RSS

Lamanya


Pejam celik pejam celik dah dekat sebulan blog tak diupdate. Banyak perkara nak diceritakan tapi momentum nak menaip tu tak sampai-sampai lagi. Abgfiz dah berkali-kali memaksa supaya blog diupdate. Tapi ni kan blog dia juga.. jadi dialah patut update kan.. Sambungan vacation hari tu tak tersambung lagi. Jika ada yang menunggu maaf ye ;p


Sekarang kandungan dah masuk ke 38 ++ week. Jadi berapa hari lagi tuh nak menunggu? Semalam dok menggoogle tanda-tanda hampir bersalin..


* Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.

-rasanya bayi dah turun sebab midwife cakap 'oh your baby is already lightening..'



* Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

-ni belum lagi.


* Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
-dinamakan contraction. Tak pasti bagaimanakah rasanya. saat bertemu midwife 2 hari lepas dia cakap perut tengah contraction tapi tak rasa sakit apa pun. Jadi macam mana tu nak mengesan contraction dah ke belum?


* Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
- ini pun belum..




*source here



** baby..bilah mau keluar??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

Nida said...

Salam Za..

NNt pada saat melahirkan anak sudah samapi, ingat JANGAN sesekali angkat punggung bila nak push...sebab takut akan koyak banyak....

Deep inhale (through nose) dan exhale perlahan2 (through mouth)...Insya Allah semuanya akan selamat..

NURUL IZZA said...

salam maksu..

terima kasih atas nasihat.
sgt berguna utk push nnt..doa2 moga semua selamat..

NaDiaH SiDeK said...

oh..ye la izza..mak akk pun dulu pesan cmtu gk. ms nak push jgn angkat punggung sbb takut terkoyak.

sbr ye...when the time has come...baby tu keluar la. ada yg cepat, ada yg tepat2 on due date, ada yg lewat skit.

bagaimanakah contraction??? huhu...jgn ditanya sbb izza akan tahu sendiri nnt. sakit! yg ms midwife check tu mgkn contraction 'kecil2an'..sbb tu la kot izza tak rs tp contraction bila dh nak bersalin sgt nnt mmg sgt2 sakit. tp sakit tu la yg membantu kita push nnt. lps je deliver automatically rs sakit tu hilang. don't worry, ok? ;)

p/s: ye la...knpkah en.hafiz memaksa izza update blog? apa kata hafiz yg update memandangkan ini blog bersama. kalau hafiz pun takde idea, tulis aje apa yg izza duk bebel hari2...nk tau jgk. ehe..

NURUL IZZA said...

kak nadiah: hihi suamiku itu sememangnya pendiam dan byk kerja.xnyempat ahh nak update blog. oh tiap2 hr duk bebl benda yg ntah pape je..kdg smpi mulut ni naik penat sbb ckp byk..kikiki ;P

-moga2 nak nnt ikut abgfiz yg pendiam..hahahah

annie said...

sabar2.....

~TiNi~ said...

betul cakap kak nadiah tu izza. sakit contraction ni mmg tak blh nk cerita mcmna.
teringat ms ktini nak bersalinkan adib, masa contraction dah setiap 10minit sekali.stp kali contraction nak terkencing.nasib baik ada tmpt duduk dkt dgn tndas kat wad tu.terpaksa jd mak guard skjap kat situ. :p

Atif said...

uhuh..semoga selamat lahirkan bb..k.lat pon dah tak sabar ni nk tgk bb za..hehe..bb sendiri pon lagi tak sabar..betul..jgn angkat bontot..ehe..mcm la k.lat dah bersalin..harap kita selamat nnti..dipermudahkan..insyaAllah..amin..

NURUL IZZA said...

ani: tengah sabarla ni ani oiii..

kak tini: kite tgk jela ye mcm ne..sbb nikan bb 1st jd xtau sakit tu mcm ne.sebab lain org lain sakitnya kan.ada ckp sakit mcm nak buang air besar, ada cakap sakit mcm nak period.ada plak ckp sakit pelik..hihi xtaula peliknya tu mcm ne..

-xsangka pulak kak tini ada talent jd mak guard..wakaka ;p

kak lat: haiyee sume xsabar.org mesia asyik duk sms je tya bila bb nak keluar..hihihientah2 malam ni kot..hak hak..tara tau...

ibnulazim said...

gud luck..

aNiS tHe BumbleBee said...

ai izza..sy dh ada pengalaman bersalin di luar negara.bersalin,berpantang sendirian,suami aje teman.lps pantang nnti,pntang betul2 okey.sbb kalau tak,abis angin 1badan.siksa sgt2.lps bersalin,bykkan minum air halia okey..masa nk bersalin jgn fikir byk2.relax je.zikir byk2 key.insyallah dipermudahkan allah.. :)

nurulizza said...

aii anis..sukenye ada yg pantang sama suami JE di luar negara..share pengalaman leh ke? sebab 2-3 minggu lepas tu suamiku ini kan menjengah buku2 dan kuliah pula..mmg kena survive sendirik..

-nasihat sgt berguna..air halia tu halia biasa ke serbuk halia?

Anonymous said...

salam...za, ayong doakan za slmt melahirkan baby nanti...nanti khabar2kan la berita gembira buat kami kat malaysia ni ye....take care y fren =)

-ayong-

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan