RSS

Iman almost 5 month~

Bismillahirahmanirahim..



MakUda, Atuk, Cik Arr.. ni saat Iman good mood dan main sorang-sorang. Iman sekarang ni, dah pandai tengok kamera. Bila umi nak record apa yang Iman sedang buat, cepat pula dia perasan. Dah tu kalau tengok kamera, tangan tu cepat je nak ambil dari tangan umi. Dah tengok umi, terus senyum. Senyum tu sepet mata-mata Iman. Lucu sungguh!


Sekarang ni Iman dah pandai merengek-rengek. Kalau umi jauh sikit dari Iman, mulala bunyi suara dia. Kadang tu kalau tengok ayah pakai jaket je, mula nak menangis. Dia dah tau, ayah nak keluar. Kadang tu biarkan, pandai pula dia diam. Dah besar dah anak umi ni. Umi perasan Iman suka warna merah. Monkey toy yang ayah beli ada 3 ekor, salah satu warna merah. Lupa pula umi nak ambil gambar. YAng merah tu yang dia suka.


Kalau ke mana-mana Iman jadi pendiam. 2 hari lepas ke rumah Safiyyah. Seronok la Iman, Uncle Zie suka main dengan dia. Asyik duk tersengih nampak gusi je malam tu. Pandai pula dia main dengan uncle Zie. Kalau diangkat, mulala nak melompat. Hish. Iman dahla berat. Lenguh sungguh Untie Nadiah dan Uncle Zie duk dukung. Yang lawaknya, masa di rumah Safiyyah, Iman bunyikan suara, Safiyyah pun turut sama menjawab bunyian tu. Konon nak lawan la kot atau sedang berinteraksi. Pandai anak umi ni (ameeeennnn...)






p.s : Iman, jadi anak solehah ye. Doakan umi dan ayah sentiasa.. Uncle Zie dah nak balik, dah kurang orang nak main dengan Iman ;(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

LanaBulu said...

Mmg tersangat best melihat perkembangan anak didepan mata sendiri..
mmg membahagiakan..tu yg kadang2 tu sampai berbisik.." kalau lagu ni..10 orang lagi pun tak pa.. http://mmyazan.blogspot.com/2009/11/10-orang-lagi.html

Ummi Salsabila said...

wa..iman da pandai layan camera..siap senyum lg.

mmg seronok tgk perkmbangan anak2 dpn mata.so...happpyyyy...:)

yatie chomeyl said...

mesti Iman sembang guna bahasa baby dgn safiyyah eheh

ummikhayra said...

hehehhe iman ni sweet la... Cayang dia sikit.. :)

aLyNnZ said...

Oo..ini laa bestfriend safiyyah yerr..main salji sama2..tomei geram..

NURUL IZZA said...

LB: aah kan.ms ni seronok main dgn dia. dh besar nnt mcm ne agaknya? Jgn xtau, adik beradik saya 7 orang tau.hehe

US: aufa pun pandai tgk kamera. asyik nak pegang je comeyyyyy ;)

YC: heh aah bahase yg sume xpaham ;p

Uk: tq untie..muah utk untie :*

alynnz: aah diala bersfren safiyyah.main salji sama2 tapi Iman tido dulu.wakaka

aNiS tHe BumbleBee said...

wah,salmon.bagus utk otak ni.Nnti bila iman dah start mkn nasi@bubur,rajin2lah masak salmon dgn tuna.campur sayur mayur skali.nnti cepat je otak dia tangkap bnda2 baru.hehe.

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan