Di Mahoney Park tersangatlah luas kawasannya, seakan ladang jauh nun mata memandang dan berbukit-bukit. Sesampainya kami di sana, terus telihat oleh kami kuda-kuda di suatu tempat itu. Terus Suhaizi dengan beraninya mahu menaiki dan menunggang kuda tersebut. Lantas, kami ke Administration Office untuk membeli tiket dan di sana, terdapat banyak jadual aktiviti di Mahoney Park ini seperti, menunggang kuda, menaiki boat, dan macam -macam lagi. Hajat dihati kiranya mau menunggang kuda tapi suamiku melarang risau jatuh kerana aku tiada pengalaman menaiki kuda apatah lagi menunggang. Banyak aktiviti yang menarik namun its closed for the season. Mungkin cuaca kurang elok.
Suhaizi bersama kudanya
Sebenarnya kami ke sini dengan dua tujuan. Pertama, bercuti dan kedua, mengumpul serangga untuk kelas suamiku di sini. Ump..sambil menyelam minum air kan. Jadi, setelah Suhaizi ke kandang kuda, kami berdua terus mencari serangga bersama net masing-masing.
Tempat kami menjamu makanan tengahari
Selepas menikmati makanan tengahari itu, kami ke Walter Scott Jr Observation Tower. Ianya sebuah menara, tidaklah tinggi sangat dan terdapat tangga hingga ke atas. Cuaca hari itu tersangatlah elok dek kerana matahari memancar dengan jaya serta angin sejuk bertiup itu. Ish..anginnya sejuk sekali. Menyebabkan aku terpakasa memakai sarung tangan. Sejuk teramat pada hemahku. Namun rata-rata pengunjung ke sini memakai t-shirt sahaja. Begitu juga dengn Suhaizi. Agaknya, sudah biasa dengan sejuk begini. Jadi terus kami menaiki menara ini, aku ini dengan perasaan gayat ini, terus ketakutan ditambah dengan angin yang bertiup kencang. Huuuih..menakutkan aja. Namun, rata-rata kanak-kanak yang naik turun kelihatan sangat seronok dan tiada perasaaan takut..Hehehe..malu betul aku pada kanak-kanak itu.. Di puncak menara ini, kami melihat pemandangan yang cantik sekali, tasik dan sungai nun jaun di sana.. Aduh, cantik sekali ciptaan Allah ini..
Kami berdua di atas menara
Setelah itu, kami ke Owen Marina, iaitu sebuah bangunan yang mana bangunan itu menjual makanan, terdapat restroom dan yang menariknya, bangunan ini terletak di tepi tasik. Jika summer season, bangunan ini dibuka untuk aktiviti paddle boat and fishing. Telah terpandang oleh mataku ini, beberapa kumpulan swan di dalam tasik itu..huhu sungguh mempesona swan-swan di situ. Sempat aku bergambar bersama pokok-pokok yang kelihatan berubah warnanya ini. Subahanallah, sangat cantik. Indah ciptaan Allah ini..
Lihatlah gaya suamiku dan Suhaizi ini..
Kami di kabin kami -Running Deer 35
Pemandangan di sudut dapur kabin. Lengkap semuanya
Suamiku terus mencapai segala barang tangkapan serangganya itu, lalu memasangnya di tepi kabin itu. Suhaizi kulihat sedang menyiapkan bara api BBQ kami.. Sementara mereka berdua sibuk membakar ayam itu, aku terus ke dapur..menggoreng mihun untuk makan malam kami.
Inilah sajian makan malam kami di kabin ini.
Keesokkan harinya, sebelum kami check out dari kabin ini, Suhaizi dan suamiku ternyata ke tempat perangkap serangga. Suhaizi kulihat tersangatlah asyik memetik butang kameranya menghala ke hutan-hutan itu. Terus dilihat olehnya, seekor deer sedang berkeliaran di kawasan kabin ini. Agaknya itulah sebab kabin ini dinamakan Running Deer..terus, kami mengambil photo-photo untuk dijadikan kenangan dan terus ckeck out dari kabin tersebut.
Kami berdua di hadapan salah satu bangunan Old Market.
Setelah penat berjalan dan berposingan di Old Market, kami meneruskan perjalanan kami pulang ke Lincoln. Dan kami berhenti makan tengahari di Buerger King, apalagi yang harus di makan selain Fish Burger. Jika di Malaysia, Double Beef Black pepper burger menjadi kegemaranku. Tapi disini, segalanya haram. Jadi kami menjamah Fish burger sahaja.. Terus kami menamatkan fall break ini sehingga sampainya kami di rumah kami..
12 comments:
seronok lah ye p holiday hehe...
Baguih la tu...jenjalan..kurangkan asap yang kuar kat kepala..hahaha
bestnye jalan2...cuti2 US...
kak eja : besh2..
kak ain : tula..bgs juga..biar kuar asap skit kan..
ani: besh..tp xdela jauh benor pun jalan..xdela nk g florida ke.jumpa Horatio Caine tuh..hihi
cepatnye publish! de bakat jd writer nih hahaha nice story and pics too tapi i got pics yg dah edit sket so nice from the original pics...
hehe..mlm td dek kerana ketiduran dlm kereta dan tak sedar pape..jd malam td susah nk tidur awal..hah jd inilah hasilnya..ump ..malas nk edit gmbr..buh je..=)
Was the mission to catch the innocent insects accomplished?
ibnulazim aka paih : yup..but most of them already in collection..the reason is..some insect almost hibernate already..hua..=(..poor my husband..
banyak citer skrg ni, rajin sungguh.
nampak pasangan ini memang romantk sekali. macam pelakon drama korea.
miq : alhamdulillah..kami romantik skg dan selamanya..amin
kali pertama menyinggah. tak pernah kamu khabarkan kamu juga punya blog. hahaha.
nanti bawa pulang anak-anak sedara yang comel untukku. :)
ya nanti pulang dr Nebraska pasti akan bertambah bilangan ahli keluarga ini... doaku mengiringimu Ameen :)
Post a Comment