Bismillahirahmanirahim
Entry yang akan menjadi part-part... 2 minggu kami berada di luar Nebraska. 2 minggu juga banyak tempat kami menjelajah. Sebenarnya tujuan utama kami bercuti adalah :
- Mengikuti abgfiz yang menghadiri National Conference Urban Entomology di Portland, Oregon
Membuat pendaftaran warganegara Iman di Los Angeles
Kami bermula pada 13 Mei lepas, pulang ke Lincoln 26 Mei. Lama dan penat tapi..berbaloi.. Berikutan dengan itu, cewah.. sepanjang 2 minggu kami merantau di :
13 Mei : ke Cheyenne, Wyoming
14 Mei: Salt Lake City, Utah
15 Mei : Boise, Idaho
16 Mei - 18 Mei : Portland, Oregon
19 Mei : San Farncisco, California
20 dan 21 Mei : Los Angeles, California
22 dan 23 Mei : Las Vegas, Nevada
24 Mei : Grand Canyon, Williams, Arizona
25 Mei : Colorado Spring, Colorado
26 Mei : Bertolak ke Lincoln
Macam mana? Jauh tak perjalanan kami? Semua tu total mileage .. 5200 miles!!! Jauh sangat. Bayangkanlah, nak ke Oregon sahaja 25 jam!! Dek kerana 25 jam itulah, kami terpaksa bermalam di 3 state - tak laratla nak drive dan duduk dalam kereta 25 jam. Tambahan pula, kami ada Iman. Iman bukannya suka duk dalam carseat, kalau tahan pun, sampai 6-7 jam saja.
Dari Nebraska masuk ke Wyoming, masa ditolak 1 jam, dan masuk ke Portland, masa tolak sejam lagi, maksudnya beza masa 2 jam dengan Lincoln. Perbezaan masa di sini - menunjukkan besar betul Us nih.
Time zone US
Dari Lincoln ke Cheyenne, saya boleh nampak betapa bezanya bentuk muka bumi. Sepanjang jalan di Nebraska, hanya ada ladang-ladang nun jauh mata memandang. (haih, payah pulak nak ceghita)- bentuk muka bumi flat je. Tapi bila masuk state Wyoming, bentuk muka bumi berubah dari flat ke bukit-bukit, gunung-gunung. Sangat cantik dan mempesonakan! Patutlah ramai betul yang nak datang US, rupanya US ni cantik!
Kami berada lama di Salt Lake City, masayaALlah tempat dan bandarnya sangat cantik..
Bergambar di downtown Salt Lake City, Utah
Masuk pula ke Temple Square
DiTemple Square , sebenarnya Temple Square adalah kawasan Church, rasanya terdapat lebih dari 1 temple. Saya tak pula masuk satu-satu temple, tapi saya hanya masuk ke Garden di kawasan church tu. Waktu tu, banyak sangat bunga tulip, bermacam warna dan dijaga dengan rapi. Berbeza dengan kita di Malaysia, orang sini sangat menghargai matahari, tumbuhan dan buahan. Agaknya sebab susah nak rasa, kita kat Malaysia memang sepanjang tahun je dapat matahari, ada tu mengeluh sebab panas memanjang tapi di sini, mereka sangat teruja dengan kehadiran matahari. Disebabkan hal ni juga, ramai je berjemur di tengah-tengah pancaran matahari bila tiba musim panas.
Temple Square features world-renowned gardens that include 250 flowerbeds, more than 165,000 bedding plants, and over 700 varieties of plants from all over the world. The design of these gardens varies from formal French parterres to old-fashioned English cottage gardens, giant Victorian flower baskets, and other garden areas featuring drought-tolerant plants native to our western desertsPada waktu yang sama, terdapat 2 pasangan pengantin sedang ber'resepsi' (betul ke ayat ni ye??) . Sedang kami bergambar, ada beberapa kumpulan berjalan depan kami dan bagi salam! Bila tengok tag di dada, mereka adalah NUN - tapi muda. Agaknya pelatih kot. Mungkin melihat saya bertudung, mereka bagi salam. Kadang tu ada yang menyapa " Hello sister". Tapi saya senyum jela..
Tulip di depan Visitor center
Depan salah satu temple. Iman tak nak duk diam
Bezanya bandar Utah ni dengan Lincoln, bandar Salt Lake City lebih maju dan berteknologi, ada macam-macam public transport - monorail, bus, taxi. Lincoln pula kampung, ada bus je tu pun sejam sekali. Kalau nak ke Walmart, kena naik 2 bus. Takat ni saya pernah naik sekali je bus dari East Campus ke City Campus. Tapi jujurnya, saya memang sukakan Lincoln.
Monorail di tengah bandar Salt Lake City, Utah
Sempat lagi bergambar - konon depan monorail. Jakun la katakan.. Waktu ni jam 7 pagi, sejuk betul time ni. Kulit pun dah mengelupas.
Betul betul depan Temple Square
Capital State Building. Nak sampai ke capitol state ni, kena naik bukit (bukanlah mendaki, naik dengan kereta je pun). Dari jauh, nampak capital atas bukit. cantik betul..
Dari Salt Lake City, Utah, kami bertolak jam 12 ke Boise, Idaho. Sampai di Boise pun dah jam 5 petang, lepas je check in, kami jalan-jalan di downtown. Tapi disebabkan malam minggu, sampai jam 6 je sebab rata-rata orang keluar nak ke pub. Parking pun penuh.
Depan capital state building, Boise Idaho
Kami bertolak ke Portland, Oregon jam 7 pagi setelah sarapan. Jam 6 petang di Portland abgfiz kena daftarkan diri. Boise-Portland pun ambil masa 7 jam. Memang memenatkan! Tapi sepanjang jalan tu, pemandangan sangat mengasyikkan. Bateri kamera pun asyik nak off je. Sebab banyak sangat ambil gambar. Cuti-cuti Us ni lebih 3000 keping gambar!!
Bukit bukau : Boise-Portland
Tasik : Boise- Portland
Berhenti rehat di rest area. Huh, keliling bukit yang bermacam warna pokok dan daunnya. Memang cantik..
Ini pula pandangan dari atas bukit. Kami berhenti di Oregon Scenic Highway. dari situ, kita boleh nampak perbezaan warna muka bumi. Ada yang kuning (ladang), ada yang hijau tua (buki9t) dan ada yang hijau muda (rumput-rumput).
Bergambar di Oregon Scenic Highway
Kami sampai di Portland tepat jam 6 petang, terus check in motel. Oh ya, kami banyak menginap di Motel6. Nama je motel, tapi rupa macam hotel 5 bintang kat Malaysia. Agaknya kalau hotel betul-betul 5 bintang macam mana ya? Conference abgfiz di Double Tree Hotel- 3 star hotel. Satu malam harga $150. Kalau 3 malam? Haih, habisla duit kami. Jadi kami menginap di motel6 je. Satu malam 45 USD. Kalau 3 malam? Tak sampai pun $150. Kebetulan memang abgfiz cari motel betul-betul berhampiran dengan motel. Abgfiz jalan kaki hanya 5 minit.
Motel yang kami bermalam.Ada microwave dan peti sejuk lagi.
Setakat ni dulu, entry part 1.5 menyusul kemudian. Gambar ada di laptop kecik satu lagi.
p.s: maafkan saya- ayat tak betul. Skill bercerita saya dah berkurang..huhuh
Ini pula video Iman yang baru pandai 'tata'. Sejak pandai 'tata' tu asyik ber'tata' je kerja dia. Ajar salam buat tak tahu je. Hish..ish..
8 comments:
aiseymen kak....ni yg jeles tgk leh buat journey....hu..interesting la..
jauh berjalan luas pemandangan...
tumpg sekaki la....nak pergi sendiri tah bila ahaks...
jauh berjalan luas pemandangan...
tumpg sekaki la....nak pergi sendiri tah bila ahaks...
jelez nyeee dpt jenjalan tmpt org....
tu wishlist akk tuuu...hehe:p
untung la izza muda2 dh merasa merantau tmpt org kan ?
deena: kate tajuk blog pun journey.kuikuikui..insyaAllah ada peluang tu..
umminor: tumpang dua kaki pun boleh =)
ummi hanie : kakhanie, lain org lain nasib nya kan. sbnrnya iza tak pernah terfikir pun dan tak pernah wish nak ke tempat2 mcm tu.heheheh..
alhamdulillah, merasa jugak..
tata auntie ngan danish yg jauh nie cayunk..seronokkan dpt melawat tempat orang..pengalaman yg menarik dan x dpt dilupakan..
jauhnya izza berjalan kan... smpai bermalam2... besar kan US, xmacam malaysia...
tingat masa travel kat NZ... mcm tu la jugak, bermalam2...
ups, tu mmg nk bmalam sbb sambil bercuti nk berjalan2... hehe...
kat malaysia ni, nk bermalam apenye lagi kan... haha...
alyynz: seronok juga tapi rindu kg halaman lg..
kakshira: wah dh penah ke NZ..lagi bestkan?NZ byk tempat cantik..sejuk je kata memandang.wah nak g jugak!!
Post a Comment