RSS

Cuti-cuti US : Part 2

Bismillahirahmanirahim



19 Mei : 9 am : Portland, Oregon


Dari Portland kami bertolak ke San Francisco, California. Perjalanan mengambil masa 9-10 jam! Sangat memenatkan, ditambah dengan Iman yang asyik meragam. Dia tak nak duk dalam carseat tu. Kadang terpaksa saya keluarkan dari carseat, dah keluar mula dia melompat-lompat. Kalau polis tengok tu, mau kena $200. Kita yang dewasa pun penat apatah lagi Iman. Sudahla kena ikat, lagila tak mau dia.















Cantik..cantik







19 Mei: 830 pm : San Francisco, California



Dah sampai di San francisco, kami terus ke Super 8 berhampiran Golden Gate Bridge. Rancangan asal nak ke rumah Eiha di San Mateo, kenalan alam maya. Tapi saya serba salah pula, risau dia tak sedia, risau juga abgfiz penat sangat. Sudahnya saya lupa nak tel dia. Alih-alih sampai motel, saya called nak men'cancel'kan pertemuan kami. Tapi Eiha ni datang bawa nasi beriani. Huaaa. ... sudah mengantuk dia menyorong bantal pulak. Sedikit menyesal sebab tak ke rumah dia. Nasib baik dia jenis cakap banyak macam saya. Jadi pertemuan pertama kami, macam kami ni lama sangat kenal. Ekekek.. Suka betul saya ...




Di pertemuan itu sempat kami bersembang dua keluarga yang suaminya asal dari India, si Eiha pula dari Sarawak. Katanya parking di bandar ni sangat mahal, mencecah $30 sejam! Yeke Eiha? Lupa pula.. tapi, bandar San Francisco memang sibuk. Sibuk sangat. Rata-rata menggunakan public transport. Kami pula memang nak guna public transport tapi risau pula silap mana-mana, nanti sesat pula kami.





Eiha, meh la Lincoln pulak ye..







Keesokan harinya, jam 730 pagi kami bergerak ke park. Alhamdulillah, mungkin waktu awal pagi dan waktu office hour, sekolah pun belum cuti, orang tak ramai di park. Ada 2-3 tempat parking yang kosong. Dari situ, kami jalan di park tu. Jumpa pula laut kat situ. Nikmat betul boleh dengar ombak. Maklumla..dah lama sangat tak dengar ombak. Dari situ juga, kami boleh nampak Golden Gate Bridge dan penjara Alcatraz.



Cuaca yang dingin.. best!! {belakang: penjara Alcatraz}





Iman nak main laut.







seronok oh jadi burung ni.. nak ke mana2 tak payah drive






Rolling cable cars. Uniknya cable cars ni, semuanya guna manual. Tapi kan, ramai betul orang Cina kat sini. Masing-masing cakap Cina (mandarin). Duk sini seolah-olah duk negara China. Oh ya, kami tak naik cable cars ni, saya tak nak naik, plus Iman sedang dibuai mimpi indah di stroller.





Berdua lebih baik?? Ekeke




Terdapat banyak rumah/apartment di tepi-tepi jalan. Saya terfikir.. macam mana kalau saya duk sini, sudahla bandar sibuk, rumah tepi jalan pulak tu. Ada anak ni payah ni.. Memang tepi jalan sangat.








Golden Gate Bridge




Lepas ronda-ronda park tu, kami meneruskan lawatan kami ke Golden Gate park pula. Sekali lagi, ramai sangat pelancong. Kebanyakan dari Korea dan China. Sempatla juga kami ke pulau sebelah Golden Gate ni. Dari sini ke pulau sana, tak perlu tol tapi dari pulau ke sini perlu tol $6. Kata abgfiz, kena bayar pun tak apala.. lepas ni memang tak datang dah...






Jam 12 kami check out dari motel dan meneruskan perjalanan ke Los Angeles, yang mengambil masa 7-8 jam. Jauh juga SFO-LA kan??


*********************




19 Mei : 8 pm : Los Angeles, California




Sebelum tu, semasa dalam perjalanan ke LA, kami berhenti solat jamak di.. mana , saya pun lupa dah. Waktu saya sedang solat tu, ada pulak anjing-anjing duk melalak dibelakang saya. Memang saya ada nampak ada anjing yang bebas dari tuan. Mungkin rules kat SFO lain dari Lincoln. Di Lincoln, anjing wajib bertali. Kalau anjing berak pun, najisnya wajib tuan dia ambil. Waktu saya solat tu, memang tawakal sungguh-sungguh, risau benar jika anjing datang ke tempat saya ni. Apapun abgfiz ada je sebelah saya waktu tu. Tapi saya memang risau, yela sebab dengar lalakan anjing tu dibelakng je.




20 Mei : 9 am : Los Angelos, California.




Pagi ni kami ke Malaysian Consultant nak daftarkan kewarganegaraan Iman. Kat sini, kami berurusan dengan permpuan Melayu Islam. Nama aja Melayu tapi sikap langsung tak menunjukkan orang Melayu. Pertama kali tengok personaliti dia pun saya dah agak orangnya macam mana.




Sudahla kedekut dengan senyuman, ramah tu memang langsung la tak ada, lepas tu payah pula nak menolong. Kebetulan ada satu dokumen saya yang telah difotostat tapi tak jelas tulisan, boleh pula dia tak nak terima. Nak suruh kami turun fotostat, kami pun tak tahu kat mana tempat fotostat. Apa salahnya kalau tolong fotostatkan. Eeee. .. menyampah betul saya berurusan dengan orang macam tu. Lepas tu pula, ada borang yang perlu kami isi tapi tak faham, jadi tak isi lagila, dah tu macam marah pula kat kami ni. Laaa... sudahla jauh datang, tak boleh ke tolong guide mana-mana yang tak settle. Nasib baik je hari tu Iman meragam, kalau tak, mau saya nak tegur sikit sikap dia. Dalam hati saya, 'tula kalau dah tua tapi tak nak kahwin'. . menyampah dan memang sakit hati dengan sikap dia tuh. Tak henti-henti saya duk membebel kat abgfiz dengan sikap orang tu. *berbakul-bakul air liur keluar *


Kat sana, kami jumpa En Hazli, pegawai MIDA, duk bersembang dengan dia, dia ajak pula ke rumah. Sempatla saya duk komen tentang sikap perempuan yang berlagak muda tapi sebenarnya tua dan tak kahwin lagi tu pada En Hazli. Kata En Hazli, kami boleh report sikap orang tu kat orang atasan. Tapi malas pula saya, kesian nanti tak dapat kerja pula perempuan tu.


Saya lebih senang bekerja dengan oang mat saleh sini, walaupun mereka ni penat ke, tapi mereka tetap melayan customer dengan baik dan sangat nice. Itula segelintir sikap orang Melayu kita, baik lagi orang yang bukan Islam di sini.




Sibuk nak bergambar di consultant



Dah penat saya bebel tu, kami duk rancang nak jalan mana.. Abgfiz ajak ke Universal Studio dan Disneyland. Jadi, kami ke Universal Studio



Nak parking pun kena bayar.. $20 terbang melayang.





Tiket nak masuk tu harganya $69 perkepala. Ada juga tiket untuk VIP, harga $239! Mahal betul tapi special nya, mereka ni dapat layanan terbaik. Yela, berpatutanla dengan tiket.





Ada gaya tak?



Universal Studio ni sangatla besar, ada macam-macam bangunan. Semuanya hiburan. Haha.. bukan kegemaran saya.. Dalam tu, macam theme park je pun. Aih, payah pula nak bercerita. Sila ke sini untuk mengetahui lebih lanjut. Tapi disebabkan oleh tiket yang kami bayar tu, membazirla kalau tak buat apa-apa kan? Kami jalan-jalan ambil angin turun naik tangga, kemudian terjumpa pula bangunan-bangunan filem. (filem??) Adui, payah pula saya nak bercerita, tak pandai pula..


Abgfiz masuk Revenge of The Mummy dan Jurasic Park je. Saya? saya tunggu kat luar jaga Iman. Iman, perempuan mengandung, orang tua tak boleh masuk.. sebabnya membahayakan. Bila masuk, kita perlu menaiki roller coster tu menjelajah dan merasai kejutan-kejutan kat dalam tu. Tapi kata abgfiz, memang sakit jantungla.



Di depan Jurasic park





Ini pula bangunan Revenge of The Mummy. Tiba-tiba keluar pula mummy..menakutkan...




Bergambar depan model kereta fast and furious.



Jalan-jalan, kami terjumpa ibu Simpson. Entah sapela dalam tu..tapi seronok juga jumpa mascot-mascot ni.



Part paling best, kami ke Studio Tour.. Dengan menaiki kereta khas, kami dibawa ke tempat-tempat lakonan di Hollywood. Memang rasa seperti dalam filem.




Studio car. More info sila ke sini




Punya ramai orang beratur menunggu giliran





Masuk pula ke studio fast and furious. Disini, kami dipertontonkan adegan kereta. Bila tengok, oo rupanya macam ni je..








Gambar ni ketika filem War of world ke? Alahai lupala pulak. Tapi kat sini, kami dipertontonkan bagaimana perubahan cuaca berlaku. Hujan, banjir etc.. Rupanya mcam ni je diorng buat.Macam real je






Yang ni pula filem Jaws. Rupa-rupanya jaws tu patung je.. Air nya pun cetek sangat. Mati-mati kita duk ingat laut kan





Nampak tak jaws tu?









Yang ni pula, studio drama Desperate Housewives. Sape pernah tengok? Saya tak pernah pun layan drama ni. Tapikan.. rumah kat studio ni memang cantik. Kata orang yang duk elaborate kat kami masa tu, memang pelakon pun ada tinggal kat sini.



Yang ni pula filem apa eh? War of world ke? Waaa dasyat sungguh, memang kapal terbang real tau. Kat sini boleh tengok list lakonan di studio hollywood ni. CSI pun buat dalam studio je..






Abgfiz dengan motornya _Filem Terminatornya.










Balik dari Universal Studio, kami singgah rumah En Hazli. rumahnya.. besar sangat!! Maklumla, pegawai diplomat..


p.s: ada video yang sempat saya rakan tang aksi-aksi filem tu tapi entah kenapa tak boleh nak upload. nanti enty seterusnya saya upload okeh?
p.s: tak pandai saya nak huraikan . more info sila ke website ni ye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Ummi Salsabila said...

Izza,seronoknya dpt holiday kat sana!!!

oo,umah desperate housewife tuh studio rupanya.

Anonymous said...

best la gi tmpt lakonan filem tu....
akak x minat sgt filem2 ni tp klu tmpt mcm tu mmg teringin nak pergi.. hekhek.
teruskan bercerita.... akak pun fenin bila nak mengarang... hua.. huaaaa

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

aik tetiba tukar mode tak pandai nak becerita plak? ekekekekeke

Nadiah Sidek said...

pjgnya entry! rasanya dlm sejarah kot ni ye pjg2 mcm ni..hehe..

p/s: mak akk dulu keje MIDA la..dia kenal la dgn en.hazli tu tapi en.hazli tak kenal la kot mak akk, org bawahan je ;)

Unknown said...

bestnya baca catatan perjalanan ni...

tp part yg tak pandai nak bercerita tu yg lucu.. ;)

Nurul Izza said...

US: aah akak, studio je. tapi cantik kan design dia? heaven betul kalau dpt rumah gitu =)

fa10: ekeke..iza pun bukan jenis hantu filem2..

ummi nor: tak gheti nak elaborate. ekeke ..mgkn idea tak dtg.huahaha

kak nadiah: eeh? panjang ke? mgkn gmbr banyak kot.
en hazli ni humble orgnya..mgkn dia kenal..mana tau

kakyong: lucu ke kakyong..ekeke

aLyNnZ said...

ish best lar klau dpt g universal studio..omputih nie bnyk idea..

Nurul Izza said...

alyynz; hehe iza rs biasa je. cuma kat studio tour tu je yg best

aLiXaL said...

Kalau nak bandingkan SFO dan LA... SFO lagi sejuk dan nyaman.... Tapi kat LA lagi happening!

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan