RSS

Winter~~ snow~~ snowman~~ snowgirl

Bismillahirrahmanirahim









Ekekek..apa la tajuk ni. Sebenarnya rentetan kejadian pembikinan snowman di belakang rumah kami. Bermula ahad yang lepas, salji mula menampakkan diri. Sabtu, abgfiz dah ke kedai siap-siap, beli barangan dapur untuk stok salji nanti. Menurut Mr Weather di channel 25, Nebraska akan salji berterusan pada Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, kembali nanti pada Ahad ini. Pada Ahad lepas, salji turun tak lebat, jadi pada firasat saya, tal tebal kot. Tapi, salji turun tanpa henti hinggalah hari Selasa, hari Isnin salji dalam 2-3 inci je. BOleh lagi ke kelas dan berjalan. Tetapi, weather channel warning - winter storm warning pada Isnin malam, Selasa, public school semua cuti, UNL pula kebanyakan kelas terbatal. Tengahari Selasa tu, salji mencecah 5-7 inci, menenggelamkan kaki saya yang comel lagi kecik (tu pon nak mention ke??) Selasa malam, UNL alert telefon dan hantar email, katanya UNL cuti pada Rabu dan semua sekolah cuti serta People Health Centre juga cuti. Ini gara-gara salji sudah mencecah ke 10 inci barangkali. Tak pula keluar pi ukur berapa inci. Malam tu, walaupon salji tak lebat tapi angin kuat. Dinasihatkan jangan keluar.


Winter tahun lepas tidakla sebegini. Winter lepas, awal Nov dah sejuk, namun salji yang tebal pon rasanya pada ribut salji satu hari tu, itupon tidak setebal yang tahun ini. Tahun lepas saya ber'winter' dalam keadaan mabuk kepayang aka morning sickness yang teruk. Apa saja yang masuk walau setitik air, mesti keluar balik. Jadi saya fobia dengan winter (sebelum inila). Selasa tu, bila tengok salji tebal ni, rasa teringin pula nak main dan rasa. Elok-elok je Iman tidur, saya duk pujuk abgfiz keluar sebelah rumah - nak bergambar. Bila kaki mencecah salji, tenggelam kasut dahla masa tu saya tak pakai stokin, Eksyen konon-konon.. dah tu, kaki memang sakitla. Ia menggigit tau sakit menggigit. Kereta pon separuh tayar hilang ditenggelami salji (sepatuh ke? rasanya dah tak nampak dah)




Malam tu, kami ber'facebook' bersama SekYee, Suhaizi untuk sama-sama membikin snowman. Kebetulan, tepi rumah kami dan belakang rumah, kawasan yang sangat luas dan salji tebal (kerana kawasan berbukit sedikit). Pagi itu, kami sarapan nasi lemak (request from abgfiz). Bila telefon engineer2 snowman, semua diulit mimpi indah. Aduhai,.. Dalam jam 10 30 Sekyee sampai dulu diikuti Zaki/kak Nadiah. Tunggu punyala lama si bujang teruna , dah dekat pukul 1130 baru nak sampai, apa taknya asyik berhenti untuk bergambar. Sabar jela..
















Jam 12 lebih kurang, para enggineer meredah lautan salji (ecece..kononla tu) yang tebal itu, ke belakang rumah, buat snowman. Yang tak tahan tu, snowman yang Suhaizi buat mesti gemook. Sama macam tahun lepas punya snowman. Tapi kali ni bertambah gemooknye. Agaknya tuan dia makan nasi lemak banyak sangat ;p






"Cak".. Iman bersaman 'snowman' gemooks..habis timun umi diambil buat hidung snowman huhu... Uncle Zie buli Iman..wakaka


Dah siap tu, kebetulan Iman terjaga, saya apalagi, bungkus Iman dengan baju sejuknya, kami keluar bergambar. Bila mencecah salji, masyaAllah hampir tenggelam kaki - paras paha (maklum saja, saya kecik molek) Takut juga, sebabnya licin dan saya bawa Iman. Alhamdulillah abgfiz datang ambil Iman. Waktu itu, bertambah takut sebab sejuk, risau Iman sejuk bahagian dada. Alhamdulillah Iman boleh hadapi sejuk di sini. Agaknya sebab lahir kat sini kot.



Waktu yang sama, Safiyyah naik ke rumah - mengamuk sebab mengantuk. Niat di hati memang nak bergambar bersama kak Nadiah, para ibu je. Dalam sejam tu, Zaki/ KakNadiah turun bawa Safiyyah, kami pon keluar sama. Yang tak tahan tu, masa bergambar.. Iman boleh terlelap dengan sendiri. Cuak saya, takut Iman pengsan je (sebab sejuk). Dah masuk rumah, Iman terjaga tatkala letakan dia di katil.Alhamdulillah.. (risau umi, Iman sorang je permata hati umi takat ni)








Alhamdulillah, pengalaman ni memang diabadikan sampai bila-bila. Balik Malaysia nanti, salji dah tak ada. Kata-kata kakjaja " nikmati sebelum tiada" saya simpan untuk menghargai cuaca dan pengalaman disini. Syukur kerana diberi peluang menikmati udara dan cuaca 4 musim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam Za cute n Hafiz hensem..hehe

Mak Su dapat bayangkan, kesejukan itu suatu penyeksaan..

Unknown said...

Pengalaman indah tu...
Baby tu asyik bak tidur je lah sbb sejuk..
nampak gaya tahun depan ..ada lagi laa tu..
hee..

yatie chomeyl said...

gmbr last tu cantek...iman mesti seronok leh main salji neh

puan punyer said...

sukanya iman... auntie suker baju pink imannnnnnn... maisarah pinjam bleh... kompom tebakau anakku klu paka... heheh... happy snowing n facebooking ehehe

Nurul Izza said...

maksu: saam maksu ayu.ekekek aah seksala sejuk..mmg sejuk tu ssh nk gerak.lgpon sejukkan, byk penyakit dtg.huhuhu.tp xpe..balik msia xde sejuk mcm ni..huhu mst rindu nk mai sini plak..

lanabulu: pengalaman itu berharga.ekek aah mgkn sejuk la kot dia tertido.tp at the same time actually, that time is her bedtime.

salji sini turun awal.padahal winter sebenar kalau ikutkan kalendar mula 21 dec, tapi sini mmgla sejuk awal.dah tu masuk spring pon masih turun salji lg.huhu kdg tu tertunggu2 bila matahari nk muncul..;(

yatiechomeyl: gmbr last tu kre to jurukamera yg suh berposing2 ala2 model gitu.;) Iman tu entah seronok ke tak, boleh tertido.nihon xsalji lg ye..waa best2..

puanpunyer: oo antie suke ye..hehe tp untie nnt balik msia Iman xbw balik.tebal..malays panas.ekekek..nnt Iman bg maisarah pakai ye..

act akak, Iman ms pakai pon melalak xnak sbb bungkus dia mcm tu.dh keluar rumah br diam.yela sejuk kan.mata pon asyik tertutup je sebab silau (cahaya mahtahari + salji memutih sekeliling rumah). nasibla Iman, umi nya nk main ;))

aNNa said...

cumeLnye gambar yg last tu!! sukaaaa~~~

Nurul Izza said...

ejan: oh ingtkan za yg cumil.nge~~~

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan