RSS

Simptom bersalin~??

Bismillahirahmanirahim~~!


Sejak pindah rumah baru ni, saya terlebih lebih rajin kemas rumah. Bukan kemas seluruh rumah, tapi kemas dapur dan bilik air. Entah kenapa ada aje tak kena dengan dapur tu, padahal dah ok dah. Ada je tempat-tempat saya duk lap, duk cuci dapur, segala-galanya lah. Kat bilik air pun sama, saya akan pastikan soap scum tak ada di kepala pili air atau di sinki.

Kebanyakan tempat di US ni, rata-rata alami hard water. Walaupun masing-masing minum air paip je tapi airnya mengandungi calsium yang banyak! Hurm.. meh kita tgk wiki, apadia yang dikatakan hard water

Hard water is water that has high mineral content (in contrast with soft water). Hard water has high concentrations of Ca2+ and Mg2+ ions. Hard water is generally not harmful to one's health but can pose serious problems in industrial settings, where water hardness is monitored to avoid costly breakdowns in boilerscooling towers, and other equipment that handles water. In domestic settings, the hardness of water is often indicated by the non-formation of suds when soap is agitated in the water sample. (source: mr wiki)

Kerana banyaknya soap scum tu, saya terpaksa lap sehingga air kering. Kalau tak, memang akan meninggalkan kesan yang teruk. Lagi lama, lagi payah nak bersihkan soap scum tu. Mulut saya ni tak henti henti bebel kalau ada je orang guna bilik air dan air sepah-sepah. Heheee~~~ biasala.. Orang cakap banyak macam saya ni, biasanya akan luahkan perasaan dengan cara membebel. Mulut macam bertih, kata orang. Pot pet pot pet.. Sapa yang pernah kena, sabar dan tahan jela ye.. Lepas bebel tu, saya dah ok dah.. =))

Bila saya duk mengadu kat abgfiz " tak tahu kenapa iza suka sangat basuh bilik air walaupun badan rasa penat.." Kata abgfiz, dia selalu search pasal sign of labor, katanya antara simptom bersalin : rajin kemas rumah, rajin memasak, asyik nak marah pada suami tanpa sebab, moody dan banyak lagi. Heee~~~ separuh tu memang ada terjadi pada saya. Asyik moody!. Tak tahu pulak saya ada jugak simptom-simptom bersalin ye.

antara searching result saya :

'Some women will experience an intense urge to clean, organize their home, or other efforts to prepare for baby. This may range from a sudden urge to cook a month's worth of freezer meals to sorting out all the socks for the baby in the nursery to scrubbing the floors on hands and knees. Not all women experience nesting, but it is a common sign of labor nonetheless (source: here)

Labor does not begin suddenly, it evolves gradually. It can take hours, even days, to figure out whether the sensations you're feeling are labor or prelabor (also called false labor). Some subtle signs and symptoms that you are beginning first stage childbirth include a vague backache that may cause restlessness, several soft bowel movements accompanied by flulike feelings, and a nesting urge--an unusual burst of energy, particularly related to cleaning and getting your home ready for the baby. (source: here)

Apa-apapun, doakan saya bersalin dengan selamat ye. Saya menunggu sehingga minggu ke 40. Doakan dipermudahkan segala urusan. Amiiin

p.s: tak sabar nak terima parcel dari kelantan. nak makan keropok!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saat akhir kehamilan

Pregnancy lagi~~! Semalam berat saya dah bertambah dari 128.1 lb ke 131.1 lb! Aigoo~~! Dah 60 kg, beratnyaaaa........ gemuk gemuk gemuk~!!!!!! Tapi... bila midwife cek perut, katanya kepala baby bukan ke bawah. Pelik.. padahal minggu lepas buat ultrasound kepala baby memang dah ada kat bawah. Hurm..~~

Sakit pulak dah berkurang, pelik, kan?? Kalau akhir-akhir ni asyik duk contraction je, kalau sebelum ni sakit-sakit waktu tidur, sekarang dah tak sakit dah. Kalau sakit pun masih boleh buat kerja lagi. Pelik pelik dan pelik..

Badan saya pun rasa lebih bertenaga berbanding hari tu. Lagi pelik, kan? ke... simptom apa ni eh? Oh ya.. preganancy kali ni saya sentiasa ada urine infection. Adoiiii.. masuk kali ni dah 4 kali saya amik antibiotik. Pasal apa ye? Waktu Iman dulu, tak ada.

mehla baca sikit-sikit nak masuk 39 week ni :

During week 39, it is common to experience early signs of labor (mild contractions or Braxton-Hicks contractions). If you start to have contractions, you should start timing them. If they come at irregular intervals and do not increase in strength, then they are probably false labor pains. During true labor, you contractions come at regular intervals, getting closer together as time passes, and they will also increase in strength. (pregnancy week 39)

p.s: ok, nak masak.. teringin nak makan nasi ayam. nasi ayam lagi!!!! FYI, saya ni 'gila' sup. tak kisahla mihun sup ke, apa sup ke, kalau kenyang pun still duk hirup2 kuah lg..nak2 kalau kuah tu banyak halia dan lada hitam. halia tu kunyah-kunyah mcm tu je lg sedap!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~~ Iman dan makan

Bismillahirahmanirahim

Wah.. banyaknya masa saya mengadap pc. Hahaha~~ hari ni rajin plak nak mengadap lama-lama pc sebabnya~ Iman duk tido sebelah ni (atas katil..). Sebenarnya bilik kedua ni bilik untuk Iman kononnya (dan bilik study abgfiz). Tapi Imannya tido untuk tengahari je. Itu pun kalau dia tidur sini, biasanya kalau mengantuk automatik Iman ke bilik utama, naik katil dan masuk dalam selimut tuh.


tempat study abgfiz. kalau tempat study abgfiz, semua lengkap..


 
Iman yang rambutnya ummi baru trim. Dah sepah sangat bilamana rambut depan tu tutupkan mata dia. Dah potong, macam cina la pulak. huhuhu..



 Iman dengan baju atuk dan tokwan bagi..

Alhamdulillah, sekarang Iman dah mula boleh berdikari. Kalau dulu, semua nk duk sebelah ummi ni haaa.. hatta ummi ke toilet pun umi KENA bawa Iman. Kalau tak, memang melalak terukla jawabnya. Nasib baikla kat bath tub ada langsir tuh. Adoyai...

Tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni saya dah boleh memasak tanpa Iman menangis, boleh solat dan ke toilet tanpa Iman bersama. Cuma bila nak tidur je nak saya sebelah dia, konon nak bersentuhan kulit dengan saya dulu baru boleh lena. Malam-malam Iman nya tidur di bawah : atas comforter tapi bila jaga tengah malam, automatik naik katil dan duk bawah ketiak ayah dia. Satu perkara yang sangat bagus, tak perlu duk manja-manja dengan ummi lagi. Baby dah nak keluar! Ehee~~

Setiap kali jumpa orang (terutama nurse dan midwife atau doctor)  becok mulut duk 'hai'. Bila nak balik je atau nurse nak gerak ke tempat lain, terus say ' bye..see you'. Kadang-kadang ditegur orang-orang yang mana langsung tak nak layan dia. Sian je bila jumpa orang yang langsung tak nak layan dia. Kelakar pun ada..


****************



Sabtu lepas, kami buat makan-makan lagi. Ni request adik-adik dan abgfiz... sementara nak menyambut orang baru. Kalau ikutkan, aduhai.. tak larat dah nak berdiri lama-lam. Tapi alhamdulillah, ramai pula assistant saya kali ni. Menu malam tu nasi ayam cina + nasi ayam melayu, mihun goreng, baked mashed potato. Mihun goreng tu saya minta Hasanah tolong masakkan. Iman pada waktu saya tengah masak tu sangat kritikal, saya masuk dapur pun mengamuk! Tak tahu sebab apa...  Kebetulan pula, abgfiz duk sibuk hantar ambil adik-adik ( memang sibuk dia malam tu). Irfan dan Raihan pun turut tolong. Sangat terharu. Terima kasih daun keladi ye..

Menu nasi ayam tu sebenarnya abgfiz request sebab katanya menu tu je yang paling senang dan sekejap masaknya, tak renyah! Saya pula memang nak sangat makan nasi ayam cina, duk jatuh hati setelah makan waktu Chinese New Year hr tu. 4 ekor ayam, habis!!! Hah.. sekarang dah ramai dah adik-adik datang Lincoln. Bermula kami, Suhaizi dan Roz serta family (tak termasuk Cina Malaysia), sekarang dah bertambah-tambah. Menu pun kena pelbagaikan, takut tak cukup.

Dipendekkan cerita, saya solat maghrib puk 7 malam! (read: isyak jam 722) Dengan Iman melalak lagi, kalutnya tersangat! Siap solat, si AIn masuk bilik nak minta permission guna dapur (panaskan asam pedas dia). Yang saya tak tahan, makanan banyak tak hidang lagi, ayam tak potong lagi (duk dalam oven lagi) sup masih tak buh garam lagi, semuanya belum siap lagi tapi tetamu dah ramai! Memang terkejut sebabnya pertama kali tetamu datang dan penuhkan rumah yang besar! Makanan pula tak siap hidang lagi. Kalut betul dan terpaksa minta adik-adik tolong hidangkan. Huhuhu.. abgfiz pula kerja dia malam tu angkut adik-adik yang tak punya kenderaan. Payah betul bila Iman asyik nak berdukung dan mengamuk. Huhu~~ tapi alhamdulillah.. adik-adik rajin tolong kakiza.

 

Antara para tetamu.

 
Tengok Iman, dah jumpa orang lain.. lupa terus ayah dan ummi dia. Malam tu memang nak dengan Zaki je. Makan pun bersuap dengan Zaki dan kak Nadiah je. Lepas tu duk buli Safiyyah. Sudahla dia tu lagi banyak isi dari Safiyyah, boleh pulak nak duduk atas Safiyyah./ Haaa.. elokla tu, nanti boleh ummi dan ayah honeymoon berdua *wink wink *   ^_*


 
 Para tamu di sudut lain.


 
Tuan rumah yang buyung ; nampak belakang slim je.. bila tengok depan. Haaaa.. masing-masing ternganga.. perut buncit sangat!!!



Menu tambahan : asam pedas yang sangat sedap dari Ain, kimbap aka sushi dari Hafizah (yang saya sempat makan 2 ketui je..huhuhuhu), kek coklat pisang dari KakNadiah dan Kek cheesechocolate (?) dari Roz.
Aktiviti tambahan : main Wii


 



Akhir majlis, Hasanah yang tolong basuhkan pinggan mangkuk, Ain dan abgfiz tolong kemas-kemas, eh ada ramai lagi tukang kemas cuma saya lupa dah. Last but not least... dishwasher tolong basuhkan pinggan mangkuk yang payah nak basuh. On kan malam tu, esok pagi dah bersih dan kering. Senang betul kerja.. Nasib baik dulu, Sek Yee pernah bagi dishwasher detergent.

Esok pagi.... segala dan seluruh badan saya sakit dan tak larat!..

p.s: saya betul-betul berterima kasih kepada yang membantu terutama Hasanah. Maaf susahkan Hasanah. Nanti datang rumah, makan free ye. Hahahah.. Nak buat adik ipar, dah ada pulak calonnya.. apokan dayooo. huhuhu~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ubat untuk kanak-kanak

Bismillahirahmanirahim

Kali ni saya nak bercerita tentang rawatan Iman sepanjang dia sakit winter ni.. Entah dah berapa kali Iman asyik demam, selsema musim sejuk kali ni. Musim sejuk tahun lepas langsung tak kena selsema.

Bila Iman sakit, biasanya saya akan terus email Megan. Biasanya dia akan jawab



Izza~
Sorry to hear that Iman is sick. If she does have a cold, it can take 7-10+ days for her to get over this. Tylenol will not help her get over her could any faster, but it may temporarily help relieve symptoms (just be very careful not to give her too much of the medication). Also, if she gets a fever over 100.4 degrees that does not go down while she has this cold, you may need to take her in to the doctor. I'm going to send you a couple of internet links to help:

1.) Tylenol:  http://www.tylenol.com/page.jhtml?id=tylenol/children/subchild.inc


*This give the dosage chart for small children. The last weight I had for Iman was 20 lbs 2 oz from August 18th. The Tylenol website also discusses the different types of Tylenol available, as well as the safety recalls. It is a good resource to have for you and your child.


2.) CDC's webite information on the Common Cold:  

http://www.cdc.gov/getsmart/antibiotic-use/URI/colds.html


*Specifically check the section on "How To Feel Better" for other tips on how to help your child when he/she has a cold. Giving a warm bath and encouraging your child to drink fluids (such as breastmilk, water, soup broth) will help keep them hydrated and help them to feel better.


Hope that is helpful~ please let me know if you have other questions :)


Lepas tu, Iman tiba-tiba demam kuat, selsema serta ada pulak cirit birit. Yang ni memang merisaukan saya.  Waktu ini, saya call People Health Centre lebih daripada 30 kali untuk buat appoinment, sorang pun tak angkat. Kalau dah tak nak angkat, tak payahla buh telefon. Memang pagi tu saya sangat bengang dengan klinik tu. Instead utk tunggu sampai berjanggut, saya call Megan kat ofis dan tgh bercakap dengan Megan, saya teringat pula yang saya ada no telefon paed Iman. Terus saya end call dan telefon paed Iman. Alhamdulillah petang tu juga kami ke people health center jumpa Dr Mahmoodian (paed Iman).

Bila bercerita pasal Iman cirit birit, selsema bla bla bla.... Dr Mahmoodian cek Iman bla bla bla.. tapi akhirnya, dia langsung tak bagi apa-apa ubat. Katanya, demam insyaAllah boleh sembuh dengan tylenol, selsema pulak.. tak ada ubat yang bagus untuk kanak-kanak bawah 2 tahun selain minum air masak banyak-banyak, jangan bagi dia terdedah kepada pesakit selsema, makesure tempat tidur semua bersih dari kuman dan kurangkan terdedah kepada sejuk. Bila saya tanya pasal cirit birit, kata Dr.. 'it will go after 48 hours, I can't give her any medicine because it will make her worse. Keep an eye on her, if she is not ok after 48 hours then I want see her again.." Tu je Dr cakap, langsung tak bagi ubat. Kalau kat Malaysia entah banyak mana dah dibagi antibiotik. Tapi kat sini memang susah sangat dr nak bg ubat terutama kepada kanak-kanak. Pendek kata, suh sembuh dengan sendiri... Balik tu, saya terima email Megan,

Izza~

I apologize as a don't think I was much help on the phone when you called to talk about Iman. I hope you were able to get her in to the doctor. Based on the symptoms you described, it sounds like Iman has had a viral infection. For her age, gastroenteritis is the most common type of virus (which means a virus in her stomach and intestines.) As stated on the phone, the fever she had means her body is fighting off the infection. I do think it is a good idea for her to see Dr. Mahmoodian or someone at People's Health Center, just to make sure Iman is not dehydrated and to make sure that she is getting better.
I did want to send you a couple websites to help you.


1. This first one is from a group of pediatric offices here in Lincoln, and I have found it to be very helpful for parents of infants and toddlers who are sick. It allows parents to pick a symptom of illness and then discusses the severity of this symptom, and what parents should do for treatment. I hope this may be a reference for you in the future. Once at this website, see the light blue box that says "Is Your Child Sick?" and then select the appropriate symptom from the drop-down list and then click "go".


http://www.completechildrenshealth.com/


2. The second website is for People's Health Center. I'm not sure if knew that they had a website. The contact information is under the tab at the top right "Contact Us"; there is also other good information on that site and it can help families understand the clinic a little better
http://www.phclincoln.org/contact_us.php
3. The third website I think I've shared with you before (www.KidsHealth.Org); specifically this like will take you to some education diarrhea.
http://kidshealth.org/parent/medical/digestive/diarrhea.html#cat137
***Continue to monitor Iman. Offer fluids often. If she goes over 8-10 hours without having a wet diaper, I encourage you to call the doctor's office again, as we do not want Iman to become dehydrated. I also recommend calling the doctor again if Iman gets a fever of 103 or higher or if she completely refuses all fluids (breastmilk, water, juice, etc.) Hopefully her body has been strong enough to fight off this infection on its own. After several rough days, I'm sure she is very tired and will need some rest and good nutrition to build back up her strength and to resume her normal activity level.


Hang in there Izza! I know it can be very stressful taking care of a sick toddler, especially if you don't feel good yourself. I apologize that I was not in the office over the New Year holiday and I also apologize that you had such great difficulty getting a hold of People's Health Center. Please let me know if I can help.

Lepas tu pulak, Iman tiba-tiba demam dengan teruknya sehingga suhu 104.9! (boleh baca di sini) . Pagi tu saya duk call klinik yang sama nk buat appoinment tapi seperti dijangka, tak ada orang angkat. Last-last kami buat keputusan main redah je ke klinik tu, kalau tak boleh redah memang nak terus ke emergency hospital je. Tapi alhamdulillah kami masuk terus bolej jumpa Dr, Dr Paulus. Setelah dia cek Iman bla bla bla.. dia terus ambil air liur Iman untuk buat ujian, adakah demam Iman tu disebabkan oleh virus. Dan.. resultnya negatif. Katanya, demam Iman hanya boleh kurang dengan Ibuprofen, sejenis pain killer yang kuat sedikit dari tylenol. Kata Dr lagi, antibiotik sebenarnya sangat berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak. Lepas tu saya terfikir, waktu kat Malaysia.. bila demam je Dr akan bagi antibiotik, tak kisahlah warna putih ke, hijau ke, pink ke, tapi asal demam je Dr bagi antibiotik. Pelik pula bila kat sini langsung tak diberi ubat bila sakit-sakit.

Mungkin ubat tu sebenarnya akan memberi kesan sampingan yang mana kesan tak elok untuk bayi, (ni saya rasala..) agaknya sebab tula Dr biarkan sembuh dengan sendirinya. Lepas tu pulak, beza sangat emergency room hospital Malaysia dengan hospital sini. Waktu saya sakit kat Kelantan dulu, boleh je kami kejar ke ER : sampai di ER ramai sangat yang demam-demam biasa dan sakit-sakit biasa (kecuali yang emergency sangat). Kalau di US, ER memang hanya untuk ER sahaja. Sakit yang melampau dan betul-betul perlukan emergency. Selain dari tu, payah nak masuk ER.

KESIMPULAN bebelan saya ni, sepanjang kami di sini :

# bayi dan kanak-kanak sakit, tidak akan diberi ubat kalau bukan betul-betul sakit. agaknya tak nak ajar badan tu toleransi dengan ubatla kot. Biasanya, THE BEST WAY, sembuh dengan sendiri.

# ER hanya apabila betul-betul emergency.

# segala nak jumpa dr atau check up, semua kena buat temujanji. Sangat leceh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

38 weeks pregnancy

Bismillahirahmanirahim

Lama saya menyepi, malas nak mengadap pc. Sungguh sangat malas~! Minggu ni dah masuk 38 minggu (act 37 minggu ++) Berat paling akhir, 128. 4 lb ~ 58.4 kg! Berat, kan? Semua orang duk bercakap, baby saya besar tapi rasanya Iman dulu lagi besar. Sebab minggu ni baby baru 6.1 lb ~ 2.7 je. Iman dulu, keluar besar.. 3.6 kg!

Lately, saya kerap sakit. Itukah tanda-tanda awal? Bukan apa, waktu Iman dulu saya langsung tak rasa sakit. Even contraction, saya masih boleh berjalan dan berlari-lari anak. Tapi mengandung kali ni, bila dah contraction, bergerak pun tak boleh nak bercakap pun lagila tak boleh. Sakit sangat!

Pagi tadi saya ke Saint Elizabeth Medical Center : buat ultrasound. Entah kenapa, waktu saya ultrasound tu, saya rasa sakit teramat! Adakah orang tukang ultrasound tu tekan kuat sangat? Ataupun saya yang terasa terlebih?

Malam-malam, memang langsung tak boleh nak tidur. Ke kiri sakit, ke kanan sakit baring melentang apatah lagi. Sakit bahagian tulang pinggul. Bila nak bangun je, kadang tu langsung tak boleh gerak dan berjalan. Sakitnya Allah je yang tahu. Susu Iman pun abgfiz yang ambil, terpaksa kejutkan dia.


  Now, baby's head dah ada kat bawah.



Pembukaan cervic dan effacement..? Saya belum pun cek lagi.

Kali ni saya betul-betul nak sakit kat rumah. Dah malas sangat nak ke hospital.. bila sakit teruk dan saya tak boleh jalan baru saya nak gerak ke hospital. Ataupun keluar darah dan air ketuban. Selain tu, saya nak sakit kat rumah je.

Baju baby pun ada yang mak poskan, dan baru je beli 2-3 pasang. Beg langsung tak packed lagi, barang baby yang lain selain diaper, semua tak beli lagi. Tapi apa je nak dibeli? Barang Iman masih ada lagi. Malaskah saya atau tak bermood? Hehe~~ Tanya diri sendiri la, kan?

p.s: Moga-moga kali ni semua selamat. Moga Allah permudahkan saya, abgfiz dan Iman di dalam labor. Andai kata Iman buat perangai tika saya di labor, terpaksa saya bersalin seorangan. Tak berani pula nak tinggal Iman di rumah orang. Melalak kuat-kuatla jawabnya.. Iman ni kalau tak ada saya dan abgfiz, memang tak boleh.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pindah Rumah... lagi????


Bismillahirahmanirahim

Setelah sekian lama rumah terbengkalai... *_^ Hari ini genap 7 hari saya pindah .. Erk.. pindah lagi?? Yeeeee.. kami pindah lagi. Ni kes saya mengandung lagi la ni. Rumah lama tu hanya ada 1 bilik je, dan 1 bilik kalau mengikut peraturan Nebraska ni... hanya boleh diduduki seramai 3 orang sahaja (min : 3 org), Kalau rumah yang ada 2 bilik, maximum 5 orang sahaja. Yang tu jela saya tahu.. selebihnya malas pulak nak ambil tahu. Ehe..

Kalau ikut hati, saya betul-betul tak nak pindah. Satu - malas. Malas nak packing barang dan malas nak unpack barang serta sangat malas nak bersihkan rumah lama. Kat sini, kalau rumah yang kita tinggalkan wajib bersihkan sebagaimana bersihnya awal-awal kita menghuni rumah tersebut. Tak dinafikan, memang awal-awal masuk rumah (kecuali rumah lepas) semua berkeadaan baru dan bersih. Carpet ditukar / disyampu (guna vacuum stim), bilik air dibersihkan, dapur dalam keadaan bersih dan berkilat, semuanya baru.Tapi keluar nanti pun, mestilah berkeadaan seperti yang seawal kita masuk. kalau tak, ditolak deposit selama sebulan. Amaun yang ditolak bergantung kepada kerosakan /kebersihan yang kita tinggalkan.

Kenapa saya baru berpindah setelah kandungan masuk 9 bulan? Sebabnya..... kami menanti rumah yang dua bilik di kawasan rumah lama kami di Holdrege St. Bukan apa, duk situ walaupun kecik rumahnya tapi sewanya murah. Kalau dulu rumah kami sewanya $410 permonth termasuk letrik, internet, heater, kabel TV dan garbage. Haaa.. sini garbage biasanya kena bayar. Maksudnya kalau ada perkhidmatan buang sampah tu, memang kena bayar. Lepas tu kalau rumah dua bilik di Holdrege St tu hanya $505 sahaja termasuk semua. Tapi duk tunggu punya tunggu, bulan tak keluar-keluar. Tak ada pulak orang nak keluar. Dengan pilihan yang ada, kami pindahla rumah yang jauh sedikit dari East Campus, di kawasan City Campus. Sebenarnya takla jauh sangat, kalau naik kereta 5-10 min jugak termasuk trafic light. Rumah ni pula sewanya $560 termasuk heater. Eletrik kena bayar sendiri. Oh ya rumah yang berhampiran rumah lama kami di Starr St, (Our new home, home sweet home) ada juga yang kosong tapi 3 bilik dan kami sepakat menolak awal-awal rumah di kawasan rumah lama kami. Bukan apa, sewanya $515 tak termasuk semua kecuali internet. Jadi, heater dan letrik kena bayar. Heater tu yang bebankan sikit. Waktu winter berganda naiknya. Ish ish.. tak faham betul saya. (banyak pulak bebelnya...)

Alhamdulillah, malas-malas pun saya sempat juga packing barang. Waktu pindah minggu lepas kebetulan saya diserang selsema. Entah kenapala winter kali ni dah 3 kali saya selsema. Iman pun asyik selsema.. Winter lepas tak pernah dia kena. Hurm.. itulah kebaikan susu ibu- antibodi yang kuat. Pagi tu, abgfiz minta saya buatkan roti canai untuk para pengangkut barang-barang kami. Doh roti canai tu keras... haha nasibla sape yang makan. Gomen ne~~

Tengahari tu pulak saya tiba-tiba demam! Risau betul sebabnya Megan  selalu risau kalau saya demam. Katanya bahaya pada kandungan. Terus saya lenakan diri dan biarkan rumah sepah sepah. Tak larat nak bangun! Malam Sabtu tu kami bermalam di rumah baru. Malam tu pulak abgfiz unpack dan kemas mana yang patut. Dia cuma tinggalkan barang dapur dan baju-baju. Tak tidur abgfiz malam tu! Esoknya pula lepas zohor dia ke rumah lama bersihkan rumah. Abgfizla paling kesian, diala yang cuci semua, dapur, peti sejuk, bilik air. Yang paling saya sedih, abgfiz gunakan Easy Off pembersih oven tu tanpa pakai glove. Benda tu sangat kuat dan tajam. Habis tangan dan lengan dia terhakis. Rasa bersalah sangat tapi apakan daya, saya terpaksa tengok Iman dan unpack barang di rumah baru..

Berbanding rumah lama, rumah baru ni sangat luas dan selesa. Pada saya, saya takla pentingkan sangat keluasan rumah, sebab nak balik tahun depan kan. Cuma kalau boleh jimat, jimatla. Sebetulnya rumah ni sewanya $590 tapi dek kerana berada dibawah (separuh basement dan tiada balkoni), sewanya diturunkan $30. Kata Cindy (bahagian family housing) tu , tak ramai suka duk rumah tanpa balkoni, sebab tu sewa diturunkan.





Bahagian dapur : hari pertama masuk dan unpack terus barang dapur (rempah ratus, garam, gula etc etc)



Bahagian dapur setelah unpack barang. Ada pulak dishwasher.. Senangla nanti kalau ada makan-makan. Masuk je dalam dishwasher dan tidur... bangun esoknya dah bersih. *wink wink*


 Ini pula pandangan di bahagian closet di bilik tidur utama. Hujung sekali tu bilik air tapi tak ada bath tub. Hanya ada shower dan toilet bowl. Tak pernah lagi saya guna.. entah.. malas kot~



 Depan closet tu ada pulak sinki ^_^ macam kat hotel je bilik ni.. Serius!!!



 Ini pula pandangan di bilik air utama.. Tak pandai nak amik gambar penuh. Amik separuh-separuh pun jadilah..




Ruang tamu yang luas..


Setelah dimasukan barang..


Iman pula... awal-awal tu dia agak takut. Terutama bahagian dapur, mana tau ada 'benda' kan? Maklumlah rumah tinggalan. Saya duk baca albaqarah je, itu pun smpi sekarang masih tak habis-habsi lagi. Alhamdulillah sekarang dia dah biasa. Cumanya sukala dia duk lari sana lari sini.. Kate rumah besar dari rumah lama!



p.s: hah, puas hati ko mek in? ni request adik saya la..nk tgk rumah baru. Hadoiiii....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman : 18 month *_*

Bismillahirahmanirahim

Akhir-akhir ni entah kenapa Iman suka sangat dengan stokin terutama stokin ayah dia. Jumpa je stokin terus dipakai. Awal-awal tu memang langsung tak reti nak pakai, tapi lama-lama (agaknya dia belajar dari ayah dia) dah pandai dengan sendiri. Masalahnya, bersepah stokin ayah yang dia pakai, sudahnya kelam kabut abgfiz mencari stokin dia. Kadang sebelah je yang ada, sebelah lagi entah ke mana. Ada yang masuk bakul, ada yang duk celah-celah kerusi, ada tu duk dalam kereta mainan Iman..


  Yang tak tahannya, dia pandai pakai sebelah je stokin. Sebelah lagi dibiar je begitu sahaja.


 Terbalik pun tak apa lah...


 Tilik-tilik dulu....


 Eeeh..nak cubalah...


 yey~! dah boleh pakai pun.....


 Jum naik kereta~~~



By 18 Month :

 # Banyak perkataan yang disebut, walaupun tak jelas tapi masih boleh difahami cth :

  • thank you
  • see you
  • bye
  • oh! no.. (yang ni selalu dia sebut kalau dia sengaja sepahkan sesuatu..)
  • oh! wow.. (duk ikut wow, wow wubzzy)
  • susu
  • ayah.. *umi disebut mama*
  • kalau tak nak sesuatu, pandai je sebut 'no!' sambil menggelengkan kepala.
# Dah pandai pakaikan seluar sendiri, macam stokin la kot..

# Suka sangat pakai tudung.. : kalau dia tengah duk nangis-nangis tu, bila pakaikan tudung terus senyap.. kelakar betul kalau tengok.

# Kalau disuruh 'kiss' tu, tak kisahla dia jumpa mana-mana tempat kat badan.. asyik cium aja. Cuma akhir-akhir ni kalau dia nak cium saya tuh, suka sungguh pegang muka saya sambil duk cium pipi, hidung. Yang tak tahannya, ciuman dia tu meninggalkan air liur di muka. *wink wink*

# Suka sangat ber'skype'.. biasanya abgfiz ke lab, kami berhubung melalui skype. Jadi bila dia tengok video dia dan ayahnya tu..gembira tak sudah-sudah. Duk bertepuk tangan je..

# yang kelakarnya, bila saya tunjuk baby kt perut.., boleh pulak dia buka baju dia dan tunjuk juga baby tu kat perut dia cumanya dia akan panggil 'tcetce.' Hah, jangan tanya saya bahasa apa..saya sendiri tak faham!

# Yang saya betul-betul tak tahan..... Iman dah manja sangat, nak kata ngada-ngada pun ye jugak. Semuanya nak melekat dengan saya. Saya nak solat pun, kena baringkan dia di tepi sejadah, ataupon dia duduk tepi kaki saya ni. Nak masak jangan cakapla.. walaupun perut dah buncit benor, nak jugak berdukung. Setiap saat memang nak melekat je dengan saya. Yang dulu dengan ayah boleh, sekarang dah tak boleh. Dulu abgfiz mandikan dia, sekarang dah tak nak langsung. Hadoiiii~~~ kalau macam ni la..cepatla saya bersalin nanti.. Tidur pun nak tidur atas lengan saya, tak pun nak peluk saya. Kulit kami mesti bersentuh, ok? Bila ngadu kat nurse, katanya.. Iman dah tau dia nak dapat adik, sebab tu jadi macam tu.. Mengadap pc pun dia akan berada di atas riba walaupun sebelah ni saya letakkan kerusi. Kadang-kadang dimarahnya saya sebab tak dukung dia.. marahnya tu sampai bergolek-golek badan di lantai. Ha.. kalau yang tu saya hanya pegang tangan dia dan pimpin je. Tak kuasa nak pujuk memujuk!

p.s: heih~~ sedar tak sedar lagi 3-4 minggu lagi adik Iman akan keluar. Cepatnya masa berjalan, langsung tak sedar!

p.s : oh ya, blog niaga saya sudah berada di alam internet. Itupun kecik-kecik aja dan dorongan abgfiz dan kawan baik saya, Ani. Dah banyak idea, saya tambah lagi produk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehidupan dan Keceriaan ^.^

Bismillahirahmanirahim..



Entry kali ni berkisahkan kucing-kucing yang senang bersenang lenang di rumah mama saya. Awal-awal dulu, seingat saya hanya ada sekor je. Tu pun bukan nya kami bela, dia datang sendiri ke rumah. Dah tu, mama pulak jenis kesian je kat binatang, dibaginya makanan. Dah diberi makan, setiap harila datang ke rumah. dahla garang. Muka nak makan orang je.. Sabor jela..



Lepas tu di ibu ni (panggilan utk kucing tadi), dengan istilah 'terlalu subur", asyik beranak je keje dia. Tapi tak lama hayat si anak nya tu... ada je yang mampus. Lepas je saya kawin entah kenapa anak-anak si ibu ni beranak pinak pulak. Kali ni mama memang jaga dengan betul supaya hayatnya lebih lama....



Yang tak tahannya, manja betul anak-anak si ibu ni dengan mama. Kala lapar tuh, mulala... main-main rambutlah, duduk atas perut mama la.. tu makna nya dia nak makan la tuh!



Dah datang US ni, generasi si ibu tu bertambah-tambah pulak.... kadang-kadang bising je dengan adik-adik saya bebel sebab sibuk bergaduh dengan kucing. Tapi gaduh-gaduh pun, sayang jugak kat kucing. Bila nak buang ke pasar, tak sampai hati. Tapi bila duk kat rumah, ada je benda yang tak ok.







Dua hari lepas saya called ain, katanya si Cindy bersalin lagi! Nama cindy tu entah sapela yang bagi, tapi dia tahu tu nama dia. Jumlahnya 3 ekor.. hai bertambahlahhhhh penghuni rumah tu.






Yang ni pulak black dan anaknya. Bersalin dekat-dekat je dengan si Cindy. Tapi hairannya, anak dia sekor je. Tak pernah lagi saya tengok kucing beranak sekor!Jumlah semua kucing-kucing kat rumah sekarang ni 11.. ke 13? lupala pulak!!!







Yang ni antara kucing-kucing kat rumah..



Dah besar dah pun. Ada yang dah arwah.. Isk isk =(




Yang ni tukang cium..tapi nak jaga tak berapa nak sangat.





Si Ain nila yang 'sgt' sayang dan rajin jaga kucing-kucing kat rumah. Bergaduh setiap hari pun ye jugak! Hahaha..



p.s: agaknya bila balik nanti brapa ye jumlah semua? entah-entah kena penyek kt Iman nanti..kuikui

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADV: Spanx for men

Bismillahirahmanirahim





Fuh~~Fuh~~


hadoiii *_@ .. hari ni saya kelamkibut baaaaaanyakkkk!!!! Bermula pagi semalam, tika subuh tu entah kenapa saya pelik tengok Iman. Bangun tidur diamm je... baring-baring dan golek-golek atas comforter dia tuh. Bila pegang badan dia, rasa panas skit. Tapi cek suhu, 100++ je pun. maksudnya, demam dia tak kuatla tuh.






Dek kerana ke'tidaksedapan' badan dia, nak berdukung je semalam. Bila nak tidur, nak saya peluk dan belai dia. Aigoo~~ sempatla dia tidur dalam 10-15 min, saya terus bangun masak tengahari. Itupun masak nasi ayam hainan-konon teringin nak makan.. sbb dah makan yang jamuan NUMSA Chinese New year hari tu.

Ayamnya, saya tak rebus.. saya main kukus je. Hahaha... lantakla..asalkan jadi nasi ayam tu..

Malamnya, suhu naik sampai 104.1 F! Cuak betul saya... terus bagi tylenol 8ml. Jam 2pg, suhu turun ke 102.9 tapi jam 4 pagi tu suhu naik balik 104.2. Jam 4 pg tu juga, abgfiz start cirit birit dan muntah-muntah.. YaAllah kalut betul pagi tu.. saya pun dah tak membilang berapa kali dia ke toilet. Setiap saat dan minit, itu je tempat yang dia masuk. Dah makan pil chi kit tu pun masih cirit2 lagi. Yang hairannya, dia makan sama dengan saya makan. Tapi, saya tak kena pula.

Iman pula, asyik terjaga-jaga je. Maklumlah badan panas, susahla nak tidur. Pagi lepas subuh tadi saya telefon people health centre. Kata abgfiz, kalau tak dapat ke klinik tu, kami terus ke emergency la kot. Talian telefon pula dibuka jam 8 pagi.. nak tak nak kami try and error ke klinik tu.. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit kami tiba, nama Iman dah dipanggil. Kali ni bukan Dr maryam (paed) Iman yang merawat tapi Dr Paul. Sangat teliti dan baik.. fikir-fikir saya ingat nak jadikan dia paed adik Iman nanti.

Abgfiz pula tak henti-henti muntah dan cirit. Agaknya dah tak ada air dalam badan. Sian sangat.. hari ni buat pertama kalinya, dia berada dirumah 24 jam. Bila dah dua-dua sakit, yang sorangnya tak tentu arah.

#######################

Hari tu Suhaizi pernah tanya pasal Spanx untuk lelaki. Yes>>>>>>>! Memang ada untuk lelaki, berminat ke? Berminat contact nurzza@gmail.com






This physique–improving, game-changing, seamless undershirt is designed with cooling features and compression zones that transforms the torso and chest. He'll look sharper, stand taller and feel stronger in his clothes.


- Zoned compression targets abs and torso
- Firms and tones chest
- Breatheasy ™ zones cool through underarms and back
- Lumbar support zone improves posture
- Wicks moisture
- Athletic design for maximum mobility
- Eliminates bulk under clothes




p.s: alhamdulillah, dah ada yang berminat dengan Spanx ni. Erk..... lambat pulak saya nak pakai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan