RSS

Aidilfitri 1432H


Bismillahirahmanirahim~

Sedar tak sedar 1-2 hari lagi nak raya kan? Entah kenpa, sedih betul bila fikir ramadhan akan pergi. Entah sempat ke tak saya sambut ramadhan akan datang.. T_T

Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri buat semua sanak saudara, rakan taulan sama ada jauh dekat, Malaysia, USA, seluruh dunia. Maaf segala salah silap, terkasar bahasa, tersilap bicara, terbelit kata-kata, terguris perasan, terrobek hati, tersegala-galanya ter. Mohon ampun jika saya tak berblog walking, mohon maaf jika ada komen-koemn yang tak dibalas. Saya amat hargai komen-komen tersebut, cuma masa cukup terbatas untuk saya membalas dan berblog walking. Anak-anak lebih memerlukan saya disisi. ehek =)

p/s: makan ketupat rendang lemang ingat-ingatla kami yang jauh ni.

p/s: kalau raya sini jatuh pada hari Selasa, iAllah sempatla saya beraya dengan abgfiz, kalau hari Rabu, maka nya saya beraya dengan anak-anak jela. Abgfiz perlu ke field work. Apa-apapun, di mana pun kita berada, jauh dari kampung ke, kitalah yang perlu meraikan , biarpun bersama suami dan anak-anak.

p/s: adik-adik Lincoln, dan seluruh warga USA, jemput datang Lincoln =)

Salam aidilfitri buat semua. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah, dah 2 tahun!

Bismillahirahmanirahim


 Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaNya.. puteri saya sudah memasuki ke angka 2. Cepatnya masa berlalu, baru je semalam rasanya duk sakit-sakit kat Saint Elizabeth, baru je semalam saya rs tengok dia merah-merah di pangkuan saya. Tup tup dah masuk 2 tahun dah dia


Peningkatan  Iman paling ketara~~ suka main dengan baby doll. Teddy bear ke, apa2 yang boleh peluk semua di buat baby. Tapi saya suka dengan sikap dia yang ni. Kalau duk tengok kartun yang ada baby, walaupun baby  binatang, terus dia ambil watak sebagai emak yang sedang menjaga baby, dodoikan baby, bla bla ,isnt that sweet? 



Gambar kat atas ni baby doll yang baru. Kisahnya macam ni.. waktu abgfiz dan Iman ke klinik untuk check up 2 years old, doc minta abgfiz bawa Iman ke klinik gigi. Waktu di klinik gigi, doc letakkan wax di gigi Iman dan hadiahkan berus gigi. Habit Iman pulak, jumpa je berus gigi terus nak berus gigi dia. Lama pulak tu, kadang-kadang satu hari keje nye duk berus gigi.. hingga rosak berus tu! Disebabkan oleh wax tu, Iman tak boleh makan benda keras, tak boleh berus gigi selama 6 jam. Bila doc tak bagi beruskan gigi Iman, melalak tak ingat la dia. Last-last doc bagi baby doll yang belah kiri tu. Satu hari tu duk pegang je baby doll tu.

Waktu check up tu juga, Hb Iman diambil..malangnya Hb Iman rendah sangat, 4! Kata doc di tahap bahaya tu. Jadi kerana Hb yang rendah tu... Iman kena ambik darah di Quite ~~ ape entah. Lupa dah nama tempat tu. kt situ ada pulak baby doll yang memang menyerupai baby, boleh bagi ssusu, buka diaper bla bla bla.. Iman suka pulak main dengan baby doll tu. Melalak-lalak tak nak lepaskan waktu nak balik tu. Akhirnya abgfiz singgah Target untuk beli baby doll tu. Pandai pulak dia pilih baby doll , Bath time baby. Boleh buka baju, diaper, bla bla bla...

Tapi balik rumah, dibogelkan baby doll tu. Duk peluk ke hulu ke hilir baby doll tu sehingga waktu tidur, tidur pun duk peluk baby doll yg bogel tu! Kelakar sangat. Tapi saya seronok tengok dia main dengan baby tu..



Ibu sedang pakaikan baju dan diaper baby.~ ada gaya ibu tak?


 Dengan Muizz Muizz pun duk main barang baby tu..


 Yey~ masa untuk tukar diaper!!



Sempena hari lahir Iman, saya buatkan kek coklat. Saya amik resepi di Joyofbaking. Memang best, tapi... banyak guna gula dan tak menyihatkan.  Waktu buat ni saya fikir banyak kali, hehe.. tapi saya fikir balik, bukan selalu saya buat, jadi saya meneruskan agenda saya itu .. huhu =(






Resepi dia.. saya copy and paste je. Malas nak menaip!


Chocolate Cake: Preheat oven to 350 degrees F (177 degrees C) and place rack in center of oven. Butter, or spray with a nonstick vegetable spray, and line with parchment paper, two - 9 x 2 inch deep (23 x 5 cm) round baking pans.
In a stainless steel or heatproof bowl place the chopped unsweetened chocolate and cocoa powder. Pour the boiling water over the chocolate and cocoa powder and stir until they have melted. Set aside to cool while you make the batter.
In a separate bowl, whisk to combine, the flour, baking powder, baking soda, and salt. 
In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until smooth and creamy. Gradually add the sugar and continue beating until the mixture is fluffy (this will take about 3-5 minutes). Add the eggs, one at a time, mixing well after each addition. Scrape down the sides of the bowl as needed. Add the vanilla extract and melted chocolate mixture and beat to combine.
Add the milk and flour mixtures in three additions, beginning and ending with the flour mixture. Beat only until the ingredients are incorporated.
Divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops. Bake for about 35 - 40 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean and the tops spring back when lightly pressed. Remove from oven and place on a wire rack to cool for about 10 minutes. Then remove the cakes from their pans and cool completely on a greased wire rack before frosting.
Frosting:  Melt the chopped chocolate in a stainless steel bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and let cool. Then place the melted chocolate, milk, confectioners sugar, salt, and vanilla extract in the bowl of your electric mixer, fitted with the paddle attachment. (Alternatively, you can use a hand mixer.) Add the pieces of softened butter and beat on low speed for about 2 minutes. When the frosting starts to come together increase the speed to medium and beat for about 2 to 3 minutes or until smooth. Scrape down the sides of the bowl with a rubber spatula. Increase the speed to high and beat the frosting for 1 - 2 minutes more or until it is of spreading consistency. If necessary, add more milk or sugar.
To Assemble: Place one layer of cake, top side down, on your serving plate and cover with a layer of frosting. Then place the second layer of cake, top side down, onto the first cake layer and then frost the top and sides of the cake with the remaining frosting. Can garnish with fresh fruit or shaved chocolate.
Serves 8 - 10 people.

Sources:



Chocolate Cake:
4 ounces (120 grams) unsweetened chocolate, chopped
1/3 cup (30 grams) unsweetened cocoa powder (not Dutch-processed)
1 cup (240 ml) boiling water
2 1/4 cups (295 grams) all purpose flour
2 teaspoons baking powder
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup (226 grams) unsalted butter, room temperature
2 cups (400 grams) granulated white sugar
3 large eggs
2 teaspoons pure vanilla extract
1 cup (240 ml) milk
Frosting:
5 ounces (140 grams) unsweetened chocolate, chopped
1/3 cup (80 ml) milk
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, softened and cut into pieces
4 cups (1 pound) (454 grams) confectioners (powdered or icing) sugar, sifted to remove lumps
1/8 teaspoon salt
2 teaspoons pure vanilla extract


Read more:http://www.joyofbaking.com/ChocolateButterCake.html#ixzz1V1Dq3LDG


 Magic Rise Oven~ hadiah dari ayah!

 Ummi? ummi buat kek je untuk Iman.. Biarpun bughuk benor. ekekek. Tak pandai saya nak decor-decor kek. Lagipun waktu saya buat ni, Muizz pun tolong buat jugak. Jadi, daripada boleh siapkan dalam 1 jam jadi berjam-jam saya buat. ekeke~~


 Gini la hobi Iman.. kalau ada banyak-banyak baby doll, usaha dia amik selimut dalam play pen Muizz selimutkan semua baby doll dia.


 Sampaikan tidur pun sebelahan dengan baby doll. Tak sedar saya dia tertidur ni. Sedar-sedar dah berdengkur!

Gaya tidur masa kini~~


p.s: semoga anak ummi ayah jadi anak yg soleh dan solehah dunia akhirat.. ameeeeen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ramadhan

Bismillairahmanirahim

Alhamdulillah hari ni genap 8 hari kita menjalani ibadah puasa. Tahun ini kami berpuasa pada musim panas, yang mana panasnya memang panas. Bahang sangat, hatta angin pun panas. Subuh pulak awal dan maghrib pulak lewat. Tapi dah makin hari makin awal la maghribnya, makin lewatla subuh. Awal tak awal maghrib hari ni jam 0835 pm dan subuh jam 0503am. Orang Malaysia cakap Malaysia panas sekarang tapi kalau nak dibandingkan dengan Nebraska (extreme weather) ni, Malaysia tu banyak sejuk dah bila waktu panas. ngin nya sejuk, nyaman. Sini kalau tak ada aircond memang panas, kadang tu tak boleh bernafas panasnya.


Seminggu sebelum Ramadhan tiba, kami didatangi tetamu, bertalu-talu datangnya, alhamdulillahhh murah rezeki kami =)..

untuk musim panas kali ni, Kak Esfa sekeluarga menjenguk kami, kebetulan mereka on the way balik ke Arizona dari cuti-cuti. Kebetulan anak keduanya dekat-dekat je lahir dengan tarikh Muizz lahir. =))

Sempatla kami bawa diorang berjalan ke Lincoln Children Zoo. Yang kelakarnya, sepanjang berada di zoo tu Iman asyik menjerit ketakutan! Takut pada semua binatang. Tau jugak takut dia.. biasanya Iman bukan jenis takut- orang asing tak takut, dalam gelap tak takut, naik tinggi tak takut, alih-alih binatang takut pulak.
Ekeke..

Hari tu sungguh panas, bahangnya masyaAllah... merah pipi Iman. memang panas!

Selang dua hari lepas tu, Kak Niza dari Kansas City, Missouri pula datang . Yang ni kami kenal agak rapat sebab dah beberapa kali ke rumah kak niza ni. Lepas tu saya pulak jenis banyak cakap, banyak la cite kami =)






Jumaat tu pulak, sahabat baik abgfiz datang, Nik Izham dan isteri Syaida. Dah lama tunggu diorang ni datang. Bukan jauh benor pun =) 2 jam 1/2 je pun dari Manhattan, Kansas. Sabtu esoknya tu, kami dijemput ke Omaha, ada makan-makan sebelum puasa. Tak sempat sangat nak sembang banyak dengan diorang ni Saya sibuk memasak kat dapur~ ! Harapan dan doa kami, moga datang lagi ke sini ;)



Sabtu tu pulak, sessi bantai membantai makanan di Omaha, rumah Kak Ellie . Banyaaaaak sangat makanan yg dibawa. Adik-adik ni boleh buka kedai makan balik Malaysia nanti. Jangan tak tahu, adik bujangpun pandai buat cheesecake! Sedap pulak tu. Kalah saya, saya memang tak padai masak sangat pun. Makan pandai la.. eheee~~


 Ini antara dessert.. saya bawa apple cake je. Apple banyak sangat kt rumah. Sat saya buat apple pie, sat say buat puding roti apple, sat saya buat apple cake. Sebabnya... kami anak beranak tak makan sangat epal. Iman lebih suka makan orange, pisang dan strawberi. Saya? piang je kot yang saya makan.. Oren makan jugak kalau duk suap kat Iman.


 Kueh seri muka adik Fizah, kek pisang kak Nadiah dan Apple cake saya. Entah sedap ke tak rasa kek tu..


 Ni ustazah Iman, yaAllah angin dia nak pakai tudung datang. Pastu tak mo buang plak tu. Sudahnya heret jela ke rumah Kak Ellie. *alhamdulillah.. sejuk hati*


 Hero saya ramai sangat peminat yang nak mengasuhnya. Boleh kira berapa lama Muizz duk dengan saya, selebihnya dengan ELfha, Ain, Azrina. Sampai tertidur-tidur Muizz dan pengasuh dia.!


 Iman?? Banyak buat hal sendiri, main pun sendiri. Dekat nak balik baru duk lari-lari main dengan anak kak Ellie, Jefrey. Oh, Kak Ellie ni orang Melaka, tapi dah menetap di sini, suaminya mualaf. Rumahnya, cantik sangat.. siap ada backyard lagi. Bestnye kalau ada rumah macam ni..


Kami semua.. ehhh ada lagi tertinggal ni. Sapa-sapa duk tepi kanan (dalam gambar tu) ada yang tak masuk dalam gambar kamera saya. Abgfizla tukang set amik gambar ni. Nasib la... huhu


Ouh, menu hari tu Kak Ellie masak nasi beriyani + kari daging, saya bawa ayam tandoori. Adik-adik bawa daging asam, mihun goreng, kuew teow goreng tu saya yang masak, ada satay, mee goreng. Lupa la pulak... tapi banyakla makanan hari tu!


Puasa pertama pulak, kami didatangi Abg Rozi sekeluarga dari Fort Collin, Colorado. Sempatla berbuka puasa ramai-ramai di rumah kami ;)

 Menu hari tu saya masak nasi biasa, ayam masak merah, dalca, teur goreng abgfiz masak, sayur goreng tempe adik Ain yang masak. Dessert pulak saya buat dadih kastad dan dadih pandan. Tak sangka cepat sangat habis makanan waktu tu.. puasa pertama agaknya. Sebeb tu lapar sangat tu..

 Antara yang hadir..


Kami semua, ada yang dah balik.


Sekian sudah makan -makan dan tetamu kami. Seronok menerima tetamu ni. 

Salam ramadhan dari kami, mohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Semoga kita sama-sama berebut utk mendapat maghfirah dariNya, mengejar lailaturqadar dan mengejar untuk ke syurga.

p/s: saya betul-betul mohon maaf jika ada follow yang enanti entry saya. Saya betulbetul tak punya masa untuk update blog, tak punya mood untuk mengadap pc. =)

p/s: doakan kesejahteraan ayah mak di Malaysia, supaya merek sentiasa sihat sejahtera. Mak ayah, kami tak lupa menyebut nama mak ayah, adik-adik dan mama adik2 dalam doa kami. Semoga Allah makbulkan. Ameeen

p/s: alhamdulillah 3 kertas abgfiz dah lulus, sekarang sedang enunggu kertas ke empat. LEpas tu menjalani oral exam. doa2kan ye...


hero dan heroin kami =))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan