RSS

Request from MakUda

Bismillahirahmanirahim

Akhir-akhir ni KakIza malas nak tangkap gambar Iman sebabnya bateri kamera langsung out. Pula, malas nak charge.

Iman ;



  • Dah pandai berjalan, kakiza lupa nak ambil video. Tapi dia start jalan 2 minggu lepas tapi setapak dua je. Minggu lepasnya dah berani menapak 5-6 tapak, lepas tu jatuh balik. Huaaa.. sekejap je masa berlalu kan? Dah besar dah anak umi..

  • Dah pandai tepuk tangan. Yang ni kakiza dan abgfiz tak pernah ajar pun, tetiba je Iman pandai. Bila duk pandai tepuk tu asyik bertepuk tangan je. Nak tidur pun tepuk tangan, mata tertutup pun tangan masih bertepuk.

  • Dah pandai kiss dan hug umi. Bila umi suruh kiss, dengan cepat-cepat Iman kiss pipi umi. Sweeet gitu
    ..Dengan ayah tak nak sangat mungkin sebab ayah ada janggut dan misai. Ehe..

  • Suka sangat buah ceri. Bagi sikit, Iman nak banyak tapi kena kunyah2 dulu bagi hancur sikit baru bagi kat Iman.

  • Bila Iman tak nak sesuatu, pandai pula menggeleng kepala. Bila dah start geleng tu, memang tak berhentila dia. Pening kepala kakiza ..

  • Suka sangat ke toilet. Buka je pintu toilet, terus meluru masuk. Entah apa yang seronok dalam toilet ni, umi pun tak tahu. Apa-apapun, memang kakiza dan abgfiz elak Iman masuk. Malang tak berbau.kan?

  • Balik bercuti ni tidur lewat pulak, penat sungguh nak tidurkan dia. Kadang, kakiza yang lena dulu. Kahkahkah .. Bila kakiza lena, pandai pula dia baring sebelah kakiza, terus tertidur.

  • Satu masalah ketara, Iman suka berdukung .Tambah-tambah bila kakiza sedang memasak, kadang-kadang memang tak masak masakan kakiza sebab Iman asyik nak berdukung. Kalau tak ambik, dia melalak dan menjerit, saja nak tunjuk protes. kalau dukung dia diam tak apa lagi, ni bila dukung tangan mula menjalar ke periukla, ke mana-mana yang dia capai. Dah mula nampak dia minat ke dapur. Ekekekek...

  • Suka sangat keluarkan baju dari closet. Kakiza yang penat sebab dah lipat dan masuk, dia keluarkan balik. Last-last, kakiza biar je tapi sakit matala tengok baju sepah.



Rajin tak Iman?





Sudahnya sepah seluruh bilik..




Pandai dah keluarkan buku dari rak dan baca. Mulut pula tak henti cakap, konon membacala tu





Hua..hebat ohh Iman baca buku history of America. Kahkahkah





Yang ni pula Iman sedang memandang keluar tingkap..





Ya Rabbi,.. dikoyaknya kertas yang kakiza letak untuk tutup sedikit tingkap.






Muka langsung tak bersalah







Itulah sedikit sebanyak info tentang Iman makuda.. Lain-lain update, tunggu jela.





Iman di hotel tika breakfast.







p.s: Risau betul kalau orang curik gambar di blog. Nak privatekan blog, payah pula keluarga nak access. Tawakal jela..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

bab2 "mengemas" ni mmg serahkan aje to them. cukup professional...hihihi...

cute aje muka Iman cam tak bersalah tu.

Ummi Aisyah said...

rajin betol anak dara sorang ni mengemas..

deena farhana said...

ehehe..iman nk tlg umi kemas umah tu....

Nadiah Sidek said...

dah ummi dia tak nak baca buku2 tu semua, iman tlg baca la. hehe..

~: UmmiNor:~ said...

izza, letak watermark besau-besau kat gambar, konpem org x curi hehehehe

yatie chomeyl said...

Iman nok tulong nyipe baju ko ummi la tu buke sepahkan baju dale closet ehehehe

NURUL IZZA said...

Confession of coffeholic mama miya: mmgpun ..sudahnya kita yang kepenatan =p

ummi aisyah: aisyah rajin mcm anak dara ni ke?=)

kakdeena: aah iman rajin benar tulung umi

kaknadiah:ala bukan umi xnak baca, umi sibuk ;p

ummi nor: oo eh? nnt try buat

yatie chomeyl: horla..dio ghajin sungguh loni neh haha

aLyNnZ said...

btul jap jew iman dh besar..skrg dh rasmi dpt kaki asyik berjalan jew lar yer..? bnyk perkembangan yg baik dr iman termasuk lar as nak dara tlg umi mengemas..

mcmaner nk private kn blog..? klu private blog saper yg blh tgk blog kiter..?

NURUL IZZA said...

alyynz: alin, kalau private blog org xleh nak acces kecuali dgn izin kt. kadang iza nk wat mcm tu tapi xlehla kan, sbb fmly semua nak tgk iman..

lina said...

terima kasih kak izza....hehe......bukan makuda je..tok pun nak tgk iman...=)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan