RSS

Kedatangan orang jauh

Bismillahirahmanirahim


Fuh, entry secepat kilat nih. Iman dan ayah tengah tidur, umi ambil peluang dan masa ni update blog. Sementara umi sedang berada dalam mood ber'blogging'. Kalau ditangguhkan, entah bila pulak mood nak datang.

Semalam kami didatangi oleh sahabat alam maya Kak Jaja dan sekeluarga dari Ames, Iowa.. Kakjaja ni kenal melalui internet la. Sama-sama berblogging tapi kami dah sampai rumah mereka summer lepas. Wah, sangat menyeronokan.

Mereka tiba tepat jam 1230 tgh di rumah kami. Kebetulan hari ni cuti Memorial Day, jadi mereka datang bermalam di Lincoln ni tapi bermalam di Motel 6. Rumah kami sebilik je, rasa bersalah pula bila ajak tidur. Takut mereka tak selesa.

Makanan yang saya jamu??? Oleh kerana Kak Jaja dan suami, AbgFazli ni memang 'hantu' nasi kerabu, jadi semalam saya masakan nasi kerabu. Kakjaja pula membawa 2 botol budu, pandai pulak orang Kajang dan Lenggong ni makan budu ye. Biasanya, orang luar tak suka budu, katanya macam berudu. Ada ke patut?? Budu ni sos ikan bilis. Ikan bilis yang diperap bersama garam, lalu disimpan lama, lama kelamaan ikan bilis hancur dengan sendiri. Yeke ni eh?? Saya dah lupa macam mana mek (nenek) buat dulu. Tapi rasanya gitula kot.


Nasi kerabu lincoln..



Iman jumpa kawan baru, Sarah, Aiman dan Syahmi (baru je 8 bulan). Yang paling best, Sarah dan Aiman ni suka sangatla dengan Iman. Katanya nak adik girl. Nanti nak mama mengandung girl pula. Macam-macam kerenah budak-budak ni, ada kelakar, ada yang suka dan ada juga yang duka. Tapi seronok melayan si Sarah dan Aiman ni.

Selepas je solat zohor di rumah, mereka mengajak kami naik van besar mereka, jalan-jalan Lincoln. Kami yang berada di Lincoln ni, tak tahu nak bawa ke mana- maklum sajalah kat sini tak ada apa yang menarik selain ladang-ladang jagung dan soybean. Kalau ada banyak pun di Omaha.



Bergambar depan stadium UNL



Van yang besar lagi selesa.



Kami dan Kakjaja serta anak-anak di depan Capital State




Balik dari ronda-ronda Lincoln, kami berBBQ. Kebetulan waktu yang sama ada 2 rumah sedang BBQ. Saya dah sedia merinated ayam dan sosej, manakala KakJaja bawakan sirloin steak (beef), corn dan sosej. Sirloin steak tu memang sedap.. ish kalau duk teringat sorang-sorang, mau meleleh air liur.Huhuhu



Sirloin steak, pic : google




Tukang bakar BBQ



Ayam bakar


Kami hanya makan meratah je ayam, daging dan corn tu. Best betul duk meratah. Sarah dan Aiman tak makan sangat, yang melantak para ibu dan bapa. Fuh, berpeluh-peluh makan. Best!!!





Sedang menjamu selera

Keesokan paginya, saya jamu mereka nasi lemak Lincoln. Lepas je sarapan, kami meronda kedai Asian market dan kedai restoran Arab di Lincoln. Kata Abgfazli, dia dan keluarga memang suka menjengah restoran halal kalau pi travel. Kebetulan hujung minggu depan mereka sekeluarga ke New York, untuk daftarkan warganegara Syahmi. Tahun depan Abgfazli dah habis PhD, tahun ni aja yang ada kalau mereka nak jalan-jalan US.






Nasi lemak Lincoln






Sarah dan Aiman-suka sangat main dengan Iman. Iman pula memang suka tetamu datang rumah. Yang ngantuk pun tak jadi tidur, yang sedang tidur boleh sedar pula..


Abgfiz dan Abgfazli.




Saya dan KakJaja- cantik je view belakang





Kami dan anak-anak.


InsyaAllah lain kali, datang lagi atau insyaALlah kami pula ke sana. Kalau balik Malaysia singgahla Penang dan Kelantan, kami pula bolehla menumpang rumah di Putrajaya dan kalau nak makan sate, singgah Kajang. Hahaha
p.s: cuti-cuti US belum diupdate..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

Anonymous said...

i love this post, it filled with warmth,kindness, love & great food.

lina said...

baju2 yg kak izza pakai beli online eh??yg jenis tshirt tp mcm blouse...cantiklah..lina suka,,tp tak suke nak beli online,,

Chik Na said...

wah ..sedapnya nampak nasi kerabu izza tu... akak pun nak buat nasi kerabu malam ni..kelapa adinda dah goreng jap tadi..

Sharini aka Ummi Khayra said...

nasi kerabu, nasi lemak, bbq corn.. sirlon steak wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh2 nih

Maryam Izza said...

Salam w.b.t za
Akk nampak dlm fb za pasal n3 baru ni...wah meriah nya Kak Jaja dtg ke rumah za
seronok makan2 bila ramai2 ni
Iman pun seronok sbb ada kawan hehe idok lah dia main sorang2 je
k za take care ya

Maryam Izza said...

Kak Ija kenal Kak Jaja pun sbb za :) kenal alam maya je tapi za bertuah sbb mmg dah jumpa Kak Jaja f2f :)

Ummu SAS said...

salam mek..

tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaa....cpt betul update blog..kagum i u..terharu!!!!akk ni baru dpt chance nk berinternet...smlm tgk2 sket je..blk dah kepenatan..msk2 ape yg patut...buat2 popia yg dah lm tertangguh..kemas2 sume..pastu mlm melayan syahmi..asik merengek je..bdn x sedap kot..cam nk demam...but he's doing better now..
iman camne, sht?hafiz dah ok x?awk plak, masih merindui kami?kekekeke

ktorg pun sonok giler..insyaAllah ade rezeki kite jumpe lg keh..ras ens kerabu n nais lemak amesla pulok..wakakaka ;p

tgh kalut siapkan ittenarary to east nih...wish me luck k..salam to pok fiz n imey...;)

p/s: cik yam, insya/allah blk mesia sok blh jumpe awk f2f plak..;)

hans said...

lepas baca entry ni terus gi makan
lapar
hahaha

Unknown said...

mmg syok dan lebih akrab bila berada diperantauankan..disamping sebok belajar sempat lagi menziarahi sesama keluarga..
tapi ...
tapi ape..?
bakau daging tu yg tak tahannye tuh..hee
iman dah dapat abang dan kakak segera ari tu kan..

aLyNnZ said...

sonok lar tgk acara mkn BBQ keliur tgk..alamak aii alynn suker nasi kerabu lamanyer x mkn..

wahh iman sonok eh ramai kawan..? sama lar cam danish lau org dtg umah punyer sonok xnak tido asyik nk main jew..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan