RSS

Kenapa dan mengapakah??

Baru-baru ini ke Gateway Mall bersama Ifa dan Amira, dengan berpakaian sweater walaupun cuaca sudah panas mentarinya, masih diselimuti sweater dek kerana dinginnya angin pada waktu itu. Terus memasuki mall, hanya berjalan melihat-lihat kedai dan menemani Amira bermain keseorangan. Lantas, jam menunjukkan hampir jam 5, kami bersepakatan pulang.

Setelah melintasi sebuah kedai baju kanak-kanak, terus aku memasuki. Ifa ternyata mau melihat baju-baju untuk Amira. Aku pula sibuk melihat barangan bayi. Apalagi selain baju-baju kerana ingin membandingkan harga dengan kedai yang lain (walaupun aku jarang sangat ke kedai pakaian bayi..). Dalam sedar tak sedar itu, aku berasa tak enak badan.. tapi ku tahan dengan harapan sempat memasuki kereta. Dalam tak sedar itu, pandanganku gelap, bibirku seakan kering kontang, tubuhku terasa ringan dan alhamdulillah, aku disambut oleh Ifa sebelum pitam. Terus jurujual itu bertanya..

' What happened to you? Are you ok?"


" Should I call 911? Or you want me to call somebody that close to you like your husband??"


Terus diambilnya kerusi disuruh aku duduk, dibuangnya sweaterku, alhamdulillah Ifa disisi, terus dicapai botol air dalam begku, disuruh rehat sebentar..


" She's pregnant..almost 5 month.." Ifa menjelaskan. Terus dia menanya..

" Should I call your husband?? " Terus aku menjawab.. "No its ok.."


Alhamdulillah, Ifa memahami keadaanku, dan nasib baik juga Ifa adalah doktor perubatan. Jadi mudah untuk dia handle situasi begini.

Sepanjang berada di Lincoln ini, layanan American terhadap kami amat baik. Terutama setelah aku mengandung, situasi yang sama berlaku di Malaysia di sebuah mall di ibu kota, cuma bezanya aku tak mengandung dan waktu itu aku anemia.

Tetapi situasi berbeza kerana, diriku tidak diendah, hanya jelingan mata sahaja menyinggah di tempatku di kala saaat aku kesakitan. Juga situasi di dalam bas, terjatuh ketika menaiki tangga. Kenapa di tanah lahirku, saat terjatuh hanya dijeling atau setidak-tidaknya tersenyum tergelak. Kenapa disini semua akan menghulurkan tangan menolong?? Persoalannya, kenapa semudah itu American mengambil berat kepada orang kurang upaya?? Kenapa penghuni negaraku yang rata-rata Islam tidak sebegitu?

Begitu juga halnya dengan keselamatan barang.. kenapa di tanah airku, ke mana-mana kita harus berwaspada dengan keadaan sekeliling? Kenapa harus memegang erat handbag ketika berjalan ditepi jalan walhal wangnya hanya berjumlah RM10? Kenapa di hostel, bilik harus dikunci sepanjang masa walaupun mau ke tandas? Sedangkan disini, dompet tertinggal di perpustakaan selama 2-3 minggu masih berada dalam keadaan elok tanpa kehilangan sebarang dokumen, pendrive tertinggal di komputer awam masih di tempat yang sama? Kenapa rumah tak berkunci ketika keluar membeli belah masih terjaga dengan elok tanpa sebarang barangan hilang?
Kenapa layanan nurse dan midwife serta doktor disini sangatla baik dan mengambil berat sedangkan mereka itu berlainan rumpun bangsa dan agama? Dan mengapakah di tanah air yang rata-rata doktor dan nursenya adalah Islam melayani pesakit dengan wajah yang masam dan tindakan yang kasar? Kenapakah dan mengapakah??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

Nadiah Sidek said...

hmm...ntah la izza. akk pun kdg2 tertanya2 juga. keselamatan pun dh tak terjamin dh walaupun duk di negara sendiri...hmm...

Atif said...

mm..ntah la..takde sape buleh jawab dengan jawapan yg tepat..maybe 1je jawapannya..sivic minded..kecewa jugak dgn negara n umat islam di Malaysia ni..jaga kesehatan elok2..akak kena turunkan berat badan!!!tidak!!

Lady said...

Izza dah ok ke skang? gosh..u have to take GOOD care of ur self gurl~

ABDUL HAFIZ said...

KAK NAD: PERSOALAN DEMI persoalan bermain difikiran..

kak lat: za rs bukan civic minded..tapi sikap kita sendiri..well..if u pregnant here, you have to gain ur weight about 20-40 lb which equal o..10-20 kg..tu semestinya..disuruh..xtau kenapa..tp mmg midwife dan doc akan paksa kt naikkan berat badan..

kak wan: i'm ok now..baby almost 6 month and 2 weeks..so alhamdulillah..sebab panas kot..kdg panas pon antara sebab cepat pitam kan..

p/s: ump..dh terguna abgfiz punya akaun...

muqay said...

Mungkin kita menganggap org sekiling kita tidak penting dan munkin juga bersangka buruk dengan org melayu khususnya. Mungkin juga kerana satu negara.

NURUL IZZA said...

miq: rsnya bukan satu negara...kerana disini sikap semua sama..bukan terhadap org asing aje..sikap kita sendiri rs..heh..xsure sbb xtau nk ckp..atau mgkn kt leih ptgkan keselematan kt..sbb msia mgkn xselamat sbb byk kes..

ABDUL HAFIZ said...

One malaysia..hahaha..ni konsep lama dah ni..

Maryam said...

OMG za... za ada anemia ke sblm ni? kak ija tak tau...apepun za dah selamat, syukur ada ifa bersama

emm kak ija pun tak tau nak cakap apa pasal keselamatan di negara sendiri...pokok pangkal sifat mahmudah tu yg perlu dibentuk dlm diri setiap orang kan? sedih juga beragama Islam tetapi akhlaknya mak aihh malu kadangkala melihatnya...

akk pun duk fikir jugak org yg bukan muslim tapi kadangkala akhlak lebih baik dr muslim... semoga kita dapat menjadi muslim yg baik dan berakhlak mulia ;)

p/s oh ya kalau tidak berapa sihat tok sahlah snap kan gambar utk kak ija hehe ;) bagi sihat dulu k

muqayankabut said...

Salam Abg Fiz yg dirindui,

Ok ker skrg ni, amacam kehidupan ? Bila nak dapat insan comel ?

Atif said...

za..hoho..nurse ckp i gain weight about 2kg..she said..u have long weeks to go..so..kurangkan berat!!huhu..k.lat naek berat dari 48 to 51 in 5 months..mksudnya 2kilo lebih..maybe k.lat dah gemok time awal preggie kot..huhu..gemuk sg tke aku?7mei kena p jumpa again..rasa nak turun berat..tak turun kot..perut makin ke depan..mcmna nak turun?haha..ntah la..asalkan sihat baby n sempurna sfatnya..insyaAllah..

NURUL IZZA said...

kak eja: mmg b4 ni ade cuma xpenah nk amik kisah je.hihi alah biasa je kan.skg dh terlebih sihat dh..

miq:abgfiz sihat2 je.cuma skg bz sbb next week exam final..lepas final..then..kami holiday2 US..yeah!!!.99 days to go for the insan comel.

kak lat:..umppp za sini ms 5 bulan tu berat masih 47 lg.sbb mgkn hr tu berat turun mendadak..kt msia lain rsnya dgn sini.sini rata2 preggie akan dipaksa naik badan..setiap bulan kalau nurse dtg umah tu cek berat..kalau naik mesti dia tepuk tangan sebab naik..dan carta berat badan akan meningkat itu namanya bagus..sebab baby pon grow juga kan.kalu xnaik takut baby mslh.berat kan byk ke tumbesaran baby, cecair amnion tu, dan sbg.jd sini mmg disuruh menaikkan berat badan.so far za xsmpi lg tahap midwife nak.tp alhamdulillah berat makin naik..
so, uve got baby girl or boy??

muqayankabut said...

Abg & kal long,

Kat sini org dok citer pasal selsema babi, kat sana ada maklumat yg kita orang tak tahu ker?

Baby boy? Nama dah cari ker?

ABDUL HAFIZ said...

miq- kast sini abg fiz jarang baca berita US.Pg2 baca berita dan perkembangan ekonomi dan politik malaysia dr blog2 di Malsyia je.Pasal maklumat sawan babi xtahu sangat.Tp asal dr mexico

Ank baby girl InsyaAllah

Radieah Mohd Nor said...

Assalamualikum...
Semoga dirahmati Allah selalu.
Jaga diri baik-baik.
Wassalam

sarahaiman@iowa said...

isk awk ni izza..bahayanye..kene sll minum air byk2 tau..akk hr tu pengsan sbb dehydrated..

akk pun adela 2x bersituasi mcm awk nih since peknen..pdhal pg tu dh bekpes byk dh..tp still rs gelap n nk pitam..dhla kua dgn ank2..nsb baik sempt cr tpt utk duduk..

same2la kite naikkn hb kite eh..;)

NURUL IZZA said...

sarah aiman aka kak jaja: nak wat cane kak..manela den tau nk jadi cam tuh.hihihi..dh makan byk dh kerang + hati smpi rs nk muntah2 pon ada. tapi hb xnaik2 gak..huhu..

nway..jgn jenjalan kuat sgt kak..eh masak utk kami hari ni ok ke??=)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan