Bismillahirahmanirahim..
Rasa membuak nak kongsi pengalaman wanita dan lelaki yang berada di Malaysia setelah saya membaca dengan penuh tekun dan gigih di Yatie Chomeyl's ..
Akhir-akhir ni baaaanyak sangat perkara dan kejadian yang berlaku yang melibatkan keselamatan kita terancam.1-2 bulan lepas kes simbahan asid, lepas tu yang ni dan yang tu.. Jujurnya, saya jarang sangat buka akhbar Malaysia, Berita Harian, Utusan ataupun Harian Metro. Satu sebab, memang saya tak banyak masa mengadap pc, kedua saya jadi sakit hati dengan perkara-perkara yang berlaku di Malaysia. Terutama kes buang bayi..
Pasal kes buang bayi nih.. ada seseorang datang kepada saya menceritakan kawan baiknya sendiri yang mengalami/terjebak dengan kes buang bayi. Ceritanya , dia mengandung anak luar nikah dan bersalin keseorangan di bilik air, sejurus lepas tu dia letak kan bayi tersebut di belakang rumahnya. Kemudian, boleh pulak dia call polis, katanya terdengar tangisan bayi. Agaknya polis bijak tu syak sesuatu, lalu polis tersebut meminta si pembuang bayi ni ke hospital kerana melihat dia kelihatan penat. (erk..bahasa saya kelam kibut.. ). Persoalannya, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran saya la... :
1- pandainya dia bersalin sorang-sorang..
2- macam mana dengan tali pusat dan plasenta eh?
3- tak penat dan letih ke lepas tu?
4- soalan yang saya rasa perlu tanya kepada sesiapa yang pernah buang bayi : tak rasa kasih dan sayang ke pada baby tu? kalau tak kasih sekali pun, tak punya perasaan ke letak baby baru lahir di semak-semak, longkang dsbg?
Pelikk sangat~! Saya bersalin Iman Muizz, memang sakit tu tak payah ceritalah.. lepas je baby keluar tu, terus penat, sakit tak boleh bangun! Boleh pulak si 'orang-orang yang berperikebinatangan' ni tak sakit atau penat atau segalanya yang berkaitanla.. Tapi bila fikir balik, sakit bersalin kan kaffarah.. mungkin Allah mudahkan orang-orang ini sepaya di akhirat nanti mendapat balasan setimpal. Hmmm...
Berbalik kepada keselamatan tadi.. jujurnya saya takut nak balik Malaysia. Takut dengan setiap manusia yang tidak punya perasaan. Saya fikir anak-anak saya nanti, selamatkah mereka bila ke sekolah? Selamat ke kalau saya letak di rumah pengasuh? Fikir banyak kali, rasa memang nak jadi surirumah sepenuh masa TAPI>>>>> hutang keliling pinggang tu sape pulak nak bayar. Sudahnya... saya berserah pada Allah sahaja.
TAPI, di US sendiri lagi banyak kes sebenarnya.. kat US berlambak manusia yang ada penyakit 'psycopath'. Bukan kerana saya sentiasa menonton Criminal Mind tapi statistik menunjukkan penyakit 'psycopath' terbesar di dunia adalah di US. Sebab tu.. jurusan psikologi di US adalah terbaik!
Minggu lepas saya ceritakan pada Megan pasal orang low IQ tika kami ke storytime di library . Megan pula nasihatkan saya... hati hati dengan penjual aiskrim yang datang bersama trak. jgn biarkan anak-anak membeli tanpa ada mata-mata yang melihat. Banyak kes yang kehilangan anak, gara-gara inginkan aiskrim yang dijual di trak/van. Hati-hati juga kalau keluar, terutama summer time - pakaikan pakaian yang bukan menjolok mata untuk kanak-kanak. Di US memang terkenal dengan sexual disorder melibatkan kanak-kanak. Suka saya apabila belajar menganai masalah mental manusia..
Kesimpulannya, berada di mana-mana sekali pun ada je bahaya sama ada untuk kita orang dewasa ataupun untuk kanak-kanak.. Berdoalah supaya kita dijauhkan dengn perkara seumpama ini.
Saya petik doa ini dari blog Yatie Chomeyl untuk panduan kita bersama... Semoga kita, anak-anak dan keluarga dijauhkan dengan bahaya dan orang-orang yang berpenyakit mental. Amiiiiin..
Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari) - di petik dari Islam2U.
3 comments:
jepun ni Alhamdulillah it's a safe country. setakat ni meme takdop masaloh gapo lg ore udk sini. di spain, italy dgn perancis x slmt mano jugop sbb penyeluk saku expert terlajok dale train, sokmo foreigner jd sasaran penyeluk saku huhuhuhu
kak anis pun mcm takut nk balik msia bila baca semua benda dlm paper.duduk kt sini,org2 dia,xdala baik mana.cuma tahap crime dorang xadvance lagi kut.kalau menipu pun,sah2 kita boleh tau.kalau kt msia,ada je lah akal org jahat yg nk buat org mcm2.Ya Allah..selamatkanlah hamba2Mu ini..
hi...lame x mencomment kat sini..harap izza sihat sihat je :)
hm..itu la pelik nye..yg beranak halal sakit je, yg tak halal kat mane mane pon senang kan..
kuasa Allah swt
Post a Comment