, mencaci, menghina. kerana tak mustahil ianya akan terjadi kepada diri kita/ keluarga kita.

wallahu'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kakak yang cumil~

Bismillahirahmanirahim





 hAAA~~ itu menu waktu makan-makan di rumah anak dara Sabah/Sarawak Krismas hari tu. Saya dijemput je. Menu utama laksa sarawak dan nasi ayam. Yang paling saya suka, laksa sarawak. Sampai sekarang duk mengidam lagi laksa sarawak. Nantila kalau rajin nak buat laksa tu.



Tak tahula kenapa cik Iman suka sangat pakai spec Mrs Potato tu. Dah tu pakai nursing cover saya untuk tudung dia pulak tu...



Muizz yang dah pandai panjat-panjat. Kadang tu bangun awal-awal boleh turun katil dia, nak panjat katil ummi. Tapi tak sampaila Muizz, kaki tak panjang lagi HOHo~~ cuba lain kali..












 Kakak~~ biasalah kalau ke dapur, tak sah kalau tak amik barang-barang dapur ummi.



DUk suruh saya pakaikan tudung dengan menggunakan towel kakak.. Jadi macam nila...



Pakai pulak Spec Mrs Potato..






 Kakak dan adik sama-sama bermain =)











Tada~~~ dah hensem dah saya.. Ummi potongkan tika saya leka main berus gigi di sinki. Tapi ummi sempat potong bahagian belakang je. Bahagian depan tu tak sempat sebab saya duk berebut gunting dengan ummi =))





anak-anak adalah canvas puteh, kitala yang mencorakkan jadi lawa ke buruk ke, artistik ke. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

coach~

Bismillahirahmanirahim


Waktu YES (year end sale) hari tu, saya sempat grab tiga biji Coach handbag. Ada yang berkenan? Boleh lawati blog saya yang ni




*model saya tak berbayar.. muekeke *















boleh emailkan kepada saya nurzza@gmail.com untuk keterangan lanjut =))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan