RSS

Cuti-cuti US : Part 3 : Hollywood


Bismillahirahmanirahim

Malam tadi gambar tak boleh nak upload, tak tahu pasal apa. Tengok jam dah jam 11, terus saya logout dashboard. Dah malas!



*****************

21 Mei : 8 am : Los Angeles, California



Tika kami di rumah En Hazli tu, kami ada tanyakan En Hazli tentang apa yang menarik kat LA tu, dia cakap selain Hollywood Universal Studio dan Disneyland, ada Hollywood Drive. Jasi keesokan paginya, kami ke Hollywood Entertainment District


Sampainya kami kat sana, keadaan sunyi sepi. Macam tak ada orang pun. Kata abgfiz, kat situ belah malam yang hidup, siang tak hidup pun. Kami berjalan-jalan di Walk Of Fame. Tapi malangnya, nama yang tertera kat situ langsung saya tak kenal.. Wakaka.. Mungkin ada yang kenal tapi tak terserempak dengan kaki saya la kot. Hahahah .


Honestly saya cakap, kat situ semuanya hiburan. Ada hardrock cafe, ada pula kedai utk adult je. Kat kedai tu ada majalah 18SX, video etc. Dalam hati saya, ' biarla Lincoln tu kampung, dan tak ada benda-benda macam ni. Itu lebih baik dari duk di sini'. Nasib baik kami ke tempat tu siang, kalau malam entah macam-macam boleh jumpa kot. Yang pastinya, saya takut tinggal di bandar besar sebegitu!



Walk of Fame




Jalan-jalan tiba-tiba terjumpa sign Hollywood tu. Tapi atas bukit dan perlu naik dan cari celah-celah rumah baru jumpa. Tak kuasa pula kami nak mencari dan naik ke atas bukit semata-mata nak bergambar kat Hollywood sign tu. Jadi kami amik yang ada depan mata je la..


Bila jalan-jalan tu kami masuk ke L. Ron Hubbard Life Exhibition Museum, dalam tu, saya sempat bergambar je pun. Tak masuk keseluruhan sebabnya tukang pembawa masuk ke exhibition tu tak ada. Tapi visitor centre kat situ bagi pamplet visitor guide and map hollywood tu.









Dalam map tu saya tertengok Madame Tussauds dan Hollywood Wax Museum. Teringin betul nak masuk situ! Jadi kami naik kereta terus ke sana... Kat sana, kami jumpa....






Batman, Superman, Pirate of Carribean, Spiderman, Incredible Hulk, dan.. macam-macam lagi. TAPI>>> nak bergambar dengan mereka kena bayar. Sebenarnya diorang tu bukan yang betul punya, yang kerja sambilan je. Gambar batman dan superman tu saya sempat snap tika dalam kereta.



Sebelum tu saya tak tahu pun, setelah saya bergambar dengan Goofy, terus orang tu minta dibayar. Kena paksa-paksa pulak tu. Kalau kami di Universal Studio, memang free je nak bergambar dengan mascot-mascot tu. Abgfiz dah bagi warning sebenarnya, saya je buat tak tahu. Huhu...



Yang nila kami ditipu..




Lepas kejadian tu terus saya tak berani nak ambil gambar dengan siapa-siapa. Kalau saya nak sangat ambil pun, konon-konon saya ambil gambar bangunan. Ekeke.
.






Jalan-jalan sekitar tu, saya jumpa pula... Ripley's Believe or Not.
Pun saya tak masuk. Semuanya perlu tiket. Lagipun kami nak kejar masa ke Las Vegas.







Walk of Fame




Kedai souvenir



Kami tiba di Madame Tussauds, dan tiketnya $25 perkepala. Mahal betul.. Dalam tu, ada pelakon je. Terfikir saya ketika tu, $25 hanya untuk bergambar??? Jadi, saya tak jadi masuk ke situ.. Tambah pula abgfiz tak nak masuk, sebab dia dah masuk tika di London dulu. Tak aci betul! Tapi macam mambazir pun kalau masuk..





Kat depan Madame Tussauds. Sape ye pelakon ni?




Antara yang ada di sini..


Kami meninggalkan bandar yang penuh dengan star-star itu jam 12 tgh. Kami bertolak ke Las Vegas yang mengambil masa 4 jam dari LA.



* Video di bawah ni antara aksi di filem yang sempat saya rakan tika di Studio Tour, Universal Studio.




Car crash filem Fast and Furious






perubahan cuaca- hujan, banjir etc. Lupa dah filem apa..








Yang ni pula filem Jaws.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Kopiah Senget said...

WOOOOZZZ video yg best!!! caya la bro...

aLyNnZ said...

eii bestnyer dpt g universal studio..thanks coz share video2 yg menakjubkan tuu..tp kalu dpt tgk jaws dr dekat lg best..pengalaman yg xakan dpt dilupakan..

Unknown said...

dlm movie nmpk cam real.. rupanya ade trick tertentu.. :)

Nurul Izza said...

suhaizi : =))basikal dia kena curi, sedih betul..

alyynz: ehehe..aah best alin.ada rezeki pila sana..

kakyong: aahkan akakyong, yoyo je kt tgk tapi sebenarnya trick.dh namaje lakonan =)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

nak bergambar pon kena bayar...tak patut..

Nurul Izza said...

ummi aisyah : biasala..nnt nk wat camtu la..org nk bergmb kena baya tapi sape la nk bergmbr dgn kt
.kahkah

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan