RSS

ADV: Spanx for men

Bismillahirahmanirahim





Fuh~~Fuh~~


hadoiii *_@ .. hari ni saya kelamkibut baaaaaanyakkkk!!!! Bermula pagi semalam, tika subuh tu entah kenapa saya pelik tengok Iman. Bangun tidur diamm je... baring-baring dan golek-golek atas comforter dia tuh. Bila pegang badan dia, rasa panas skit. Tapi cek suhu, 100++ je pun. maksudnya, demam dia tak kuatla tuh.






Dek kerana ke'tidaksedapan' badan dia, nak berdukung je semalam. Bila nak tidur, nak saya peluk dan belai dia. Aigoo~~ sempatla dia tidur dalam 10-15 min, saya terus bangun masak tengahari. Itupun masak nasi ayam hainan-konon teringin nak makan.. sbb dah makan yang jamuan NUMSA Chinese New year hari tu.

Ayamnya, saya tak rebus.. saya main kukus je. Hahaha... lantakla..asalkan jadi nasi ayam tu..

Malamnya, suhu naik sampai 104.1 F! Cuak betul saya... terus bagi tylenol 8ml. Jam 2pg, suhu turun ke 102.9 tapi jam 4 pagi tu suhu naik balik 104.2. Jam 4 pg tu juga, abgfiz start cirit birit dan muntah-muntah.. YaAllah kalut betul pagi tu.. saya pun dah tak membilang berapa kali dia ke toilet. Setiap saat dan minit, itu je tempat yang dia masuk. Dah makan pil chi kit tu pun masih cirit2 lagi. Yang hairannya, dia makan sama dengan saya makan. Tapi, saya tak kena pula.

Iman pula, asyik terjaga-jaga je. Maklumlah badan panas, susahla nak tidur. Pagi lepas subuh tadi saya telefon people health centre. Kata abgfiz, kalau tak dapat ke klinik tu, kami terus ke emergency la kot. Talian telefon pula dibuka jam 8 pagi.. nak tak nak kami try and error ke klinik tu.. Alhamdulillah, tak sampai 5 minit kami tiba, nama Iman dah dipanggil. Kali ni bukan Dr maryam (paed) Iman yang merawat tapi Dr Paul. Sangat teliti dan baik.. fikir-fikir saya ingat nak jadikan dia paed adik Iman nanti.

Abgfiz pula tak henti-henti muntah dan cirit. Agaknya dah tak ada air dalam badan. Sian sangat.. hari ni buat pertama kalinya, dia berada dirumah 24 jam. Bila dah dua-dua sakit, yang sorangnya tak tentu arah.

#######################

Hari tu Suhaizi pernah tanya pasal Spanx untuk lelaki. Yes>>>>>>>! Memang ada untuk lelaki, berminat ke? Berminat contact nurzza@gmail.com






This physique–improving, game-changing, seamless undershirt is designed with cooling features and compression zones that transforms the torso and chest. He'll look sharper, stand taller and feel stronger in his clothes.


- Zoned compression targets abs and torso
- Firms and tones chest
- Breatheasy ™ zones cool through underarms and back
- Lumbar support zone improves posture
- Wicks moisture
- Athletic design for maximum mobility
- Eliminates bulk under clothes




p.s: alhamdulillah, dah ada yang berminat dengan Spanx ni. Erk..... lambat pulak saya nak pakai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ainzoo said...

apis nape Za?..risau pulak.. :(
Iman pun nape sbnarnya?... huhuhu...

Nurul Izza said...

kak ain : abgfiz tu salah makan agaknya. Iman nya lagsg tak tahu punca..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan