RSS

Kalau dah tersurat "tak ada rezeki"

Bismillahirahmanirahim

* Entry sedih*

Pagi ni tika abgfiz nak ke ofis, tiba-tiba dia cakap,

"basikal abg kena curi". Saya pula balas :

"tipu..biar betul" sebabnya suara dia tak macam serius. Tapi bila keluar, memang dah tak ada pun basikal ni. Sedih betul..

Basikal tu memang banyak berjasa pada dia, basikal tu dibeli oleh seorang yang baru je 1 kali pakai basikal tu. Waktu tu beli dengan harga $100. Orang yang jual tu bagitau, dia jual sebab masalah kesihatan yang dialaminya tak memungkinkan dia menunggang basikal : sakit pinggang kot .

Basikal itula bawa dia ke mana-mana. Abgfiz memang jarang guna kereta, kalau guna pun tika ke city campus waktu winter atau ke field work. Jadi kemana-mana dia dengan basikal tu je. Dijaga basikal tu dengan penuh kasih dan sayang. Alih-alih kena curi pula basikal tu..

Silap nya, dia memang tak kunci pun basikal tu. Tapi sebelum ni pun memang tak berkunci pun basikal tu. Teringat dulu, basikal Suhaizi pun kena curi..

KEbetulan sehari sebelum tu ada 2 orang yang agak-agak tak betul *mabuk* datang bersembang dengan abgfiz dan Suhaizi dan kebetulan masa tu diorang tengah duk repair basikal. Beberapa minit lepas tu, polis datang ambil 2 orang yang tak betul tu. Petang tu Suhaizi letak dan kunci basikal nya di belakang rumah lama kami. Pagi besoknya, saya turun masak ke dapur, tengok basikal suhaizi dah tak ada. Dalam hati saya terdetik " baru pukul 645, awalnya Suhaizi gi ofis".

Dah tu jam 11, abgfiz Ym saya tanya pasal basikal Suhaizi. Katanya, Suhaizi bagitau basikal dia dah tak ada . Saya duk ingat dia ke ofis. Rupanya basikal kena curi. Apa nak buat.. kalau dah takdir tak ada rezeki tu, nak buat macam mana. Bila keadaan ni terjadi, kita akan fikir "patutnya aku kunci" atau "patutnya aku letak dalam rumah" dan "patutnya.." atau "kalaula..". Tapi hakikat sebenar, tak akan terjadi pula yang "kalau" dan patut" tu..



Antara koleksi gambar dengan basikal.



p.s: Saya sedih, apatah lagi abgfiz kan.. tapi nak buat macam mana...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

lailasani said...

basikalnya cantekk sgt.. tu kena curi kot... pastu tak kunci pulak.. senang lee kena rembat... anggaplah tader rejeki dah...

Ummu Ammar said...

Semoga hubby Izza tabah dengan kehilangan..Insya Allah..ada hikmahnya..kut2 dpt basikal lg best!

Ummi Aisyah said...

kesian en hafiez..dah takde rezki kan izza nak pakai beskal tu kan..nanti izza kasik adiah hari bapa beskal baru kat en suami yek..:)

Sharini aka Ummi Khayra said...

lor... basikal pun nak curi gak.. takpe izza, dah takde rezeki la tu.. izza kasi hadiah basikal la tuk father's day... :)

kakyong said...

jika sudah tersurat.. begitu lah..
tp memang cun la beskal tu..

Afiz Idah said...

insya Allah nak dapat yg lebih baik..redha..lama tak ty kaba iza..bila2 iza ym online...jgn lupa buzz akk ye..rindu sama adik iza ni

fa10 said...

basikal comel dah kena curi... alahai.
Rezeki dapat dengan harga murah tp nak hilang pun mudah juga....
simpan duit beli basikal baru la pula ye...

NURUL IZZA said...

lailasani : itula..dh xkunci pulak tu..

ummu ammar: ekeke..aminnn

ummi aisyah : erkkk hadiah fathres dah.. kad je ekeke..nnt dh bergajila kot2 beli kete ke.=)

kak nini: basikal lawa, sape xnak kan?

kakyong : bukan rezeki la tu..

kakidah : iza pun lama xtgk akak online..tertya2 juga sihat ke..

kakfa10: itula..dh rezeki takat tu je..

Ummi Hanie said...

adeh....
serta merta akk teringat kesah basikal akk kena curik masa zaman sekolah menengah dulu..dahlah baru beli,brand new..abah belikan..tup2 kawan pinjam bawak gi kedai , org curik pula...sedihhh....
xpe izza...insyaAllah kalau kita sabar Allah gantikan yg lebih baik k..:)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan