RSS

Tetamu dari Murray, Kentucky

Bismillahirahmanirahim..



Entry yang agak basi, kalau bukan abgfiz ingatkan saya mesti lupa!! Kami didatangi teman facebook seUS 2 minggu lepas. Sebetulnya mereka sekeluarga ni memang sedang berjalan satu US. Jangan tak tahu mereka ni khatam state kat US hampir 33 hari!! Eh bukan 33 hari, memang 33 hari dan hampir khatam satu US ni. Hoho... Hebat betul... kebetulan memang mereka nak pulang hujung tahun ni. Alang-alang datang sini, habiskan satu US ni. LEpas ni entah bila pula nak datang sini balik kan??



Mereka aka Pak Dan dan keluarga janji akan sampai ke Lincoln hari Rabu, bila call katanya mereka sedang berada di Colorado Spring, Colorado. Mungkin sampai hari Khamis. Bila tiba Khamis, katanya akan tiba hari Jumaat pula, sebabnya mereka berada di Rocky Mountain, Colorado. Di Rocky Mountain tu, sangat cantik pemandangan.. Agaknya sayang nak tinggalkan cepat-cepat, mereka pula janji hari Sabtu. Ada hikmah juga Pak Dan sampai hari Sabtu, saya masak sikit-sikit bermula hari Khamis.



Pak Dan tiba di rumah kami jam 9 malam, saya masak.... nasi kerabu. LAGI!!! Pak Dan ni orang Kelantan, jadi abgfiz minta saya masakkan nasi kerabu dan intead of daging bakar, saya buat ayam percik. Senang.. Daging bakar renyah skit, nak kena hiris-hiris lagi. Bab tu yang malas.. Dessertnya, saya buat strawberry shortcake. Makanan, saya tak sempat nak ambil gambar. Kamera entah kemana..



PakDan dan anak beranak tidur di rumah kami, walaupun sempit tapi seronok sebab boleh kenal rapat dengan Pak Dan dan keluarga. Malam tu pula, Iman langsung tak nak tidur!! Bayangkan, jam 2 pagi Iman masih tak lena lagi!! Saya memang dah out dah, itupun entah bila dia baring di tilam dia dan tertidur dalam keadaan tertonggeng!! Iman...









Anak bongsu Pak Dan ni suka sangat kat baby. Boleh pula malam tu dia bagitau umi dia. " Umi, we buy this baby (merujuk kepada Iman) with 500 usd." Saya pula jawab, " Erkk, 500 usd???! just 500?? Not fair.." Dia pula jawab, "Ump..maybe 500 000 usd." Kitaorang duk gelak je lepas tu. Kata umi dia, dia memang suka baby, disuruh umi dia beli baby kat Giant supermarket. Lawak betul.. Lastly, saya cakap, "Adam, duk sini la.. Jadi babysit Iman. Untie suka je.."..





Pagi tu saya masak nasi lemak. Macam tula menu bila orang datang rumah, paginya mesti duk jamu nasi lemak. Nak buat macam mana, abgfiz tu hantu nasi lemak. Saya yang dulu memang 'buta' nak masak nasi lemak tapi sekarang, dah pandai budget sambal tu. Dulu, memang langsung fail!!!








Menu sarapan : nasi lemak dan muffin (kaknadiah) dan cucur udang (pun kaknadiah)





Sebenarnya kami plan nak ke Omaha, konon sama-sama nak berpicnic. Tapi malangnya, sudahla bertolak lewat ke Omaha (omaha-lincoln : 45 min - 1jam) jam 3 dekat jam 4, sampai kat Omaha pula konon nak masuk ke zoo tapi hujan pula. Kebetulan depan zoo tu ada stadium dan perlawanan sedang berlangsung. Kalau tak silap perlawanan baseball rasanya. Sekarang musim baseball dan basketball. Jalan banyak tutup dan sehala. Memang menyukarkan lagi kami nak parking!







Pak Dan dan anaknya, Hadi Danial




Anak-anak Pak Dan






Sempatla kami bergambar sekitar UNL ; depan stadium




Kami ibu yang comey



Di depan muzium. Lawaknya, kami pun belum masuk lagi muzium ni. Ekekek..



Sampai je depan zoo tu, PAk Dan pula nak bertolak ke Ames (omaha - ames : 3-4 jam) sebab nak kejar masa dan kebetulan zoo dah nak tutup. Memang tak sempat nak masuk zoo, tambah tak jadi picnic.


Lepas tu kami berpisah di situ dan kami mencari Islamic center Omaha, nak solat..


Sempatla saya ambil gambar kuda ni. Nak je sentuh kuda tu tapi abgfiz tak bagi. Uhuuuu..




Sampai je di ISlamic Center, masjid pula sedang dalam renovation!! Memang tak ada rezeki betul hari tu. Jadi, kami hanya cari tempat lapang untuk solat. Alhamdulillah, jumpa juga tempatnya dan kebetulan sebelah dengan park. Alang-alang, kami picnic la kat situ.. Jumpa pula kami Fontenelle Park Sprayground, apa lagi terus bawa Iman ke sana. Memang kalau summer ada je spraywater kat mana-mana park.



Iman yang syeksi. Tak bawa baju lebih pula, terpaksa bagi Iman pakai ni je. Kebetulan hari tu hujan dan cuaca agak tak panas, air pula sejuk. Iman terketar-ketar je. Terus abgfiz balut dengan towel bila perasan bibir dia dah biru dan ketar-ketar. Tapi.. masih nak main lagi!!









Kat sini, spraywater memang buka setiap hari di musim panas. ramai je bawa anak-anak ke sini. Cantik-cantik pula design dia.. Ish kalau saya jadi kanak-kanak setiap hari saya duk main situ. Ekekekekek..


Jam 7, kami bertolak pulang ke Lincoln. Sepanjang perjalanan, hujan memanjang, ada pula flood warning! Tika sampai di Lincoln, hujan batu pula.. Mula-mula abgfiz nak teruskan je balik tapi semakin kuat pula batu dan semakin besra pula. Takut tak sampai rumah, pecah pula cermin kete!! Jadi kami berhenti sekejap di stesen minyak. Sempatla saya keluar ambil gambar..



Hujan batu..



Aiseh, watermark menutup batu pula.


p.s: sekali sekala beramai-ramai mcm ni memang seronok!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Chik Na said...

x pernah tgk hujan batu .. nak google lah apa yg menyebabkan terjadi hujan baru nih ;-)

Sharini aka Ummi Khayra said...

bestnyer main air... waaa bila la akak nk jejak kaki kesana... :D

deena farhana said...

sukenye tgk..mcm dah jd one famly org msia bila duk di rantauan..

slm kiss pp iman ye..muah muah

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

sonotnya tengok iman main spraywater tu..kalu kat mesia pon ade camtu,syok jugak kan??

Unknown said...

nanti..bila dah hubby habis belahar..
halizza sekeluarga pun kena buat 33 hari gak utk pusing..satu usa tu...
alang2 kan..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
lina said...

iman yg comey sentiasa....=)

cnne kak izza buat watermark tu..auto ke kn paste sndiri?

Unknown said...

ari tu dah baca versi nadiah... hari ni baca versi izza pulak.. best best...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan