RSS

Tanpa tajuk

Semalam seperti minggu-minggu yang lepas, kami ke parenting class. Slot semalam berkisar tentang disiplin untuk anak. Alahai..tengah duk dengar ceramah tu..terfikir pulak.. risau pun ada. Ok ke nak jaga anak ni? Maklum sajalah...5 orang anak, 5 pulak perangai. Duk tanya macam mana mak dan ayah abgfiz didik adik-adiknya.. Duk terfikir juga..bagaimana mama dan papa boleh tahan dengan sikap kami yang beribu karenah ni? Moga-moga dipermudahkanlah.. Hiiiii takut bila fikir. Tapi didikan disini langsung tak sama dengan didikan kita di MAlaysia. Disini tak boleh amalkan rotan, tengking, it makes our child scaring. Tapi kalau dilihat cara atuk nenek dulu, anak-anak takut dan hormat sebab atuk garang.. Tapi dulu kan..sekarang mungkin zaman dah berubah..


Semasa break for snack semalam.. ada satu keluarga. Nampak gaya macam Islam tapi berkulit hitam. ( sebab si isteri memakai tudung) datang ke Lincoln Crisis Pregnancy Center(tempat parenting class) untuk meminta bantuan pakaian. Sedih sangat bila lihat keluarga tersebut. Kami ni, walaupun tak dalah kaya raya, tak juga papa kedana tapi alhamdulillah makan cukup, segala kelengkapan di rumah cukup. Rasa syukur sangat. Sedih apabila teman seagama meminta ihsan dari agama lain. Dan sememangnya, pusat tersebut menawarkan banyak bantuan pada keluarga yang tak mampu. Kami sendiri jika ke kelas..ada saja barang bayi yang diberi percuma. Tapi siapa cepat dia dapatla.. Namun, tak pernah kulihat di masjid ada menawarkan bantuan sebegini. Rasa sedih kan?? Bukanlah niat nak membandingkan Islam dan Kristian.. tapi sikap masyarakat sendiri..


Ifa teman rapat disini judah jauh meninggalkan Lincoln. Ke Indiana dahulu kemudian ke Florida..Sedih yang amat.. Tapi apakan daya..hukhukhuk

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

kopiah senget said...

Cabaran,masalah serta pengalaman akan mematangkan kita. Juga menguatkan motivasi kita untuk masa masa akan datang. Hidup dalam keselesaan bukanlah erti hidup yg sebenar; tidak pernah rasa susah payah. Yang pasti bersyukur dengan apa yang ada adalah sebaiknya, itulah nikmak hidup yang sebenar.

PS: Bro... be prepare! orang baru akan menjengah tak lama lagi! hehe
Alhamdulillah. :)

lina said...

cepatlah keluar wahai anak sedareku...hehehe

muqay said...

Salam Kak Long,

Jgn keluar awal sangat nanti tak cukup bulan.

Kak Long tak tanya ker camner nak mudahkan bersalin. Kene tanya tu.

Banyak jalan2...

Nida said...

Wah...dahsyatlah...Muqay leh jadi midwife ler gini..hehe.

Lina..kuantan sihat???

lina said...

hehe..maksu..kuantan sihat...
ahad ni kembali lah lina ke kuantan lpas cti 3bln..

Atif said...

Za..semoga selamat melahirkan..tunggu masa je tu..k.lat baru nak masuk 8bulan..tak sabar rasanya..hehe..my becoming bb is a girl too..insyaAllah

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan