RSS

Release Tension

Exam, quiz, asssingment, research, homework-- semuanya memeningkan kepala dan menjadikan kepala tension. Tak sempat manage masa. Dah lama aku tinggalkan benda alah ni. Masa buat master dulu, buat lab dan field research je. Jadi bila datang buat phd ni, mana tak tension..dah siap assingment, exam pulak menanti, dah exam, quiz pulak menanti.. Rasa nak meraung kuat-kuat supaya semua tension ni, keluar. Semuanya kena maintain B, B ke bawah dah kira fail (80% ke bawah). Kena repeat paper. Ya Allah dugaan betul buat phd ni..Insect collection yang belum habis dikumpul lagi. Dah mula sejuk ni, serangga susah nak main-main di taman. Arghh...semuanya bagai nak pecah kepala.


Rasa nak give up dah. Nak aja balik Malaysia buat PhD di Malaysia. Tapi apabila memikirkan pesanan mak ayah, Prof Abu, guru-guru di Malaysia supaya jangan give up. Aku kuatkan semangat. Teringat Prof Abu ..
"I dulu masa di University of California, Davis.. study, study, study..kalau study macam student USM, tak cukup kena study kuat lagi. So, jangan give up.."
Aku tak pernah lupa kata-kata semangat dari Prof Abu. Kalau teringat mak yang sentiasa doa pada anak-anak, rasa sayu pulak. Tak sanggup hampakan harapan mak dan ayah yang banyak berkorban untuk aku.







Semalam, sedang aku rehat di taman di East Union, tenangkan fikiran sekejap.. Terus telefon isteri ajak ke Sunken Garden, untuk tenangkan fikiran dan kumpul serangga jika ada. Bila sampainya disini, seronok lihat bunga-bunga berkembang mekar. Seolah-olah berada di taman bunga dalm filem hindustan. Malangnya, serangga yang berada di bunga menghisap madu di situ telah banyak dalam koleksiku.



Namun. fikiran sedikit tenang melihat bunga-bunga dan ikan dalam kolam ini. Terfikir oleh aku, alangkah seronok jadi ikan berenang aja. Tapi Allah kan berfirman, 'sebaik-baik kejadian adalah manusia..' astaghfirullah... Hafiz, semangat, semangat. Silat Cekak mengajar agar tidak mudah putus asa. Kadang2 terfikir, mungkin aku ni kurang berdoa padaNya. Mungkinkah juga kurang bersyukur padaNya. Usaha keras sampai tak cukup tidur belum cukup lagi. Kena sentiasa diiringi dengan doa dan bertawakal. Aku kena banyakan 'muhasabah" diriku ini. Mungkinkah aku kurang bemunajat pada Nya..Mak ayah sentiasa pesan. Sibuk macam mana sekali pun, jgn lupa pada yg Esa, solat wajib xcukup. Banyakkan solat hajat, solat tahajud dan solat taubat. InsyaAllah, Allah akan meberkati usaha keras kita. Banyak betul kekurangan pada diriku ini.

" Ya Allah, sesungguhnya tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkan, & Engkau menjadikan sesuatu itu sedih, jika Engkau menghendaki sesuatu itu mudah, Ya Allah, permudahkan, & jangan Engkau rumitkan..Ya Allah, sempurnakn dengan kebaikan"..Amin...



p/s; Moga-moga serangga aku kumpul cukup 100 Family..amin..mak. ayah, doakan hafiz tenang dan dipermudahkan urusan seharian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

muqayankabut said...

salam Abg Fiz,

musim sejuk serangga kurang harap2 rambut kat kepala tu jgn kurang sudahla.

miq n fizah doakan smg berjalan dengan lancar.

Anonymous said...

sabarlah..sentiasa bersangka baik terhadap Allah..Benda yg Allah takdir dan kita tak suka sebenarnya itulah yg terbaik utk kt pd ms hadapan. Jgn mengeluh, bykkan istighfar dab bersyukur. Bersangka baik pd Allah kerana setiap apa yg Allah tentukan adalah yg terbaik buat kita. Sabar dan tabahlah. Tak ada jalan nk berjaya lurus aja. Rasulullah yg dikasihi Allah pun dugaan punya banyak. Jdi bersyukurlah berada di sini. Jangan mengeluh dan bandingkan dgn org lain kerna kita dalah kita..berusaha + berdoa

-nasihat utk diri sendiri jugak..

rauhunt said...

Salam Hafiz,

Sabar2 ..jangan putus semangat. Semoga semangat Cekak akan sentiasa bersama kau. Aku pun kadang2 tu rasa jgk nk balik dan buat phd d Malaysia. Tapi nk buat mcm mana, kita dah 'terikat' kat luar negara utk sesuatu tempoh. Aku doakan kau akan sentiasa diberi kelapangan dan kekuatan utk meneruskan pengajian ni. Ini pun perjuangan juga. Err ..tak boleh nk nasihat lebih2 sbb aku pasti ayah kau lagi hebat dlm bab ni. Aku pun jadikan dia sbg idola hehe ..dan selalu jadikan dia contoh kalau bercerita kat ahli2 yang masih baru d UMT

Anonymous said...

Rauhunt : sebagai menantu sulung, sy merasa ayah memang kalau bercakap dan bg nasihat..fuh...bergetar hati dgr semangat dia..ayah, mau di rumah atau gelanggang silat semangat tetap membara..anak sulung dia ikut jejak dia separuh, separuh ikut jejak mak.

p/s:abg,contohilah ayah..hihi

ABDUL HAFIZ said...

terima kasih semua atas sokongan dan nasihat.

Anonymous said...

Salam,

Another entomologist from Malaysia! What gave it away was the Tripplehorn & Borror Insect book, and from there, I read on. Saya Tini, dulu student Chow Yang. Now in the Uni of Florida, doing PhD also. SO glad to meet u!

I see u're having trouble with studies and bug collection. Jangan give up dulu, baru je sampai. What do u need? Advice or some families uf bugs u dont have? Lemme know if there's anything I could help u with. My email is:

tinisufina@gmail.com

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan