RSS

Setengah Hari Berjalan



Bismillahirahmanirahim



Ekeke..tu pon nak buat entry ke? Alkisahnya, hari ni temujanji dengan paed Iman, 4 month check up. Temujanji jam 7 lagi, ekeke.. kamila yang paling awal patient pagi ni. Memang selalu macam ni pon, senang.. tak kalut ribut, tak perlu beratur, tak perlu duk mengumpat tengok orang pelik-pelik..ekeke. Jam 5 pagi, saya bangun, mandi - punyala lama, sebabnya.. dah 3 hari tak mandi.. Sejukla nak mandi setiap hari, tambah kalau mandi setiap hari, kulit memang sangat kering dan teruk mengelupas. Kepada yang berada di Malaysia, jangan tiru aksi yang tak berapa nak bagus ni ye..


Subuh jam 620 macam tu, jadi kejut Iman jam 6 pagi, mandikan dia. Yang tak tahan nya, Iman ni, celik mata je nak meniarap. Dah tu gelak-gelak. Entah apa yang seronoknya..

Ke klinik jam 645, nasib baik dah dibuka. Berat Iman dah hampir 8 kg! Huh, patutla sakit tulang tangan umi duk dukung Iman nih. Yang lawaknya, bila kena cucuk, (Iman 4 bulan kena cucuk 2 jarum, 1 minuman) kali pertama cucuk, diam lagi kali kedua meraung tak mudah-mudah. Tapi kejap jela, dah tu dia tidur..


Balik rumah, buat sarapan pagi dan kemas rumah sikit. Jam 10 pula temujanji di Health Department untuk H1N1 vaksin. Sampai kat sana, yaAllah jumpa pulak dengan makcik nih, bawa anjing yang besar tuh. Besar sungguh! Agaknya, lagi besar dari saya yang kecik come nih! Kata abgfiz, anjing tu mungkin pekak ke bisu sebabnya, ada alat bantuan di leher.





Serius, anjing sebijik macam ni..huuuu takuttt.






Sedang kami tunggu giliran untuk dipanggil nurse, makcik tadi jalan di depan kami, dah tu si anjingnya tu, tiba-tiba datang dekat dengan saya.. Apa lagi, menjerit takutla, dah tu tuannya, memandang dengan jelingan mata pulak. (semua yang ada kat situ duk tengok je). Yela, makcik tu tak leh nak fikir ke bukan semua orang boleh dengan anjing. Mungkin ada yang allergic ke.. Abgfiz pon marah sikit pada amkcik tuh, kena la tengok anjing dia, mana boleh suka hati biar anjing dia jalan sorang-sorang. Kat US ni, kalau bela anjing memang kena bela betul-betul, kalau bawa keluar MESTI + WAJIB pegang tali tu, kena saman kalau anjing terlepas tau.


Sebenarnya, kalau anjing kecik-kecik tu saya tak adala takut sangat, walaupon selalu je lari dari anjing bila jumpa. Tapi ni anjing besar tuh, anjing yang macam anjing polis tuh. Sungguh, besar.. takut tau. Eee.. ngeri bila terbayang giginya yang tajam tuh, dengan air liurnya. Takutttt.. maafla makcik, saya tak sengaja menjerit tadi, terkejut..


Selesai kami dicucuk, kami ke Gateway Mall jalan-jalan makan angin. Sejak ada anak ni, asyik ke tempat baby je. Nak beli mainan, mahal dan rasanya tak patut beli kot. berkira sungguh saya nih. Nak beli CD belajar Iman, rasanya awal lagi. Akhirnya beli satu set baju Iman ( 2 helai baju dan sehelai seluar brand Carters kot), yang clearance dari harga $30 dapatla $9.99. Tengok baju kanak-kanak, yang blouse tu.. ish cantik sungguh (fancy-fancy, ros, reben-reben..tak ke comey tuh). Nak beli, sape nak pakai, teringin je nak pakai tapi sat gi kan abgfiz kate buang tebiat pulak.. =D


Lepas tu, saya pula jamu mata tengok handbag lawa-lawa. Jenama XOXO, FOSSIL. Hiush berkenan sungguh (dalam hatila) tapi nak beli tu 20 kali fikir jugak. Walaupon harga bawah $20, bagi saya mahal tu. Dan biasanya, memang tak beli ;p



Sudahnya, kami lunch di Mall, makan footlong tuna di Subway.





Sekian sudah berjalan, walaupon setengah hari tapi.. kepala ni cepat pening dan penat suda.. (nampak sangat lama tak aktif, badan pon makin lemah..)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Nadiah Sidek said...

izza mandikn iman pg2 ke? takyah mandikn dia pun takpe, just lap bdn dia je takut sejuk dada. ms akk kat msia dulu mmg mak akk tak bg mandikn safiyyah pg2 sgt. ni pulak time winter gini. kalau dia dh besar skit takpe. safiyyah ni pun plg awal kul 9 baru mandikn dia

Nurul Izza said...

akak, iman pg ni mandi pagi sbb nk jumpa doc setelah 4 hari xmandi.sejak mula sejuk iza mmg xmandikan dia setiap hariu.sian dia sejuk.kalau mandikan pon dalm kol 1 atau kol 5-6 petang.pg ni je mandi kan dia pagi2.

Unknown said...

Salam ..selamat ma'al hijrah..
Hee..tak mandi 3 hari..ish..ish..
bocor rahsia..hhaa..
Kan at sana ada heater kan..
hee.. I mean ..dalam bilik mandi tu laa..

ttg pening kepala tu ..kena take action jugak..kot2 ada masalah lain..
namun kalau dari sebelum kawin pun dah lagu tu..it's okay lah..
Selamat sikit..hee

p/s - sempena maal hijrah 1431 teman nak cadangkan agar dihindarkan lah "word verification" tu.. melambatkan koje komen laa..
usul je..

yatie chomeyl said...

ooo anjing ni jenis german shepherd. memang besar gila..mmg anjing ni besar gila, yatie pon takut kat anjing nih

Nurul Izza said...

lanabulu : slam maal hijrah.. alahai nnti teman gtau suami teman..sebabnya dia yng buat setting sume.

yatie chomeyl : kan, kan, takut kan dahla besor benor.. tapi kat jepun semuanya..kawaii, kawaii entah ape yang kawaii kt anjing..seriuslay, agaknya Allah dh jadikan anjing tak secomey kucing kan. asyik terjelir je lidah dia ;p

lina said...

kat uk dulu kan...diorg msti bg anjing pkai bju lah...kasutlah...topilah..hehehe...ntah2 anjing tu p0n rimas...=p

pastu bila kita takut2 dgn anjing msti diorg tak suka...hehehe

Nurul Izza said...

mmgpon lina..ade sekali kakiza g umah kwn abgfiz
die bela anjing
nmpk garang sungguh,kakiza ckp kakiza allergic dengan anjing.bila tgk gmbr kt peti ais diorg..sume buh baju kt anjing.hahah lawak tp mcm tula..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan