RSS

Kahwin awal

Bismillahirahmanirahim

Saya peminat setia majalah ANIS sejak di bangku sekolah lagi, bilamana mama sentiasa belikan untuk pembacaan nya, saya tumpang dua kaki. Dan hingga kini, saya masih jadikan ANIS teman baik saya. Tetapi sejak sahabat baik saya, Nora poskan majalah SOLUSI, alhamdulillah bertambah koleksi majalah ilmiah saya.

Dalam SOLUSI isu no 32, tertarik saya dengan pertanyaan bahagian munakahat : Langkah bendul. Kebetulan, saya juga melangkah bendul sewaktu berkahwin dahulu. Ya, saya kahwin pada umur yang awal, 22. Waktu itu, saya masih belajar di USM pada tahun akhir, abgfiz pula masih belajar di peringkat Master. Keputusan kahwin pada waktu belajar adalah keputusan saya. Ianya bukanlah keputusan yang mudah namun, alhamdulillah mertua saya pada waku itu memberi sokongan penuh. Apakah maknanya kenalan lelaki dan wanita tanpa ikatan yang sah? 

Selama manakah hubungan yang terjalin tanpa ikatan yang sah? Menunggu sehingga gaji mencapai 5 angka? Atau 6 angka? Memang, pada awalnya saya memikirkan masalah kewangan namun saya sentiasa percaya dengan rezeki Allah. Allah itu Maha Pemurah, jangan difikirkan pasal kewangan, insyaAllah rezeki akan menyusul.

Hubungan kami pada awal mendapat tentangan dari ayah saya, dek lain kenegerian. Tapi entah kenapa, saya tak pernah impikan perkahwinan bersama lelaki daripada negeri yang sama. Mungkin saya ketika di matrik dan USM lebih banyak bergaul dengan pelajar bukan Kelantan. Namun, dugaan demi dugaan kahwin juga kami. Jutaan terima kasih buat mertua saya, yang bersusah payah dalam segala hal hubungan kami. Hingga kini, saya bersyukur.

Ada sesetengah ibu bapa inginkan anak-anak bergaji tinggi barulah diberi keizinan berkahwin, ada juga yang inginkan anak mereka hingga ke peringkat PhD, ada pula sehingga kakak dan abang mereka selesaikan perkahwinan dahulu. Namun, setakat mana dan selama mana harus dipanjangkan hubungan yang tergantung?

Bising adik-adik di sini , mengadu kepada saya, umur sudah ke 22 tapi masih berstatus 'single' dan 'available'. Jangan dirisaukan tentang jodoh, doa sentiasa dan berbaik sangka dengan Allah. Kalau bukan di dunia, insyaAllah pasti ada jodoh di akhirat. Saya sendiri berdoa untuk mendapat jodoh yang baik tika saya berumur 15 tahun lagi. Waktu itu ustazah yang paling saya rapat (sekarang sudah kembali ke rahmatullah) sentiasa menasihati saya supaya berdoa dari sekarang tentang jodoh, dan kerjaya. 

Namun, jika penat mendengar bebelan dan teguran orang tua (kerana tiada teman) atau penat mendengar dan meneliti pandangan manusia, jangan sesekali menerima sahaja lelaki yang tak pernah kita ketahui latar belakang nya. Sabar. Berdoa. Pasti Allah makbulkan. Namun, jika pilihan kita tidak mendapat restu ibu ayah (dengan alasan yang kukuh), putuslah, tinggalkanlah. Kerana REDHA ALLAH ITU LETAKNYA DIBAWAH REDHA IBU AYAH. 

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" : (alBaqarah :216)

Jangan terhantuk baru nak mengadah. Selepas akad nikah, kita isteri hak milik mutlak mereka. Justeru, sebelum membuat keputusan, haruslah fikir, teliti, ambil sedikit sebanyak pendapat orang tua, istikharah, solat hajat supaya diberi petunjuk. Juga, jangan terlalu memilih, permata ada di hadapan mata tetapi batu yang jauh itu juga yang dipilihnya *pepatah rekaan saya*. Cukuplah taat pada perintah Allah dan agama, hormat ibu ayah. Tak perlu berkopiah, berjubah, kerana pakaian itu tidak melambangkan keperibadian. Ya, yang menutup aurat dengan sempurna itu adalah yang beriman, tetapi yang beriman itu tidak semestinya berjubah, bertudung labuh, berkopiah. Iman itu letak di hati, siapa pun tidak nampak , hatta malaikat. Hanya Allah yang menilai.

Wallahua'lam.

p.s: hanya sekadar pendapat sendiri.
Ianya harus bersesuaian dengan keadaan dan masa. Sudah berkerjaya dan berpunya, teruskanlah. Jika ada halangan insyaAllah, moga dimudahkan.

P/s: (membuat entry sambil terkenangkan keluarga, sepupu, yang berpunya tetapi tidak direstui, berpunya dan berkerjaya tapi tiada keinginan untuk berkahwin, berpunya dan berkerjaya tetapi tidak dibenarkan berkahwin atas alasan gaji tak cukup walaupun umur sudah masuk ke angka 1/4 abad.)

Wallahua'lam. Yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari diri saya. Hakikat sebenar keduanya datang dariNya, sebagai ujian pada diri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

yatie chomeyl said...

untung nijoh mudo po Izza, mudo2 dh ado anok 2. ambo ni nk masuk 3 series baru lah nak ado anok 2 hehehe

NoraDahlal said...

dugaan untuk lain manusia, lain pulak cerita dan suasananya. dugaan saya nak kawen awal, rasa macam ada calon, banyak pulak yang menghalang dan terhalang. tp bila difikirkan, itu semua kehendak Allah. klo Dia tak izinkan tak jadi juga apa yang dihajatkan, yang dirancang dan terhalang :)

Nurul Hasanah said...

Sy suka post kakiza yang ni! Heeee..kdg2 jodoh dtg melalui jalan yg kita tak penah terduga :)

Nurul Izza said...

yatie chomeyl :ekek ado pro and con ^^

maknjang : nora, rezeki Allah dah tetapkan.. sabar menanti..

Nurul Hasanah : nae2.. majaaa~~

Atif said...

Za..thats true..pakaian tidak melambangkan keperibadian..blaja kat bumi arab tidak melambangkan keimanan..jodoh ada..cuma lambat atau cepat sahaja..niatkan bila dah berkenalan..hanya utk nikah..insyaAllah..Allah bantu kita..~tak sangka aku dah ade 2 org anak..huhu..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan