RSS

Cuti-cuti US : part 1.5

Bismillahirahmanirahim



Bersambung dari part 1. Sebenarnya gambar banyak di laptop, kami bawa 2 laptop. 1 laptop kecik dan 1 laptop besar. Pembawaan laptop memudahkan kami berdua nak meng'access' internet. Tapi mana nak sempat.. sudah bertiga ni, masa banyak dengan yang ketiga je. Tapi, laptop sangat penting bila kami di dalam cuti-cuti. Sebabnya :



1- memudahkan untuk tempahan hotel/motel. Kat US ni, harga hotel yang ditempah sangat murah berbanding kita terus ke hotel. Kadang tu sampai separuh harga.



2- checking email. Email di US sangat penting, hubungan kami dengan orang luar kebanyakan menggunakan email. Post assignment pun guna email, UNL alert pun melalui email, pendek kata email adalah penghubung yang penting di US. Abgfiz bila bangun pagi, dia akan cek email UNL, email yahoo, email gmail.



Beg yang kami bawa berjumlah 4 biji. Wah banyak kan?



1- beg pakaian saya dan abgfiz

2- beg pakaian Iman

3- beg makanan Iman

4- beg stok bekalan makanan kami



Makanan pula.. untuk hari itu saya ada masakan sedikit makanan dengan rancangan nak bawa periuk nasi. Tapi apakan daya, periuk nasi saya terlupa, makanan Iman pun saya boleh lupa. Nasib baik saya ada bawa cereal box dan buah-buahan dalam jar untuk Iman. Saya cuma bawa indo mee, maggi dan muffin yang saya buat.



Pengalaman pertama kami, berjalan jauh tanpa bergantung kepada orang. Summer lepas, seminggu kami menginap di rumah MSD Chicago. Jadi, seminggu tu kami makan apa yang dimasak. Kali ni, sendiri-sendiri..



Dengan fikiran yang terlupa itu, kami makan roti + telur. Kadang kami search di zabihah.com untuk mencari resoran halal di setiap state. Hari yang bertuah, kami makan di restoran halal, hari tak bertuah, kami bedal je roti dan telur atau indo mee. Kerana itu, saya asyik rindukan Lincoln, rindu nak memasak, rindu nak buat kueh dan sebagainya.

Disebabkan kebanyakan motel yang kami bermalam tu disediakan microwave dan peti sejuk, saya terfikir bagaimana nak memasak telur di microwave. Tak kena cara, kang meletup pula... Tiba-tiba saya teringat rancangan Iron Chef America . .. Chef Mario Batali masak telur dalam air. Jadi instead of meletup dalam microwave, saya panaskan air dalam bekas di microwave, kemudian saya pecahkan telur di dalam air, lepas tu saya masak balik air bersama telur tu di microwave. Hasilnya... sebijik macam telur goreng cuma tak berminyak je. Tak sia-sia saya fanatik rancangan Iron Chef tu.





Iman dan beg.. Umi sibuk, Iman pun sama..







Berhenti rehat di Grand Island, Nebraska. Sejuk betul time ni.. kebetulan malam sebelum tu salji..





Jumpa pula burung mati.. kesian pula saya tengok. Mesti mati kesejukan kan?



Pemandangan di rest area, Grand Island. Nampak je panas tapi sejuknya....sampai ke tulang.



Kami tiba tepat jam 5 petang di Cheyenne, Wyoming. Setelah kemas mengemas, makan dan solat, kami ke downtown Cheyyene dan Botanical Garden. Malangnya, di Cheyenne pun masih lagi berada di alam salji. Hasrat di hati nak bergambar ditaman bunga terkubur begitu sahaja (ewah, ayat..). Bunga tak tumbuh pun lagi, ada yang tumbuh tapi sikit je.


Makanan yang sempat saya masak pagi tu, nasi puteh, ayam masak paprik dan udang masak manis. Sebenarnya nak habiskan lauk dalam peti ais je pun.





Salji lagi.. walaupun dah masuk Mei.


Di downtown Cheyenne, kami sempat ke muzium. Tapi dah tutup dah.. sempat bergambar je. Itupun jadila..




Boot ni lambang bandar Cheyenne. Sejarahnya tak pula saya cari.Kikiki







Di depan capital State Bulding



Berlatarbelakang kan downtown Cheyenne



Herbs Garden at Botanical Garden. Herbs pun macam lalang je kan?? Ada ditanam oregano, scallion (daun bawang), tyme, basil, marjoram dan.. macam-macam boleh jumpa. Daun pegaga, cekur manis, ulam raja tu tak dela .Ekeke



Kawasan herbs di botanical garden




Ni pun herbs juga..


Ditepi botanical garden tu ada tasik, airnya dalam pula. Saya ni jenis takut pada air. Asal ada air je (tasik ke, sungai ke,) mesti duk terbayang saya jatuh dan tenggelam dalam tu, terbayang Iman terjatuh ke... Kadang terfikir, apa ada dalam tu ye. Tapi saya memang takut pada air seumpama ni. Fikir yang bukan-bukan!





Iman dan ayah, gelak seronok sebab duk berdukung dengan ayah


Cantik betul pemandangan ni, awan yang kepul dan batu terbentuk. Tika ni, perjalanan ke Salt Lake City rasanya..






Yang ni pun sama, perjalanan ke Salt Lake City. Cantik kan?? Tenang je. Saya suka betul pemandangan ni. Bukit bukau dan tasik..ada kuda juga tu..


Ssampainya kami di Salt Lake City, terus kami ke restoran Thai. Kami tengok di zabihah.com. Bila masuk retoran tu, ada pulak patung dia. Tapi saya tenung je keliling restoran tu, ada digantung ALLAH dan MUHAMMAD. Alhamdulillah.. sebenarnya patung tu diletak bersama tradisi masyarakat Thai. Agaknya buat tontonan kot.. Makanannya?? Sedap jugakla.. Tak sempat pula nak snap makanan, dah masuk perut dah.


Di kawasan restoran. Cantik je sebab gunung bersalji kat belakang


p.s: Dari Oregon smbung ke Part 2.Banyak benor part-part tuh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

nAna ezReenA said...

Kak Izza..

Comey nyeee iman bile gelak ngan ayah die.. Cuteeee!!~ Best nyee jalan2.. mau pi jalan2 gak.. tp ongkos tadek..hehe..

Azirahman said...

tak dapat pi ke sana..tengok gambar dan baca cerita izza pun dah kira ok..tq

Sharini aka Ummi Khayra said...

tgk tajuk.,. first time ada part 1.5... ekekkekekke wahh.. cantik pemandangan kat sana... iman gelak pun sangat comei... suka la tu dapat jenjalan... :)

aLyNnZ said...

sonoknyer dpt berjln tmpt org..pengalaman yg xdpt dilupakan..gelak besar cik iman ngan ayahnyer..suker tul iman dpt jln2..

Unknown said...

Hai Izza,

Seronoknya jalan2~. Saya dah tgk gambar Izza di FB, syok sungguh!

Owh ya, berkenaan pertanyan Izza di FB, yep, saya dah totally closed blog H&H tue, atas sebab2 tertentu. So, bukan Izza sorang jer yg xleh access kay, org lain pon samer. Jadi, jgn merajuk, ehh? Hihihi...

Regards,
Arnie

Nurul Izza said...

nana:saya nak ke Jepun..leh teman tak? ekeke nana keje besar nnt insy dapat dtg juga =)

azi: mana tahu 1 ms nnt azi plak kan??

kaknini: ekeke sebenarnya part 0.5 tu..tpdsbbkan dah buat part 1 jadi part 1.5 haha.tula suka benor jalan even keluar pintu depan je =)

alynnz:insy nnt rezeki alin pulak.mana tau kan??

kak arnie: oo pttla..*sad*

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan