RSS
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Kahwin awal

Bismillahirahmanirahim

Saya peminat setia majalah ANIS sejak di bangku sekolah lagi, bilamana mama sentiasa belikan untuk pembacaan nya, saya tumpang dua kaki. Dan hingga kini, saya masih jadikan ANIS teman baik saya. Tetapi sejak sahabat baik saya, Nora poskan majalah SOLUSI, alhamdulillah bertambah koleksi majalah ilmiah saya.

Dalam SOLUSI isu no 32, tertarik saya dengan pertanyaan bahagian munakahat : Langkah bendul. Kebetulan, saya juga melangkah bendul sewaktu berkahwin dahulu. Ya, saya kahwin pada umur yang awal, 22. Waktu itu, saya masih belajar di USM pada tahun akhir, abgfiz pula masih belajar di peringkat Master. Keputusan kahwin pada waktu belajar adalah keputusan saya. Ianya bukanlah keputusan yang mudah namun, alhamdulillah mertua saya pada waku itu memberi sokongan penuh. Apakah maknanya kenalan lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah? 

Selama manakah hubungan yang terjalin tanpa ikatan yang sah? Menunggu sehingga gaji mencapai 5 angka? Atau 6 angka? Memang, pada awalnya saya memikirkan masalah kewangan namun saya sentiasa percaya dengan rezeki Allah. Allah itu Maha Pemurah, jangan difikirkan pasal kewangan, insyaAllah rezeki akan menyusul.

Hubungan kami pada awal mendapat tentangan dari ayah saya, dek lain kenegerian. Tapi entah kenapa, saya tak pernah impikan perkahwinan bersama lelaki daripada negeri yang sama. Mungkin saya ketika di matrik dan USM lebih banyak bergaul dengan pelajar bukan Kelantan. Namun, dugaan demi dugaan kahwin juga kami. Jutaan terima kasih buat mertua saya, yang bersusah payah dalam segala hal hubungan kami. Hingga kini, saya bersyukur.

Ada sesetengah ibu bapa inginkan anak-anak bergaji tinggi barulah diberi keizinan berkahwin, ada juga yang inginkan anak mereka hingga ke peringkat PhD, ada pula sehingga kakak dan abang mereka selesaikan perkahwinan dahulu. Namun, setakat mana dan selama mana harus dipanjangkan hubungan yang tergantung?

Bising adik-adik di sini , mengadu kepada saya, umur sudah ke 22 tapi masih berstatus 'single' dan 'available'. Jangan dirisaukan tentang jodoh, doa sentiasa dan berbaik sangka dengan Allah. Kalau bukan di dunia, insyaAllah pasti ada jodoh di akhirat. Saya sendiri berdoa untuk mendapat jodoh yang baik tika saya berumur 15 tahun lagi. Waktu itu ustazah yang paling saya rapat (sekarang sudah kembali ke rahmatullah) sentiasa menasihati saya supaya berdoa dari sekarang tentang jodoh, dan kerjaya. 

Namun, jika penat mendengar bebelan dan teguran orang tua (kerana tiada teman) atau penat mendengar dan meneliti pandangan manusia, jangan sesekali menerima sahaja lelaki yang tak pernah kita ketahui latar belakang nya. Sabar. Berdoa. Pasti Allah makbulkan. Namun, jika pilihan kita tidak mendapat restu ibu ayah (dengan alasan yang kukuh), putuslah, tinggalkanlah. Kerana REDHA ALLAH ITU LETAKNYA DIBAWAH REDHA IBU AYAH. 

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" : (alBaqarah :216)

Jangan terhantuk baru nak mengadah. Selepas akad nikah, kita isteri hak milik mutlak mereka. Justeru, sebelum membuat keputusan, haruslah fikir, teliti, ambil sedikit sebanyak pendapat orang tua, istikharah, solat hajat supaya diberi petunjuk. Juga, jangan terlalu memilih, permata ada di hadapan mata tetapi batu yang jauh itu juga yang dipilihnya *pepatah rekaan saya*. Cukuplah taat pada perintah Allah dan agama, hormat ibu ayah. Tak perlu berkopiah, berjubah, kerana pakaian itu tidak melambangkan keperibadian. Ya, yang menutup aurat dengan sempurna itu adalah yang beriman, tetapi yang beriman itu tidak semestinya berjubah, bertudung labuh, berkopiah. Iman itu letak di hati, siapa pun tidak nampak , hatta malaikat. Hanya Allah yang menilai.

Wallahua'lam.

p.s: hanya sekadar pendapat sendiri.
Ianya harus bersesuaian dengan keadaan dan masa. Sudah berkerjaya dan berpunya, teruskanlah. Jika ada halangan insyaAllah, moga dimudahkan.

P/s: (membuat entry sambil terkenangkan keluarga, sepupu, yang berpunya tetapi tidak direstui, berpunya dan berkerjaya tapi tiada keinginan untuk berkahwin, berpunya dan berkerjaya tetapi tidak dibenarkan berkahwin atas alasan gaji tak cukup walaupun umur sudah masuk ke angka 1/4 abad.)

Wallahua'lam. Yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari diri saya. Hakikat sebenar keduanya datang dariNya, sebagai ujian pada diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila kita gagal, renung-renungkan..

Bismillahirahmanirahim


Kita selalu cakap...

"apalah nasib hari ni,..." atau "kenapaa aku tak selalu dapat apa yang aku hendaki?" atau "kenapa aku masih gagal walaupun aku rasa akulah yang paling rajin" atau "kenapa aku dapat bala je..' atau "kenapalaaa aku ni asyik tak bernasib baik' atau.... "apalah yang tak kena pada diri aku ni hinggakan gagal je"

TAPI...

pernah tak kita terfikir, kenapa sebab/asbab puncanya kegagalan kita? Tak kisahla gagal ujian, gagal dapat kerja, gagal dalam semua bidang. Cuba duk tepi tingkap renungkan... buka mata hati, renungkan...

Adakah hubungan kita dengan Allah baik? Solat setiap waktu? Solat pulak, adakah tepat pada waktu? Atau  dah nak habis waktu solat baru terhegeh2 nak gi ambil wuduk?

Macam mana hubungan kita dengan ibu bapa? Taatkah kita? Pernah tak kita terfikir, .."aku ni buat benda ni mak ayah redha ke tak?" Lawan tak cakap mereka? Pernah tak kita buat ayah mak terasa hati dengan kita?

Hubungan dengan guru pula? Guru ni banyak... guru sekolah, guru belajar ngaji, guru belajar di universiti. Taat kah kita? Agak2 ilmu yang dia bagi tu dia redha tak? pernah tak kita sakiti hati dia dengan kata-kata kita?

Hubungan sesama manusia pula ok tak? Agak2 semua org boleh maafkan tak kesalahan kita? Ada tak orang simpan dendam dgn kita walaupun kita rasa apa yang kita buat tu sebenarnya biasa, namun kita tak tahu si dia terasa. Not forget and forgive?

Takat mana pandainya kita, takat mana rajin nya kita... kalaulah hubungan dgn ibu bapa, guru dan sesama manusia tergejas, kita harus sedar, ada benda yang kita buat tak betul. Dalam erti kata lain, tidak diredhai, lalu tidak mendapat keberkatan.

Not forgive and not forget? Kita ni manusia biasa, siapalah kita kalau nak bandingkan kita disisi Allah yang Maha Pengampun lagi Penyayang. Banyak orang taat pada Allah, solat tak tinggal, tepat waktu solatnya TETAPI tak pernah nak memaafkan orang lain, tak pernah nak berbaik sangka pada manusia lain, tak pernah nak berbaik2.. Setiap amalan kita, walau sebesar zarah sekalipun, akan dihisab di padang masyar nanti. Nauzubillah, moga kita dijauhkan dari menjadi seperti ini.

Kalau ada yang buat ibu ayah terasa dengan kata2 atau sikap, elokla kita memohon kemaafan selagi keredhaan mereka itu ada. Jangan sampai mereka tak redha, semua kerja kita tidak berjalan dengan lancar. Jangan sampai ibu mengungkit dan sentiasa menyesal mempunyai anak spt kita. Dan Allah Maha Adil, nanti kita semua akan menjadi ibu/ayah, jangan lupa apa yang kita buat pada ibu bapa sekarang , Allah akan balikkan keada kita suatu masa nanti. Nauzubillah..Ada anak, tak sanggup bagi wang/duit kepada ibu ayah apabila mereka terdesak, tetapi dia lupa bahawa ibu ayah sanggup tak makan kerana nak simpan duit/wang buat mereka. MasyaAllah, nauzubillah, moga kita dijauhkan dari bersikap sebegini.

p.s: sama-sama kita ambil ikhtibar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini begini, esok entah begini atau begitu

Bismillahirahmanirahim

Entah kenapa saya suka menyepi kebelakangan ini.. teringat kisah kenalan saya...

Dari kecil, dia sangatlah bijak, cerdik, pendek kata menjadi kebanggaan orang tua. MAsuk sekolah asrama, sekolah agama berasrama, banyak menyanndang jawatan tinggi dan pernah memegang tampuk pimpinan ketua asrama puteri dan akhlak. Seorang yang sangat berwibawa, saya memang 'admire' pada dia. Masuk universiti pun sama, kerana kebijaksaaan nya, dia memperoleh ijazah kelas pertama, dan hanya 2 orang Melayu sahaja termasuk dia, kerana 'pointer' yang tinggi. Masuk alam pekerjaan mengajar di sebuah kolej swasta.

Namun, entah apa silapnya, kahwin tanpa restu orang tua, mengandung seorang diri dalam keadaan tidak sihat, ditinggalkan suami, bersalin seorang diri.... Anaknya pula ; mungkin ada komplikasi ketika mengandung, lahir dalam keadaan tidak sihat, tak normal. Kini, dek kerana kesihatan anaknya, dirinya terpaksa berhenti kerja, mengharapkan kerja di internet, menjaga anak tanpa suami disisi, anaknya tanpa ayah disisi. Suaminya entah kemana, dengan nafkah tidak diberi, dengan hatinya yang tidak sanggup menjaga anaknya dek anaknya tidak normal. .....

Hingga kini, saya masih mencari di mana silapnya. Tapi benarlah apabila sesuatu telah berlaku, jangan sesekali membuat tanda soal ; mengapa?, kenapa? dan kenapa? saya hanya boleh mendoakan dari jauh, dia diberi kekuatan. Jangan difikirkan aapa akan berlaku, kerana perancangan Allah adalah yang terbaik. Look forward, yang lepas jangan dikenang.


p/s: bersyukur kerana dilimpahi nikmat yang tak ternilai ; suami yg sempurna, anak-anak yang sempurna. kepadamu, hanya doa yang tak putus aku pohon supaya diberi kekuatan dan ketabahan. Sentiasa berbaik sangka pada Allah. insyaAllah.... ada jalan di hadapan..

p/s: siapa kita untuk menghukum manusia? siapa kita untuk mencaci/mengutuk manusia? tidak sedarkah kita, bahawa kita tidak pernah mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita dan keluarga kita suatu masa nanti? berhati2 apabila mengutuk, mencaci, menghina. kerana tak mustahil ianya akan terjadi kepada diri kita/ keluarga kita.

wallahu'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamatkah kita dan anak-anak serta keluarga?

Bismillahirahmanirahim..

Rasa membuak nak kongsi pengalaman wanita dan lelaki yang berada di Malaysia setelah saya membaca dengan penuh tekun dan gigih di Yatie Chomeyl's ..

Akhir-akhir ni baaaanyak sangat perkara dan kejadian yang berlaku yang melibatkan keselamatan kita terancam.1-2 bulan lepas kes simbahan asid, lepas tu yang ni dan yang tu.. Jujurnya, saya jarang sangat buka akhbar Malaysia, Berita Harian, Utusan ataupun Harian Metro. Satu sebab, memang saya tak banyak masa mengadap pc, kedua saya jadi sakit hati dengan perkara-perkara yang berlaku di Malaysia. Terutama kes buang bayi..

Pasal kes buang bayi nih.. ada seseorang datang kepada saya menceritakan kawan baiknya sendiri yang mengalami/terjebak dengan kes buang bayi. Ceritanya , dia mengandung anak luar nikah dan bersalin keseorangan di bilik air, sejurus lepas tu dia letak kan bayi tersebut di belakang rumahnya. Kemudian, boleh pulak dia call polis, katanya terdengar tangisan bayi. Agaknya polis bijak tu syak sesuatu, lalu polis tersebut meminta si pembuang bayi ni ke hospital kerana melihat dia kelihatan penat. (erk..bahasa saya kelam kibut.. ).  Persoalannya, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran saya la... :

1- pandainya dia bersalin sorang-sorang..
2- macam mana dengan tali pusat dan plasenta eh?
3- tak penat dan letih ke lepas tu?
4- soalan yang saya rasa perlu tanya kepada sesiapa yang pernah buang bayi : tak rasa kasih dan sayang ke pada baby tu? kalau tak kasih sekali pun, tak punya perasaan ke letak baby baru lahir di semak-semak, longkang dsbg?

Pelikk sangat~! Saya bersalin Iman Muizz, memang sakit tu tak payah ceritalah.. lepas je baby keluar tu, terus penat, sakit tak boleh bangun! Boleh pulak si 'orang-orang yang berperikebinatangan' ni tak sakit atau penat atau segalanya yang berkaitanla.. Tapi bila fikir balik, sakit bersalin kan kaffarah.. mungkin Allah mudahkan orang-orang ini sepaya di akhirat nanti mendapat balasan setimpal. Hmmm...

Berbalik kepada keselamatan tadi.. jujurnya saya takut nak balik Malaysia. Takut dengan setiap manusia yang tidak punya perasaan. Saya fikir anak-anak saya nanti, selamatkah mereka bila ke sekolah? Selamat ke kalau saya letak di rumah pengasuh? Fikir banyak kali, rasa memang nak jadi surirumah sepenuh masa TAPI>>>>> hutang keliling pinggang tu sape pulak nak bayar. Sudahnya... saya berserah pada Allah sahaja.

TAPI, di US sendiri lagi banyak kes sebenarnya.. kat US berlambak manusia yang ada penyakit 'psycopath'. Bukan kerana saya sentiasa menonton Criminal Mind tapi statistik menunjukkan penyakit 'psycopath' terbesar di dunia adalah di US. Sebab tu.. jurusan psikologi di US adalah terbaik!

Minggu lepas saya ceritakan pada Megan pasal orang low IQ tika kami ke storytime di library . Megan pula nasihatkan saya... hati hati dengan penjual aiskrim yang datang bersama trak. jgn biarkan anak-anak membeli tanpa ada mata-mata yang melihat. Banyak kes yang kehilangan anak, gara-gara inginkan aiskrim yang dijual di trak/van. Hati-hati juga kalau keluar, terutama summer time - pakaikan pakaian yang bukan menjolok mata untuk kanak-kanak. Di US memang terkenal dengan sexual disorder melibatkan kanak-kanak. Suka saya apabila belajar menganai masalah mental manusia..

Kesimpulannya, berada di mana-mana sekali pun ada je bahaya sama ada untuk kita orang dewasa ataupun untuk kanak-kanak.. Berdoalah supaya kita dijauhkan dengn perkara seumpama ini.

Saya petik doa ini dari blog Yatie Chomeyl untuk panduan kita bersama... Semoga kita, anak-anak dan keluarga dijauhkan dengan bahaya dan orang-orang yang berpenyakit mental. Amiiiiin..





Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari) - di petik dari Islam2U.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nauzubillah

Bismillahirahmanirahim

Malang memang tak ada bau kan? Sama-sama kita amik ikhtibar dan hati-hati...

KULAIJAYA: Kelekaan dua beradik bermain tanpa menghiraukan adik bongsu mereka berusia dua tahun berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam besen di bilik air rumah keluarga terbabit di Kampung Baru Senai. di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersama abangnya berusia tujuh tahun dan kakak berusia lima tahun oleh ibunya kira-kira 10 hingga 15 minit di bilik tidur utama sementara suri rumah itu menyediakan hidangan makan malam keluarga di dapur rumah.
Bagaimanapun, adik-beradik mangsa yang leka bermain di ruang tamu di tingkat dua dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian akhirnya meragut nyawa mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam besen di tandas bilik tidur utama. Berita selebihnya disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila isteri dah tak lawa ~~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya selalu juga 'share' video ceramah ustaz Kazim, artikel-artikel berkaitan, bukan sebab saya nak sharing (sharing pun ye jugak sebenarnya) tapi lebih kepada saya save di wall facebook saya. Sebabnya...... masa saya suntuk nak dengar ceramah-ceramah tu, jadi bila saya dah save di wall.. saya boleh buka bila-bila masa free untuk dengar ceramah dan baca artikel tu..

Kat bawah ni saya nak share artikel yang betul-betul menarik minat saya...


Bila isteri dah tak cantik.....
by
Mohd Azli Afandi on
Wednesday, November 3, 2010 at 10:51am



Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal
isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan
lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan
ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang
anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal
perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya
sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya
bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh
bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di
sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah
dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda
memperbaikinya....InsyaAllah......."



Bagi saya :

Kesian si isteri yang mengandungkan anak si suami dengan payah dan lelah, juga bertarung nyawa bersalinkan anak si suami, makan minum si suami dijaga, pakai dijaga, alih-alih suami buat macam ni pula pada si isteri. En suami, nak isteri yang macam mana lagi? Bagi saya, perkahwinan tu pelengkap.. kalau tiada di suami, maka adanya pada si isteri, begitu juga sebaliknya.

Si isteri pula, walaupun dah bergelar isteri tapi seboleh-bolehnya berhiasla sedikit walaupun hanya dirumah, cukup sekadar menjadi 'penyejuk mata' si suami. Saya pun bukanlah jenis yang bergaya, lipstik langsung tak pakai, celak blusher semua tu tak ada. Baju pun pakai yang mana ada je...

Tapi kadang-kadang abgfiz menegur juga konsep perempuan 'bergaya diluar, di dalam rumah tidak'. Apa-apapun betul apa yang ditegur... kat luar bukan main lagi gaya, pakai perfume mengalahkan tukang jual perfume (baunya sekilometer dah dapat hidu).. tapi balik rumah, pakai kain batik, bau kunyit dan ikan.. bla bla bla... Sekurang-kurangnya kita jadila perempuan yang menjadi penyejuk mata dan hati suami.. Si suami pula, nak isteri pakai lawa-lawa apasalahnya beli baju baru ke, belila perfume baru ke.. supaya sejuk mata en suami tengok isteri. Kalau tak puas hati, berterus terangkan lebih baik..

Apa-apapun terpulang pada diri masing-masing.. Saya bersyukur sangat ber'keluarga'kan dengan keluarga abgfiz, banyak mengajar saya erti menjadi isteri dan menantu - penyejuk mata dan hati suami.. Saya juga masih belajar menjadi isteri seperti tu, kehidupan masih panjang... perkahwinan masih panjang. Moga dikekalkan kami ke syurga. amiin.........
p.s: nasihat buat diri sendiri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Busana muslimah

Bismillahirahmanirahim..

Bila saya klik-klik iklan yang menerjah chatbox saya ni, saya klik-klik pula iklan yang menerjah chatbox si penerjah chatbox saya. Iklan yang saya merasakan agak kebingungan sikit. Ekekek

Katanya busana muslimah, atau katanya pakaian wanita muslimah atau pakaian muslimah atau apa-apa yang seerti dan seangkatan dengannya TETAPI... bila belek-belek gambar di website tersebut, ternyata pakaian yang pelik bagi busana muslimah. Hohoho..

Saya bukan ustazah, juga expert tentang aurat, juga saya masih membetulkan aurat saya tapi pakaian di website tersebut sudah terang lagi bersuluh tak menutup aurat. Tu.. fesyen zaman sekarang eh? Katanya blouse muslimah tapi baju tak ada lengan, juga baju yang zaman sekarang ni yang konon memakai arm sleeve.

Lepas tu, ada pulak tudung zaman sekarang ala... yang ada bonggol kat kepala tu. Busana muslimah ke tu eh?? Jauh saya dari Malaysia, semakin buta fesyen di Malaysia. Macam-macam.... Klik-klik lagi, ada pula terjumpa artikel ni, menarik juga bila membacanya.

Buka pula facebook hari ni, ada pula teguran dari Ustaz Hasrizal. Dalam hati saya, 'ooo..agaknya memang fesyen zaman sekarang la kot..'

pic : saya google je...


p.s: bukanlah menegur tetapi menilik diri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berperikebinatangan??*fenin..fenin*

Bismillahirahmanirahim









Hadoi, fenin saya baca entry di blog Kak Anis. Tak ada perasaan ke apa eh orang yang duk buang bayi tuh? Ramai orang yang duk menunggu beberapa tahun, ada pulak 10 tahun masih tak dapat anak lagi, yang ni senang-senang pula dibuangnya. Saya sendiri menunggu hampir 2 tahun baru dapat Iman, merayu menangis di sejadah baru dikurniakan Iman.


Lepas je baca entry tu, terus saya ke website Harian Metro, nak cari berita tu tapi tak jumpa pulak. Yang jumpanya berita-berita yang menambahkan lagi ke'fenin'ngan saya nih. Macam-macam jadi di Malaysia, budak hilang, rogol dan perkosa, bunuh diri.. ish macam-macam. Saya memang malas nak buka berita sebabnya, nanti saya fikir, 'apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang?'. Nama manusia tapi berakal binatang. Binatang sendiri pun tak macam tu.


Lepas tu pula, ada pula saya terjumpa orang Islam sunnah disini (dari negara para anbiya), nama aja Islam tapi teguk juga wine. (abgfiz yang nampak dia teguk wine tika di conference spring lepas) YaRabbi.. Kadang-kadang kita memandang tinggi pada orang yang dari negara para anbiya sebab para anbiya dan segala sejarah Islam banyak disitu tapi hakikat sebenarnya zaman dah berubah. Yela, dunia pun dah nak berakhirkan? Bila dunia nak berakhir, macam-macamla timbul perkara yang pelik-pelik. moga dijauhkan dari semua ini.


p.s: saat saya membuat entry ni saya teringat rakan saya yang semasa saya mengenalinya, dia sedang sarat mengandung anak luar nikah. Macam mana keadaan dia sekarang? Anak tu macam mana? Ya Allah, moga kami dijauhkan dari perkara sebegini.. amiin


p.s: Kak Anis, sabar dan tabah ye. Moga-moga kehilangan dan kesedihanmu itu, terganti dengan yang lebih gembira .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muhasabah Diri

Bismillahirahmanirahim

Ada sesiapa tengok Al kuliyyah 7 Mei lepas tak? Kalau tak sempat, meh kita sama-sama kupas apa isi dan tajuk dia. (hehe..sharing is caring).

Ahli panel : Ustaz Shahran Shafie - AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab. Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua'lij perubatan Islam).

Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya. Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir'aun laknatullah). Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan..

Susuk

: (kamus dewan)- pasak atau baji
: (istilah) - memasukkan emas atau berlian,atau seumpamanya ke dalam muka untuk cantik
: (sharie) - memasukkan bahan-bahan bendasing ke dalam muka anak adam dengan syarat-sayarat tertentu dan tujuan tertentu.

Jenis susuk :

1- Biasa : -emas, berlian, timah
2- Luar biasa : emas (dan seangkatan dengannya) beserta penghuni iaitu khadam ke dalam tubuh bertujuan menarik muka, untuk jadi cantik.

Kebetulan, pada waktu yang sama ustaz Shahran membuang susuk seorang perempuan yang memakai susuk dengan menggunakan air zam zam. Bila tonton, saya teringat drama Susuk yang pernah saya ikuti ketika berada di Malaysia. Macam-macam pula perkara manusia buat hanya untuk menarik perhatian orang-orang sekeliling.

Ustaz Shahran juga menghuraikan kesan pemakai susuk, antaranya :

i - mengalami mimpi ngeri : kita harus peka kepada 3 mimpi dibawah :

a) mimpi jatuh dari tempat tinggi
b) mimpi dipatuk ular
c) mimpi bayi terutamanya bayi datang menyusu dengan kita.

Jika pernah mimpi salah satu antara mimpi tersebut berhati-hatilah, kerana mungkin kita telah dimasuki sihir terutamanya, mimpi bayi datang menyusu.. Bila saya tonton rancangan ni, terus saya duk teringat pernah ke mimpi ketiga-tiga mimpi di atas. Tapi, manala kita nak ingat mimpi-mimpi kita..

ii - Memiliki khadam secara tak langsung -

Kata perempuan yang dibuang susuk tadi, hidupnya tak tenteram sebab dia memang merasakan ada je yang mengikutinya, ada yang tidur bersamanya. Ish.. meremang bulu roma saya. Huhu...

iii - terpaksa melalui pantang tertentu.

Kata ustaz, orang yang pakai susuk tak boleh makan sate (sebab bila makan, terasa lidi tu mencucuk-cucuk mukanya), tak boleh makan buah-buah yang berbulu halus, bukan rambutan. Contohnya buah kiwi, terung (bulu halus ada di tangkai). Katanya jika makan, akan menjadi bisa.

iv - Susah untuk mendapatkan anak

Kata ustaz, anak yang terbentuk sentiasa gugur. Kata ustaz, ianya disebabkan jin yang sentiasa duk berjalan dalam darah.

v - Orang yang memakai susuk, payah nak masuk pesawat. Yang ni part lucu tapi benar. Yela, bila imigresen duk scan.. mesti bunyila benda alat scan tu sebab ada emas dalam badan kan. Bila cek-cek, tak ada apapun.

Kata ustaz, orang yang memakai susuk hatinya gelisah bila mana terdengar azan. Yang ni saya duk risau sebabnya, sini memang jarang dengar azan. Almaklumla mana ada masjid. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dijauhkan perbuatan syirik ni.






pic : google


p.s: Untuk mengetahui lebih lanjut, sila menonton di www.tv3.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang pergi tetap tidak akan kembali

Bismillahirahmnirahim


Alfatihah buat Mak Mah, ibu angkat abgfiz di atas sekembalinya beliau ke rahmatullah jam 11 pagi (waktu Malaysia) pada 1 Mei semalam (waktu Malaysia). Takziah pada seluruh ahli keluarga beliau.


Saya mengenali Mak Mah sewaktu pertunangan Fizah (adik ipar), waktu itu Mak Mah dah tak berapa nak sihat, jalan menggunakan tongkat. Arwah sangat sayangkan abgfiz dan adik-adik. Kata abgfiz, dia tak pernah lupa 'mee hitam' yang Mak Mah suapkan padanya.


Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.


p.s: mee hitam - mee goreng yang bewarna hitam (ala-ala mee mamak kot)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ish..macam-macam hal..

Bismillahirahmanirahim

Hari ni, ketika saya membaca status teman-teman di facebook, saya terbaca status kak Izzati, tentang...

assalamualaikum....nak share n nak tanya....MILO ni ada cacing ker......info dr emel...bleh jgk rujuk link http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/apps/forum/forum_viewtopic.php?4489.post



Kenapala.. orang-orang 'di sana' suka hati je nak masukkan benda haram ke dalam makanan? Entah-entah saya ni dah banyak makan makanan tak halal?

Tapi milo dan sardin, memang saya jarang beli. Milo saya memang tak minum, sama dengan nescafe, kafe, kopi, semualah.. sardin pula..entah dah lama sangat tak makan (kat Malaysia). Kat sini sardinla makanan utama kalau malas nak masak.

Kat sini, orangnya sangat telus. Apa-apa kandungan pun mesti tulis, (mungkin sebab mereka SANGAT SUKA makan b*b*)bukan sahaja pada makanan tetapi juga pada kasut dan jaket. Contohnya kasut di shoebuy.com, mereka akan menerangkan kulit kasut tu dibuat dari apa. Biasanya kalau kulit dari b*b* , harga dia mahal sikit sebab exclusive. Kalau tak pasti pun, kita boleh telefon atau email customer service. InsyaAllah, mereka tak menipu.

Saya agak terkilan dengan sikap masyarakat kita, susah sangat ke berniaga kalau produk-produk kita tak bercampur dengan benda-benda haram? Saya dah lupa bila, tapi saya terdengar berita di TV3 tentang herba / ubat homeopati (lupa dah) yang diharamkan dek kerana ubat tersebut mengandungi kandungan yang berbahaya.

p/s: entah dah banyak mana la saya TERmakan benda tak halal..nau'zubillah..

wallahua'lam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Tanggang Alaf Kini??

Bismillahirahmanirahim


Saya terkesan apabila membaca entry Dr Faridah tentang Si tanggang alaf baru, sayu hati mengenangkan sikap si anak sanggup membiarkan ibu dan ayah masing-masing di tempatkan di rumah orang-orang tua, rumah kebajikan, ada yang lebih menyayatkan hati, dihalaunya orang tua dari rumah. Tak sedarkan mereka, tanpa ibu dan ayah, dia tiada di dunia?


Saya teringat pula kisah di website mana saya dah lupa, waktu itu saya mencari 'petua untuk memudahkan bersalin' bilamana waktu itu sudah 41 minggu tapi, masih tiada tanda-tanda Iman mau keluar.


Kisahnya menceritakan si anak membawa si ibu dan si isteri ke Mekah, si anak pula memang mengikut je kemahuan si isteri, si isteri pula, agaknya cemburu pada kasih si anak, memang tak suka pada mertuanya. Dipendekkan cerita, suatu hari, si ibu menyusuh si anak membelikan sejadah untuk dibawa pulang ke Malaysia, bila si anak baru nak melangkah pergi, si isteri pula marah-marah, katanya (seingat saya..)


" Abang ni, kalau dengan mak ikut je kata mak, tapi kalau saya, susah sungguh abang nak ikut. Dah tu, mak memang suka susahkan kita"


Lantas si anak terbantut untuk keluar, si ibu pula merayu supaya anak tolong belikan padanya. Kata ibu,


" Mak tak larat dah nak turun ke bawah, tolonglah mak. Kau ni, kalau dengan bini, ikut sangat katanya hinggakan mak ni kau tolak ke tepi."


Bila si anak dah tertekan dengan sikap si isteri dan si ibu, kata si anak


" Mak diam la, mak ni memang suka menyusahkan saya" (dialog ni saya tak pasti tapi gitulah kata-kata anak ni)


Terus si ibu dengan hancur luluh hatinya menangis tersedu-sedu..katanya :


" Sanggup kau buat begini pada mak, aku tangtang kau dengan penuh kasih sayang, tapi begini rupanya balasan kau terhadap mak hanya kerana sayang pada isteri. Aku tak HALALkan air susu yang mengalir dalam tubuh kau.."


Terus si anak rebah di situ, memang tak dapat bangun dan berjalan. Tapi si isterinya pula mencebik-cebik mulut pada ibu tadi. Masihkan si menantu tu tak mengerti akibat perbuatan dia dan si suami?


Setelah itu, memang setiap jemaah mengetahui kisah itu meminta si ibu memaafkan anaknya, lantaran anaknya tidak dapat meneruskan lagi ibadah haji kerana keuzuran nya. Sehingga kini, anaknya masih sakit dan agaknya dah meninggal. Saya pun tak pasti.. Menangis saya baca kisah ni.


Cuba bayangkan, ibu mengandung, susah tau. 4-5 bulan pertama muntah, sakit
perit perutnya, kurang berselera pada makannya. Masuk ke 6-7 bulan dengan membawa perut seberat 4 kg ke sana ke mari, dengan pergerakan yang payah, disulami dengan sakit-sakit sendi, dan urat. Pula, saat bersalin, berlawan dengan maut hanya untuk bersalinkan si anak, sudah tu ditangtang dengan penuh kasih sayang, sanggup berkorban segala-gala untuk anak tersayang... beginikah nasib ibu setelah si anak mempunyai segala-galanya?


Sedih saya mengenangkan sikap segelintir masyarakat kita terutama.. Doa saya agar saya sentiasa ditetapkan hati agar mencintai ibu dan ayah saya, agar saya tetap mentaati mereka, juga agar saya tidak berlaku zalim pada mereka. Begitu juga pada mertua, semoga saya berbakti pada mereka seperti saya berbakti pada ibu bapa saya sendiri. Semoga suami yang dikurniakan Allah ni, sentiasa menegur salah dan silap saya.









Harus diingat, setiap perbuatan kita pada ibu dan ayah serta mertua... akan dibalas dengan sikap anak kepada kita nanti. Moga-moga anak-anak saya nanti dikurniakan suami yang soleh taat pada Allah agar.. boleh membimbing mereka..Amiiin..



p/s: kisah di atas benar-benar terjadi tapi sungguh saya dah lupa link website, dan dialog2 nya. Tapi dialognya seakan yang di atas. Sungguh saya dah lupa. Maafkan saya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-macam perangai..

Bismillahirahmanirahim


Cuba bayangkan kalau diri sendiri berada di dalam situasi berikut :


Situasi pertama :


Anda bersama seorang teman seagama akan menduduki peperiksaan keesokan harinya.


Teman : Oh, tomorrow exam! I should pray subuh before go to hall.

Anda : (dalam hati). selama duk berdiskusi satu hari bersama-sama, hanya aku yang solat. mamat ni tak solat ke? sama ada zohor atau asar. Nak exam baru nak solat ke?


Situasi kedua:


Anda ke kedai bersama teman seagama anda, dan anda terkejut kerana teman seagama anda membeli daging yang tidak disembelih (tidak halal).

Teman :Islam ni mudah, kalau kita berada di luar negara yang rata-rata bukan Islam, baca Bismillah insyaAllah semuanya halal.

Anda: Pada pengetahuan saya yang ke kelas belajar bersama ustazah, kalau binatang itu tidak disembelih dengan niat kerana Allah, kira kita makan makanan tidak halal.


Saya bukanlah seorang yang dari sekolah agama, juga bukanlah seorang ustazah apatah lagi seorang ulamak, cuma saya agak kesal dengan segelintir sikap orang ISlam zaman sekarang. Kedua-dua teman tadi daripada negara Islam dan kebanyakn dari bumi para anbiya'.


Di Lincoln, bukanlah susah untuk mencari makanan halal zabiha tidak seperti berada di hutan rimba dan kutub selatan. Kat sini ada 4 kedai arab yang menjual daging halal zabiha, dan semuanya dekat. Kalaula susah nak jumpa makanan halal yang perlu memandu berjam-jam dari tempat tinggal, dibolehkan kita makan makanan kosher terutamanya. Tapi kebanyakn kenalan saya dari Arab utamanya, mereka beli makanan daging lembu dan ayam di kedai-kedai biasa. Menurut mereka, ianya dibolehkan dalam Islam.


Firman Allah dari surah an-nahl ayat 115;


" sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi, dan haiwan yang tidak disembelih dengan menyebut selain Allah,tetapi barangsiapa terpaksa memakan bukan kerana inginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka suungguh Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang "


Situasi pertama pula, dah terang lagi bersuluh teman itu tidak solat. Nak exam baru nk sujud sembah Allah. Macam mana Allah tak murka? Bencana yang menimpa kita sememangnya harus dilihat dengan mata hati, apakah itu 'warning sign' dari Allah?


Betulkan saya jika saya salah. Cuma berkongsi apa yang tahu dan belajar dari kelas pendidikan Islam.. wallahua'lamm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketika Cinta Bertasbih

Bismilahirahmanirahim..

Filem ini baru je tengok semalam, (abgfiz download..) yaAllah, seronok sangat. Filem yang rasanya tak pernah saya lihat sehebat ini. Sebelum ini, saya pernah meminjam novel ni daripada ifa, baca dalam versi Indonesia. Hahaha.. kadang tu terbelit-belit nak membaca. Refer here


Semalam, saya menonton yang bahagian 1, filem yang menggarap kehidupan anak jati Indonesia yang belajar sambil bekerja menjual tempe dan bakso di Cairo hanya untuk menyara ibu dan adik-adik di Indonesia. Sangat menyentuh perasaan.


Filem ini pada saya mempunyai kelainan, sebabnya pelakon-pelakon filem ini bukan pelakon sebarangan- dipilih menerusi audisi ketika Cinta Bertasbih oleh Sutradara dan penulis novel ini. (sebenarnya, tak pandai nak terjemah ke Melayu. For more here


Pelakon-pelakon juga bukanla pelakon yang biasa, ada yang memang belajar agama, belajar pondok, jadi tak hairanlah, lidah berbahasa Arab di mesir memang lancar. Yang memakai tudung pon, sememangnya di luar memakai tudung. Watak anna althafunnisa dipegang oleh perempuan bertudung merah (kcb1) - seorang mahasiswa di Indonesia.












p/s: sedang menunggu KCB2..menyentuh perasaan.. tontonlah..tak rugi ;))

source: here video dan gambar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maal Hijrah 1431

Bismillahirahmanirahim
Selamat menyambut tahun baru hijrah.. pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun baru kan. Hish, azam yang lepas dah selesai ke? Erk..apa azam tahun lepas eh?? ehh lupa... (nampak sangat mudah lupa). Cepat sungguh masa berlalu kan, tak terasa masa berjalan.. sungguh!. Tup tup dah nak balik Malaysia..ekeke lambat lagi tuh, yang pastinya kami akan pulang pada 2013 (itu yang pastila..)
Sekarang ni, saya sedang habiskan ganti puasa yang 30 hari tuh! Alhamdulillah, sekarang maghrib jam 5, jadi memang tak rasa lama sangat. Setakat ni selesai 8 hari (termasuk hari ni) another 22 days, cayok! Abgfiz insyaAllah jam 1 habisla dia exam sem ni. Sian dia penat sunguh belajar. Malam tak cukup tidur, tap tak apala, ilmu kan. Bukan senang nak dapat ilmu kat sini. Dah dia habis exam, macam-macam dia plan nk habiskan cuti. Ish, saya ni duk plan nak habis cepat-cepat ganti puasa, sebelum spring menjelang. Awal dulu, takut nak ganti, risau susu kurang tapi alhamdulillah, setelah mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai di internet ni, susu alhamdulillah tak berkurang.
Dah sejuk ni, heater sentiasala berbuka, dah berbuka, kulit pulak masalah. Kulit jadi kering dan merekah, Iman punya kulit kesian sangat, merekah-rekah. Abgfiz tak pula, saya pula lagi teruk, sampai berdarah-darah walaupon lotion dan body cream tu sentiasa di tepi katil. Kulit muka pon dah bertukar ke kulit kering dan sensitif. Satu kerja pula, nak mencari skin care untuk kulit saya nih. Skin care dari Malaysia langsung tak jadi, yela.. sini cuaca tak sama dengan Malaysia.
Dah melalut dah ke winterla, langsung tak ada kena mengana dengan tajuk entry.ekeke Last but not least, selamat maal hijrah, moga hari ini lebih baik dari semalam, moga besok lebih baik dari hari ni.
Wallahu'alam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersyukurlah~

Bismillahirahmanirahim




Entry kali ini sedih sedikit. Ehe.. Hari ini nurse (nurse student) datang ke rumah. Dalam jam 1030 macam tu, kebetulan pada waktu itu, saya tidur. Malam tadi jam 11 Iman jaga dan tak mahu tidur. Kalau diam tak apa la. Ni.. die menjerit-jerit pulak (tak menangis) Adehh. Dahla tu nak main. Gelak-gelak pulak tu. Entah apa yang seronok! Umi ni pulak, tak boleh tidurla bila Iman jaga. Jam 3 baru dia nak tidur.



Berbalik pada nurse tadi, namanya Candy kot. Lupa la..sebab susah bebenor nak ingat namanya. Seperti biasa, berat Iman ditimbang, sembang-sembang dan kebetulan hari ini hari terakhir dia ke rumah kami, jadi banyakla saya bersembang dengan dia.



Candy seronok datang rumah kami, sebabnya? Kami tak mempunyai masalah. Kebanyakan client nurse dari health department ni, semuanya bermasalah. Bila saya tanya masalah apa, Candy bercerita..



" You know what, there is a lot of client which drug addict, alcoholic, tobacco addict, stress mom, physical abuse etc etc. Its not just teenagers but it happend to mom with kids and baby. My friend work in Saint Elizabeth Medical Center in labor and delivery room. Every day, she saw many of mom in drug addict (meta, cocaine) have to separate from her babies because of addiction to drug. She always saw babies in addicted from cocaine bexause of her mom use cocaine when she's pregnant."







Sedih tau bila dengar kisah sebegini. Sebelum mengandung dulu, saya selalu menonton Intervention di A&E.




Intervention™ is a powerful and gripping television series in which people confront their darkest demons and seek a route to redemption. The Intervention Television series profiles people whose dependence on drugs and alcohol or other compulsive behavior has brought them to a point of personal crisis and estranged them from their friends and loved ones. Each Intervention episode ends with a surprise intervention that is staged by the family and friends of the alcohol or drug addict, and which is conducted by one of three Intervention specialists: Jeff VanVonderen, Candy Finnigan and Ken Seeley. Intervention™ raises awareness about the alternatives and treatment options available to those who suffer from an alcohol or drug addiction, and gives hope to families who have nowhere left to turn





Saya seakan tidak percaya wanita dan perempuan serta gadis adalah antara paling ramai yang berkecimpung dalam bidang ni. Takut pon ada. Satu kes, dimana anak-anak mahukan ibunya kembali pada asal- dimana ibunya seorang alcoholic. Sangat menyedihkan, ibunya minum arak seperti minum air masak biasa. Mabuk setiap masa. Oleh kerana tidak tahan dengan sikap ibunya, suami dan anak lari meninggalkan ibunya. Ada tu kes ibu dan anak sama-sama gian pada dadah- heroin. Takutnya bila menonton kisah ini. Tapi setelah mengandung dan bersalin, saya tidak lagi mengikuti program ini. Nau'zubillah..


Kata Candy lagi, bila dah sentiasa gian dengan dadah, susah nak berhenti tau. Syukurlah kita dilahirkan dalam agama Islam yang mengharamkan benda-benda sebegini walaupun ramai mereka yang terjebak. Syukurlah kita dilahirkan oleh ibu yang sangat menjaga kita, syukurlah kita mempunyai ibu bapa yang baik, syukurlah nikmat yang dikurniakan.


Last but not least.. Candy cakap pada Iman..


"Iman, U're lucky becoase you have awesome mom.." Ehe (blushing)..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak Tertahan

Bismillahirahmanirahim..



Kalau baca tajuk mesti dalam kepala fikir yang bukan-bukan-



'mesti tak tahan kencing" atau mesti 'tak tahan bau apa-apa tu' atau 'tak tertahan menanggung rindula tu' > Haha.. pandai-pandai je buat spekulasi sendiri.



Semalam kami tukar rumah baru.. ;) Sebenarnya, memang dah lama nak tukar. Awal-awal kewujudan blog ni, abgfiz je yang buat semua. Sampai satu masa, dia dah sibuk, minta isteri tolong update kan. Maklum lah, kami jauh, keluarga nak tahu perkembangan. Dah lama duk rumah lama, nak berasa duduk rumah baru. Dah lama nak pindah rumah, tapi abgfiz macam tak bagi lagi. Sebenarnya, rumah lama sangat kena dengan tajuk. Ala-ala 'journey' gitu. Pastu pulak, kalau nak tukar ingat nak 'pink' je. Yang tu memang abgfiz tak suka. (mane ade laki suke pink ;p)



Pastu semalam boss bagi izin tukar rumah. Dengan ke'blur'an ni, suka hati nak tukar, hilang semua. PAstu mengadap pc punya lama, sehingga mata naik blur, kepala pening. Bayangkan dari pagi hingga malam tau! Tuhla sape suruh gatal pi tular layout. Pastu nk pulak layout yang nature dan 3 column. Susah sungguh nak cari. Demand tinggi sungguh saya nih! ;)








Kan dah padan muka! Ehehe





Dengan izin suamiku ini, saya tukarla layout baru, link blog rakan-rakan ada yang saya ingat saya save balik. Ada yang lupa alamat minta maaf ye. Sila mention di shoutbox. Tapi yang paling ingat link fav blog. Agaknya sebab sentiasa buka blog tu kot. Maafkan saya ye semua.




Rumah ni insyaAllah sementara (mungkin setahun dua.. sekejap ke??), nanti dah jemu tukar lagi. Waktu itu insyaAllah belajar dari kesilapan lalu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu

In my new office inside the Insectary building UNL

Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yangmengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahgian yang paling banyak. (1)

Siapa kah orang yang tidak mau di doakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi?? Sungguh hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi..


Berikut ini adalah beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang:

1. Niat yang rosak

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rusak maka rusaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantug niatnya, dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…” (2)

Imam Malik bin Dinar (wafat th.130 H) rahimahullah mengatakan,”Barangsi apa mencari ilmu bukan karena Allah Ta’ala maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya karena Allah.”

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil

Coba kita ingat mungkin terkadang saat kita belajar terbersit di hati kita “Supaya jadi rangking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang?? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang bisa selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riya. Rasulullah sangat mengkhawatirkan adanya penykit ini pada umatnya. Karena seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sadari, hingga Rasulullah mengibaratkan bahwa penyakit riya itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan?? So, be careful…Rasulullah bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah kesyirikan dan syahwat tersembunyi.” (3)

Mahmud bin Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin / senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita behati-hati terhadap penyakit ini, karena Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihi Wassallam :“Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan aibnya. Dan banrangsiapa yang beramal karena riya maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” (4)
Naudzubillahi mindzalik.

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, niscaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya berupa ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahwa orang yang menghadiri majlis ilmu –insyaAllah- mendapatkan dua keberuntungan, yaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat!

4. Beralasan dengan banyaknya kesibukan

Alasan ini seringkali dijadikan syaitan sebagai alasan menjadi penghalang dalam menuntut ilmu. Coba dihitung, Allah memberikan kita 24 jam, 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk istirihat, masih ada 8 jam lagi… apa yang selama ini telah kita lakukan untuk memanfaatkan sisa waktu itu???


5. Mensia-siakan kesempatan belajar di waktu lapang.

Allah Ta’ala berfirman : ”Dan beribadahlah kepada Rabb-mu hingga datangnya kematian.” (QS.Al-Hijr : 99)Karena itu, mari kita semua para remaja, maupun orang tua, laki-laki maupun wanita, kita bertaubat pada Allah Ta’ala atas apa yang telah luput dan berlalu. Sekarang, kita mulai menuntut ilmu, menghadiri majlis ta’lim, belajar dengan benar dan sungguh-sungguh dan menggunakan kesempatan sebaik-baiknya sebelum ajal tiba.Ketika ditanya pada Imam Ahmad, ”Sampai kapankah seseorang harus menuntut ilmu?” Beliau pun menjawab ”sampai meninggal dunia.”

6. Bosan dalam menuntut ilmu

Diantara penghalang menuntut ilmu adalah merasa bosan dan beralasan dengan berkonsentrasi mengikuti peristiwa yang sedang terjadi. Ilmu yang kita cari seharusnya mendorong kita untuk mengetahui keadaan kita sendiri. Kita tidak akan bisa mengatasi berbagai masalah dan musibah yang menimpa kecuali dengan meletakkannya pada timbangan syariat. Seorang penyair mengatakan:” Syariat adalah timbangan semua permasalahan dan saksi atas akar masalah dan pokoknya” (5)

Bosan itu adalah penyakit. Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit melainkan ada obatnya. Tidaklah musibah terjadi melainkan ada penyelesaiannya dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Oleh karena itu, kita harus melawan rasa bosan yang terkadang timbul saat kita belajar. Belajarlah sampai anda mendapatkan nikmatnya

7. Merasakan Diri Hebat

Maksudnya adalah merasa bangga apabila dipuji dan merasa senang apabila mendengar orang lain memujinya.Allah TA’ala berfirman : ”Maka janganlah kamu merasa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm : 32)


8. Tidak Mengamalkan Ilmu

Tidak Mengamalkan Ilmu merupakan salah satu sebab hilangnya keberkahan ilmu. Allah Ta’ala benar-benar mencela orang yang melakukan ini dalam firmanNya : ”Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahwa kamu mengatakan apa saja yang tidak kamu kerjakan (QS.Ash-Shaff : 3)

9. Putus Asa dan Rendah Diri

Allah berfirman : “Dan Allah mengeluarkankamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.” (QS. An-Nahl : 78). Putus Asa dan Rendah Diri adalah salah satu penghalang ilmu. Semua manusia diciptakan dalam keadaan sama yang tidak mengetahui sesuatu pun. Jangan merasa rendah diri dengan lemahnya kemampuan menghafal, lambat membaca atau cepat lupa.Selain itu menjauhi maksiat adalah sebab paling utama dalam menguatkan hafalan dan memperoleh ilmu.

10. Bertangguh

Yusuf bin Asbath rahimahullah mengatakan : ”Muhammad bin samurah pernah menulis surat kepadaku sebagai berikut : ” Wahai saudaraku janganlah sifat menunda-nunda menguasai jiwamu dan tertanam di hatimu karena ia membuat lesu dan merusak hati. Ia memendekkan umur kita, sedangkan ajal segera tiba… Bangkitlah dari tidurmu dan sadarlah dari kelalaianmu! Ingatlah apa yang telah engkau kerjakan, engkau perlekehkan, engkau sia-siakan, engkau hasilkan dan apa yang telah engkau lakukan. Sungguh semua itu akan dicatat dan dihisab sehingga seolah-olah engkau terkejut dengannya dan engkau sadar dengan apa yang telah engkau lakukan, atau menyesali apa yang telah engkau sia-siakan.” (6)

11. Belajar kepada Ahlul Bid’ah

Seorang penuntut ilmu tidak boleh belajar pada ahlul bid’ah karena ahlul bid’ah merasa ridha terhadap sesuatu yang menyelisishi agama Allah, seolah-olah ia mengatakan bahwa Allah Ta’ala belum menyempurnakan agama ini dan Rasulullah belum menyampaikan seluruh risalah.*bid'ah: sesuatu yang direka-reka

12. Tergesa-gesa ingin memetik buah ilmu.

Seorang penuntut ilmu tidak boleh tergesa-gesa dalam usahanya memperoleh ilmu, karena belajar adalah proses seumur hidup. Terutama yang berkaitan dalam masalah agama tidak cukup dilakukan dalam waktu satu atau dua tahun belajar.Imam Yahya bin Abi Katsir rahimahullah mengatakan,”Ilmu tidak bisa diperoleh dengan tubuh yang dimanjakan”Imam Ibnu Madini rahimahullah mengatakan,”Dikataka n kepada Imam As-Sya’bi ’Darimana Anda peroleh semua ilmu ini?’ Beliau menjawab,’Dengan tidak bergantung pada manusia, menjelajahi berbagai negeri, bersabar seperti sabarnya benda mati, dan berpagi-pagi mencarinya seperti pagi-paginya burung gagak.”Disarikan dari : Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga, karya Yazid bin Abdul Qadir Jawas(Pustaka At-Takwa : 1428 H)2008 USM Convocation

Catatan Kaki:

1. Hadist Shahih, diriwayatkan oleh ahmad,abu Dawud,attirmidzi,Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban[1]
2. hadist shahih riwayat Al-Bukhari [2]
3. hadist shahih riwayat Thabrani [3]
4. HR.Bukhari-shahih [4]
5. Ishlaahul Masaajid minal Bida’ wal Awaa’id hal.110, karya al-Allamah Muhammad bin Jamaluddin al-Qasimi rahimahullah [5]
6. dari Iqtida al-Ilmi al’amal [6]

source: copy paste from http://kerabubersuara.blogspot.com/ & jilbab online[TERUSKAN MEMBACA ->>]


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa dan mengapakah??

Baru-baru ini ke Gateway Mall bersama Ifa dan Amira, dengan berpakaian sweater walaupun cuaca sudah panas mentarinya, masih diselimuti sweater dek kerana dinginnya angin pada waktu itu. Terus memasuki mall, hanya berjalan melihat-lihat kedai dan menemani Amira bermain keseorangan. Lantas, jam menunjukkan hampir jam 5, kami bersepakatan pulang.

Setelah melintasi sebuah kedai baju kanak-kanak, terus aku memasuki. Ifa ternyata mau melihat baju-baju untuk Amira. Aku pula sibuk melihat barangan bayi. Apalagi selain baju-baju kerana ingin membandingkan harga dengan kedai yang lain (walaupun aku jarang sangat ke kedai pakaian bayi..). Dalam sedar tak sedar itu, aku berasa tak enak badan.. tapi ku tahan dengan harapan sempat memasuki kereta. Dalam tak sedar itu, pandanganku gelap, bibirku seakan kering kontang, tubuhku terasa ringan dan alhamdulillah, aku disambut oleh Ifa sebelum pitam. Terus jurujual itu bertanya..

' What happened to you? Are you ok?"


" Should I call 911? Or you want me to call somebody that close to you like your husband??"


Terus diambilnya kerusi disuruh aku duduk, dibuangnya sweaterku, alhamdulillah Ifa disisi, terus dicapai botol air dalam begku, disuruh rehat sebentar..


" She's pregnant..almost 5 month.." Ifa menjelaskan. Terus dia menanya..

" Should I call your husband?? " Terus aku menjawab.. "No its ok.."


Alhamdulillah, Ifa memahami keadaanku, dan nasib baik juga Ifa adalah doktor perubatan. Jadi mudah untuk dia handle situasi begini.

Sepanjang berada di Lincoln ini, layanan American terhadap kami amat baik. Terutama setelah aku mengandung, situasi yang sama berlaku di Malaysia di sebuah mall di ibu kota, cuma bezanya aku tak mengandung dan waktu itu aku anemia.

Tetapi situasi berbeza kerana, diriku tidak diendah, hanya jelingan mata sahaja menyinggah di tempatku di kala saaat aku kesakitan. Juga situasi di dalam bas, terjatuh ketika menaiki tangga. Kenapa di tanah lahirku, saat terjatuh hanya dijeling atau setidak-tidaknya tersenyum tergelak. Kenapa disini semua akan menghulurkan tangan menolong?? Persoalannya, kenapa semudah itu American mengambil berat kepada orang kurang upaya?? Kenapa penghuni negaraku yang rata-rata Islam tidak sebegitu?

Begitu juga halnya dengan keselamatan barang.. kenapa di tanah airku, ke mana-mana kita harus berwaspada dengan keadaan sekeliling? Kenapa harus memegang erat handbag ketika berjalan ditepi jalan walhal wangnya hanya berjumlah RM10? Kenapa di hostel, bilik harus dikunci sepanjang masa walaupun mau ke tandas? Sedangkan disini, dompet tertinggal di perpustakaan selama 2-3 minggu masih berada dalam keadaan elok tanpa kehilangan sebarang dokumen, pendrive tertinggal di komputer awam masih di tempat yang sama? Kenapa rumah tak berkunci ketika keluar membeli belah masih terjaga dengan elok tanpa sebarang barangan hilang?
Kenapa layanan nurse dan midwife serta doktor disini sangatla baik dan mengambil berat sedangkan mereka itu berlainan rumpun bangsa dan agama? Dan mengapakah di tanah air yang rata-rata doktor dan nursenya adalah Islam melayani pesakit dengan wajah yang masam dan tindakan yang kasar? Kenapakah dan mengapakah??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketika Cinta Bertasbih



Ketika Cinta Bertasbih I dan II ini, karya Habiburrahman el Shirazy ini, telah selesai dibaca oleh mataku dan mindaku ini yang ku pinjam dari sahabat Indonesiaku disini, Dhahifa.. Berkisahkan seorang pemuda Indonesia yang menyelesaikan program ijazah sarjana muda di Universiti Al-Azhar, Cairo sambil bekerja membuat dan menjual tempe dan bakso. Bekerja khas untuk menyara ibu dan adik-adiknya di Indonesia nun disana setelah kematian ayahanda yang disayangi saat dia di tahun satu. Bercirikan keislaman, ketabahan dan keyakinan terhadap Allah, novel ini kukira lebih baik dari novel Ayat-ayat Cinta. Berbanding dengan Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih lebih kepada kehidupan sebagai mahasiswa dan pengorbanan seorang anak terhadap ibu dan novel Ayat-ayat Cinta lebih menjurus kepada cinta.. (dah tajuk pon ayat-ayat cinta..) Ketabahan dan pengorbanan ini sedikit sebanyak membuat hatiku ini terasa kerdilnya aku berbanding pemuda ini. 9 tahun menghabiskan ijazah sarjana muda, sedangkan rakan-rakan seangkatan denganya telah lama selesai program ijazah sarjana. Namun, dia akur dengan takdir Ilahi menghendakinya berkorban seikhlas hati menyara adik-adik yang masih kecil dan ibu yang sering sakit. Namun keikhlasannya terbayar setelah adik-adiknya berjaya. Benarlah kata orang, jika hati ikhlas kerana Allah, insyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik walaupun menghadapi rintangan yang berliku..wallahua'lam..


# semakin dibaca karya Habiburrahman, semakin ku minati karya beliau..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan