RSS

Cuti- cuti US : Part 5 : Grand Canyon, Arizona

Bismillahirahmanirahim

23 Mei : 9 am : Las Vegas

Setelah sarapan pagi, kami bertolak ke Arizona spesifik ke Grand Canyon..


Teka..apa dia ni??

----
-----

Jawabnya... empangan air.. Besar dan cantik. Laluan Las Vegas -
Grand Canyon melalui bukit dan gunung. Memang cantik!!



TAPI>> perjalanan kami jadi lambat sebabnya.. ada pembinaan di tengah-tengah bukit. Saya tak pasti apa yang sedang dibina.. tarikan pelancong? jambatan?? entah..






tarikan pelancong la kot...




Tiba-tiba kami jumpa signboard ni. Niat dihati memang saya tak nak keluar dari kereta pun, sebabnya angin sejuk. Tambah pula saya nak terkencing. Ehehe.. YEla kalau dah angin akan menambahkan lagi keinginan ke toilet. Hehehe..





Tapi, saya keluar juga.. bergambar...



sedang di dalam pembinaan.





berbukit-bukit betul jalan ni..



tiba-tiba ternampak alur di celah-celah bukit. memang memukau!!









yey.. dah sampai dah.. Tapi, nak masuk ke Grand Canyon ni kena bayar perkereta kalau tak silap. Kami kena bayar $25, kalau bus lain pula rate dia. Hatta tukang pembersih pun kena bayar.
Sebenarnya banyak aktiviti boleh lakukan bila ke sini. More info disini dan sejarahnya di sini.





Sampai sana, terus cari port makan. Ramai juga datang sini, bas entah berapa biji, kereta lagila banyak.


Cantik kan? Gerun je bila tengok bawah. Jangan tak tahu ramai yang meninggal., Kebetulan kawasan yang kami berjalan ni, memang tak berpagar. Senang je nak jatuh. Ghisau benar saya bawa Iman. Nak bergambar tapi Iman tak nak duk diam. Silap langkah mau jatuh!









Bagusnya di US ni, mereka sangat menjaga persekitaran, haiwan dan tumbuhan. Tak macam kat negara kita, sampah merata-rata! Gambar ni memang kami dilarang membuang apa-apa terutama syiling, dikhuatiri boleh membunuh burung-burung yang jejak kaki ke sini.







Jam 3 petang, kami pulang- ke hotel (mencari hotel je pun..) pemandangan dari Grand Canyon - hotel kami, sangat menakjubkan! Nampak tak bukit kat belakang umah tu? Perasan tak ianya berlapis-lapis dan berbeza warna? Agaknya lapisan tanah dan muka bumi. Rumah tu rumah Red Indian. Memang ramai je tinggal disini, tapi saya terfikir jugakla.. kawasan ni memang sangat jauh dengan bandar dan pasar, macam mana mereka dapatkan makanan ye???
Jam 630 kami sampai hotel kami. Kali ni kami memang tempah hotel, bukan memilih tapi motel semua memang dah penuh! Terpaksa kami tinggal di hotel yang harganya 100++ semalam!! Budget semua laghi..
p.s: saya betul-betul tak punya mood nak berblogging dan rasa penat sangat! Entah apa yang membuat saya penat. Entry kali ni banyak gambar dari bercerita. Ampun ya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Lady of Leisure said...

cantiknya grand canyon ni kan.. salah satu tempat yg i teringin sangat nak pergi... kalau travel instead of shopping i lagi suka tengok nature macam ni.. seronok kan.. thanks for sharing..
:)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

subhanaAllah..suka tengok nature camni..untung izza tau dapat tengok live lagi..

.:mUnies:. said...

wah.sonok betui..dah sampai cuti-cuti part 5 :D

deena farhana said...

salam iza..

sonok bace coretan holiday ni..rasa mcm g holiday skali ngn iza je...hehe

Nida n' Hanafi said...

Subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan

Nurul Izza said...

Lady if Leisure : mmg cantik..bila kt menjamu mata dgn keadaan sekeliling ni, kt akan lebih mengagungkan Allah.

p.s: kami jenjalan pun tak de shopping pun. lebih suka nikmati alam dari shopping =))

ummi aisyah: alhamduliullah..mmg cantik kan? insyaAllah ada rezeki akak pule..=)

munies: hehe.ada satu lg part..tu pon xlarat da..

kak deena: salam akak..kuikui..

maksu: mmg cantik. kat NZ lagi lawa kan? mst byk biri-biri..ee suke!!

Chik Na said...

seronok tengok gambar Izza.. cantik dunia ciptaan allah swt

Anonymous said...

cantiknya bukit tu... mmg x ada kat UK

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan