RSS

3 in 1

Bismillahirahmanirahim

Adik disini Nurul Hasanah baru je sampai kelantan. Hukhuk.. jeles pulak bila dia dah sampai tanahair. Tak pe, kami balik nanti untuk selamanya. Jadi, enjoy puas-puas di negara orang selagi ada peluang. Dah balik nanti entah bila pulak nak datang lagi so... be happy~~! ^.^

Iman :


 Gini la Iman bila mana dia nak pakai sesuatu. Sudahla tudung saya (tokwan dan atuk bagi) tu dia pakai. Bila dia bagi tudung atau sesuatu (yg berupa pakaian) dan bagi ucapan 'tekiu' (terima kasih versi dia) , makanya.. dia suruh saya atau sesiapa yang ada tu pakaikan pada dia. Yang tak tahan tu, sweater kat atas tu nak pakai, padahal sekarang ni panas. Panasla berbanding winter hari tu walaupun suhu 18 - 19 C.



Storytelling di Lincoln Public Library :


Semalam saya bawa Iman dan Muizz ke public library di downtown. Kebetulan semalam waktu story telling untuk kanak-kanak umur 3 - 5 tahun. Malas pulak saya nak ke library yang storytelling untuk toddler. Yang terdekat di downtown jela. Kami sampai jam 930 pg, juga sebab abgfiz kena kejar kerja di lab, kami terpaksa duk di tempat menunggu sementara library buka kol 10. Alhamdulillah waktu tu, Muizz tidur, jadi sembang dengan Iman jela waktu tu..









Masuk tu terus kami ke tempat kanak-kanak.. Saya duk ingatkan storytelling ada kat situ, jumpa pulak dengan kawan baru Iman. Guess what? umur dia baru 2 tahun 1/2 tapi badan dia macam budak umur 5 tahun ke atas. Memang besar~! Kebetulan pula ada juga sepasang (ibu dan anak) nak ke storytelling, katanya storytelling tu di ting 4. Kami bertiga serta anak-anak bergerak ke ting 4.. oh~~~ rupanya ada sampai tingkat 4. Hari tu saya duk tingkat bawah je.. tak sangka pula ada sampai 4 tingkat.




 Sampai tu, dah ada sekumpulan kanak-kanak dan dua orang perempuan duk tunggu. Fahamlah saya, storytelling ni untuk sekolah yang berdekatan. Patutla sewaktu sampai semalam, saya tengok ada berderet kanak-kanak berjalan kaki ke public library. 

Untuk semalam, ada 3 buah buku yang sempat saya dengar. Eh~~ memang sampai habis pun.. TETAPI.. Imannya, bukan nak dengar sangat. Duk tegur orang tu, duk jalan sana-sini.. macam-macam dia buat semalam. Sampai saya sendiri tak larat nak mengejar. Yang kelakarnya, dalam ramai-ramai tu Iman je nampak paling kecik. Tapi suara paling kuat.. 



 Muizz??? Lena dibuai mimpi indah....





Habis storytelling tu, kami kembali ke bawah.. Waktu ni ada seorang kanak-kanak (?) nak kata kanak-kanak tapi macam dah tua sangat, dalam lingkungan 25 ke atas tapi baca buku cerita kanak-kanak dalam keadaan diam dan sepatah sepatah dia duk baca.  Agaknya low IQ kut, entahnya.....

Nak dipendekkan cerita, Iman nya duk sepah-sepah mainan kat situ. Agaknya mengganggu dia, dia duk marah kat Iman, duk tenung Iman dan mulut terkumat kamit sambil kepala menggeleng-geleng. Waktu tu terus saya teringat kisah orang yang low IQ di criminal mind. Teringat juga kata-kata Megan, orang di Lincoln ada juga yang low IQ dan biasanya menjurus kepada psycopath. Risau betul saya kalau-kalau dia buat apa-apa pada Iman sebab waktu tu, saya dengan Muizz (muizz fussy dan lapar, duk nangis je...). Selalu je saya buruk sangka pada lelaki yang saya tak kenal, dari kecik lagi saya macam tu. Daripada saya duk baik sangka dan tegur-menegur baik saya buruk sangka walaupun tak elok buruk sangka pada orang yang tak dikenali.  Risau bertambah-tambah apabila dia duk tenung saya sebab Muizz menangis, terus saya call abgfiz datang ambik cepat-cepat. Abgfiz pula cakap dalam setangah jam lagi sebabnya dia tengah run dna di lab. Risau betul saya waktu tu.. Alhamdulillah lepas je Muizz tidur, saya ajak Iman duk luar dari kawasan tu.. Huh.. menakutkan je..

Saya pula memang teringin nak pinjam buku dan CD tapi sebab Muizz dan Iman ada disisi, payah pulak nak i cari buku. Huhuhu nampaknya lain kalila...


WIC :


Dari entry sini dan sini ..yang ni antara cereal yang selalu je tak habis. Tapi kali ni kami dapat cereal yang best, dulu dapat yang plain je.. sekarang dapat yang berperisa tapi yang natural. termasukla honey, almond ke strawberi ke.. Best jugak tapi kalau dah selalu makan, muak sangat.. Kat Malaysisa mahal kan? Inagt dulu waktu sekolah, selalu je nak mama belikan cereal tapi katanya, mahal sangat.. beli roti buat sandwish lagi berbaloi.. Huhu~ sekarang dah blh makan puas-puas.. tak larat pulak nak habiskan. Huhuhu

p.s: saya tak sempat lagi membalas komen. ada masa saya balas ye. nak kejar masa sebelum keduanya terjaga dari tidur. Ekekek


Sempat saya rakan video Iman.. di public library.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

NoraDahlal said...

izza...
suka baca crita izza dan anak-anak..awak dah lepas pantang eh?

hah, macamana ni..nak saya post telekung x?saya rasa sy dah tau macamana nak buat parcel tu..meh alamat awak..

Chik Na said...

dah lama janji ngan Faiz nak bawa p public library.. tapi tak terbawa-bawa...

Ummi Salsabila said...

Izza,iman sgt bijak lah.suka pakai tudung lak tu!
Baguslah aktiviti storytelling kat library tuh! Akak tak penah bwk Aufa ke library lg.;) insy, pas Adam berjln lah.sng skit ;)

yantie3011@gmail.com said...

hihi suka dgr bila iman ckp "oohh no...bla..bla" pastu dah x paham dah ape dia cakap.. kih..kih.. comel tul!

Nurul Izza said...

nora : hehe sy post sbb adik2 n makayah nk tgk iman n muizz

chik na: terkebetulan iza free ..

ummisalsabila: akak, payah kalau bw anak2 kalau kita sorg. huhu mgkn org blh iza ssh skit. tapi iza cuba buat senang. kalau tak, mmg xkan keluarla kami =)0

yantie: kakyan! rinduu kakyan cumil~~ iman cakap banyak kakyan.macam kakkir.hehe

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan