RSS

Berperikebinatangan??*fenin..fenin*

Bismillahirahmanirahim









Hadoi, fenin saya baca entry di blog Kak Anis. Tak ada perasaan ke apa eh orang yang duk buang bayi tuh? Ramai orang yang duk menunggu beberapa tahun, ada pulak 10 tahun masih tak dapat anak lagi, yang ni senang-senang pula dibuangnya. Saya sendiri menunggu hampir 2 tahun baru dapat Iman, merayu menangis di sejadah baru dikurniakan Iman.


Lepas je baca entry tu, terus saya ke website Harian Metro, nak cari berita tu tapi tak jumpa pulak. Yang jumpanya berita-berita yang menambahkan lagi ke'fenin'ngan saya nih. Macam-macam jadi di Malaysia, budak hilang, rogol dan perkosa, bunuh diri.. ish macam-macam. Saya memang malas nak buka berita sebabnya, nanti saya fikir, 'apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang?'. Nama manusia tapi berakal binatang. Binatang sendiri pun tak macam tu.


Lepas tu pula, ada pula saya terjumpa orang Islam sunnah disini (dari negara para anbiya), nama aja Islam tapi teguk juga wine. (abgfiz yang nampak dia teguk wine tika di conference spring lepas) YaRabbi.. Kadang-kadang kita memandang tinggi pada orang yang dari negara para anbiya sebab para anbiya dan segala sejarah Islam banyak disitu tapi hakikat sebenarnya zaman dah berubah. Yela, dunia pun dah nak berakhirkan? Bila dunia nak berakhir, macam-macamla timbul perkara yang pelik-pelik. moga dijauhkan dari semua ini.


p.s: saat saya membuat entry ni saya teringat rakan saya yang semasa saya mengenalinya, dia sedang sarat mengandung anak luar nikah. Macam mana keadaan dia sekarang? Anak tu macam mana? Ya Allah, moga kami dijauhkan dari perkara sebegini.. amiin


p.s: Kak Anis, sabar dan tabah ye. Moga-moga kehilangan dan kesedihanmu itu, terganti dengan yang lebih gembira .

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Anonymous said...

macam2 perkara dah terjadi skrg ni..
uish...

aNiS tHe BumbleBee said...

hik..hik..malu aii...tulah izza..xtaulah nk ckp ape.pak2 arab pon skang ni mmg xguna.jalan ke palestin ditutupnya.abis org2 palestin kebuluran.pada yg termengandung luar nikah,insaflah..jgn tambah lagi dosa anda..kalau dia bela dgn ikhlas anak tu,susukan,sekurang2nya pahala rahmat allah tu melimpah juga..kalau dibunuh baby tu,langsung hilang pedoman dari allah..sesatlah dia selama2nya..

Ummi Salsabila said...

izza, bkn sume org arab baik kan..hubby akk ckp,org arab pun sama mcm kita.bkn sume baik..

skng byk kes buang bby.sedih tol.

Nurul Izza said...

cik paro: aahkan? kdg benda yang mustahil pun dh jadi tak mustahil dh zaman skg ni =(

kak anis:tula kan kak anis..sabar jela..

US:kt sini mcm2 buleh jumpa akak.mentang2 diorg duk negara arab, negara kaya mcm berlagak lagi ada.

cik_ah82 said...

salam kenal jugak..:)
kadang2 rasa takut nk baca paper sebab tamau baca kesah2 camni la..sedih la..moga dorang sume diberi hidayah oleh Allah..
dan semoga kita ni ditetapkan iman oleh Allah agar tidak berpaling dari-Nya, amin..
betulla kan, dalam dunia haiwan xdak manusia, dalam dunia manusia ada haiwan..hmm..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

bile manusia hilang pertimbangan,pelbagai kemungkinan boleh berlaku...nauzubillah

psstt..bestla baca entri izza yang pergi melancong tu...bilelah dapat travel camtu best2~~berangan jap~~....

NoraDahlal said...

ermm..
mmg dunia makin mengakhiri zamannya..slalu banyak baca artikel2 ttg dunia akhir zaman...gerun! apakah kita tergolong dalam org2 beriman...?hurmm ada jugak bincang2 dgn balqis..satu kata2nya yg membuatkan saya yakin dgn takdirnya, "syukurlah, dalam kejahilan manusia akhir zaman..Allah masih temukan kita dgn insan2 yg dekat dgn-Nya..saling ingat mengingati..dan teguh membina iman, dgn ibadah dan ilmu.."
barakallah (^^)

NoraDahlal said...
This comment has been removed by the author.
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan