RSS

Lama betul~~

Bismillahirahmanirahim



MasyaAllah, lama betul blog ni bersawang. Bukan tak ada masa, tapi entah.. sibuk barangkali. Ekeke..



Kak Fatonah, Iza dah tak mabuk-mabuk dah tapi nak mengadap pc dalam masa yang lama agak terhad. Tambah pula, Iman suka panjat meja pc ni, jadi kerusi memang sentiasa jauh dari meja.



Raya lepas, alhamdulillah walaupun jatuh pada hari Jumaat (yang paginya abgfiz ada 2 kelas dan 2 kelas petang) kami sempat beraya bersama-sama. Mana taknya, pagi raya tuh, suka hati dia je nak ponteng kelas. Walaupun dia memonteng tapi alhamdulillah, sempat bermaaf-maafan bersama setelah dia pulang dari solat aidilfitri.












Dah subuh dah, nanti kita sambung cite lagi ye.


p.s: Ayat terbelit-belit.hehe gomen ne~~


p.s: Tahniah buat adik ipar, Nor Hafizah kerana selamat melahirkan bayi lelaki tanggal 25 Sept bersamaan 16 Syawal lalu walaupun ada sedikit komplikasi. Get well soon, dan selamat berpantang~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aidilfitri 1431



Eeh.. dah nak habis puasa ye? Cepat betul masa berlalu. Bila dah nak habis puasa ni mula fikir... 'adoi, malas betul nak masak lepas ni'.. Tahun ni kami berpuasa dan beraya kali ke 3 di perantauan. Masih teringat lagi puasa dan raya yang pertama kali dahulu (eh betul ke ayat ni??). Sedih betul hari tu tapi, semuanya menjadi kenangan. Gitulah adat berada di rantau orang yang masyarakat melayu islamnya sedikit (waktu tu la...) ..



Kalaulah raya tahun ni jatuh pada Jumaat, sah2 kami beraya hari Sabtu. Sebab apa? Haha.. Abgfiz kelasnya jam 8 pagi sehingga 5 petang, gapnya satu jam je kot.


Ramadhan kali ni pun ibadat yang dibuat ala kadar je. Mana taknya, kadang tu solat pun duduk, lepas solat memang terbaringla jawabnya. Kalau sihat pun, payah nak bangun solat malam, ada je halangan. Bila dah keadaan begini, saya betul-betul rindukan waktu belajar dulu. Ke masjid, bangun awal pagi, ishhh rindu betul.. tapi, mana mungkin masa lepas akan berulang lagi..



Di kesempatan ni, kami bertiga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin dari hujung rambut ke hujung kaki, andai ada tersalah bahasa, terkasar bicara yang mana menyinggung hati dan perasaan para pembaca (termasuk keluarga dan sahabat handai). Semoga dipanjangkan umur bertemu lagi ramadhan akan datang.


p.s: banyak betul komen tak berbalas, mohon maaf ya. mood mengadap pc lama-lama datang dan pergi. Ekekek..


p.s: adik2ku, makan rendang, roti jala, lontong tu sila ingat kami di sini ya..


p.s: skill bercerita dah tak betul sangat, ayat pun entah ke mana.. kalau tak faham tu, buat-buat faham jela ye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan