Bismillahirahmanirahim
Bersambung dari part 1.
Sebenarnya gambar banyak di laptop, kami bawa 2 laptop. 1 laptop kecik dan 1 laptop besar. Pembawaan laptop memudahkan kami berdua nak meng'access' internet. Tapi mana nak sempat.. sudah bertiga ni, masa banyak dengan yang ketiga je. Tapi, laptop sangat penting bila kami di dalam cuti-cuti. Sebabnya :

1- memudahkan untuk tempahan hotel/motel. Kat US ni, harga hotel yang ditempah sangat murah berbanding kita terus ke hotel. Kadang tu sampai separuh harga.
2- checking email. Email di US sangat penting, hubungan kami dengan orang luar kebanyakan menggunakan email. Post assignment pun guna email, UNL alert pun melalui email, pendek kata email adalah penghubung yang penting di US. Abgfiz bila bangun pagi, dia akan cek email UNL, email yahoo, email gmail.
Beg yang kami bawa berjumlah 4 biji. Wah banyak kan? 

1- beg pakaian saya dan abgfiz
2- beg pakaian Iman
3- beg makanan Iman
4- beg stok bekalan makanan kami
Makanan pula.. untuk hari itu saya ada masakan sedikit makanan dengan rancangan nak bawa periuk nasi. Tapi apakan daya, periuk nasi saya terlupa, makanan Iman pun saya boleh lupa. Nasib baik saya ada bawa cereal box dan buah-buahan dalam jar untuk Iman.
Saya cuma bawa indo mee, maggi dan muffin yang saya buat.

Pengalaman pertama kami, berjalan jauh tanpa bergantung kepada orang. Summer lepas, seminggu kami menginap di rumah MSD Chicago. Jadi, seminggu tu kami makan apa yang dimasak. Kali ni, sendiri-sendiri..
Dengan fikiran yang terlupa itu, kami makan roti + telur. Kadang kami search di zabihah.com untuk mencari resoran halal di setiap state. Hari yang bertuah, kami makan di restoran halal, hari tak bertuah, kami bedal je roti dan telur atau indo mee. Kerana itu, saya asyik rindukan Lincoln, rindu nak memasak, rindu nak buat kueh dan sebagainya.
Disebabkan kebanyakan motel yang kami bermalam tu disediakan microwave dan peti sejuk, saya terfikir bagaimana nak memasak telur di microwave. Tak kena cara, kang meletup pula... Tiba-tiba saya teringat rancangan Iron Chef America .
.. Chef Mario Batali masak telur dalam air. Jadi instead of meletup dalam microwave, saya panaskan air dalam bekas di microwave, kemudian saya pecahkan telur di dalam air, lepas tu saya masak balik air bersama telur tu di microwave. Hasilnya... sebijik macam telur goreng cuma tak berminyak je. Tak sia-sia saya fanatik rancangan Iron Chef tu. 



Kami tiba tepat jam 5 petang di Cheyenne, Wyoming. Setelah kemas mengemas, makan dan solat, kami ke downtown Cheyyene dan Botanical Garden. Malangnya, di Cheyenne pun masih lagi berada di alam salji. Hasrat di hati nak bergambar ditaman bunga terkubur begitu sahaja (ewah, ayat..
). Bunga tak tumbuh pun lagi, ada yang tumbuh tapi sikit je.

Di downtown Cheyenne, kami sempat ke muzium. Tapi dah tutup dah.. sempat bergambar je. Itupun jadila..
Boot ni lambang bandar Cheyenne. Sejarahnya tak pula saya cari.Kikiki



6 comments:
Kak Izza..
Comey nyeee iman bile gelak ngan ayah die.. Cuteeee!!~ Best nyee jalan2.. mau pi jalan2 gak.. tp ongkos tadek..hehe..
tak dapat pi ke sana..tengok gambar dan baca cerita izza pun dah kira ok..tq
tgk tajuk.,. first time ada part 1.5... ekekkekekke wahh.. cantik pemandangan kat sana... iman gelak pun sangat comei... suka la tu dapat jenjalan... :)
sonoknyer dpt berjln tmpt org..pengalaman yg xdpt dilupakan..gelak besar cik iman ngan ayahnyer..suker tul iman dpt jln2..
Hai Izza,
Seronoknya jalan2~. Saya dah tgk gambar Izza di FB, syok sungguh!
Owh ya, berkenaan pertanyan Izza di FB, yep, saya dah totally closed blog H&H tue, atas sebab2 tertentu. So, bukan Izza sorang jer yg xleh access kay, org lain pon samer. Jadi, jgn merajuk, ehh? Hihihi...
Regards,
Arnie
nana:saya nak ke Jepun..leh teman tak? ekeke nana keje besar nnt insy dapat dtg juga =)
azi: mana tahu 1 ms nnt azi plak kan??
kaknini: ekeke sebenarnya part 0.5 tu..tpdsbbkan dah buat part 1 jadi part 1.5 haha.tula suka benor jalan even keluar pintu depan je =)
alynnz:insy nnt rezeki alin pulak.mana tau kan??
kak arnie: oo pttla..*sad*
Post a Comment