RSS

Pagi Syawal..

Selasa, Sept 30,

0430 am ;
Bangun pagi, masak untuk sahur abg fiz.

0600 am :
Telefon ma dan adik-adik di Kelantan. Tiba-tiba sebak..sebab dengar takbir raya.. Nangis..Sedeh. Sembang dengan ain, along, ma, ika mek cewi pun ada.. Ma buat roti jala, jeles sangat.

0800 am :
Mengadap pc. Kemas apa yang patut. Abgfiz bincang dengan kawan-kawannya untuk ke masjid besok. Bincang dengan abgfiz nak masak apa pagi raya.

1045 am :
Ifa kawan dari Indonesia telefon bagi ucapan minal aidil wal faizin.. Pelik..Kata ifa, dia baru selesai solat raya..Ya Allah rupanya hari ini hari raya. Terkejut + sedih. Hari tu di masjid dah cakap raya hari Rabu. Rupanya baru malam tadi di umumkan raya hari Selasa. Di website baru update pagi raya. Sedih tidak terkira kerana sambut 1 Syawal pertama kali dengan t-shirt dan skirt. Sedih kerana hari kemenangan di sambut seolah hari biasa. Sedih..sedih.. Abgfiz ke kelas dengan rasa kecewa dan hampa. Terus turun ke dapur, masak ayam percik dan buat salad. Nasi lebihan masjid ada lagi. Panaskan nasi. Naik bilik, contact Nor tanya Nashville dah raya ke belum. Contact Farah di Ukraine yang sedang beraya..Sedih....sedih sangat..sedih....sedihla sangat..

1400 pm :
Abg fiz pulang dari kelas, beraya dengan abgfiz. Minta ampun dan maaf. Maklumlah banyak dosa pada dia.. Makan bersama. Somaya jiran yang dari Saudi Arabia datang ke rumah. Datang untuk beraya. Sedih sangat..

1700 pm :
Ke kedai Thailand dan Vietnam untuk membeli barang dapur untuk menyambut raya hari Rabu. Balik dari kedai terus masak rendang ayam, nasi impit dan kuah lodeh.

1900 pm :
Chating dengan keluarga di Pontian, Johor. Semua pakai baju raya. Alahai sayunye.. Mak pesan jangan sedih nanti mak pon turut sedih..Hakikat sebenar memang sedih sangat..

2200 pm:
Makan bersama abgfiz rendang dan nasi impit. Naik atas, telefon pa..Owh pa berada di rumah Tok Cik Qub. Aduhai seronok dengar ramai-ramai di belakang..

2300 pm :
Tidur..

Sedih sungguh di pagi raya tahun ini.. Raya dalam sejarah, pagi raya pakai baju tshirt dan skirt saja. Sekurang-kurangnya pakai baju kurung.. Aduhai sedih sangat.. Harap tahun depan selalu alert..Moga tahun depan raya dengan lebih sempurna.. amin...=((

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 comments:

Anonymous said...

salam hafiz & Izza,

Sayu betul ek raya kat sini! dah nk buat macam mane... mmg dah nk jdkan. Kita bersabar jek lar. Kalau nk sedih2 sgt pun bukan leh bawak mak ayah mai sini or kita leh balik Msia. Tabahkan hati meniti hari2 mendatang...

PS: Sedap lontong + nasi himpit & rendang ayam versi US! :) At least ada juga la ala2 berkunjung ke rumah macam hari raya!Time kasih.

Zie

Anonymous said...

bukan apa..sayu sbb xmacam raya je..yela sekurang2nya pakai baju melayu dan baju kurung wpon xbaru..sekurang2nya sambut jugek..sedih toll..sekurangnya g solat raya pon dh kira ok..kira smbut raya jugak..huhuhu

Anonymous said...

sabar ye!

Anonymous said...

tula sesa kan..adatla beraya di negeri org..di lincoln raya selasa,omaha pulak rabu.sepatutnya seragamkan hari dan bagi notis 24 jam.tak apalah..nak buat macam mana kan..sabar jela..

p/s: kalu sempat beraya,sambutlah dengan penuh kesyukuran kerana tahun depan belum tentu dapat menyambut semacam tahun ni..

Anonymous said...

cite raya paling sedih..xpe, leh cite kat anak cucu..

oh ya, selamat hari raya to both of you..

Anonymous said...

warx hensem,
terima kasih..adatla ye..
beraya di sini..1st raya..insyaAllah raya tahun depan ke masjid..amin..

Anonymous said...

hehe za... selamat hari raya =)

Anonymous said...

selamat raya kak eja..seronok ye raya kt kampung...=(

Anonymous said...

seronok lah za... takpe mana mana pun seronok yg penting kita dapat meraikannya dgn penuh kesyukuran kan za... nebraska pun best jugak =)

rauhunt said...

Jangan pulak tahun depan miss 1 ramadhan

Anonymous said...

ramadhan insyaAllah x miss..syawal je duk pk 2 -3 kali ..hihihi

Anonymous said...

sayunye beraye di perantauan.. jgn sedey2..bukan sume orang dapat merase beraye di tempat orang..bersyukurlah. at least rase gak raye kan.. insyaAllah nanti leh balik beraye kat Malaysia!!

Anonymous said...

hafsah mardhiah:huhu..mmgla xpela ek..pengalaman itu berharga..hargailah ia..kerana hr ini belum tentu seperti esok..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan