RSS

Cinta Abadi

Telah terbaca oleh mataku ini "cinta hakiki" oleh Suhaizi di blognya..Terus mindaku ini memutar pada kisah arwah ustazah waktu form 3. Ustazah ini berasal dari Terengganu. Aduh kepekatan loghat Tganu nye memang ketara. Seorang yang setia pada sekolah, guru disiplin yang amat disayangi dan berperibadi tinggi. .. Ahh rindu sekali pada Ustazah Sabariah ini.

Di kelas ustazah dikenali dengan kutukan maut kerana apa yang keluar dari mulutnya sememangnya terkena batang hidung kami. Ustazah sememangnya suka bercerita, bergurau senda dek kerana kami semua pelajar perempuan.. Jadi segala topik yang diajar amat terbuka. Ustazah sentiasa bercerita tentang kisah suaminya, kukira suaminya ini beruntung beristerikan ustazah kerana ustazah tersangat mengagumi suaminya lantas menjadi setia sesetia Zulaikha terhadap Yusuf..

Dipendekkan cerita, sewaktu aku melawat ustazah tika 2003 bersama teman baikku, ustazah kulihat amat tidak bermaya mengandungkan anak yang ke-7, bicaranya tidak seramah seperti biasa, gelak tawanya seolah-olah yang terakhir, matanya kulihat ada kesayuan disitu. Dan tidak tersangka oleh ku, tanggal 17 Ramadhan 1424H ustazah menghembuskan nafas terakhir tatkala melahirkan anak bongsu nya itu. Sedih hatiku tidak terkira kerana didikan dan ajaran ustazah sehingga sekarang tidak pernah kulupa, gelak tawanya..semua menjadi igauan. Ustazah yang kukira amat sekali rapat denganku. Dan tidak pernah kulupa, sehelai sejadah hijau pemberian ustazah ketika umrah di Mekah masih lagi menjadi tempat sujudku hingga kini.. Ahh rindu sekali pada ustazah..Paling aku tidak pernah lupa, ustazah pernah cakap..cintanya pada suami terlalu mendalam, sehingga ketika suaminya membaca ayat-ayat Quran surah al-Waaqiah, terus hatinya diragut cemburu apabila suaminya membaca tentang bidadari di syurga. Aduh..amat mendalam sekali cinta pada suaminya itu..

Namun setelah pemergian ustazah, suaminya pula jatuh sakit. Dengan jaga anak kecil lagi, ku kira suaminya itu agak tabah. Sedang suaminya sudah sembuh, dan mahu beristeri lagi untuk menjaga ketujuh anaknya, dia telah kembali ke rahmatullah. Jadi kukira ustazah bertuah kerana suaminya setia dan ditakdirkan hanya untuk dia..

Moga-moga roh ustazah sabariah ditempatkan ditempat oarang-orang yang soleh..amin..

p/s: moga-moga cintaku terhadap suamiku berkekalan hingga ke syurga..amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

Anonymous said...

Salam Izza...Salam perkenalan...syahdunya membaca kisah "Ustazah" izza...tetapi dari cerita izza,sy amat mengkagumi arwah..Bukan senang utk menjadi isteri yg sesetia dan sesolehah itu kan...Mg Izza dan kita2 semua (kaum hawe je la..) terpilih ke arah itu...aminnnn...

Anonymous said...

wslm qis..
welcome to my club..heheh
itula..mmg sy xpernah lupa ustazah sy ni..segala ingatan dia sy xpernah lupa..doa sy utk dia pun xpernah lupa..cuma xtau cite pasal anak-anak dia lg..paling sy terharu, ms ustazah ke mekah..dia cerita..ms depan kaabahtu..dia terus teringat pada sy..sedihkan..
xpe..doa sy pd dia sentiasa..

p/s: qis..sy aminkan doa awk tu ye..

Anonymous said...

za... cerita ini menyentuh perasaan

Anonymous said...

kak eja..sedih kan..

Anonymous said...

ha'a sedih... begitu mendalam cinta seorang isteri kpd suaminya... setelah mereka pergi za tau tak sape yg jaga anak2 ustazah tuh?

Anonymous said...

kak eja: za xtaula..yg pasti umah dia kt kb tu dh dijual/..ustazah ade sorg kembar..za xpastila yeke x..tp yg za tau anak2 dia sume pindah tganu..duk dgna tuk dia kot..ank2 dia sume maahad//..sbb za nk amik tau za xjumpa pon ank dia..rumah dia pon org lain duk..

tau x kak eja.ms dia nk due bersalin kan dia tukar semua langsir dan sarung tilam dgn kain warna putih..semua rumah dia jd warna putih..ms tu kan bulan posa..xsangka lak..mmg dia nk g dh..sedih je...

Anonymous said...

ya Allah sedihnya... mcm tau je kan dia nak pergi... moga dia tergolong dlm golongan orang2 yang soleh Ameen
za... isteri nak masuk syurga senang je kan... taat dan setia pada suami kan... tapi tak semua juga orang boleh melakukannya hu~

Anonymous said...

kan Allah firman..byk wanita dlm syurga..byk juga dlm neraka..dan ms iarak mikraj kan byk wanita kan kak eja..senang masuk syurga kalu mengam=bdikan pd suami tercinta..tp senang kah??huhu

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan