RSS

Macam-macam

Petang semalam yang agak kedinginan itu, kami bersama kereta Honda Accord yang hebat itu meredah laluan jalan-jalan untuk ke masjid di Lincoln ini. Sebetulnya di masjid terdapat jamuan potluck. Dah lama tak makan masakan masjid yang sedap itu. Dengan ketidakmahiran dalam memasak aku buatkan juga puding oren yang aku bantai. Sekurang-kurangnya bawa jugala potluck dari rumah kan.

Tapi semalam, tak ramai yang ke masjid tak seperti ramadhan lepas. Almaklumlah cuaca sejuk, cuaca ni agak berubah-ubah pula.. Rasanya dah masuk spring. Tapi eeehhhhh..masih salji lagi. Anginya pon sejuk membeku. Bak kata Suhaizi, spring is in the air!! Entah bila mau spring, di Kansas dan Colorado masih dihujani snow-snow yang tebal. Alhamdulillah di Lincoln ini, walau dijangka akan snow, tapi masih tidak turn ke bumi Lincoln lagi. Malu-malu ke tak mau?? Namun, dengan rasa syukurnya aku panjatkan..rumput diluar sudah mula menghijau..

Berbalik cerita di masjid tadi, menu semalam tak banyak tapi cukup mengenyangkan aku..daging kambing masak kari ke apa entah..sedap sangat. Duk sinila mula pandai makan kambing, dan alhamdulillah kambing semalam tak berbau. Agaknya aku aja yang datang dari bumi asing, satu patah perkataan pon aku tak bersembang semalam selain..how are you... mana taknya kesemua dok cakap dalam bahasa arab aja. Ni masalah kalau duk dalam rumpun bangsa arab. Dengan kita mana nak bercakap..sudahla cakapnye dalam bahasa mereka, kuat pula tu..ish..ish.. agaknya memang begitu la kot orang-orang arab. Nasib baik aku ni jenis makan perlahan..jadi masa banyak dihabiskan dengan makan aja. Nak bercampur, satu patah tak paham. Kalau ramadhan dulu, ramai yang datang. Masa itu aku banyak juga sembang dengan orang berkulit hitam. mungkin dari Sudan, atau Afrika?? Tak pasti.. Kadang itu, ada yang dah duk sini lebih dari 10 tahun ta[pi masih tak boleh nak cakap bahasa Inggeris. payah benor..
p/s: ifa semalam tak datang kerana tak sihat. agaknya ada khabar berita baik darinya.. Gambar tak dapat diletakkan disini kerana.. tak elok untuk dipertontonkan pada umum.. ;P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

maryam izza said...

za...wah kereta baru ea? za kenapa gambar tak elok dipertonton kan? haha ;)

Hanafiah said...

Wahhh sodap tu kari kambing. Terkonang makan roti canai ngan kari kambing kat Msia. Pak Nep dpt jeling jer daging kambing kat sini...Mak Usu taknak masak....hehehe.

NURUL IZZA said...

kak eja: mane ade kete baru..kete tu spesel la.walau buruk tpi boleh bw ke mana2 tau..berjasa..oh..gmbr xleh dipertonton sbb...biasala kalu minah arab duk bersama2


pak nep: kambing tu sedap..mula2 pun xmakan tapi bila dh try yg masakan pakistan..sedap sgt..kambing boleh je masak tanpa bau..kena marinated with halia + bawang putih + lemon..(org pakistan yang ajar..)
abgfiz suka2 aja..tapi sungguh sedap!!!!rugi mak su xsuke..hihi

FaDhLi aTaRi said...

apis, berbasikal sakan dengan suhaizi ye? spring la katakan~ hehehe. suke sangat! (eh, bunyi mcm gedik je.. hentam ajalah labu..):P

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan